Sudah
sebulan fase mengidam tak ingat waktu yang aku alami berlalu. Gara-gara
mengidam, badan pun naik bagai dipam-pam. Senak perut dan cepat benar sendat
baju uniform mengandung yang aku kenakan. Dan angkara karenah ibu mengandung
yang tidak menentu itulah, semua yang berada di sampingku lebih menjaga setiap
patah kata bila berbicara denganku. Risau aku buat perangai lagi gamaknya.
“Takpelah Bilah makin bulat, yang
penting sihat dan semuanya selamat. ”
Itu kata Einstein sekembalinya dari
pemeriksaan rutin @ check up siang tadi. Biarpun ada raut kebimbangan dengan
pertambahan berat badan yang mendadak, dia cuba berlagak tenang. Bila
dijelaskan Dr. Azwa tentang kondisi kehamilanku, wajahnya berubah ceria
kembali. Sempat dia berkongsi cerita soal perangai anehku tempoh hari yang
pastinya mengundang gelak tawa pakar sakit puan tersebut.
“ Biasalah tu. Perempuan mengandung
ni perangainya memang aneh tapi benar. Saya dulu pun macam tu juga. Setiap kali
nampak makanan, semuanya nak ditelan. Sampaikan lalu depan kedai makanan Cina
pun terasa nak singgah. Kesian jugalah dekat suami nak melayan perangai saya
tu.”
Aku dan Einstein tergelak kecil. Aku
juga merasai pengalaman yang sama tempoh hari. Mujurlah ada Encik Einstein yang
baik hati ni di sampingku. Setia dan penuh pengertian menghadapi karenah manja
dan agak mengada ni. Tidaklah ada rasa terkilan di hati mengenang mengidam yang
tak kesampaian tempoh hari.
“ Nabilah ni pun macam tu jugak
doktor. Minggu lepas, dia teringin nak makan nasi ayam di kedai makan Cina.
Pening saya dibuatnya doktor. Mujurlah lepas dipujuk-pujuk, baby dan mamanya
tak merajuk. Kalau tidak, entahlah.”
Tawa Dr.Azwa lepas. Aku menjeling
manja Einstein di sampingku. Macm-macam hal dan perangai isteri mengandung ni. Cukup
membuatkan para suami serba tak kena dibuatnya. Tak ikut, payah. Diikut, susah.
Alahai, dilema dibuatnya hidup kata Einstein padaku tempoh hari.
“ Itulah indahnya alam rumahtangga
ni. Harus saling memahami. Jadi suami kena bersabarlah dengan karenah isteri.
Kalau tidak sabar, buruklah suasana rumahtangga. Apa-apa pun, saya doakan
semuanya selamat. Bulan depan, jangan lupa check up lagi. Moga diberik kekuatan
dan kemudahan dalam setiap urusan kalian ya.”
Sempat Dr.Azwa menitip pesan dan doa
untuk kami. Aku aminkan di dalam hati. Maklum sahajalah, dia kenal benar aku
dan Einstein. Sejak aku kembali ke sini, dialah yang merawatku. Pakar sakit
puan yang cukup kenal dan tahu tentang kisahku dan Einstein yang dahulu. Dan
kami senang berkongsi cerita dan kisah kepadanya kerana sikap ramahnya.
“ Insya-ALLAH. Terima kasih doktor,”
ucap Einstein sambil memimpinku keluar.
Aku menutur kata yang sama kepadanya.
Dr.Azwa menghantar lewat senyuman dan pandangan matanya. Jelas, ada rasa
bahagia yang turut dia rasakan melihat kemesraan yang kami pamerkan. Seiringan
kami melangkah dengan genggaman erat di tangan. Alhamdulillah, syukur atas
nikmat kebahagiaan ini.
-----------------------------------------------------
Aku menatap Einstein pelik. Lain
yang aku katakan, lain yang dia lakukan. Kereta yang dipandunya tidak sesuai
dengan permintaanku yang ingin pulang setelah seharian penat di hospital. Tapi
wajahnya cukup bersahaja seakan-akan dia tidak faham dengan raut wajahku yang
berubah dengan sikapnya.
“ Abang, kenapa tak balik rumah
terus?.”
Soalan yang bermain difikiran aku
lemparkan padanya yang sedang ralit memandu. Dia menepuk dahinya sebelum
berpaling ke arahku. Jelas, ada raut bersalah di wajahnya.
“ Sorry sayang. Lupa betul isteri
abang ni penat dan nak rehat. So, macammana ni? Nak patah balik atau kita
ronda-ronda cari makan dulu?,” dia membalas pertanyaanku dengan persoalan juga.
Aku mengangkat bahu dengan senyuman
terukir di bibir.
“ Hilang serta merta penat Bilah
bila dengar bab makan ye?,” soal Eisntein kembali dalam gurauan.
Laju aku menganggukkan kepala. Einstein
tergelak kecil melihat gelagatku.
“ Apa-apalah sayang. Yang penting
honey dan baby abang ni happy selalu.”
