“ 5 Kelebihan saya: rajin, friendly, pendengar yang baik, kreatif
dan pasangan yang setia.”
Kata-kata
Aneesa di sambut hilai tawa teman sekelasnya. Dia memang rajin, dialah orang
paling awal sampai ke kelas setiap hari. Dia memang peramah, buktinya dia boleh
berkawan dengan sesiapa sahaja termasuklah pencuri laptopnya sendiri. Dia juga
memang pendengar yang baik hingga semua teman senang berkongsi suka duka
dengannya. Kalau bab kreatif memang tak dapat diragukan. Semua hantaran nikah
kahwin kawan atau saudaranya dialah tukang gubah dengan tangan penuh berseni.
Cuma, kelebihan kelima membuatkan semua orang menggaru kepala..Alahai!
“
Wah, bestlah pasangan awak tu ye..Tak payah nak risau lebih-lebih dengan awak.”
Komen
Encik Nazri membuatkan Aneesa tersenyum sumbing. Malu rasanya dengan diri sendiri.
Dia lantas duduk sambil menyambung menung.
“Nees,
sejak bila kau pandai berpasang-pasangan ni? Tak story dekat aku pun,” soal
Nazira di sebelahnya.
Aneesa
diam tidak berkutik. Hanya gelengan kepala sebagai jawapan.
“
Itulah. Aku pun tolong gelakkan kau tadi. Macam promosi, pilihlah aku jadi
pacarmu pulak tadi. Mujurlah tak ada yang terus melamar kau. Kalau tak, naya
kau!.”
Aneesa
hanya ketawa kecil. Dia turut merasakan hal yang sama. Pelik dengan diri
sendiri yang aneh tapi benar. Elok tak ada angin, tiba-tiba pokok bergoyang.
Elok hidup single-single, tiba-tiba tercetus kontroversi dia berstatus double
trouble. Alahai, pandai betul cari penyakit!
“
Sebenarnya aku salah cakaplah Ira. Aku nak kata aku teman yang setia. Alik-alik
tersasul sebut pasangan yang setia. Mereng betullah kepala aku ni. Kalau aku
tahulah macam ni, aku rebus siap-siap otak aku ni. Aduh la, boleh pula dia
weng-weng saat cemas macam ni” balas Aneesa serius.
Nazira
terbahak-bahak ketawa. Aneesa memang begitu. Kalau dah gelabah, mulalah tak
tentu arah. Habis otak sihat nak direbusnya buat sup. Dan melihat Aneesa yang
sudah tak keruan, ada idea nakal yang melintas.
“
Erm, kalau dah setia macam ni kau kenalah lupakan niat nak tulis borang Baitul
Muslim tu. Kau tunggu jelah pasangan kau yang setia tu datang. Kaukan pasangan
yang setia,” ujar Nazira dalam ketawa yang masih tersisa.
Anees
mencebik bibir. Seketika dia teringatkan borang baitulmuslim yang dihantar oleh
kakak kandungnya. Erm, nak isi ke tidak ya?
------------------------------------------------
Istikharah
sudah dia laksanakan. Aneesa sendiri bingung dengan rasa hatinya. Dia bingung
dengan langkah pertama untuk dia berumahtangga. Kalau dia menulis segala hal
peribadinya dalam borang dua halaman itu, bermakna dia sudah serius dengan alam
baru yang akan dialaminya. Kalau tidak diisi, ............
“
Isi jelah. Kau pun bukannya nak bercinta bercintan macam orang lain. Dari BBM
tu hati kau terjaga kot. Kau tak payah nak terhegeh-hegeh macam aku dengan
Hisyam ni. Ada yang suka, kenal sekejap terus langsung. Tak payah menanti tak
pasti macam ni.”
Itu
pendapat Nazira. Itu juga kata hatinya. Sungguh, niatnya untuk mencari
pendamping hidup bukannya sekadar hiburan. Dia mahu mencari cinta sejati, cinta
seorang lelaki untuk membimbingnya ke syurga. Cuma, dia bingung dengan diri
sendiri..
