Bulan penuh debaran menjelma jua.
Bulan Ramadhan,bulan diwajibkan berpuasa kepada umat Islam. Bulan ini juga aku
akan menjalaninya kali pertama berdua sebagai suami isteri, kali pertama dalam
keadaan berbadan dua dan menanti si kecil lahir pelengkap bahagia.
“ Mak buyung, bestlah kau tahun ni
dapat puasa penuh,” komen Dania di suatu petang selesai bertugas di hospital.
Aku menyeringai ketawa. Jelas di
muka Dania, bait-bait cemburu yang muncul.
“ Itulah, orang suruh join sekaki
mengandung tak mahu. Dah jealous dengan aku.”
Dania mencebik bibir.
“ Takde maknanya aku cemburu. Kalau
dibuatnya kau terberanak awal, kau jealous dengan aku sebab kau lebih banyak
ganti puasa,” tempelaknya dalam gelak tawa.
Aku menggigit bibir. Memang itulah
yang sudah aku fikirkan sejak usia kehamilan mencecah 9 bulan ini. Bila-bila
masa sahaja boleh bersalin. Kalau dah sampai masanya, mahu tak mahu aku harus
ke hsopital. Mahu tak mahu, si kecil keluar juga.
“ Harap-harap di kecik ni sabarlah
tunggu sampai raya. Kesian dekat mamanya beraya dalam pantang tau,” keluhku.
“ Teruskan berharap Nabil..Tapi
kalau dah takdir baby nak keluar cepat, makan ikan bilis goreng jelah masa raya
nanti ya,” seloroh Dania lagi.
Aku menelan air liur. Pahitnya
kenyataan kalau benarlah hal itu terjadi. Mahu tak mahu, kenalah makan
puas-puas sebelum sampai seru berpantang. Erm, nampak gayanya kenalah
mengorbankan niat nak berdiet di bulan Ramadhan yang mulia ni! Bukan sengaja
tau, tapi terpaksa..
---------------------------------------
Einstein hanya menggeleng kepala.
Dalam gelengan kepalanya itu, dia menurut sahaja rentakku. Dari satu gerai di
Bazar Ramadhan aku jelajahi. Semua yang aku berkenan di mata dan membuka
selesa, semuanya aku beli. Yang kesian, suami tersayanglah. Penuh tangannya
dengan plastik makanan bermacam rupa.
“ Betul dah nak balik ni? Dah tak
mahu apa-apa dah?,” soal Einstein kepadaku bila aku mengajaknya balik.
Aku hanya menggeleng kepala. Nak
membalas panjang lebar, malu dengan diri sendiri yang belanja tak ingat dunia.
Akhirnya Einstein memimpin tanganku, sementara satu tangannya penuh dengan
makanan.
“ Abang tak tahulah baby kita nanti
tembam macam mana kalau betul Bilah boleh habiskan semua makanan ni,” ucap
Einstein separuh berbisik.
Bibirku hanya mengulum senyuman. Nak
cover malu, laju aku menanggapi komennya. “
Kalau Bilah tak dapat habiskan makanan, abang kan ada..Baby tak akan
tembamnyalah. Papanya aja yang makin ke depan perut.”
Einstein tergelak kecil.
“ Iyalah tu. Tak habis-habis dengan
project nak membuncitkan perut abang. Nanti dah tak handsome, macammana?,”
gurau Einstein lagi.
Aku hanya mengekek ketawa. Sejak
awal kehamilanku, itulah perubahan paling ketara pada Einstein. Dia yang
dulunya badan kurus kering dah berubah bentuk. Sama naik badannya dengan
perempuan mengandung ni. Manakan tidak, nafsu makannya sama naik denganku yang
berbadan dua. Nasiblah badan.
“ Kalau pun kurang handsome, Bilah
tetap sayang pada abang tau. Lagipun orang kata, suami naik badan sebab bahagia
lepas nikah. Kiranya abang masuk geng suami-suami bahagialah. Tak bangga ke,”
selorohku.
Einstein ketawa riang. Aku tersenyum
senang.
-------------------------------------------
Makanan yang aku beli tadi satu pun
belum terusik. Sebaik sahaja azan berkumandang, satu mug sederhana besar berisi
air kelapa muda jadi santapan. Habis setengahnya, aku sudah terasa kenyang. Aku
hanya menatap Einstein yang berselera makan.
“ Pandang muka abang manalah
kenyang. Makanlah nasi atau makanan yang Bilah beli tu.” Einstein mengemukakan
cadangan.
Aku hanya tersengih sahaja. Laju
tangan Einstein meletakkan sekeping murtabak di pinggan sebelum disuakan
kepadaku.
