@rubiadaibrahim

Tuesday, January 24, 2012

Ayat Power 41: Sejarah...


Hari ini dalam sejarah. Sejarah beraya kali pertama dengan gelaran isteri, menantu dan ibu mengandung. Syukur aku panjatkan pada ALLAH atas sejarah yang tercipta ini. Dan ada satu sejarah lagi bakal tercipta tidak lama lagi, aku bakal bergelar seorang ibu pula. Menanti penuh debaran detik terbesar dalam hidupku itu. Doaku tidak putus, berharap segala urusanku dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T.
            “ Lebar senyum isteri abang pagi ni. Mentang-mentanglah hajat nak makan pulut palas tu dah tercapai,” tegur Einstein sebelum duduk di sampingku di dapur.
            Aku menyeringai ketawa. Ada-ada sahaja isu yang nak dibangkitkan dan jadi bahan gurauan.
            “ Metilah senyum, happy kot. Tak adalah cucu mama dengan umi ni nanti keluar meleleh air liur tau,” balasku dalam nada berseloroh.
            Einstein tersenyum lebar mendengar kata-kataku.
            “ Ha, isteri abang ni dah cakap terima kasih belum dekat Kak Long? Manalah tahu makan tak ingat orang yang susah-susah untuk dia. Ibu mengandunglah katakan.”
            Aku mengenyit mata kepadanya. Ibu jari aku pamerkan padanya.
            “ Mestilah dah. Ditanggung beres semuanya,” balasku.
            “ Okeylah kalau gitu. Erm, sayang nak makan lagi ke? Abang ingat nak bertolak balik Kuantan dah sekejap lagi. Sampai awal, rilekslah sikit,” ujar Einstein bila melihat aku masih menikmati makanan yang terhidang di meja.
            Aku tergelak kecil dalam rasa malu yang aku tahan. Alahai, inilah parahnya kalau makan tak ingat dunia. Makan lagi dan lagi hingga tak sedar diri kena balik kampung sendiri.
            “ Sorry abang, lupa lak kena balik Kuantan. Pulut palas nilah buat Bilah lupa diri. Jom kita siap apa yang patut. Kesian dekat abang nak drive balik.”
            Meja aku kemaskan. Tapi laju juga tangan Einstein menangkap tanganku. Diarahkan supaya aku mencuci tangan sahaja. Dia sendiri yang mengemas meja dan membawa pinggang kotor ke sinki. Alahai, rajinnya Encik Umar kita.
            “ Bilah duduk je, tunggu abang settle cuci pinggan ni. Barang-barang semua abang dah masukkan dalam kereta. Tinggal Bilah dan abang je masuk kereta dan kita balik terus,” selorohnya.
            Aku mengetap bibir. Malu betul rasanya. Jam di tangan aku kerling perlahan. Dekat setengah jam lebih aku melayan menungan di dapur. Kalau Einstein tak datang dan menegurku, agaknya dah ke bulan bintang agaknya. Hehe.
            “ Jom sayang.” Einstein menghulurkan tangan membantuku bangun. Maklum sahajalah dalam waktu getir begini, susah benar aku nak bergerak. Harus dibantu bangun dan duduk. Kalau dah dapat duduk, susah nak bangun dan begitulah sebaliknya. No ligat-ligat, kalau terlebih ligat tergeliatlah badan jawabnya. Apa boleh buat, sudah adat ibu mengandung. Nasib..nasib!
            --------------------------------------------------
            “ Selamat hari raya umi, ayah. Kami balik Kuantan dulu ya. Duit raya takde ke?.”
            Kata-kata Einstein di sambut gelak tawa ahli keluarga di ruang tamu. Einstein hanya buat muka bersahaja. Aku sudah menyiku badannya, tak tahu malu betul.
            “ Angah ni teruk betullah..Nak jadi papa budak pun still perangai macam budak-budak lagi. Melampau betul,” tempelak Aisyah.
            Einstein hanya tergelak kecil.
            “ Angah gurau jelah. Tak ada duit raya pun takpelah. Yang penting, raya pertama dapat raya dekat sini, raya dengan semua. Itu dah cukup kot,” balas Einstein.
            Aku sekadar mengangguk tanda setuju.Kami bersalaman dengan umi dan ayah. Kemudian disusuli dengan keluarga Along dan Aisyah. Kak Long sempat berkongsi petua nak mudah bersalin denganku.
            “ Kak Long dulu amalkan minum air selusuh sebelum masuk dewan bersalin. Alhamdulillah, mudah nak bersalin.”
            “ Air selusuh tu dapat dari mana Kak Long? Ada jual dekat mana-mana pasaraya ke?,” soal Einstein penuh minat.
            Ketawa Kak Long pecah. Aku dan Einstein saling berpandangan sesama sendiri.
            “ Tak ada jual dekar pasaraya. Emak Kak Long yang carikan dari bidan kampung. Kata mak, itu petua turun temurun dari dulu. Kak Long ikut je kata dia. Kak Long lupa nak minta tolong mak mintakkan air selusuh tu untuk Bilah, minta maaf ya,” jelas Kak Long.