“
Alah, Kak Long dulu pun tak pasti macam Nees juga. Isi je dulu. Proses baitulmuslim
ni bukannya serta-merta, bukannya esok terus ada calon. Yang penting Nees dah
ada niat ke arah itu. Dari bercinta tak tentu hala, ini jalan terbaik. Klasik
tu,” pujuk Kak Long pula.
Aneesa
hanya menggaru kepala. Panjang mulutnya mencebik. Dan seketika perbualan dengan
Dr.Humaira penampan fikiran selesai dia menjalani ujian akhir bulan kelmarin.
Ujian yang melayakkan dia memegang gelaran dan tanggungjawab sebagai doktor
saat ini.
“
Aneesa bila nak menikah? Dah ada calon belum,” soalan itu cukup mesra.
Dia
menggeleng laju. Dia sudah niatkan dalam hati, dia tidak akan memulakan langkah
selagi belum menggapai cita-citanya. Dan itulah tekad yang membuatkan dia
senang menyendiri hingga saat ini.
“
Memilih sangat cik Aneesa kita ni..Nak calon macammana, nanti doktor tolong
carikan,” tambah Dr. Humaira dalam senyuman manisnya.
Ternganga
luas mulut Aneesa mendengar tawaran hebat dari Dr.Humaira. Nak calon macammana?
Manalah dia terfikir lagi...Dia menggeleng sekali lagi.
“
Jangan geleng Aneesa. Tawaran doktor ni terhad tau. Nak handsome macam Brad
Pitt, comel macam Justin Biber atau yang comel dan handsome macam anak doktor?.”
Wah,
ternanga besar sekali lagi mulut Aneesa. Kagum betul dengan Dr.Humaira yang
kenal dengan semua artis Hollywood. Kalah dia yang kenal artis tempatan je.
Cuma, ayat terakhir Dr.Humaira membuatkan dia tergelak kecil. Tak patut
betullah Dr.Humaira mahu dia jadi isteri pada Anas yang baru enam tahun...
“
Tak apalah doktor. Saya malas lagi nak fikir pasal jodoh ni. Kalau ada, adalah
nanti. Kalau tak ada, apa boleh buat,” balas Aneesa ringkas.
Sebolehnya
dia ingin lari dari topik itu. Tak mahulah bercerita lanjut bab rumah bertangga
ni. Tak bersedia dan seriau bulu roma dibuatnya. Seram..seram.
“
Erm, bab rumahtangga ni kena fikir dari sekarang. Dari sekaranglah Aneesa kena
tentukan nak kahwin dengan siapa. Kena rancang masa depan betul-betul. Sebab
kerja nikah kahwin ni bukannya mudah. Kita tak boleh nak kata, kahwin jelah
dengan siapa-siapa je. Kenapa? Sebab pernikahan itu ladang ibadah wanita, titik
tolak dan penentu jalan abadi. Nak ke syurga atau sebaliknya. Jadi, kenalah
didik diri, kena cari pasangan yang boleh didik kita, boleh bimbing kita dan
boleh bawa kita kejar cinta dan redha ALLAH.”
Panjang
lebar nasihat dr.Humaira. Aneesa hanya mengangguk ala burung belatuk. Semua
yang dikatakan benar belaka.
“ Oh
ya, kalau dah jumpa lelaki yang baik, jangan lepaskan. Sebab lelaki baiklah yang
kita harapkan sebagai pemimpin, pendamping ke syurga nanti.”
Dan
saat itu, ada satu persoalan yang tercetus. Namun dipendamkan sahaja dalam
benaknya.
“
Doktor cakap ni bukannya apa. Perempuan kalau pun dah ada harta, dah ada
segalanya, tapi kalau tak ada pendamping, hidup ni tak akan lengkap. Jadi,
merancanglah dari sekarang. Apa-apa pun, doktor doakan yang terbaik untuk
Aneesa.”
