@rubiadaibrahim

Tuesday, November 22, 2011

Ayat Power 36: Nenek Kebayan.


Bulan berganti bulan, aku berganti badan. Perut makin membulat, pipi berseri berkilat dan badan mudah rasa penat. Di usia kehamilan tujuh bulan ini, mengah benar rasanya membawa perut memboyot. Dan yang paling ketara, ada perubahan waktu tidur yang melanda. Pening betul dibuatnya dengan kehidupan ala nenek kebayan kebelakangan ini.
            “ Mama, ada tips tak nak mudah tidur malam?.”
            Pertanyaan itu aku lontarkan kepada mama melalui panggilan telefon. Setelah dua hari fenomena  siang mengantuk malam berjaga melanda, barulah aku mencari jalan penyelesaian dengan bertanya kepada pakar rumahtangga. Mujurlah ada mama tersayang.
            “ Kenapa along? Baby meragam tiap malam ke?,” soal mama kembali.
            “ Erm, gitulah mama. Kalau malam, aktif betul dia bergerak. Sampai tak dapat tidur along dibuatnya. Dah puas pujuk, tak jalan juga. Penat,” luahku.
            Mama menyeringai ketawa sebelum memberi jawapan.
            “ Baby tunjuk perangai Along masa mama mengandung dulu tu. Mamanya borek, anak rintik. Dia nak suruh Along rasa apa yang mama rasa dulu kot.”
            Aku mengetap bibir. Memang mama pernah bercerita soal kehamilannya tempoh hari. Pernah juga disinggung bagaimana kondisinya dulu. Hampir sama dengan kisahku, hamil pertama ketika berada di tahun terakhir bergelar pelajar universiti. Dan lebih menarik lagi, mama melahirkan aku di hari terakhir di universiti, usai ujian akhir.
            “ Along dulu nakal ke masa duduk dalam perut mama?,” soalku ingin tahu.
            “ Nakallah. Penat mama melayan. Time mama nak exam tu, suka betul buat keras dalam perut. Sepak sana, sepak sini. Mujurlah faham mama tak mahu extend, Along keluar bila mama dah habis exam,” balas mama.
            Ketawaku lepas. Perut yang membesar aku usap penuh kasih.
            “ Apa mama buat nak hilangkah perangai nakal Along tu.”
            Mama berkongsi ceritanya.
            “ Along tunjuk perangai tu sebab papa masa tu sibuk memanjang. Tak ada masa sangat nak melayan Along. Mama bagitahu papa. Lepas papa nasihat Along, terus insaf mengamuk. Jadi anak soleh, tenang hati mama.”
            Aku tersenyum lebar. Mahu tak mahu, terpaksalah minta pertolongan Encik Umar Al-Farouq sekejap lagi.
            “ Abang, tolong pujuk anak abang ni ya.” hanya perkataan itu melintas di kepala saat senyuman terukir lebar.
            -----------------------------------------------
            Aku menanti Einstein di lobi hospital dengan sabar. Katanya lima minit dia akan sampai ke sini. Hakikatnya dah lebih lima belas minit, batang hidungnya masih belum kelihatan. Dan entah kenapa, ada rasa marah yang menyelinap di sudut hati. Aku beristighfar. Entah kenapa, sejak dua menjak ni aku mudah benar hilang rasa sabar. Mudah juga tersentuh rasa  hati dan menangis. Mungkin hormol tak stabil yang mempengaruhiku.
            “ Nabil, moyoknya muka. Lari cik abang kau nanti,” tegur Dania.
            Muncung yang sudah ke depan aku tarik. Aku mengeluh perlahan. Dania masih memerhatikan gelagatku.
            “ Kenapa Nabil? Aku tengok kau tak keruan je dua tiga hari ni..Kau gaduh dengan Einstein ke?,” soalnya ingin tahu.
            Aku menggeleng laju. Walaupun emosi aku terganggu, aku masih mampu mengawal diri sendiri. Tak pernah sekali pun aku bertegang urat dengan Einstein. Mungkin sikap Einstein yang tenang membuatkan aku mudah meredam emosi tak stabilku.
            “ Dah tu kenapa?.”
            “ Aku pun tak tahu..Sekarang ni, badan penat cuma tak cukup rehat. Setiap malam aku tak boleh tidur pun.”
            “ Oho, tulah asik curi tidur time lecture ye?.”
            Aku mengangguk perlahan. Dania memandangku dengan raut simpati.
            “ Einstein tahu tak pasal ni?.”
            “ Entahlah...aku tak bagitahu dia lagi. Kalau malam-malam, rasa macam nak kejut dia temankan aku berjaga. Tapi tak patutlah pulak kan. Kesian dekat dia melayan aku. Dah la perangai aku mengada-mengada dari awal pregnant, hujung-hujung ni kalau boleh aku tak mahu susahkan dia lagi. Aku nak jadi ibu yang kuat. Tak mahu lagi merengek-rengek tak tentu pasal dengan Einstein.”
