@rubiadaibrahim

Thursday, November 10, 2011

Ayat Power 35: Kesiannya!

            Sudah sebulan fase mengidam tak ingat waktu yang aku alami berlalu. Gara-gara mengidam, badan pun naik bagai dipam-pam. Senak perut dan cepat benar sendat baju uniform mengandung yang aku kenakan. Dan angkara karenah ibu mengandung yang tidak menentu itulah, semua yang berada di sampingku lebih menjaga setiap patah kata bila berbicara denganku. Risau aku buat perangai lagi gamaknya.
            “Takpelah Bilah makin bulat, yang penting sihat dan semuanya selamat. ”
            Itu kata Einstein sekembalinya dari pemeriksaan rutin @ check up siang tadi. Biarpun ada raut kebimbangan dengan pertambahan berat badan yang mendadak, dia cuba berlagak tenang. Bila dijelaskan Dr. Azwa tentang kondisi kehamilanku, wajahnya berubah ceria kembali. Sempat dia berkongsi cerita soal perangai anehku tempoh hari yang pastinya mengundang gelak tawa pakar sakit puan tersebut.
            “ Biasalah tu. Perempuan mengandung ni perangainya memang aneh tapi benar. Saya dulu pun macam tu juga. Setiap kali nampak makanan, semuanya nak ditelan. Sampaikan lalu depan kedai makanan Cina pun terasa nak singgah. Kesian jugalah dekat suami nak melayan perangai saya tu.”
            Aku dan Einstein tergelak kecil. Aku juga merasai pengalaman yang sama tempoh hari. Mujurlah ada Encik Einstein yang baik hati ni di sampingku. Setia dan penuh pengertian menghadapi karenah manja dan agak mengada ni. Tidaklah ada rasa terkilan di hati mengenang mengidam yang tak kesampaian tempoh hari.
            “ Nabilah ni pun macam tu jugak doktor. Minggu lepas, dia teringin nak makan nasi ayam di kedai makan Cina. Pening saya dibuatnya doktor. Mujurlah lepas dipujuk-pujuk, baby dan mamanya tak merajuk. Kalau tidak, entahlah.”
            Tawa Dr.Azwa lepas. Aku menjeling manja Einstein di sampingku. Macm-macam hal dan perangai isteri mengandung ni. Cukup membuatkan para suami serba tak kena dibuatnya. Tak ikut, payah. Diikut, susah. Alahai, dilema dibuatnya hidup kata Einstein padaku tempoh hari.
            “ Itulah indahnya alam rumahtangga ni. Harus saling memahami. Jadi suami kena bersabarlah dengan karenah isteri. Kalau tidak sabar, buruklah suasana rumahtangga. Apa-apa pun, saya doakan semuanya selamat. Bulan depan, jangan lupa check up lagi. Moga diberik kekuatan dan kemudahan dalam setiap urusan kalian ya.”
            Sempat Dr.Azwa menitip pesan dan doa untuk kami. Aku aminkan di dalam hati. Maklum sahajalah, dia kenal benar aku dan Einstein. Sejak aku kembali ke sini, dialah yang merawatku. Pakar sakit puan yang cukup kenal dan tahu tentang kisahku dan Einstein yang dahulu. Dan kami senang berkongsi cerita dan kisah kepadanya kerana sikap ramahnya.
            “ Insya-ALLAH. Terima kasih doktor,” ucap Einstein sambil memimpinku keluar.      
            Aku menutur kata yang sama kepadanya. Dr.Azwa menghantar lewat senyuman dan pandangan matanya. Jelas, ada rasa bahagia yang turut dia rasakan melihat kemesraan yang kami pamerkan. Seiringan kami melangkah dengan genggaman erat di tangan. Alhamdulillah, syukur atas nikmat kebahagiaan ini.
-----------------------------------------------------
            Aku menatap Einstein pelik. Lain yang aku katakan, lain yang dia lakukan. Kereta yang dipandunya tidak sesuai dengan permintaanku yang ingin pulang setelah seharian penat di hospital. Tapi wajahnya cukup bersahaja seakan-akan dia tidak faham dengan raut wajahku yang berubah dengan sikapnya.
            “ Abang, kenapa tak balik rumah terus?.”
            Soalan yang bermain difikiran aku lemparkan padanya yang sedang ralit memandu. Dia menepuk dahinya sebelum berpaling ke arahku. Jelas, ada raut bersalah di wajahnya.
            “ Sorry sayang. Lupa betul isteri abang ni penat dan nak rehat. So, macammana ni? Nak patah balik atau kita ronda-ronda cari makan dulu?,” dia membalas pertanyaanku dengan persoalan juga.
            Aku mengangkat bahu dengan senyuman terukir di bibir.
            “ Hilang serta merta penat Bilah bila dengar bab makan ye?,” soal Eisntein kembali dalam gurauan.
            Laju aku menganggukkan kepala. Einstein tergelak kecil melihat gelagatku.
            “ Apa-apalah sayang. Yang penting honey dan baby abang ni happy selalu.”
