Tidak ada warna mahupun tema yang ditetapkan
Dina untuk majlis pertunangannya. Cuma Einstein yang beriya benar mahukan kami
berpakaian sedondon berona ungu biji kundang ke sana. Katanya, biar orang tak
tersalah anggap dia bakal tunang Dina. Mendengar gurauannya, satu cubitan aku
hadiahkan. Rasakan!
“ Wa, tajamnya cubitan ketam ni.
Habislah lebam dan berdarah tangan abang.”
Einstein mengaduh kesakitan sambil
menggosok tangan bekas cubitanku tadi. Matanya masih menatap aku yang sedang
mengenakan tudung di kepala. Ada raut mahu bergurau lagi yang ingin dia
cetuskan. Namun, segera aku pintas perbicaraannya dengan kata-kata amaran.
“ Abang, gatal betul. Kalau abang
menggatal sekali lagi, Bilah tak mahu ikut pergi rumah Dina. Abang pergilah
sorang,” ujarku tegas.
Einstein terdiam seribu bahasa.
Jelas ada raut bimbang yang terpancar di matanya. Dia melangkah perlahan ke
arahku, memandang aku sejenak tanpa kata. Aku cuba menahan rasa lucu yang
menggeletek hati, lawak benar rasanya melihat Einstein yang sudah mengelabah
tak tentu arah.
“ Bilah, tak mahu la macam ni..Abang
janji tak sebut dah pasal isu sensitif tu.”
Einstein bersuara lirih dan
mengangkat tangan seakan berikrar padaku. Aku buat-buat tidak peduli. Dia
meraup mukanya beberapa kali, menyesal dengan sikapnya yang tidak sensitif
dengan perubahan isteri boyotnya ini barangkali.
“ Erm, tengoklah macam mana,”
balasku bersahaja.
Einstein memandang aku tidak
berkelip. Jelas ada raut bersalah di mukanya. Kasihan pula melihatnya begitu.
Akhirnya aku menghampirinya. Tangannya aku sambar dan aku ganding sebelum
melangkah keluar dari bilik. Einstein kebingungan.
“ Lah, kenapa tercegat lagi nih?
Jomlah cepat kita pergi sana. Apa pula kata umi kalau kita lambat sampai nanti,”
ucapku bersahaja bila Einstein masih belum beranjak dari tempatnya berdiri.
Einstein menggaru kepalanya. Sekali
lagi diburu rasa pening dan bingung dengan perubahan sikapku mungkin. Tidak
lama kemudian, dia mengukir senyuman.
“ Ya ALLAH, sejak bila isteri abang
ni pandai mengenakan suami sendiri? Cuak abang dibuatnya tadi tau. Kalaulah
Bilah tak pergi, terpaksalah kita berkurung dalam bilik je dengan baju sedondon
ni. Tak bolehlah nak tunjukkan pada dunia kita ni sehati sejiwa.”
Kata-kata Einstein aku sambut dengan
derai tawa. Alahai, ada-ada sahaja perangainya yang membuatkan hatiku diburu
bahagia.
“ Kalau tak sehati sejiwa, tak
mungkinlah sekarang dah nak jadi bertiga,” balasku berseloroh.
Einstein mengukir senyuman. Dia
membalas genggaman tanganku sebelum tangannya yang satu lagi mencapai beg
tanganku. Alahai, jatuh lagi hati dengan cik abangku seorang ni!
-----------------------------------------------------------
Cantik betul Dina dalam persalinan
sempena majlis pertunangannya. Baju dari bahan satin berwarna biru laut itu
cukup menawan bila dikenakan olehnya. Serta merta kenangan ketika majlis
pertunanganku dulu menerpa fikiran.
Berbeza benar majlisku dengan Dina.
Aku dulu jadi tunangan ekspress kepada insan bernama Umar Al-Farouq. Semua
persiapan pertunangan ala kadar dan ala ekspress sahaja. Maklum sahajalah,
Einsteinkan tunang tangkap muat pilihan hati. Tangkap muat tak tangkap muat,
hanya dia hero yang membuatkan rasa sayang di hati kian sarat.
“ Kak Ngah dari tadi senyum
sorang-sorang. Teringat kisah Kak Ngah dulu ye?.”
Teguran Dina melenyapkan lamunan.
Aku mengangguk perlahan. Rasa malu menerpa, siapa suruh suka berangan?
“ Dina berdebar-debar betul nak jadi
tunangan orang ni. Kak Ngah ada petua dan tips tak nak hilangkan debaran ni?,”
tanya Dina ingin tahu.
Aku mengangkat bahu. Kalau
ditanyakan petua, tidak adalah yang terlalu istimewa. Cuma kalau berdasarkan
pengalaman, adalah hal yang boleh aku kongsikan.
“ Banyakkan selawat. Doa pada ALLAH
semua urusan ni dilancarkan.”