Aneesa
mengulum senyuman. Nasihat itu cukup mendalam. Nasihat itu juga jadi pemangkin
dia memulakan langkah pertama hari ini. Dengan senyuman dan lafaz Bismillah,
borang dua helai itu diisi dengan pen hitamnya...
-----------------------------------------------
“
Peram jelah borang tu sampai jadi pekasam.”
Kak
Long Alia melepaskan rasa geramnya. Aneesa hanya senyum tak sudah.
“
Dah isi belum borangnya?.”
“
Dah.”
“
Habis pun peram buat apa?” soal Kak Long Alia lagi.
“
Saja suka....Nantilah, kalau dah sampai masanya Nees kasilah dekat Kak Long.
Sabar ya. Hati agak tak keruan sekarang ni. Tak tahulah dengan hati weng-weng
tak sudah ni. Nak konsul soal hati dengan ALLAH dululah,” Aneesa memberi
alasan.
Bulat
mata Alia memandang Aneesa. Rupanya ada peristiwa yang membuatkan Aneesa
memeram borang BBM tersebut hingga ke hari ini. Ada kisah soalnya cinta
rupanya.
“
Kenapa? Ada orang mengorat Nees ke?,” soal Alia ingin tahu.
“
Tak adalah, siapalah yang berani mengorat Nees yang rock n roll ni. Anees je
yang rasa nak mengorat orang tu. Tapi tak betul dan senget je kalau buat gitu.
Tak mahulah perigi cari timba,” balas Aneesa perlahan.
Alia
mengekek ketawa. Terbit juga rasa kagum dengan adiknya. Ingatkan rock sangat, rupanya ada rasa halus dah menyentuh
hati. Patutlah, sejak kebelakangan ini suka termenung dan tak keruan saban
hari. Ada bunga-bunga cinta yang tumbuh rupanya.
“
Siapa orang yang malang tu? Along kenal ke tak?,” ujar Alia menyakat.
Anees
mencebik bibir. Dia menggeleng laju.
“
Tak kenal kot. Dia houseman yang
dihantar bertugas dekat hospital Nees.
Rasanya hati kena angin kus-kus je ni. Nanti dia dah balik kerja dekat sana,
hilanglah kot. Along doalah angin kus-kus ni cepat pergi. Tak kuat, tak larat
nak melawannya. Huhuhu.”
“
Along doakan. Banyak-banyak doa pada ALLAH. Minta ALLAH tunjukkan jalan yang
terbaik. Apa pun yang Nees buat, Along akan bagi sokongan. Kebahagiaan Nees
kebahagian Along juga. Nak juga tengok Nees naik pelamin. Tak mahulah adik rock
Along ni jadi pengapit je,” tambah Alia.
Aneesa
mengukir senyuman. Dia menyeru hatinya supaya bertahan dalam perjuangan ini.
------------------------------------------------
Sekali
lagi Aneesa naik pelamin. Kerana Nazira adalah teman baiknya, mahu tak mahu dia
gagahkan diri jadi pengapit walaupun penat bertugas di hospital belum hilang.
Penat melawan rasa hati belum hilang lantaran satu penolakan. Biar apa pun
keadaannya, dia harus terlihat tabah di depan teman baiknya itu.
“
Selamat pengantin tak berapa baru Ira,” ujar Aneesa semangat.
Nazira
memandang teman baiknya tanpa kata. Seketika kemudian, dia meminta semua orang
di biliknya keluar. Hanya tinggal dia dan Aneesa sahaja di dalamnya. Jelas di
pandangan Aneesa, Nazira sudah dapat menangkap kisah sebak dan sayunya.
“
Kau betul merisik dia ke? Dia terima tak,” soal Nazira ingin tahu.
Aneesa
mengangguk lemah.
