Tiga hari cuti sakit di rumah mertua
kali ini cukup mengembirakan hatiku. Maklum sahajalah, hanya aku yang berbadan
dua sahaja di sana sepanjang tiga hari tersebut. Adat ibu mengandung, semua
yang ada sedap di mata, sedap di mulut dan bahagia masuk ke perut. Makin
berselera makan, makan bertambahlah badan yang sudah sedia bertambah ni.
“ Ni betul ke Nabilah Azna isteri
abang?”
Itu soalan pertama yang terpacul di
mulut Einstein setelah tiga hari tidak bertemu denganku. Aku mengetap bibir.
Ketara sangat agaknya perubahan aku hingga suami sendiri dah tak kenal
isterinya.
“ Betullah. Buat tanya-tanya pulak..Tapi
umi tak tahulah kalau Angah ada nikah dengan Nabilah Azna lain. Kalau Nabilah
Azna menantu kesayangan umi, inilah orangnya,” sampuk umi sebelum aku membalas
pertanyaan Einstein.
Einstein ketawa kecil. Dia menghampiriku
yang sedang menyiapkan air teh untuk minum petang. Umi berlalu meninggalkan ruang
dapur, seakan memberi ruang buat anak dan menantunya ini melepas rindu.
“ Abang apa khabar,” soalku sebaik
sahaja Einstein mendekat.
Einstein hanya melempar senyuman
manis..Soalanku dibiarkan tidak berjawab. Hanya rangkulan dari bekang yang aku
terima. Kedua tangannya melekat di perut yang sudah ke depan. Saat itu juga,
rasa rindu yang sarat luruh serta merta.
“ Sihat tapi sakit rindu,” balasnya
berbisik.
Aku mencebik bibir. Perlahan
tangannya yang merangkul tubuhku aku lepaskan.
“ Kalau rindu, kenapa tak cakap i
miss you bila nampak Bilah tadi? Kutuk Bilah adalah, sampai hati betul,” luahku
dalam nada merajuk.
Einstein diam tidak terkata, mukanya
berubah menjadi cemas. Cuaklah tu kalau aku merajuk betul-betul...Biarkan.
“ Abang seganlah dengan umi..Nanti
umi kata abang mamat jiwang karat pulak,” Einstein memberi alasan. Pandangannya
masih tertumpu pada gerak geriku.
“ Iyalah tu,” balasku pendek.
Sungguh, tatapan matanya yang redup membuatkan
rajukkan tak panjang.
“ Kalau tak cakap, tak semestinya
tak rindu kan? Lagi pun siapa kata dekat abang dulu, tiga saat pelukan lebih
baik dari tiga minit ayat power?,” soal Einstein bersahaja.
Aku mengangkat bahu, berpura-pura
tidak tahu. Padahal itulah kataku ketika awal pernikahan koboi kami dulu. Tak
sangka ayat tersebut masih melekat kuat di ingatannya. Sekali lagi dia
menghampiriku, berdiri di sebelahku.
“ Bilah duduklah, biar abang yang
buat kerja-kerja ni,” Einstein mengarahkan aku duduk sambil menyongsong
langkahku ke kerusi.
Aku mengikuti sahaja
perintahnya. Ralit mataku memerhatikan dia menyusun kuih muih yang dibeli ibu
di atas piring, mengelap dan meletakkan cawan di dulang. Sungguh, aku rasakan
akulah wanita paling bertuah kerana menjadi isterinya. Lebar senyumanku di
bibir mengingat hakikat itu.
“ Abang, Bilah sayang dan rindu
abang sangat-sangat,” bicaraku penuh emosi sebaik sahaja Einstein berpaling ke
arahku.
Dia mengukir senyuman. ALLAH,
bahagianya!
---------------------------------------------------------
Aku suarakan hasratku untuk puasa
sunat hari Khamis kepada Einstein ketika aku mengemas baju-baju kami sebelum
pulang ke Cheras. Mengingat insiden si baby meragam dan kewajiban seorang
isteri meminta izin suami untuk melakukan amalan sunat, aku meminta pandangan
dan kata putus darinya. Kalau boleh, aku gembira. Kalau tidak boleh, aku terima
juga..