Makin lebar senyumanku mendengar
komen yang lahir dari bibirnya. Tapi entah kenapa, perangai mengidam aku
kembali lagi. Dalam rasa gembira tu, terbayang-bayang nikmatnya ayam madu yang
masuk ke mulut.
“ Alahai, berhentilah berharap
Bilah! Tak mungkin ayam madu tu bergolek di depan mata di remang-remang senja
begini” pujukku pada diri sendiri.
Sempat aku menjeling ke arah
Einstein di sampingku. Tumpuannya hanya pada jalan yang sesak dengan kenderaan
berbagai rupa, tidak sedetik pun berpaling padaku. Dari tindak tanduknya, tidak
mungkinlah cempedak jadi nangka. Oh ya, sebut pasal nangka dan cempedak, itu
pun belum masuk perut. Alahai, mana kan ku cari semuanya ini?
“ Kenapa sayang, baby meragam ke?.”
Suara Einstein menampan telingaku
ketika aku menutup mata. Ada nada gusar di suaranya. Aku segera membuka mata
kembali. Laju aku menggeleng kepala, menidakkan tekaannya.
“ Baby sangat behave hari ni. Tahu nak g check
up kot. Abang kan dah inform consent
dekat dia malam tapi pasal schedule
Bilah.”
Einstein tergelak senang. Bahagia
benar dia bila anaknya ini mendengar kata dan saranannnya. Hampir setiap malam,
dia menyampaikan pesanan buat si kecil. Dan nampaknya, si kecil memang patuh
dan taat pada papanya. Syukurlah.
“ Bilah,” dia memanggil namaku
lembut.
“ Erm,” pendek aku membalas
panggilannya.
“ Isteriku sayang,” dia memanggil
lagi. Aku mengalih pandangan padanya.
“ Iya, abangku sayang,” aku membalas
katanya dengan nada romantis.
“ Bilah tak mahu tanya kita nak
pergi mana ke?.”
Aku menggeleng kepala. Einstein
mengerut dahi dengan sikapku.
“ Kalau dengan abang, ke bulan
bintang pun Bilah sanggup. Asalkan ada makanan best, Bilah on je.”
Gelak tawanya gamat menghuni segenap
kereta. Inilah kata-kata perempuan berbadan dua. Kalau berbadan tiga, lebih
banyak syaratnya barangkali.
“ Amboi, ada juga bab makan dia tu.
Erm, kiranya tak mahu tahu ke manalah ni ye? Kalau gitu, kira suprise jelah ya.”
Suprise, tak suprise buat ajelah
muka terkejut. Kalau tak terkejut, bukan suprise namanya kan? Hehe...
--------------------------------------------
Terkejut dan tak sangka melihat wajah-wajah
yang berada di depan mataku. Mama dan papa tersenyum manis menyambut kehadiran
kami di restoran Cina Muslim tersebut.
Dan rasa lapar yang tadi mencengkam serta merta menghilang. Lama aku memeluk
keduanya,menghilang rasa rindu yang sarat di jiwa.
“ Kenapa mama, papa nak datang tak
bagitahu? Suspens je, mujurlah orang dalam tak terkejut,” omelku pada keduanya.
Mama dan papa mencebik bibir sahaja.
Seketika mereka berbicara tanpa suara dengan Einstein. Aku termangu sendirian
dengan perilaku mereka.
“ Don’t worry. Tak ada rahsia apa
pun. Cuma ada hadiah untuk mak buyung je,” jelas mama sebelum aku sempat
bertanya.
Aku mempamerkan muka ingin tahu. Mama
mengganding tanganku ke meja yang sudah ditempah mereka. Perbagai hidangan
sudah ada di depan mata. Nasi ayam hainan dan segala hidangan masakan cina
lainnya. Cukup mengiurkan dan membuatkan aku tak sabar mahu makan.
“ Sabar sayang, papa baca doa dulu
sebelum makan,” perli papa sebaik sahaja aku duduk.
Aku ketawa sumbing dengan teguran
papa. Alahai, jelas sangat rasa tak sabar aku agaknya. Papa membacakan doa
makan, diikuti doa selamat. Kusyuk aku hayati setiap bait katanya dalam suasan
air liur kecur dan perut yang sudah berirama. Sabar baby, sabar!
“ Okey, dah boleh makan. Sebelum tu,
mama ada hadiah special untuk Bilah. Taklah sesedap yang ada di meja ni. Tapi
Insya-ALLAH, ada resepi kasih sayang mama dan papa.”
Gerakan tanganku terhenti. Nasi yang
sudah disenduk aku letakkan kepala. Tak sabar menunggu hadiah istimewa dari
mama...Aku menanti penuh harap. Bila mama menghulurkan tuppurware berwarna
putih bersaiz sederhana tersebut, menguntum senyumanku.
“ Makan puas-puas. Merata papa cari
sebab takut cucu papa ni meragam tau.”
Jelas,Einstein sepakat dengan papa
dan mama soal makanan yang aku idamkan ini. Terharu benar rasanya bila impian
menikmati cempedak dan nangka tercapai juga akhirnya.