“
Dah tapi negatif,” balas Aneesa dalam ketawa yang dibuat-buat.
Sebelum
dia bertindak, dia sudah maklumkan pada Nazira. Walaupun tindakannya merisik
lelaki Chinese look itu agak aneh, Nazira tetap menghadirkan sokongan. Dan
kata-kata Dr.Humairah satu ketika dahulu jadi azimat, jadi penguat semangat
Aneesa dalam tindakan kamikazenya.
“
Siti Khadijah dulu pun pinang Rasulullah. Tak salahlah kalau kita yang mulakan
langkah. Yang penting kau tak langgar syariat. Kau bukannya tanya dia langsung,
kau tanya dekat orang tengah. Still menjaga adab dalam hubungan, still terjaga
kerahsiaan hati dan perasaan kau.”
Itu
kata Nazira tempoh hari. Dah kata Nazira hari ini berbaur pujukan.
“
Sabar ye Nees. Aku rasa dia belum sedialah tu. Tak pun dia terkejut tiba-tiba
ada orang berani meminang dia. Erm, apa kata dia?.”
Aneesa
tidak membalas pertanyaan itu. Hanya sms yang diterima dari sahabat Along, Kak
Nida disuakan pada Nazira. Nazira membaca bait kata sms tersbut dengan mata
membulat.
“
Z tak mahu jawab status dia sebab dia belum bersedia untuk mendirikan
rumahtangga...Hah, apa jenis jawapnya ni? Aku tak fahamlah dengan dia..Kau just
nak tahu pun, bukannya serius pun pasal tu kan.” Komen Nazira dengan muka tidak
puas hati.
“
Itulah. Aku pun tak faham..Kalau kau dapat sms tu, apa pendapat kau?,” soal
Aneesa kembali.
“
Aku tak puas hati dengan jawapan dia, aku akan tanya semula. Tapi aku malas nak
fikir pasal dia dah. Aku cari orang lain je, tak payah gasakkan kepala otak.
Aku hantar je borang BBM yang dah diperam jadi pekasam tu,” sambut Nazira.
Aneesa
tersenyum sumbing.
“
Erm, kalau aku tetap nak tunggu dia sampai bersedia boleh tak,” soal Aneesa
nakal.
Nazira
menjengilkan mata.
“
Tahun ni dia kata dia tak bersedia nak mendirikan rumahtangga. Tahun depan kau
tanya dia lagi, dia akan kata dia belum bersedia nak memadukan isteri dia,
tahun depan-depan dia akan kata dia belum sedia nak anak-anak dia bermak
tiri.Lupakan dia, cari orang lain. Go to plan B, focus on BBM. Habis cerita,”
tegas Nazira.
Aneesa
tergelak kuat. Tercuit hatinya dengan kata-kata Nazira. Dan dia tahu, apa yang
harus dilaksanakan. Biarlah kenangan ini jadi pengalaman terbaik dalam
hidupnya, biarlah keberaniaan dia ini jadi satu kenangan yang tak dilupakan.
Dan saat ini, dia sudah tekad, dia sudah nekad. Borang Baitul Muslim yang sudah
lengkap diisi akan segera dia kirimkan dan siapa pun takdirnya, dia pasrah dan
redha. Diakan pasangan yang setia pada takdir yang dah ditetapkan Tuhan sejak
alam ruh lagi.
------------------------------------------------
Sejak
BBM dihantar, dia tak peduli lagi dengan kisah jodoh dan pertemuannya. Sudah
dia tekadkan dalam hati, dia akan menerima sahaja takdir terbaik dalam
hidupnya. Kisah lelaki yang pernah dirisiknya dulu dia tak ambil kisah. Mungkin
si dia sudah berdua, mungkin juga sudah ada jadi bertiga dengan kehadiran
cahayamata. Bagaimana dan apa pun kisah hidup si dia, hanya titipan doa
kebahagiaan dia hadiahkan.
Dia
sudah mujadah hatinya. Dia sudah berjuang semampunya.