Tapi sebolehnya, aku mengharapkan
Einstein tidak keberatan dengan hasratku itu. Maklum sahajalah, sudah lama
benar aku tidak berpuasa sunat. Alasan bimbangkan kehamilan membuatkan aku
tidak dapat menjalankan amalan tersebut sekerap sebelum hamil..
Aku memandang Einstein yang duduk di
birai katil yang diam tidak berkata-kata. Dia tidak memberi jawapan positif,
hanya merenungku seakan masih berfikir baik buruknya niatku itu.
“ Boleh ke tak ni?,” soalku tidak
sabar.
“ Entah,” balasnya pendek.
“ Apa yang entahnya? Kalau abang
rasa tak okey, Bilah ikut je..Kalau Bilah kata okey, kita set alarm pagi sikit
esok untuk makan sahur,” tambahku.
Einstein menutup buku di tangannya.
Dia mengambil posisi yang lebih selesa sambil menggamit tangannya kepadaku,
mengarahkan aku berada di sampingnya.
“ Abang bukan apa, risau kalau jadi
apa-apa je,” luahnya.
Aku tergelak kecil. Sudah aku duga
itu jawapannya. Kalau itu alasan dia keliru harus setuju atau tidak, aku sudah
siapkan hujah-hujah yang bernas untuk setiap kebimbangannya.
“ Kenapa gelak pulak? Abang serius
ni,” marahnya.
“ Bilah pun serius nak puasalah
abang. Puasa sunat ni sebagai didikan awal dekat baby. Tak lama lagi pun kita
dah nak puasa kan? Kenalah biasakan diri, mula ajar baby tahan lapar dan dahaga
dari sekarang. Kalau dia dah faham, senanglah mamanya ni nak puasa Ramadhan
nanti..Tak adalah mamanya ponteng puasa atau puasa yang yuk. Insya-ALLAH, hero
kita ni pun tak reti nak puasa yang yuk bila dah besar nanti,” jelasku.
Einstein hanya mengangguk sahaja.
Belum kata setuju, belum juga membantah.
“ Betul tu. Abang setuju. Cuma
didikan tu bertahaplah sayang..Bilah nak puasa, abang izinkan. Tapi ada satu
syarat . Kalau Bilah boleh ikut syarat tu, abang izinkan.”
Berseri-seri mukaku dengan
tanggapannya. Langsung aku tanyakan apa syaratnya.
“ Kalau tak sedap badan atau tak
larat, Bilah buka puasa. Jangan paksa diri sendiri. Abang tak mahu Bilah
sakit-sakit disebabkan puasa,” ucapnya tegas.
Laju aku mengangguk kepala.
“ Okay, tapi macam budak kecil la
pulak Bilah rasa kalau gitu. Dibuatnya hari pertama tak larat pagi,
pagi-pagilah Bilah kena bukan puasa..Alahai, puasa yang yuk betul,” luahku.
Einstein menyeringai ketawa.
“ Itulah maksud abang tadi. Didikan
bertahap..Nanti kalau kita nak ajar anak-anak kita pun macam tulah. Awalnya
boleh bagi kelonggaran sikit. Bila dah besar dan dah larat, barulah kita lebih
tegas. Jadinya tak salahlah kalau Bilah puasa yang yuk sikit,” balasnya.
Alahai, belum keluar dah ada
rancangan mendidik anak Encik Umar ni. Advance betul. Kalau itu katanya, lain
pula kata dan pendapatku.
“ Erm, tapi kalau Bilah kan, Bilah
nak didik dia tegas dari awal..Insya-ALLAH, Bilah akan puasa tak yang yuk esok.
Baby akan rasa kesungguhan Bilah didik dia dan dia akan ikut kekuatan mamanya
nanti. Insya-ALLAH. Apa-apa pun, abang doakanlah Bilah kuat untuk puasa esok
ya,” ucapku.
