Debar di hati ALLAH sahaja yang
tahu. Makin kuat rasa sakit di perut, makin kerap juga aku mengusapnya sambil
memujuk lembut si kecil di dalamnya. Einstein yang berada di sampingku jelas di
paut rasa bimbang. Sama dengan diriku saat ini.
“ Sayang, jangan keluar sekarang ya.
Mama dan papa tak ready lagi,” ucapku perlahan.
Einstein masih setia di sampingku.
Memegang dan mengusap lembut tanganku yang melekap di perut. Tiada kata yang
terucap dari bibirnya. Pucat lesi benar wajahnya dengan penangan si kecil ni.
“ Abang pujuklah baby sama. Manalah
tahu dia dengar cakap abang.”
Bulat matanya memandangku. Bila aku
mengangguk kepala perlahan, Einstein menarik nafas perlahan sebelum bersuara
lembut.
“ Sayang mama dan papa, sabar ya.
Lambat lagi masa nak keluar jumpa kami. Mama dengan papa memang tak sabar nak
jumpa sayang tapi bukan sekarang. Dua bulan lagi baru boleh jumpa. Sekarang ni
duduk elok-elok dekat dalam. Jangan main-main macam sekarang tau. Mama dan papa
risau ni.”
Aku menggenggam erat tangan Einstein.
Dalam rasa sakit yang menyerang, ada rasa lucu yang mencuit hati. Kata-kata
Einstein memang ada benarnya. Memang kami belum bersedia menerima kedatangan si
kecil. Masing-masing sibuk dengan urusan di hospital, satu persediaan pun tak
dibuat untuk menyambut ahli keluarga baru. Sehelai baju pun tak ada untuk bayi
kami. Alahai, terpaksa berbungkus kain batik jelah kalau betul-betul tak sabar
nak keluar.
“ Kenapa Bilah senyum? Dah hilang
sakit ke?,” soal Einstein bertubi-tubi.
Aku menggeleng kepala. Einstein
menagih penjelasan. Namun belum sempat aku membuka mulut, Dr.Umairah melangkah
masuk ke bilik pemeriksaan. Kami menarik nafas lega.
“ Dah berapa kali contraction
tadi?,” soal Dr. Umairah.
Aku tidak langsung membalas
pertanyaan Dr.Umairah. Ligat otakku memikirkan jawapan yang paling tepat.
Sejujurnya aku tidak menghitung berapa kali perutku mengeras kerana adanya
uterus contraction. Alasannya, ini kali pertama hal itu terjadi dan sakitnya
yang mencengkam membuatkan aku lupa semua ilmu perubatan yang sudah ada di
kepalaku.
“ Lupa atau tak ingat ni?,”tambah
Dr. Umairah lagi.
“ Adalah dalam 5 kali kot. Lupa nak
mengira dan tak ingat semua ilmu di kepala,” balasku sambil tersengih malu.
Dr.Umairah tergelak kecil. Kemudian
dia bertanya lagi.
“ Berapa lama setiap contraction?.”
Laju aku menggeleng. Lupa juga nak
tengok jam.
“ Sekejap je. Tak terlalu sekejap,
tak terlalu lama. Sakitnya pun tak sakit mana. Macam cirit birit je,” balasku
yakin.
Dr.Umairah tersenyum lebar mendengar
penjelasanku.
“ Laju bagi jawapan. Takut kalau
baby terkeluar ya?.”
Serentak aku dan Einstein
mengangguk. Dia mengeringai ketawa.
“ Tak ada apa-apalah. Cuma baby kasi
kick suruh mama dan papanya beringat je tu. Sibuk dan stress memanjang Nabilah
ni, sebab tu boleh jadi premature contraction tu. Kena banyak berehat lepas ni.
Tapi tetap kena USG baby, confirmkan semuanya okay.”
Aku dan Einstein mengangguk ala
burung belatuk sahaja mendengar penjelasan Dr.Umairah. Einstein beralih ke sisi
satunya lagi bila Dr.Umairah mahu melakukan USG. Jelas ada raut tidak sabar di
wajahnya. Belum sempat dia bersuara, aku menyampaikan rasa ingin tahuku
terlebih dahulu.
“ Doktor, periksa jantina baby juga
ya..Senang nak prepare lepas ni.”
Einstein memandangku dengan senyuman
lebar. Sebaik sahaja doppler diletakkan di perutku, Einstein memerhatikan skrin
komputer dengan penuh minat. Tidak sabar sungguh Encik Umar kita ni.
“ It’s a boy...Alhamdulillah,” ujar
Einstein girang.
Belum sempat Dr.Umairah menjelaskan
kepada kami, Einstein terlebih dahulu menganalisis gambar hitam putih yang
terpamer di layar skrin. Aku dan Dr.Umairah saling berpandangan sesama sendiri.