“
Ya ALLAH, tunjukkan aku jalan terbaik. Ya ALLAH, jangan biarkan aku hidup
sendiri, kurniakan aku pasangan hidup yang beriman. Engkaulah Waris Yang Paling
Baik,”
Itu
doanya saban waktu. Dan tak sedar, waktu cepat berlalu. Sudah setahun peristiwa
kamikaze itu berlalu. Aneesa tenang dalam pencariannya yang belum bertemu
jawapan. Dan panggilan dari Kak Long Alia hari ini mengocak kolam ketenangan
hatinya.
“
Nees, abang Izham kata orang yang uruskan BBM tu dah jumpa calon yang sesuai
untuk Nees. Kalau tak keberatan, petang ni Abang Izham nak bawa calon tu jumpa
dengan Nees. Kalau keberatan, Along kirimkan dulu BBM dia dekat email
Nis..Macammana?.”
Aneesa
menelan airliur. Pahit! Pencarian itu sudah berjawapan. Detik itu datang akhirnya.
“
Aneesa, macammana?,” soal Alia tidak sabar.
“
Kirim dekat email jelah. Saya tengok dulu,” balas Aneesa tegas.
Padahal
hati dah tak keruan dibuatnya. Bergendang sesuka hati dalam irama sumbang.
Alahai, mana nak lari ni?
“
Along dah send. Check it out. Rasanya Nees tak payah balas sms Along. Along dan
Abang Izham suruh dia terus masuk meminang terus. Okey.”
Sms
yang dikirm Alia membuatkan dia tambah tak keruan. Laju dia membuka emailnya.
Dia terkejut bukan kepala. Borang Baitul Muslim yang dibacanya membuatkan dia
tersenyum sampai telinga. Siapa sangka, cempedak jadi nangka.
Nama:
Muhammad Zafran bin Ali
Pendidikan:
Perubatan, Universiti Sains Malaysia.
Ciri
pasangan idaman: Peramah, penyayang, baik, tak berpura-pura, suka berjenaka,
rock and roll tapi tetap solehah, suka senyum, berani dan sabar menanti.
Di
akhir catatan email tersebut, ada satu kata yang membuatkan dia tergelak
sendiri.
“ Insya-ALLAH, saya dah bersedia segalanya. Saya akan jadikan awak wanita paling bahagia.
Saya takkan madukan awak dengan isteri saya, saya tak jadikan awak mak tiri
anak saya sebab saya tahu awak setia tunggu saya. Sayakan pasangan yang setia.”
Rasa
bahagia menggebu di hati. Pernah dia kecewa dengan insan itu. Namun siapa tahu, siapa yang menyangka dia adalah pasangan yang ditakdirkan untuknya. Saat itu, lafaz syukur menggamit perasaan.
“
Terima kasih Ya ALLAH atas takdir ini. Saya akan setia selamanya.”
---------------------------------------------------------------
Salam alaik. Cerpen separuh benar, diadaptasi dari kisah hidup seseorang. Baca & hayatilah seadanya...Erm, saya dah update sedikit pandangan dan kisah RUMAH BERTANGGA di blog lagi satu. Jemput baca..AAP habis exam MDE Isnin ni saya update okay...Saya oncall pagi esok..Apa-apa pun, moga kita sentiasa di bawah rahmata-Nya.Insya-ALLAH..Selamat membaca.
6 comments:
salam writer ... cerpen yg best!!
~ ct~
hihihi..
suka..z for si dia rupa nya..
salam writer.....bile bace tulisan awk dh rase trjun ke dunia medic plk,,,,,ape pn congrates,,,,rase jgk feeling dunia orng2 medic n....
oh mai...
cweetttt nyeee...
zafran tu, yang chinese look anees suka ke?
slm...so sweet..bt novel pm bagus ni..
Kalau cerita ni jadi benar, saya buat novel..haha
Post a Comment