            Senyuman Dania lebar di bibirnya. Tidak lama kemudian, ada kata-kata yang lahir.
            “ Kau mengandung ni sebab siapa?.”
            Aku mengangkat kening dengan soalannya.
            “ Sebab aku dan Einsteinlah.”
            “ Okey, so ini anak kau dan Einstein kan?,” soalnya lagi berbasi-basi.
            Aku mengeringai ketawa mendengar soalannya. Dah tahu, tanya lagi.
            “ Iyalah. Tak mungkinlah anak buluh betung, tumpang rahim aku.”
            “ Ha, tau pun. Kalau dah anak korang, kenalah berkongsi senang dan susah. Ini bukan sebab mengada-ngada Puan Nabilah. Ini pasal adat orang mengandung. Semua yang kau lalui tu sebab pembawakan budak. Setahu dan seingat aku, kau bukanlah jenis suka mengusahkan orang. Dan kau tak boleh rasa macam tu dengan Einstein. Inilah consequence yang dia kena hadapi dalam fase ni. Mahu tak mahu, kau kena ceritakan dekat dia. Tak sanggup aku tengok kau jadi burung hantu setiap hari. Kesian dekat kau, kesian juga dekat baby.”
            Nasihat Dania panjang lebar aku sematkan di hati. Tanpa suara, aku isyaratkan ucapan terima kasih atas nasihatnya. Bila melihat kelibat Einstein, Dania segera meminta diri dan berlalu. Tinggallah aku menanti Einstein dengan senyuman ikhlas yang tak dibuat-buat dan rasa sabar yang kian tersemat.
            “ Sorry sayang. Lambat pula habis briefing tadi. Marah dekat abang ke?,” tegurnya.
            Aku menggeleng kepala. Dia menghulurkan tangan, membantu aku bangun dari bangku tempat aku duduk. Seiring sejalan, kaki kami atur meninggalkan perkarangan hospital.
            ---------------------------------------------
            Seperti yang sudah dirancang, kami pulang ke Gombak malam ini. Esok akan berlangsung majlis pertunangan Dina, sepupu Einstein. Sepupu kontroversi, mengguris hati dan perasaan di awal pernikahanku dulu. Alhamdulillah, sudah sampai satu fase dalam untuk hidup berdua untuknya.
            “ Kesiannya Kak Ngah. Penat mengandung, penat kerja, penat juga terkejar-kejar balik ke sini. Sampai-sampai, terus tolong persiapan esok pulak,” luah Aisyah melihat aku masih di ruang tamu biarpun jam sudah menunjukkan angka dua belas.
            Aku hanya tersenyum sumbing mendengar luahannya. Dari tadi, memang niat aku mahu membantu apa yang patut walaupun sekadar menyiapkan cenderamata untuk tetamu yang datang.Tidak sedap pula rasanya, hanya pulang menunjukkan muka. Paling tidak, adalah jasa aku untuk majlis besok. Barulah jadi menantu mithali kan?
            “ Ya ALLAH, umi tak perasan dah pukul dua belas. Pergi tidurlah Bilah. Kesian umi tengok. Bilah sibuk berjaga, si Angah tidur tak ingat dunia. Tak patut betul.”
            “ Lagi tak patut kalau Bilah tak tolong apa-apa umi. Takpelah abang tidur. Ni kerja perempuan, kalau dia buat tak bersenilah jadinya nanti,” balasku.
            Aisyah dan umi tergelak kecil.
            “ Lelaki kat rumah ni memang tak ada bakat kerja-kerja macam ni. Kalau tolong tengok dan rosakkan kerja kita bolehlah,” ujar umi.
            Gamat ketika suasana ruang tamu dengan gelak tawa kami. Namun terhenti sendiri bila melihat wajah ayah dan Einstein menjenguk ke ruang tamu.
            “ Amboi-amboi, mengutuk suami sendiri nampak! Apa yang tak ada bakat, apa yang rosak tu?,” soal ayah penuh minat.
            Kami saling berpandangan sesama sendiri. Soalan tersebut, dibiarkan tidak berjawab. Umi sekadar mengangkat bahu, aku dan Aisyah buat-buat tak tahu. Melihat kami, ayah dah Einstein mengambil tempat menyertai kami.
            “ Ha, eloklah ada sekali ni. Bolehlah tolong siapkan kerja ni. Siap cepat, bolehlah kita rehat. Kesian dekat ibu mengandung tak tidur-tidur lagi ni,” luah umi.
            Einstein buat-buat tidak dengar dengan omelan umi. Pandangannya tertumpu pada beg kertas, kuih-muih, gula-gula dan sapu tangan yang sudah dihias cantik di depan mata. Tanpa dipinta, dia megikuti rentak kami. Mujurlah ada seninya juga tangan cik abangku ini.
            “ Betulkan apa yang abang buat ni?,” soalnya kepadaku.
            Aku mengangguk perlahan. Terlihat ada senyuman puas di wajahnya.
            “ Angah, tinggalkan kerja tu. Biar ayah yang tolong siapkan. Ajaklah Bilah tu tidur. Tak hilang lagi penat kerja, tambah pula penat menolong umi. Dah pagi ni, kesian dekat dia.”