Turut sama merasa gembira dengan berita tersebut..
“ Ha, lepas ni bolehlah beli baju
warna biru banyak-banyak,” seloroh Dr.Umairah.
Seketika, suasana di bilik
pemeriksaan gamat dengan ketawa. Bibir Einstein tidak lekang dengan senyuman.
ALLAH, bahagianya!
“ Dua jam ni Nabilah kena stay dulu
di sini. Kita tengok dulu contraction. Mudah-mudahan, berkurang dan boleh
balik. Kalau tidak, kena makan ubat dan rujuk hospitallah. Banyakkan berdoa dan
pujuk baby ya. Oh ya, jangan lupa tengok jam setiap kali contraction,” jelas
Dr.Umairah lagi.
Kami menganggukkan kepala. Einstein
memandangku penuh kasih. Sebaik sahaja Dr.Umairah berlalu, dia mengucup dahiku
lembut.
“ Terima kasih sayang. Abang bahagia
sangat.”
Aku mengukir senyuman manis buatnya.
Namun sempat aku berpesan padanya agar tidak lupa dengan pesanan Dr.Umairah
tadi. Dia tergelak keci sambil mengangkat tangan tabik hormat padaku.
“ Yes madam. Anything for you and my
hero!.”
---------------------------------------------
Dua jam penuh debar berlalu juga
akhirnya. Alhamdulillah, contraction sudah menghilang. Tiada lagi raut gelisah
dalam hati. Einstein juga makin riang ria Ribena. Syukur aku panjatkan dalam
hati.
“ Baby okay, Nabilah pun dah okay.
Balik rumah, kena rehat dulu. Tinggalkan dulu kerja hospital. Kalau dah stabil,
boleh balik semula kerja. Cuma kalau ada apa-apa, cepat-cepat ke hospital.”
Itu pesanan Dr.Umairah sebelum kami
meninggalkan kliniknya tadi. Sesuai dengan saranannya menyuruhku berehat, aku
diberi cuti sakit tiga hari.Walaupun berat hati dengan cuti sakit tersebut, aku
cuba berlapang dada. Kalau diikutkan kepalaku yang degil dan hatiku yang otai,
aku tak mahu ponteng kelas. Sayang rasanya meninggalkan hospital walau sehari.
Tapi untuk kebaikan diri sendiri dan bayiku, keputusan tersebut aku terima
juga. Tambahan pula, Einstein sudah memujuk hatiku yang lara ini.
“Kerja dekat hospital tu penting
tapi Bilah dan baby lebih penting. Insya-ALLAH, ALLAH akan permudahkan urusan
mak buyung abang ni. Sementara dapat cuti ni, Bilah rehat puas-puas. Abang pun
akan layan Bilah ibarat puteri raja puas-puas. Barulah putera raja kita tak
mengamuk lepas ni. Abang janji.”
“ Cewah, menariknya ayat abang.
Jangan buat-buat lupa lepas janji abang tu lepas ni sudahlah,” balasku dalam
nada bergurau.
Bulat matanya memandangku. Walaupun
aku mengucapkan kata-kata tersebut dalam nada bergurau, bunyinya agak menyentak
jiwanya barangkali. Dia terdiam tidak terkata.
“ Sebelum ni abang pernah mungkir
janji ke?,” soalnya perlahan.
Laju aku menggeleng sambil menggigit
bibir. Alahai, Encik Umar suamiki merajuk sudah. Puaslah nak memujuk putera
raja di hatiku ni.
“ Tak pernah dan tak mungkin pernah
mungkir janji. Abang, Bilah gurau je tadi tau,” ucapku sambil mencapai
tangannya.
Einstein menoleh ke arahku seketika.
Wajahnya masih bungkam dan tidak ada segaris senyuman pun yang terukir..Cukup
mengocak rasa tenangku.
“ Abang...Bilah...”.
Kata-kataku terhenti bila merasakan
perutku tegang kembali. Einstein yang tadinya dalam nada merajuk segera
berpaling kepadaku yang mengusap perut.
“ Kenapa, ada contraction semula
ke?,” soalnya cemas.
Aku tidak membalas pertanyaannya.
Cuma tanganku menarik tangannya supaya meletakkannya di perutku. Einstein
mengikuti sahaja tanpa suara.
“ Tengoklah anak abang ni. Setiap
kali abang buat mama dia risau, terus dia kasi warning. Ni kaki dia ni tak reti
nak duduk diam. Aktif macam papa dia juga yang suka merajuk dengan mamanya.”
Einstein mengukir senyuman. Selebar
senyuman yang aku ukirkan padanya tadi.