            Aku hanya melemparkan senyuman. Jujur, ada rasa kecewa yang terbit dalam hati. Namun aku pujuk sendiri. Kalau tak minum air tu pun, Insya-ALLAH dipermudahkan.
            “ Jangan risaulah Bilah. Kalau pun tak dapat air selusuh, Insya-ALLAH mudah nak bersalin nanti. Maklumlah ligat semacam je walaupun dah sembilan bulan. Kami semua doakan Bilah,” sampuk umi.
            Senyuman aku ukir makin lebar. Einstein merakamkan ucapan terima kasih kepada semua. Dia memimpinku  ke kereta. Pintu kereta dibuka dan aku masuk. Ku lihat senyuman Aisyah terukir lebar. Adalah tu idea nakal nak mengusik Angahnya tu.
            “ Huyo, layanan ala puteri raja. Tabik springlah pada Encik Raja Kapoor kita ni.”
            Suasana gamat dengan ketawa. Einstein mengenyitkan mata. Sebelum dia masuk kereta, sempat dia mengenakan Aisyah.
            “ Ecah, selamat hari raya. Tahun ni Angah tak dapat bagi duit raya sebab dah nak jadi papa budak. Erm, nanti kalau Kak Ngah dah bersalin jangan lupa kasi duit raya dekat anak saudara tau. Kalau tak, Angah tuntut nanti.”
            Aisyah mencebik bibir. Dia sudah siap membalas buah keras tapi dihalangi umi.
            “ Sudahlah tu. Cepat  bertolak. Kesian dekat mama dan papa Bilah tertunggu-tunggu korang balik. Sampaikan salam kami pada semua di Kuantan ya. Assalamualaikum.”
            Aku membalas perlahan. Einstein masuk ke kereta. Kereta dipandu perlahan dan bergerak menuju destinasi raya berikutnya. Kuantan, bumi kelahiranku. Bumi yang akan jadi bumi kelahiran si kecil juga bila tiba masanya. Bila ya?.....
---------------------------
            Girang benar wajah Wan melihat aku dan Einstein pulang ke kampung. Kali pertama melihat aku dalam keadaan berbadan dua mengundang muka terkejut Wan. Manakan tidak, selepas menikah boleh dihitung dengan jari sahaja kami pulang ke sini. Awal mengandung penuh tragedi dulu, aku hanya mengurung diri di rumah sahaja. Bila jumpa sekarang, Cuma tinggal masa nak meletup sahaja.
            “  Terkejut ye mak tengok Along mengandung?,” soal mama kepada Wan.
            Wan mengangguk kepala. Wan memang pendiam orangnya. Tambahan pula di usianya yang sudah lanjut sekarang, boleh dihitung dengan jari sahajalah berapa patah kata sehari yang keluar dari mulutnya. Kalau kita tak mulakan berborak, senyum sahajalah Wan kesayangku itu.
            “ Tak sangka Along dah nak jadi mak orang,”balas Wan perlahan.
            Aku menyeringai ketawa. Einstein hanya memerhatikan kami.
            “ Ni cicit nenek yang ke berapa ye?,” soalku kepada Wan, memulakan perbualan dengannya.
            “ Tak terkira Along. Dah banyak sangat dah,” balas Wan lambat-lambat.
            “ Isk, mana boleh macam tu. Wan kenalah kira. Along nak test Wan ingat ke tidak cucu-cucu Wan yang dah kahwin, cicit Wan yang banyak tu,” selorohku.
            Wan terdiam. Sejenak dia menghitung jari-jemarinya. Memang dari dulu, itulah hobiku. Menyuruh mak mengingat peristiwa demi peristiwa penting dalam hidupnya. Sebagai ingatan dan mencegah dari lupa. Kalau dibiarkan sahaja, makin pelupalah Wan jawabnya.
            “ Ha, dah dapat kira belum Wan?,” soalku penuh minat.
            Wan menggeleng. Nampak gayanya harus dibantulah mengingat cucu dan cicit-cicitnya. Sebagai ingatan kepada diri sendiri juga. Serampang dua mata kata orang.
            “ Anak Pak Long ada dua orang yang kahwin. Along Rasyid ada dua anak, Angah Liza ada satu anak...Mak Ngah Nab pulak ada dua cucu, Pak De Akil belum ada cucu dan mak baru nak ada cucu..Berapa Wan?.”
            Wan menunjukkan tujuh jarinya padaku. Bila aku katakan salah, Wan protes. Katanya dia hitung semua nombor yang ada dan semua perkataan cucu yang aku sebut. Alahai, comel betul. Tak mahu mengecilkan hatinya, aku iyakan sahaja kiraannya. Kak Ira sepupuku dan aku sedang sarat mengandung kira cicit Wan juga kan. Betullah apa yang Wan katakan walaupun sedikit kurang benar kiraan tersebut.