Dina mengiyakan pendapatku. Dia
kemudiannya berkongsi cerita debaran menempuh alam pertunangan yang akan
dilalui tidak lama lagi. Katanya jika diikutkan rasa hatinya, dia tak mahu
bertunang. Lebih mudah dan lebih bagus kalau langsung menikah.
“ Isk Dina ni! Tak menyabar nak jadi
isteri..Ingat tanggungjawab isteri tu mudah ke?,” tempelak Aisyah sebaik sahaja
Dina selesai berbicara.
“ Biarlah. Tunang tu tak halal lagi.
Kalau dah jadi isteri, terjamin dah hidup berumahtangga. Lagipun aku dah lama
kenal Yeen tu. Buruk baik dia semua dah ada dalam tangan aku tau,” balas Dina.
Aku hanya mendengar perbualan mereka
tanpa kata. Aisyah buat muka tak puas hati, Dina pula tetap teguh dengan
pendapatnya. Sempat jugalah mereka bertegang leher dengan pendapat
masing-masing. Aku hanya tersengih sendirian sehinggalah keduanya memandang
tepat kepadaku, mahukan buah fikiranku.
“ Kak Ngah dulukan sempat tunang
dengan Angah.. Mesti Kak Ngah setuju bertunang sebelum nikah kan?,” soal Aisyah
penuh semangat.
“Erm, akak rasa both opinion betul.
Bertunang atau tidak, keduanya betul dan boleh. Bergantung kepada situasi dan
keadaanlah. Kalau Kak Ngah dulu bertunang sebab sebelum ni Kak Ngah bukannya
kenal sangat dengan Angah. Bercakap pun boleh kira berapa patah. Kalau Dina
yang terlebih kenal dengan Shahrin, langsung menikah pun takpe.”
Pendapatku disambut anggukan kepala
keduanya. Aisyah pula mengemukakan pendapatnya.
“ Ecah setuju dengan Kak Ngah. Umi
pun ada cakap gitu masa Angah dulu. Sebaiknya bertunanglah walaupun sekejap je.
Sebab masa tunanglah kita akan kenal karekter suami atau isteri kita yang
sebenar. Erm, kata orang zaman bertunang ni banyak cabaran. Kak Ngah dulu apa
cabarannya.”
Aku cuba mengingat kisah setahun
lalu. Rasanya tidaklah terlalu banyak cabaran dan dugaan. Cuma, ada rasa hati yang
kurang pasti sahaja sepanjang jadi tunangan Angahnya itu.
“ Kak Ngah dulu cabarannya mestilah
kenal Angah korang. Masa tu, banyak kali jugalah tak percaya dan tak pasti
dengan keputusan nak menikah tu. Cuma , kena kuatkan hati dan banyak berdoa pada
ALLAH. Kalau betul dia yang terbaik, diberikan jalan dan dipermudahkan segala
urusan. Alhamdulillah, sekarang dah bertiga dah,” ujarku sambil tergelak kecil.
Dina dan Aisyah mengukir senyuman.
Mereka juga turut merasakan kebahagiaanku saat ini. Keduanya meminta izinku
mahu mengusap perutku yang sudah memboyot. Aku turuti permintaan keduanya.
“ Hati-hati tau. Baby ni suka main
bola dalam perut mama dia.”
Sebaik sahaja aku habis
berkata-kata, keduanya memandangku tidak percaya.
“ Betullah dia main bola. Tadi dia
kick Ecah punya tangan. Ganas anak sedara Ecah seorang ni. Ikut perangai mama
dia nih,” seloroh Aisyah.
Aku ketawa. Mestilah ganasnya ikut
mama, sopannya ikut papanya. Eh, terbalik sudah!
“ Kak Ngah memang confirm baby boy
ya?,”soal Dina penuh minat.
Aku menggeleng kepala. Tidak tahu
dan tidak pasti lagi.
“ Suprise..Just wait and see next 2
month okay.”
Kedunya mempamerkan muka kecewa.
Sampai masanya nanti, tahulah hero atau heroin yang aktif suka menendang di
dalam perut ni. Tunggu!
------------------------------------------
Mungkin kerana ini kali pertama aku
berkumpul di kalangan keluarga Einstein, aku jadi pusat perhatian di majlis
Dina ini. Maklum sahajalah, pulang ke Gombak bukannya selalu. Balik pun Cuma sebentar,
menghilangkan penat dan lelah bergelar pelajar dalam melaksanakan tugas seorang
anak. Mahu berkunjung ke rumah saudara maranya, lagilah tidak sempat.
Alhamdulillah, ada kesempatan majlis begini. Bolehlah memanjangkan
silaturrahim.
“ Dulu masa jumpa lawa langsing lagi
badan. Ini dah perut ke depan. Mujurlah kenal lagi dengan Mak Lang..Kalau
tidak, teruklah Umar Mak Lang kerjakan. Dah pesan suruh datang rumah bawa
Bilah, tak pernah sempat nak datang. Kalau tak ada kenduri macam ni, sampai
sudahlah tak jumpa.”
Itu kata Mak Lang. Einstein hanya
menyeringai ketawa. Aku di sampingnya pula yang disabitkan untuk melindungi
dirinya.