----------------------------------------
Aku cuba berlagak biasa
sebaik sahaja tiba di rumah mertuaku. Einstein yang masih bimbang juga aku
arahkan supaya tidak menunjukkan perhatiannya yang berlebihan padaku. Harus
berlakon seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku dalam waktu lima jam kami
menghilang tanpa berita tadi. Namun, pandangan ibu mertuaku lain benar.
Seakan-akan dapat menduga ada sesuatu yang berlaku padaku.
“ Bilah baru balik dari klinik ke?,”
soalnya sebaik sahaja aku masuk.
Aku tidak membalas kata-katanya.
Suara Aisyah pula menambah suasana.
“ Angah mesti pergi cek baby kan?
Tak sabar nak tahu boy atau girl la tu. So, macammana? Cantik macam Mak Su atau
handsome macam atuk?.”
Kami tergelak kuat. Alahai, tak
cantik dan tak handsome ke mama dan papanya ni?
“ Dua-dua salah. Mestilah handsome
macam Angah,” balas Einstein selamba.
Umi tersenyum senang. Ayah pula
mengucap syukur.
“ Alhamdulillah, tambah lagi seorang
hero atuk.”
“ Alah, hero lagi ke? Jangan nakal
macam Angah dulu sudahlah,” tambah Aisyah lagi.
Einstein mencebik bibir. Aku hanya
melempiaskan tawa melihat raut wajahnya.
“ Nakal ke tidak itu tak penting.
Yang penting cucu nenek sihat. Erm, apa lagi yang Bilah mengidam tak dapat?
Biar umi tolong masakkan.”
Aku tersenyum senang. Kecil tapak
tangan umi offer memasak, satu perut buyung aku tadahkan. Bahagia betul rasanya
mendengar bicara umi.
“ Kalau Angah nak join sekaki takpe
kan umi? Angah teringin nak makan nasi bukharilah,” sampuk Einstein pula.
Laju umi menggeleng. Katanya
tawarannya hanya terhad untuk mak buyung sahaja. Pak buyung tak masuk senarai.
Einstein mengalih pandangan padaku, menagih simpati. Tak sampai hati betul dengan
rayuan mata kuyunya. Maka, aku katakan aku juga mahu makan nasi bukhari yang
Einstein idamkan. Apa lagi, bersorak rianglah Einstein. Eh siapa yang
mengandung, siapa yang nak jad buyung ni?
---------------------------------------------
Rupa-rupanya rasa pelik ibu mertuaku
belum hilang dengan penjelasan aku dan Einstein petang tadi. Ketika aku
membantunya menyiapkan makan malam, dia melontarkan pertanyaan soal
kandunganku.
“ Bilah dengan Angah ke klinik tadi
sebenarnya sebab apa?.”
Aku mencari jawapan yang tepat pada
soalannya. Memang dari tadi aku berniat untuk berterus terang. Tapi aku tak
mahu membuatkan mereka diburu rasa bimbang dan diragut kegembiraan, aku simpan
sahajalah kisah sebenarnya hingga saat ini.
“ Bilah sakit perut tadi. Pergi
klinik sebab takut kalau dah sampai waktu. Alhamdulillah tak ada apa-apa.
Doktor pesan suruh rehat je,” balasku ringkas.
“ Ya ALLAH, mujur tak apa-apa. Bilah
dapat cuti tak?,” soalnya lagi.
Aku mengangguk laju.
“ Dapat tiga hari umi. Itu pun dah
lebih dari cukup. Lagipun sakit perut biasa je.”
Jawapanku lebih kepada memujuk umi
supaya tidak terlebih risau. Tapi lain pula tanggapan umi.
“ Biasa, biasalah awalnya. Kalau
dibiarkan, jadi luar biasa. Bilah cuti sakit dekat mana ni? Nak balik rumah
sana jugak ke?.”
Aku tidak membalas pertanyaannya
kerana belum ada kata putus antara aku dan Einstein. Aku juga sudah
berkira-kira untuk pulang ke sana dan berehat sahaja di rumah. Kesian Einstein
balik seorang diri dan hidup ala orang bujang. Tapi.....
“ Umi rasa lebih baik kalau Bilah
duduk sini sementara cuti ni. Umi boleh minta cuti, jaga Bilah. Aisyah pun ada.
Sementara cuti ni, manjakan diri, rehat puas-puas. Biarlah Angah tu. Dia dah
besar, pandailah jaga diri sendiri. Tiga hari je pun, bukannya lama sangat dia
berpisah dengan Bilah. Kalau Bilah balik sana, tak ada ertinya cuti. Semua
kerja rumah, Bilah yang buat kot...Angah tu bukannya rajin sangat. Rajin
susahkan isteri dia adalah.”
Panjang lebar khutbah umi malam itu.
Aku hanya tersengih ala kerang busuk sahaja. Mahu dibangkang, ada benarnya.
Mahu diikuti, apa pula kata Encik Umar. Apa-apa pun, kita tengok jelah
keputusan si suamiku itu ya.