Einstein tersenyum sahaja. Sebentar
kemudian,ada satu soalan terpacul dari mulutnya.Soalan yang membuatkan aku
tersenyum sepanjang malam dan terbayang-bayang zaman kanak-kanaknya dulu.
“ Bila dulu start puasa umur
berapa?.”
“
6 tahun dah puasa dah...Sekerat bulan je. Umur 7 tahun dah puasa penuh
tau. Tak ada upah-upah macam sekarang, ikhlas dari hati yang tulus ni,” balasku
bangga.
“ Oh ya, bagusnya isteri abang ni.
Patutlah semangat waja sampai sekarang. Abang dulu, umur 9 tahun pun still
puasa sekerat hari lagi. Mandi, minum air paip. Umi suruh hantar makanan dekat
jiran, setengah je yang sampai. Setengah lagi masuk perut abang. Buruk betullah
perangai papa budak ni dulu-dulu ye,” ujarnya.
Ketawaku pecah. Alahai comel je
perangai..Patutlah nak mendidik anak bertahap, berdasar pengalaman sendiri
rupanya.
“ Oh ya, kita nak didik si kecil ni
macammana? Nak ikut stail abang ke stail Bilah,” soalku dalam nada bergurau.
“ Kita tengok jelah nanti. Untuk
sekarang ni, Bilah set alarm pagi sikit untuk bangun sahur. Sekarang ni, abang
nak borak dengan baby. Dah tiga hari tak dengar suara papa dia live, mesti
rindu macam mamanya juga ni.”
Einstein melekapkan tangan di
perutku. Sebelum kepalanya mendarat di perutku, sempat aku berpesan suatu hal
padanya.
“Abang kasi tahu dia mama nak puasa
esok. Pujuk dia jangan mengamuk. Kalau boleh, jangan ikut perangai yang yuk abang
dulu..Biar dia ikut perangai mamanya ni.”
Hanya ketawa Einstein mengisi setiap
ruang..Sebentar kemudian, kedengaran suaranya memberi salam kepada sekecil. Dan
aku hanya mengusap perlahan rambutnya...
“ Ya ALLAH, jadikanlah laki ni
sebagai penghibur hatiku selamanya.”
----------------------------------------------------------
Sudah
tiga minggu fase mendidik si kecil puasa berjalan. Minggu pertama berjalan tak
sesuai dengan cara didikanku. Hari pertama puasa, pukul 9 pagi ketika di
poliklinik, si kecil meragam. Kram perut hebat melanda, sampai memercik peluh dibuatnya.
Mahu tak mahu, aku membaca doa berbuka puasa seawal itu. Einstein ketawa besar
bila aku maklumkan kepadanya hal tersebut.
“ Hero papa, sah-sahlah ikut
perangai papa dia ni,” tuturnya bangga.
Aku hanya mencebik geram saat itu.
Kali kedua, masih puasa yang yuk
juga. Cuma sempatlah puasa hingga menjelang Zuhur. Sama seperti sebelumnya,
baby meragam lagi. Kali ini lebih mencemaskan. Hampir sahaja aku tumbang di
emergensi. Akhirnya, jalur infus terpasang dan satu botol caiaran glukosa
dimasukkan ke tubuh disebabkan badan terlalu lembik tak berdaya.
Bermula dari detik itulah,
kebimbangan lebih berganda. Kalau diikutkan sikap tegasnya, tak usah
berpuasalah. Tapi aku bertegas padanya. Aku katakan semuanya harus dimulakan
sekarang kerana bulan Ramadhan nanti lebih panjang, lebih mencabar dan lebih
memerlukan pemahaman si kecil. Dia mengatakan setuju namun tetap bertegas
dengan syaratnya dulu. Sempat juga dia membuatkan hatiku tak keruan.
“ Entah cukup entah tidak puasa
sebulan. Dibuatnya baby nak keluar sebelum raya, terpaksalah Bilah ganti puasa.