“ Alhamdulillah, terima kasih semua,”
ucapku penuh syahdu.
Mama dan papa mengisyaratkan aku
harus berterima kasih pada lelaki di sampingku.
Aku merenung Einstein tanpa suara.
Hanya bahasa isyarat sebagai penghubung. Sungguh, beruntungnya aku kerana ada
dia buatku.
“ Main bahasa isyarat macam takde
mulut pulak. Macam-macamlah korang ni.”
Mama mengekek ketawa mendengar komen
papa. Nak menghilangkan rasa malu, laju aku mencapai senduk nasi. Aku sendukkan
satu persatu ke pinggan yang tersedia. Setelah itu, aku persilakan mereka
menikmati makanan yang terhidang. Dan aku, hanya menyantap cempedak dan nangka
kasih sayang dari mama dan papa....Fuh, lazatnya!
--------------------------------------------------------
“ Terima kasih Umar sebab jaga Along
dan baby.”
Kata-kata mama di restoran tadi
membuatkan aku tersenyum sendirian. Kalau mereka terharu dengan layanan
Einstein, aku apatah lagi. Terharu, sayu dan awan yang terpilu sudah hati ini.
Kena buat pengakuan berani mati ni....
“ Abang, Bilah sayang abang
sangat-sangat,” bisikku padanya dari belakang.
Einstein mengurut dada. Terkejut dengan
kehadiranku yang tiba-tiba di ruang tamu. Tangannya dihulurkan kepadaku,
mengisyaratkan aku duduk di sampingnya.
“ Abang pun.”
Dia membalas ringkas namun sarat
dengan rasa cinta.
“ Bilah bertuah sangat sebab
dipertemukan dengan abang. Abanglah yang terbaik untuk Bilah selamanya. Terima
kasih abang,” ucapku dalam rasa sayu yang ditahan.
“
Inilah perancangan ALLAH buat kita. Dia yang menentukan segalanya. Bilah yang
terbaik untuk abang, abang yang terbaik untuk Bilah. Walaupun belum jadi yang
terbaik, kita sama-sama cuba. Insya-ALLAH, kita akan jadi mama dan papa yang
paling best untuk anak-anak kita nanti.”
Dia berusaha penuh yakin, cukup membuatkan
dadaku diburu rasa bahagia. Cuma,ada hal yang mencuit hatiku. Dan segera,
terlontar di bibir gurauan itu.
“ Anak-anak? Baru satu pun dah
pening nak layan Bilah...Kalau lebih dari satu sanggup ke?.”
“ Walaupun terpaksa bangun tengah
malam cari sup tulang, keliling satu negeri cari makanan yang dimasak orang
Cina, abang sanggup asalkan Bilah bahagia,”balasnya dalam ketawa. Aku
memeluknya erat. Bahagia, sebahagia, bahagianya hinggalah ada komen yang lahir
dari bibirnya.
“ Oh ya, abang tetap sanggup layan
karenah Bilah walaupun sikit pun tak dapat merasa cempedak dan nangka yang mama
dan papa bawa tadi. Erm, kalau pun Bilah tak mahu kongsi cornflakes madu yang
mama buat tu, i’ll be with you forever and ever.”
Aku tergelak kuat. Komennya
membuatkan aku sedar dengan sikap yang baru muncul kebelakangan ini. Kedekutnya
@ Haji Bakhil@Tangkai jering betul. Mahu tak mahu, sikap tersebut harus diubah.
Aku membuka balang kuih di atas meja, Einstein hanya memandang tanpa suara.
Namun ada tawa yang lahir bila aku menghulurkan balang tersebut padanya. Laju
dia menyuap ke mulut sambil berbisik terima kasih padaku. Rupa-rupanya dia
makan hati sahaja selama aku meminta itu ini darinya. Dia bukan tak mahu, Cuma tak
tahu dia pun mengidam juga. Kesiannya! I’m sorry dear, perbawakan budak agaknya
nih..Hehe
-------------------------------------------------------------------------------
Salam semua. Masih banyak kisah Ayat Power yang nak dikongsikan. Tambah-tambah bila saya di Pediatric sekarang ni...Banyak idea dan kisah dari pengalam sehari-hari. Jadinya, Insya-ALLAH, AP sampai 40..So, ade 5 lagi n3 ok..Moga endingnya nanti membuatkan anda semua gembira. Mestilah nak dapat baby kan? So far, so good ada kisah mengidam dan baby versi saya yang nak di ceritakan...Tapi di blog, satu lagilah ye...Kalau rajin, boleh la melawat ke sana..Apa-apa pun, moga kisah ini ada manfaatnya..Wasssalam (",)
7 comments:
sweetnye einstein..
tq2 utk post ni wpn bz....sabar betul einstein...nsb baik bilah pn sentiasa bermuhasabah diri kn...huu...
Sweet betul....
alahai..
comel nye dorang ni..
xsabar nak tgg papa n mama ade baby
suka sgt...
alololo... bertuahnya bilah ade suami cam einstein..hehehe
5 entry lagi?
lagi saya suka. hehehe. ^^
Post a Comment