“ Bukan tak mahu datang Mak Lang.
Cuma tak sempat nak datang. Hati ni asik rindu je dengan Mak Buyung saya ni.
Balik dari hospital, nak menghadap muka dia je,” balas Einstein selamba.
Laju tanganku mahu mencubitnya.
Namun tangkas juga Einstein mematikan tingkahku.
“ Dengarkanlah kata Angah tu Midah.
Alasan dia beribu. Nampak je pendiam, bab beralasan dialah juaranya. Balik
rumah abang pun jarang, inikan pula nak melencong tempat lain. Sibuk memanjang
walaupun dah nak jadi bapak orang,” sampuk ayah pula.
Kata-kata ayah membuatkan suasana
gamat seketika dengan gelak tawa.
“ Sibuk-sibuk juga. Nabilah dengan
baby tu jangan lupa. Jangan isteri dengan anak baik-baik,” tambah Mak Lang
lagi.
Einstein mengangguk perlahan. Dia
mengalihkan pandangannya padaku di sebelahnya. Semua mata yang lain juga
mengikut rentak Einstein. Serta merta tangan yang menyuap makanan terhenti.
Alahai, semua orang tahu betapa lahapnya ibu mengandung ni makan. Malunya!
“ Dah kenyang sayang? Nak abang
ambilkan makanan apa lagi?,” soalnya penuh perhatian.
Aku menggeleng perlahan. Sudah
kenyang dan sendat perut dibuatnya..Semua makanan yang ada membuka seleraku.
Habis nasi sepinggan, tambah lagi sepinggan. Kerabu mangga dan ayam percik yang
dihidangkan cukup membuatkan aku makan tak ingat orang sekeliling.
“ Makan kenyang-kenyang Bilah. Biar
baby sihat dan bulat. Dah tau baby girl atau boy ke,” tanya Mak Ngah pula.
Einstein menggeleng kepala. Seawal
usia empat bulan lagi Einstein sudah mengusulkan untuk diperiksa jantina bayi.
Cuma aku menolak dengan alasan mahu biarlah ianya kekal sebagai kejutan.
Walaupun kecewa, akhirnya Einstein menurut sahaja kataku.
“ Kalau tengok perut Bilah yang agak
lonjong dan tak berapa besar ni, kemungkinan besar anak lelaki. Dua bulan
kedepan ni, bolehlah beli baju warna biru banyak-banyak. Itu pun kalau percaya
tilikan Mak Ngahlah.”
Kami saling berpandangan. Dan entah
kenapa, ada rasa ingin tahu yang menguburkan prinsip ku dahulu. Saat ini, ada
satu persoalan yang timbul saat Einstein mengusap perutku lembut.
“ Baby, are you boy or girl?.”
-----------------------------------------------
Sakit yang mencengkam membuatkan aku
menekan perut. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba sahaja perut buat hal. Sebenarnya
sejak tadi, sudah aku rasakan. Cuma saat ini, makin lama makin kerap rasa sakit
itu datang. Einstein yang sedang memandu melihatku dengan muka cemas.
“ Kenapa sayang? Ada premature
contraction ke?,” soalnya cemas
Aku menggeleng. Dalam rasa sakit
yang aku tahan, aku membalas pertanyaanya.
“ Tak tahulah ..Perut ni tiba-tiba
meragam. Kalau dah baring dan rehat okay kot.”
Einstein menggeleng kepala. Dia
bersuara tegas.
“ Bilah bukannya ada salah makan pun
tadi. Sudah, kita pergi klinik ya sayang..”
Aku turuti sahaja arahannya. Tak
guna bertekak di saat badan meragam begini. Namun, rasa ingin tahu yang melekat
kuat di ingatan membuatkan aku meluahkan satu pesanan.
“ Pergi klinik yang ada USG okay!”.
Dalam rasa cemas, ketawa Einstein
pecah. Kereta yang dipandunya laju membelah jalan raya. Sempat juga aku
berpesan pada bayiku dalam rasa sakit kian mencengkam.
“ Baby, janganlah keluar dulu.
Tunggulah masanya sampai dulu wahai heroku!”.
------------------------------------------------------------------------------------------
Salam semua. Maaf n3 ni lambat. Nak menulis setiap hari, cuma tumbang jugalah setiap hari...Alhamdulillah, hari ni ada kesempatan. Selamat membaca.Tunggu kisah Nabilah & Umar dalam 3 N3 lagi ya..Jemput juga baca kisah saya dan hero-hero di hospital awal Muharram lepas...Saya dah pun update blog lagi satu. Sama macam kisah AAP, tahu tak tahu jantina bayi tapi DIA lebih Tahu..Jemput ke sana..Apa-apa pun, selamat berhujung minggu dan moga bahagia selalu. Luv u all..(",)
3 comments:
laa...x puas baca..nak agi plis.........
thanks for tis new entry. even a little only but next post plz make it more longer. he... :D
hihihi..
baby nak keluar
Post a Comment