            Einstein menggaru kepalanya sambil merenungku. Akhirnya dia bangkit, menghulurkan tangan kepadaku. Tanpa banyak soal, aku mengikutinya masuk ke bilik. Dan inilah masa yang aku tunggu-tunggu dari tadi. Fuh, hendaknya berjayalah aku bercerita soal perangai nenek kebayanku ini.
            -------------------------------------------------------------
            “ Minta maaf sayang. Abang penat sangat tadi, tidur tak ingat dunia.”
            Aku hanya memandangnya tanpa kata. Dia membaringkanku di katil. Kemudian, dia duduk di birai katil. Jelas, ada sesuatu yang menimbulkan persoalan di benaknya.
            “ Sejak bila isteri abang ni tak kuat tidur? Dulu masa awal pregnant sampai bulan lepas, pantang ada masa. Tengah memasak dekat dapur pun boleh tertidur. Mujurlah tak hangit telur goreng.”
            Berderai tawaku dengan kata-katanya. Itu kisah dulu, sekarang dunia dah berubah.
            “ Abang rasa sejak bila?,” soalku kembali. Dia menggeleng kepala laju.
            “ Since last week. Tak tahu kenapa, setiap malam Bilah tak boleh tidur. Baby main bola agaknya tiap malam.”
            Einstein mempamerkan muka terkejutnya, berselang seli dengan raut tidak percaya.
            “ Kenapa tak bagitahu abang? Kesiannya sayang. Abang pulak tak aware with this thing. Kalaulah abang tahu....”.
            “ It’s okay. Sekarang abang dah tahu. So, abang nak buat apa?,” potongku.
            “ Abang sanggup jadi atuk kebayan temankan sayang tau,” balasnya laju.
            Ketawaku pecah. Alahai, datuk kebayanku sayang!
            “ Tak ada maknanya. Rasanya baby buat perangai sebab papa dia busy sangat sekarang. Pantang jumpa bantal, terus tidur. Tak ada masa pun nak borak dengan dia. Tu dia tunjuk perasaan tu.”
            Einstein meletakkan tangannya di perutku. Kemudian, dia berbisik halus pada suatu nyawa yang sudah ada di dalam rahimku.
            “ Assalamualaikum sayang papa. Malam ni nak kita khatam Quran nak tak?,” soalnya penuh kasih sayang.
            Aku memerhatikan tingkahnya tanpa kata. Dalam rasa terkejut, aku cuba tahan rasa tidak percayaku. Takkanlah dia nak mengaji satu Quran malam ni untuk menemani nenek kebayannya ini?
                        Einstein membaca surah Al-Ikhas tiga kali, lengkap dengan maknanya. Dia bisikkan penuh kasih pada buah hati kami. Kemudian, dia berbicara dengan si kecil. Ada rasa terharu di kalbu, ada airmata yang mula bertakung di birai mata.
            “ Kenapa sedih pulak ni sayang?.”
            Teguran Einstein membuatkan aku berpaling ke arah lain. Air mata yang bertakung aku tahan dari gugur. Tapi entah kenapa, jatuh juga ke pipi.
            “ Lah, menangis pulak nenek kebayan apa ni...Nak menangis boleh, tapi jangan sampai bengkak mata pulak. Nanti orang ingat kita bergaduh pulak ,” ujaranya berseloroh.
                        “Eh, kenapa kita bergaduh pulak?,” soalku pelik. Bulat mataku memandangnya.
            “ Gaduh sebab dulu-dulu Dina tu calon pilihan umi yang buat Bilah makan hati.”
                        “ Itu dulu. Kalau sekarang, Bilah tahu Bilahlah menantu paling umi sayang. Erm, yang lebih penting lagi i’m winner of your heart. Dah tak galau dah dengan hati abang ok.”
            Einstein mengukir senyuman. Dia berbaring di sebelahku, berbisik kata-kata penuh kasih. Alahai, makin jadi nenek kebayanlah aku dengan penangan kata romantisnya! Tolong..tolong!
---------------------------------------------------
Salam alaik. Maaf n3 novel saya postkan sekali seminggu ya. Busy-busy day seperti selalu dan dua tiga menjak ni, saya kurang sihat. Blog ni saya update sekali seminggu, yang satu lagi kalo ada idea dan masa, Insya-ALLAH saya update selalu. Erm, sebut pasal galau, ada satu kes yang membuatkan saya tak keruan dua tiga minggu ni. Bolehlah baca di blog saya satu lagi..Kalau rajin nak kongsikan kisah hati pun boleh...(",) Moga kisah anda menghilangkan galau di hati ini..Hehe. Apa-apa pun, selamat membaca & happy2 selalu ya (",).Wassalam

2 comments:

MaY_LiN said...

bagusnya dorang ni..
sejuk hati..
xjadi nak marah umar..

sue said...

Mesti anak yang lahir macam ayah dia.... Cool sahaja...