            Makin lebar senyumanku mendengar komen yang lahir dari bibirnya. Tapi entah kenapa, perangai mengidam aku kembali lagi. Dalam rasa gembira tu, terbayang-bayang nikmatnya ayam madu yang masuk ke mulut.
            “ Alahai, berhentilah berharap Bilah! Tak mungkin ayam madu tu bergolek di depan mata di remang-remang senja begini” pujukku pada diri sendiri.
            Sempat aku menjeling ke arah Einstein di sampingku. Tumpuannya hanya pada jalan yang sesak dengan kenderaan berbagai rupa, tidak sedetik pun berpaling padaku. Dari tindak tanduknya, tidak mungkinlah cempedak jadi nangka. Oh ya, sebut pasal nangka dan cempedak, itu pun belum masuk perut. Alahai, mana kan ku cari semuanya ini?
            “ Kenapa sayang, baby meragam ke?.”
            Suara Einstein menampan telingaku ketika aku menutup mata. Ada nada gusar di suaranya. Aku segera membuka mata kembali. Laju aku menggeleng kepala, menidakkan tekaannya.
            “ Baby sangat behave hari ni. Tahu nak g check up kot. Abang kan dah inform consent dekat dia malam tapi pasal schedule Bilah.”
            Einstein tergelak senang. Bahagia benar dia bila anaknya ini mendengar kata dan saranannnya. Hampir setiap malam, dia menyampaikan pesanan buat si kecil. Dan nampaknya, si kecil memang patuh dan taat pada papanya. Syukurlah.
            “ Bilah,” dia memanggil namaku lembut.
            “ Erm,” pendek aku membalas panggilannya.
            “ Isteriku sayang,” dia memanggil lagi. Aku mengalih pandangan padanya.
            “ Iya, abangku sayang,” aku membalas katanya dengan nada romantis.
            “ Bilah tak mahu tanya kita nak pergi mana ke?.”
            Aku menggeleng kepala. Einstein mengerut dahi dengan sikapku.
            “ Kalau dengan abang, ke bulan bintang pun Bilah sanggup. Asalkan ada makanan best, Bilah on je.”
            Gelak tawanya gamat menghuni segenap kereta. Inilah kata-kata perempuan berbadan dua. Kalau berbadan tiga, lebih banyak syaratnya barangkali.
            “ Amboi, ada juga bab makan dia tu. Erm, kiranya tak mahu tahu ke manalah ni ye? Kalau gitu, kira suprise jelah ya.”
            Suprise, tak suprise buat ajelah muka terkejut. Kalau tak terkejut, bukan suprise namanya kan? Hehe...
--------------------------------------------
            Terkejut dan tak sangka melihat wajah-wajah yang berada di depan mataku. Mama dan papa tersenyum manis menyambut kehadiran kami di  restoran Cina Muslim tersebut. Dan rasa lapar yang tadi mencengkam serta merta menghilang. Lama aku memeluk keduanya,menghilang rasa rindu yang sarat di jiwa.
            “ Kenapa mama, papa nak datang tak bagitahu? Suspens je, mujurlah orang dalam tak terkejut,” omelku pada keduanya.
            Mama dan papa mencebik bibir sahaja. Seketika mereka berbicara tanpa suara dengan Einstein. Aku termangu sendirian dengan perilaku mereka.
            “ Don’t worry. Tak ada rahsia apa pun. Cuma ada hadiah untuk mak buyung je,” jelas mama sebelum aku sempat bertanya.
            Aku mempamerkan muka ingin tahu. Mama mengganding tanganku ke meja yang sudah ditempah mereka. Perbagai hidangan sudah ada di depan mata. Nasi ayam hainan dan segala hidangan masakan cina lainnya. Cukup mengiurkan dan membuatkan aku tak sabar mahu makan.
            “ Sabar sayang, papa baca doa dulu sebelum makan,” perli papa sebaik sahaja aku duduk.
            Aku ketawa sumbing dengan teguran papa. Alahai, jelas sangat rasa tak sabar aku agaknya. Papa membacakan doa makan, diikuti doa selamat. Kusyuk aku hayati setiap bait katanya dalam suasan air liur kecur dan perut yang sudah berirama. Sabar baby, sabar!
            “ Okey, dah boleh makan. Sebelum tu, mama ada hadiah special untuk Bilah. Taklah sesedap yang ada di meja ni. Tapi Insya-ALLAH, ada resepi kasih sayang mama dan papa.”
            Gerakan tanganku terhenti. Nasi yang sudah disenduk aku letakkan kepala. Tak sabar menunggu hadiah istimewa dari mama...Aku menanti penuh harap. Bila mama menghulurkan tuppurware berwarna putih bersaiz sederhana tersebut, menguntum senyumanku.
            “ Makan puas-puas. Merata papa cari sebab takut cucu papa ni meragam tau.”
            Jelas,Einstein sepakat dengan papa dan mama soal makanan yang aku idamkan ini. Terharu benar rasanya bila impian menikmati cempedak dan nangka tercapai juga akhirnya.
            “ Alhamdulillah, terima kasih semua,” ucapku penuh syahdu.