Manalah tau, baby dah tak sabar sangat tahan lapar masa tu. Bilah redha jelah
kena ganti ye.”
Aku hadiahkan dia cubitan si ibu
ketam. Einstein hanya menjerit kesakitan. Padahal dia tahu harapan aku, bayi
lahir setelah hari raya. Sempatlah aku beraya sakan dulu sebelum berpantang.
Kalau terkeluar sebelum raya, puasa kena ganti dan tahan air liur sahajalah aku
melihat orang lain berhari raya.
“ Iyalah sayang. Biarlah baby lahir
sesuai masanya. Kalau dia terkeluar awal, kita kena siap-siaplah dari sekarang.
Moga-moga sempatlah mak buyung abang ni beraya sakan dulu ya..Insya-ALLAH. Kita
doa sama-sama okay.”
Tiada lagi gurauan yang lahir bila
aku mempamerkan raut merajuk. Dia memujuk dengan harapan dan doanya..Cukup
membuatkan aku terkesan dan menyimpan muncung yang baru panjang seinci
kembali..Alahai!
Alhamudillah, kali ketiga dan
seterusnya aku sudah dapat puasa penuh sehari. Nampaknya si kecil sudah dapat
membawa diri dengan rutin tersebut. Dan aku amalkan juga petua yang umi
bekalkan. Aku baca surat Al-Fatihah setiap kali terasa haus dan penat.
Alhamdulillah, ada kekuatan yang hadir.
Setiap kali, ada kaki kecil yang
mula menendang mungkin menghitung waktu berbuka puasa, aku lahirkan kata
pujukan. Aku ucapkan selawat
sebanyak-banyaknya dan aku hamburkan ayat-ayat terindah dari Al-Quran agar kami
menjadi hamba yang disayangi-NYA. Sungguh, rasa syukurku tak terhingga bila dia
seakan mengerti tiap bait kataku. Dan dalam debar menghitung hari menjelang
Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi, lebih tidak sabar aku menanti
saat melihatnya lahir kedunia.
--------------------------------------------
Petang selesai dari hospital, aku
dan Einstein tidak langsung pulang ke rumah. Sesuai rencana semalam, hari ini
kami akan membeli barang keperluan bayi. Sudah harus mulai mengumpulnya dari
sekarang sesuai saranan umi dan mama. Sebagai bakal ibubapa yang tak tahu
apa-apa, kami hanyalah menurut perintah sahaja. Yang baik kata mereka, baik
jugalah kata kami. Yang dilarang mereka, kami patuh dan taat sahajalah.
“ Mama kata tak payah beli baju baby
banyak sangat. Cukuplah kalau beli 5 dulu. Sebab baby ni cepat besar. Nanti
kalau dah sebulan, baju dah mula sendat. Kena beli baju baru lagi,” ulasku.
Einstein hanya mendengar penuh
minat. List di tangannya dihulurkan kepadaku,mahu memastikan tidak ada barang
penting yang tertinggal untuk menyambut si kecil.
“ Dah cukup kot. Kita beli bahan
asas dululah hari ni. Tilam, bantal, kelambu..Shopping kali kedua nanti, baru
beli barang-barang make up dia...Kita beli baju bila dah masuk 9 bulan jelah
sebab masa tu baru boleh tahu exart estimation birth weight dia,” usulku lagi.
Dan seperti sebelumnya, Einstein
mengatakan kata setuju. Katanya, baik kata mama, baik jugalah kata
papa..Ada-ada saja Encik Umar kita ni.
Kami memilih bahan keperluan bayi
serba biru berona krim untuk keperluan asasnya. Sebolehnya, memang kami mahukan
dari brand dan kualiti terbaik tapi kenalah tengok poket juga. Banyak barang
keperluannya yang cantik tapi harganya cantik juga. Susah membuat beli, susah
juga mengeluarkan duit untuk membayarnya.
“ Mahal sangatlah abang..Kita ajar
dia jimat cermat sikitlah..Kita beli yang biasa-biasa jelah, yang penting tahan
lama,” protesku bila Einstein bertegas mahu membeli yang termahal di situ.