“ Dah tiga hari Bilah tak makan
berat. Minum air kelapa, minum air milo dah kenyang. Risau abang kalau terus
macam ni. Doktor kata hari tu kena kurangkan makan je, bukannya jangan makan
langsung. Itu pun sebab tak mahu naik berat badan banyak, takut bahaya time
bersalin nanti je,” dia melahirkan kebimbangannya.
Aku hanya memandang dia sekilas
sebelum menguap makanan ke mulut. Einstein tersenyum puas melihat kepatuhanku.
“ Macam nilah isteri abang. Taat
dengar kata suami, sejuk hati abang.”
Einstein melahirkan pujian. Kembang
sekejap rasa hati.
“ Baru sikit tu. Dah nak stop makan
ke?,” soal Einstein tidak puas hati bila aku sudah berhenti makan.
“ Tak lalu dah abang. Perut dah rasa
penuh. Nantilah lepas solat Bilah makan lagi. Abang cepat makan, lepas ni nak
jemaah di masjid pulak,” tegasku.
Einstein mempercepatkan suapan.
Seketika dia memerhatikan aku dengan raut bimbang.
“ Abang jangan nak ponteng pergi
masjid ye. Bilah okey, belum sampai waktu lagi. Tak ada tanda-tanda nak
bersalin lagi ni. Cuma penat, mengah biasa je. Bilah dah bagitahu baby yang
mama nak beraya dulu tahun ni. Kalau nak keluar, tunggu mama dapat makan pulut
palas dulu raya nanti,” ujarku.
Einstein tergelak kuat. Dia
menggeleng kepalanya. Agaknya, dia bingung dengan nafsu makan Puan Nabilah yang
tak hilang-hilang dia. Bukan nafsu makan mana pun, nafsu mata je. Bila dah ada
depan mata, tak masuk mulut pun. Orang mengandunglah katakan.
“ Oh ya, abang jangan lupa bawa
makanan kita beli tu pergi masjid. Tinggalkan kuih koci dengan martabak je.
Yang lain, bagilah dekat orang masjid ya,” pesanku sebelum berlalu ke sinki
dapur. Einstein hanya mengangguk patuh.
---------------------------------------
Rutin Ramadhan kali ini memang
berubah dari sebelumnya. Kalau di zaman muda remaja dan anak dara, aku akan
solat terawih di masjid. Tahun ni, di kala muda dan nak jadi mak orang, aku
lebih memilih solat di rumah. Aku hanya berkesempatan solat di masjid dua hari
sahaja, seterusnya aku laksanakan solat sunat tersebut di rumah sahaja.
Salah satu sebabnya kerana aku mudah
penat dan mengah. Tak mampu nak berdiri lama dan perut amat terasa menyekat
pergerakan. Nak rukuk dan sujud pun mengambil masa yang lama. Sesuai dengan
kondisiku sekarang, eloklah kalau aku menyesuaikan diri dengan kemampuan yang
sudah mula solat dalam keadaan duduk
ini.
Selalunya aku dan Einstein berjemaah
Magrib di rumah. Dia akan menemaniku di rumah sehingga hampir masuk waktu
Isyak. Kami bertadarus bersama sebelum dia ke masjid. Biasanya, usai solat
terawih aku akan kembali bertadarus. Malam-malam Ramadhan yang tenang aku isi
dengan bacaan satu juzuk Al-Quran setiap malamnya. Sesuai dengan perkiraan
doktor, aku akan melahirkan bayi selepas raya aku berharap dan berdoa aku dapat
khatam Al-Quran di bulan Ramadhan kali ni.
Sudah aku maklumkan juga agendaku
pada Einstein. Setelah bayi lahir, dia harus memulakan budaya khatam Al-Quran
setiap bulan sebagai penerapan awal pada bayi. Itu langkah awal mendidik anak
cintakan ALLAH di masa mendatang. Insya-ALLAH.
--------------------------------------
Tinggal seminggu Ramadhan, aku masih
berstatus ibu mengandung. Bahagia benar rasanya menghitung hari menjelang
Aidilfitri. Lebih senang bila belum ada petanda akan melahirkan bayi dalam
waktu terdekat. Syukur, sampai juga hajat nak berpuas penuh tahun ni.
“ Jangan happy sangat. Siapa tahu
baby keluar sehari sebelum raya,” tempelak teman-temanku sebelum aku berangkat
pulang tadi.
Aku hanya ketawa sahaja.