            Mama dan papa mengisyaratkan aku harus berterima kasih pada lelaki di sampingku.
            Aku merenung Einstein tanpa suara. Hanya bahasa isyarat sebagai penghubung. Sungguh, beruntungnya aku kerana ada dia buatku.
            “ Main bahasa isyarat macam takde mulut pulak. Macam-macamlah korang ni.”
            Mama mengekek ketawa mendengar komen papa. Nak menghilangkan rasa malu, laju aku mencapai senduk nasi. Aku sendukkan satu persatu ke pinggan yang tersedia. Setelah itu, aku persilakan mereka menikmati makanan yang terhidang. Dan aku, hanya menyantap cempedak dan nangka kasih sayang dari mama dan papa....Fuh, lazatnya!
            --------------------------------------------------------
            “ Terima kasih Umar sebab jaga Along dan baby.”
            Kata-kata mama di restoran tadi membuatkan aku tersenyum sendirian. Kalau mereka terharu dengan layanan Einstein, aku apatah lagi. Terharu, sayu dan awan yang terpilu sudah hati ini. Kena buat pengakuan berani mati ni....
            “ Abang, Bilah sayang abang sangat-sangat,” bisikku padanya dari belakang.
            Einstein mengurut dada. Terkejut dengan kehadiranku yang tiba-tiba di ruang tamu. Tangannya dihulurkan kepadaku, mengisyaratkan aku duduk di sampingnya.
            “ Abang pun.”
            Dia membalas ringkas namun sarat dengan rasa cinta.
            “ Bilah bertuah sangat sebab dipertemukan dengan abang. Abanglah yang terbaik untuk Bilah selamanya. Terima kasih abang,” ucapku dalam rasa sayu yang ditahan.
                        “ Inilah perancangan ALLAH buat kita. Dia yang menentukan segalanya. Bilah yang terbaik untuk abang, abang yang terbaik untuk Bilah. Walaupun belum jadi yang terbaik, kita sama-sama cuba. Insya-ALLAH, kita akan jadi mama dan papa yang paling best untuk anak-anak kita nanti.”
            Dia berusaha penuh yakin, cukup membuatkan dadaku diburu rasa bahagia. Cuma,ada hal yang mencuit hatiku. Dan segera, terlontar di bibir gurauan itu.
            “ Anak-anak? Baru satu pun dah pening nak layan Bilah...Kalau lebih dari satu sanggup ke?.”
            “ Walaupun terpaksa bangun tengah malam cari sup tulang, keliling satu negeri cari makanan yang dimasak orang Cina, abang sanggup asalkan Bilah bahagia,”balasnya dalam ketawa. Aku memeluknya erat. Bahagia, sebahagia, bahagianya hinggalah ada komen yang lahir dari bibirnya.
            “ Oh ya, abang tetap sanggup layan karenah Bilah walaupun sikit pun tak dapat merasa cempedak dan nangka yang mama dan papa bawa tadi. Erm, kalau pun Bilah tak mahu kongsi cornflakes madu yang mama buat tu, i’ll be with you forever and ever.”
            Aku tergelak kuat. Komennya membuatkan aku sedar dengan sikap yang baru muncul kebelakangan ini. Kedekutnya @ Haji Bakhil@Tangkai jering betul. Mahu tak mahu, sikap tersebut harus diubah. Aku membuka balang kuih di atas meja, Einstein hanya memandang tanpa suara. Namun ada tawa yang lahir bila aku menghulurkan balang tersebut padanya. Laju dia menyuap ke mulut sambil berbisik terima kasih padaku. Rupa-rupanya dia makan hati sahaja selama aku meminta itu ini darinya. Dia bukan tak mahu, Cuma tak tahu dia pun mengidam juga. Kesiannya! I’m sorry dear, perbawakan budak agaknya nih..Hehe
-------------------------------------------------------------------------------
     Salam semua. Masih banyak kisah Ayat Power yang nak dikongsikan. Tambah-tambah bila saya di Pediatric sekarang ni...Banyak idea dan kisah dari pengalam sehari-hari. Jadinya, Insya-ALLAH, AP sampai 40..So, ade 5 lagi n3 ok..Moga endingnya nanti membuatkan anda semua gembira. Mestilah nak dapat baby kan? So far, so good ada kisah mengidam dan baby versi saya yang nak di ceritakan...Tapi di blog, satu lagilah ye...Kalau rajin, boleh la melawat ke sana..Apa-apa pun, moga kisah ini ada manfaatnya..Wasssalam (",)

7 comments:

blinkalltheday said...

sweetnye einstein..

cactaceous opuntia said...

tq2 utk post ni wpn bz....sabar betul einstein...nsb baik bilah pn sentiasa bermuhasabah diri kn...huu...

sue said...

Sweet betul....

MaY_LiN said...

alahai..
comel nye dorang ni..
xsabar nak tgg papa n mama ade baby

evy said...

suka sgt...

Cik AppLe said...

alololo... bertuahnya bilah ade suami cam einstein..hehehe

nadiah_abdllah said...

5 entry lagi?
lagi saya suka. hehehe. ^^