“ Tak apalah, bukannya membazir pun.
Untuk keselesaan baby kita juga. Bilah jangan risau, abang ada duit lagi untuk
kita makan tau. Tak akan sampai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
walaupun kita puasa Ramadhan nanti,” tegas Einstein.
Aku berat hati sebenarnya. Tapi
mellihat kesungguhan dia, aku setuju sahajalah. Lagi pun tak sampai hati
membunuh kegembiraannya dalam persiapan ini. Einstein ke kaunter melakukan
pembayaran sementara aku menantinya di bangku pintu masuk. Tak tahan dengan
kaunter yang penuh dengan manusia. Sesak dan bimbangkan keselamatan perutku
ini.
Aku mengusap lembut perutku,
berbicara perlahan kepada bayi sementara menanti Einstein datang. Saat itu,
matanya tertancap pada gula kapas di tangan kanak-kanak perempuan berusia 6
tahun..Kecur air liur dibuatnya..
Bila Einstein datang, aku menarik
tangannya mengarahkan dia mengikuti langkahku. Lebar senyumanku bila melihat
gula kapas yang berbagai warna terhidang di depan mata. Aku keluakan duit,
meminta yang warna merah, membayarnya dan lansung memasukkannya ke dalam mulut.
Nikmat.
“ Eh, sayang bukannya...”
“ Bukannya apa?...Bukannya tak
kedekut tak ya? Abang nakkan, ambil jelah. Sedap ni,” pintasku sebelum Einstein
habis berbicara.
Einstein menggeleng perlahan.
Tanganku digenggam erat dan dia menyongsong langkahku menjauh dari gerai
tersebut.
“ Abang puasa hari ni. Dan bukannya,
Bilah pun puasa ke? Terpuasa yang yuk gara-gara gula kapas ya sayang? Memang
sah, confirm dan pasti Bilah ni mama anak abang.”
Einstein berkomentar dalam senyuman.
Aku menepuk dahi, aduhai macammanalah boleh lupa..Erm, terpuasa yang yuk juga
aku akhirnya!
" Baby, hari ni kita off day ye...Ikut papa punya stail pulak, barulah anak papa sejati."
Dalam rasa malu, terpacul ayat mengcover diri dengan selambanya dari mulut. Apa-apa jelah, yang penting ayat saya tetap power!
----------------------------------------------
Salam alaik. Tinggal 1 entri lagi, kalo saya kurang rajin. Kalau rajin, saya tambahlah panjang sket..hehe...Bila cakap bab didik mendidik ni, saya baru je jadi ratu airmata lepas baca kisah didikan seorang umi pada anak dia..Memang menyentuh hari dan dengan jayanya menangis sampai bengkak airmata.Jemputlah ke blog satu lagi..Habis AAP, Insya-ALLAH saya sambung cerita lain. Tak sure lagi cite apa, korang nak cite apa? Sila kasi pendapat ye..Apa-apa pun layan jelah AAP ni ye..Wassalam.
5 comments:
Salam DOktor Rock... Sorry la sbb slalu jadi pembaca sunyi sepi.. hehehehe... dah nak abis ek?? Waaa... xsabar nak menggu.. Klo Soh bg cadangan cete baru.. xada idea laaa.. hehehe...
tq akak...byk pengajaran...kbtulan sehari lps sy bru bc tulisan ustz hasrizal jamil psl didikan anak juga...=)
huhuhu..suka ngan bilah n umar ni..
alahai..posa yang yuk rupe nye umar ni..
hihihi
kalau nak ccb spesel boleh x..?
Hahaha... mmg kelakar la nabilah ni. pdhal awl2x tegaskan nk ajr ank puasa penuh, alaih2x tpuasa yang yuk pulak gara2x gula kapas. ahaks... for last entry bg lah panjang2x yea. hehehe... (^_^)
x sabar nak lagi.... cepat...
bila baby nak keluar ya...
Post a Comment