“ Sebelum dia keluar, kenalah happy
betul-betul. Dia keluar nanti, kena berpantang. Kurang best dah. Doakan baby
keluar lepas raya ye, mamanya ni tak puas lagi melaram pakai baju mengandung
tau,” balasku.
“ Aisyh, orang lain nak cepat-cepat
langsing. Kau lain pulak ceritanya. Tak kisah la apa-apa, yang penting kalau
baby dah keluar jangan lupa bagitau. Upload gambar cepat-cepat dekat facebook
kau yang tak ada isi apa-apa tu,” tempelak Izham pula.
Aku hanya mengekek ketawa. Nama
sahaja ada facebook, updatenya jarang betul. Dalam sebulan, adalah dua tiga
kali. Itu pun kalau di paksa orang. Kalau nak harapkan aku dan Einstein,
berkulat dan bersawanglah facebook tu.
“ Insya-ALLAH, kalau terjadi rajin
nanti. Kalau aku kurang rajin, tunggu jelah baby balik sini habis pantang ye,”
balasku.
Dania menjeling geram. Bimbang aku
malas membelek facebook, dia menyampaikan pesan yang sama pada Einstein. Einstein
hanya tersengih sahaja. Bukannya Dania tak tahu kami ni pasangan suami isteri
sejati. Duduk dalam tempurung, tak reti nak berteknologi tanpa sempadan ni.
“ Dok sengih-sengih ni tak ada
harapanlah nak tengok anak sedara lepas lahir. Kalau gitu, biarlah aku yang
update. Nanti dah bersalin, rodger aku.Biar aku yang ambil gambar baby, share
dekat semua orang,” tegas Dania.
Kami hanya mengiayakan sahaja
pendapatnya. Kalau itu kata dia, itulah. Maklum sahajalah selama ni Danilah
pembantu peribadi tak berbayar yang rajing membersihkan debu-debu di facebook
ku.
------------------------------
Menghitung detik waktu penuh debar akhir
Ramadhan di rumah mertua pastinya sarat dengan pertanyaan. Sebagai bakal ibu
dan bapa menyambut kelahiran anak pertama, umi dan ayah pastinya bimbang dengan
kami. Dari hal persiapan bersalin hingga berpantang ada checklistnya sendiri di
umi.
“ Umi macam tak percaya je kami dah
ready nak jadi parent ni,” Einstein melahirkan rasa kurang senangnya. Aku
menyiku Einstein. Bimbang umi tersinggung.
“ Bukan tak percaya, kurang percaya
je,” balas umi.
“ Umi, persiapan baby je dah siap.
Tengok Angah ni, dah berketul-ketul tangan train angkat Bilah tau,” ujar
Einstein lagi.
Ketawa kami lepas bila Einstein
mempamerkan tangannya. Konon je kuat tu. Nanti tengok aku bersalin, jadi ratu
airmatalah Encik suami tersayang ni. Tengok isteri orang lain sakit nak
bersalin pun dah sebak tak tentu arah, tengok isteri sendiri nanti entah apalah
jadinya. Banjir Kuantan agaknya.
“ Kuat badan je, hati lemah gemalai
anak umi ni. Tengok ajalah nanti,” komen umi.
Einstein menyeringai ketawa.
“ Nama baby dah ada belum ni?,” soal
ayah pula.
Kami berdua mengangguk. Sudah ada
kesepakatan nama yang kami pilih. Bibirku mengukir senyuman teringatkan cadangan
si kecil tempoh hari.
“ Kalau baby lahir sebelum raya,
abang nak bagi nama Ramadhan. Kalau lepas raya, Syawal. Kalau nak best lagi,
kita tambah nama nombor dekat depan dia...Okey tak?”
Aku mengatakan bantahan. Setahu aku,
makruh menamakan anak dengan nama bulan tidak dianjurkan dan makruh. Sebaiknya
memberi nama yang akan mencorak peribadi si ank untuk kedepannya.
“ Abang gurau jelah. Kalau pun dah
tak ada nama sangat, abang kasi nama Ikhlas. Nanti-nanti kalau mamanya nak kena
ganti puasa, ikhlas sepanjang masa sebab tengok muka baby,” selorohnya lagi.
Aku menghadiahkan cubitan di
tangannya. Dia menahan sakit. Akhirnya dia mengemukan nama yang telah
dipilihnya. Tanpa banyak soal, aku langsung setuju. Namanya bagus, sedap
didengar dan nama itulah harapan kami....Insya-ALLAH, jadi penyejuk mata dan
penghibur hati kami selamanya.