-----------------------------------------------
Keputusan Einstein sama dengan hujah
umi. Katanya, biarlah aku di Gombak bercuti sakit. Aku yang sedang dilema
wanita pun hilanglah rasa pening dan mampu menarik nafas lega. Maka, Einstein
pulang ke Cheras seorang diri hari ini.
“ Nanti papa tak ada, jangan
nakal-nakal tau.”
Itu pesanan Einstein kepada si sebentar
tadi. Walaupun berat hatinya mengambil keputusan itu, dia luahkan juga. Katanya
dia bimbang kalau aku tidak ada didepan matanya. Tapi dia lebih bimbang lagi
kalau aku ditinggalkan sendirian di rumah saat dia ke hospital dalam keadaan
hero suka mengamuk sekarang. Jadi, pilihan terbaik aku dijaga keluarganya.
“ Abang pun jangan nakal-nakal dekat
sana tau,” selorohku.
Einstein mengekek ketawa.
“ Selama ni abang pernah nakal ke?,”
soalnya dengan raut muka nakal.
“ Manalah tau. Orang lelaki ni kalau
isteri tak ada, mulalah ligat.”
“ Abang ligat kerja dekat hospital
jelah. Bilah jangan risaulah. Mak buyung seorang je di hati abang sekarang ni
tau.”
Aku tersenyum sumbing mendengar
kata-katanya. Dari dulu, tak pernah penat mengucap kata sayang. Makin sayang,
makin berat hati memikirkan dia hidup ala bujang tiga hari ke depan.
“ Kenapa diam tiba-tiba ni? Tak kasi
abang balik sana ke?.” Aku menggeleng.
“ Tak ada maknanya..Abang kena balik
sebab abang tak sakit pun. Bilah je yang boleh cuti sebab Bilah sakit buatan
orang. Sakit buatan orang yang akan dapat layanan istimewa sepanjang cuti ni.
Bahagianya.,” Aku membalas pertanyaannya yakin.
“ Aik, dah berubah dah mood.
Bukannya semalam berat hati ke dapat cuti,”
Einstein bertanya dalam senyuman
meleretnya. Aku hanya tersenyum sumbing sahaja.
“ Sekarang dah tak berat hati dah.
Ringan hati je sebab tahu Bilah boleh makan puas-puas dekat sini. Lagipun abang
tak ada, bolehlah mama dan baby makan puas-puas. Tak adalah nak berebut dengan
pak buyung dah lepas ni.”
“
Kedekut betul. Erm, betul tak berat hati ni? Tak risau ke kalau-kalau abang
jadi orang bujang ni terlupa dekat mak buyung abang ni?,” soalnya penuh minat
sambil ketawa kecil.
Aku mencebik bibir. Laju juga
tanganku mengemas barang-barangnya. Baju yang sudah aku gosok buat ke hospital
besok aku gantungkan di hanger. Einstein merenungku lama di birai katil.
“ Abang bertolak dari sini besok
jelah. Tak sangguplah tinggalkan Bilah dengan baby dekat sini. Berat hati abang
ni.”
Belum sempat aku bertanya, dia sudah
berbicara. Beg bajunya yang sudah dikemas dia alihkan ke tepi. Dia melangkah ke
arahku sambil menghulurkan tangannya. Alahai, beratnya hati nak berpisah
walaupun sekejap...Dia berat hati, aku apatah lagi! Chewah!!
--------------------------------------
Salam alaik semua. Moga semuanya happy & bahagia. Berat hati lama blog ni tak ada n3, jadinya hari ni paksa diri menulis & post di blog ni. Maklum sahajalah, minggu depan saya exam, jadi kemungkinan besar tidak bern3 untuk beberapa hari. Selamat membaca untuk semua..Saya dah update blog satu lagi juga dengan kisah berat badan menunggun turn novel@ Novel Berjalan. Jemputlah baca & berkongsi cerita..Oh ya, saya pun ada create pages CUBA TULIS, TRY BACA, TEST HAYATI di facebook. Insya-ALLAH, akan update my life, my entry, my novel and so on di sana, jadinya bolehlah LIKE kalau suka. Apa-apa pun, moga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang ALLAH S.W.T..Wassalam.
4 comments:
sweet...suke sangat novel ni,selalu baca dekat penulisan2u tpi da jumpa blog...best..
tak sabar nak tunggu next entry..:)
lawak la bila einstein riang ribena. hahaha! walhal dah nak jadi bapak budak. hihihi!
wah. seronok sagat baca cerita ni. rasa macam baca diari seorang isteri yang kahwin masa belajar! ^^
suka sangat kesah umar n bilah ni
alahai...sy pn berat hti nk bg episod ni hbs...heee...tq kak...bz2 pn ade ntry
Post a Comment