----------------------------------------
Tahun ni jadi mengukir sejarah
sendiri. Kali pertamanya aku berhari raya pertama tanpa mama dan papa di
sisiku. Sesuai dengan perancangan, kami akan beraya di rumah mertuaku terlebih
dahulu sebelum pulang ke Kuantan. Maklum sahajalah, mama dan papa sudah
merencanakan cuti selama sebulan untuk menjaga cucunya yang pertama. Dari
bersalin hinggalah berpantang, aku akan jalani di Kuantan nanti.
“ Bukan mama dan papa je yang
excited, umi dengan ayah pun sama. Kami dah mohon cuti seminggu nak menjaga
cucu nanti.”
Umi ramah menanggapi perancangan
mama yang semangat menyambut cucu pertama. Terharu aku dibuatnya dengan
kesungguhan mereka.
“ Sampai tengok cucu, sambil
honeymoon kali kesekian kalinya ya umi?.”
Umi dan ayah hanya ketawa.
“ Ha, semalam umi lupa satu lagi
checklist sebelum bersalin..Checklist makanan Bilah mengidam sebelum bersalin,”
tambah umi.
Aku dan Einstein saling berpandangan.
Tak sangka sampai begitu sekali telitinya umi.
“ Apa lagi yang Bilah belum dapat
makan ya? Bilah teringin nak makan apa sebelum bersalin. Tinggal dua tiga masa
kritikal ni, kena lebih bersiap-siap. Siapa tahu, baby keluar awal dari
masanya,” jelas umi.
“ Semua checklist makanan mengidam dah
settle. Tinggal mengidam nak beraya pakai baju mengandung je ni,” balasku.
“ Oh gitu. Ha, raya ni nak makan
apa? Biar umi siapkan mana yang patut. Ibu mengandung raya awal sikit dari
orang lain tahun ni.”
Umi menanggapi kata-kataku. Ada satu
juadah hari raya yang aku idamkan dari awal Ramadhan lalu. Cuma, aku pendamkan
sahaja dalam kepala bila mengingat agak sulit menyediakannya di sini. Mana nak
dicari ketupat daun palas di sini? Kalau pun ada rasanya pasti berbeza, pasti
tak sama dengan hasil tangan umi.
“ Bilah teringin nak makan ketupat
palas dengan rendang umi.”
Einstein memberitahu uminya. Aku
memandangnya tidak percaya. Bila masa pula dia boleh baca fikiran aku ni?
“ Ketupat palas ye? Dekat mana nak
cari dekat sini ye abang? Tak mahulah cucu kita gigit jari nanti tak dapat
makan.”
Aku dan Einstein ketawa. Sama sahaja
umi dengan mama. Tak habis-habis risaukan cucunya menetes air liur dan
menggigit jari. Padahal belum tentu betul pun.
“ Kalau dekat sini, susah sikitlah
nak dapat. Takpe Bilah, jangan risau. Nanti umi dengan ayah usahakan. Sebelum
hari raya, Insya-ALLAH dah ada,” ayah memberi jaminan.
Ada rasa terharu mengisi segenap
hati..Aku menarik nafas lega.
“ Happylah tu sebab semua orang
layan dia. Kalaulah tahu macam ni biar abang je mengandung,” Einstein berbicara
separuh berbisik.
Ketawaku pecah. Aku menggenggam
tangannya sambil menatap wajahnya penuh kasih. Tanpa suara, aku mengucapkan
terima kasih padanya atas layanannya. Einstein mengukir senyuman sambil
mendabik dada. Banggalah tu. Alahai si papa budak!
---------------------------------
Salam alaik. Maaf lama tak berudate. Saya busy menulis report yang agak repot seminggu ni. Sekarang ni saya di Ilmu Kesehatan Masyarakat@ Public Health, posting terakhir before jadi doktor. Insya-ALLAH. Setiap hari menaip data, penatnya ALLAH sahaja yang tahu. Moga ALLAH permudahkan urusan saya...Apa-apa pun, maaf di pinta atas kelambatan. Insya-ALLAH, Ayat Power ada 2 entry lagi. Doakan saya ada kelapangan masa ya. Nak baca kisah mengidam ibu mengandung dan tak buyung, bolehlah singgah di blog satu lagi. Selamat menyambut tahun baru 2012, moga tahun ni lebih baik dari sebelumnya. Insya-ALLAH. Selamat membaca (",)
4 comments:
Bes ny bilah ni dpt hubby spoting+understanding kiki
alahai..
bagus nya..
dapat mertua yang supportive..
bahagia hidup..
sis..gud luck ya
bestnya Bilah ye ape yg diidamkan
ada org yg akan sediakan....beruntungnya bolehlh
mengandung selalu macam ni kan?
beznya..xsbr nk tggu next n3
Post a Comment