            -----------------------------------------------------
            Pulang dari rumah Wan di Pekan, Einstein mengajak aku makan angin di Teluk Cempedak. Katanya mahu mengingat nostalgia lama. Entah apa yang nak dijadikan nostalgia pun aku tak tahulah.
            “ Bila duduk dekat tepi pantai ni, mesti teringat zaman awal-awal kita menikah dulu. Tak sangka cempedak jadi nangka, jodoh kita akhirnya bersatu juga,” ucap Einstein berbisik.
            Aku tergelak kecil mendengar dia berpantun dua kerat. Memang aku tak sangka dia adalah jodohku. Dia lelaki luar biasa dan sempurna di mata semua perempuan memilih seorang wanita biasa yaitu aku. Dan sungguh, rasa syukur tak pernah surut dari hati sejak hari pertama aku bergelar isterinya.
            “ Bilah pun tak sangka abang. Tapi inilah takdir terindah dalam hidup Bilah. Alhamdulillah, ALLAH pertemukan Bilah dengan suami sebaik abang, bakal ayah kepada anak kita. Terima kasih abang sebab dah bahagiakan Bilah,” balasku penuh syahdu.
            Einstein menghentikan langkahnya. Dia menatap wajahku. Kemudian dia merangkul badanku dari belakang. Satu tangannya mengusap perutku yang berisi tanda cinta kami.
            “ Terima kasih juga dekat sayang sebab susah payah mengandungkan baby kita. Insya-ALLAH, abang janji abang akan jadi suami dan papa terbaik selamanya.”
            Aku memejamkan mata, menikmati indahnya saat indah ini bersama-sama. Pandangan kami halakan pada lautan membiru yang terbentang luas di pandangan mata. Burung-burung berterbangan di kala senja menyanyi riang, seakan turut sama merasakan rasa bahagia ini.
            ----------------------------------------------------
            Hari kedua Aidilfitri, aku masih ligat ke sana kemari. Maklum sahajalah, belum ada tanda-tanda mahu melahirkan. Orang beraya, aku beraya. Orang datang ke rumah, aku pun turut melayan tetamu. Sepulangnya mereka dari rumah, giliran aku pula beraya di rumah sendiri. Macam-macam perangai mak buyung seorang nih!
            “ Kalaulah Along duk beraya di rumah macam ni, esok habislah semua kuih raya mama. Orang datang esok-esok, mama hidang air sirap dengan cucur jelah jawabnya.”
            Emak memberi amaran padaku, aku tidak endahkan kata-katanya. Tambahan pula, papa berada di pihakku, menyokong aku makan lagi dan lagi.
            “ Biarlah dia nak makan mama. Nanti dah berpantang, lain ceritanya. Semua tak boleh makan. Sementara dia pantang nampak, dia nak makan ni biarlah.”
            Makin berserilah hari raya dengan tema beraya di rumah sendiri jawabnya. Sebelah petangnya, aku dan Einstein beraya di rumah saudara maraku pula.Tak kira kuih raya hinggalah hidangan berat, semuanya jadi santapan. Tak tolak tepi dah. Maklum sahajalah emak dan ayah saudaraku semuanya sama spesis dengan papa, menggalakkan ibu mengandung makan sepuasnya sebelum bersalin. Aku apa lagi, pucuk dicita ulam pegagalah.Hehe.
            Dari sebuah rumah ke sebuah rumah, kami berhari raya. Satu hal yang membuatkan aku terharu bila hampir semua yang aku temui mendoakan aku bersalin dengan mudah, selamat dan dilancarkan segala urusan dari rumahtangga hinggalah ke alam kerjaya.
            “ Baby, semua orang dah tak sabar nak jumpa baby tau. Keluar baik-baik ye, jangan buat mama susah bila nak bersalin nanti. Babykan anak soleh, dengar cakap mama dan papa.”
            Itu yang Einstein ucapkan bila kami dalam perjalanan pulang ke rumah. Aku mengusap lembut perutku. Besar harapanku proses kelahirannya nanti dipermudahkan. Dalam debar dan penantian itu, aku harapkan semuanya berjalan lancar. Kalau boleh biarlah tidak sakit seperti cerita mama ketika dia mahu melahirkan aku dulu. Cuma, harapan itu.............................
            “ Abang.....Bilah,” hanya dua patah kata yang keluar dari mulutku. Einstien memandangku dengan raut kaget. Dia melarikan kereta laju menuju hospital. ALLAH, sakitnya!
-----------------------------------------------
Salam alaik, moga semuanya sihat walafiat.
Maaf lama takde n3, saya hidup dalam dunia sejarah sebulan kebelakangan ni. Kerja bertimbun-timbun dan tak sempat nak menarik nafas lega pun. Baru settle Ilmu Kesehatan Masyarakat yang super duper busy. Alhamdulillah, tinggal satu department lagi before lulus jadi doctor. Insya-ALLAH. Untuk novel AAP, satu n3 lagi dan lepas tu saya update cite lain ye..Maaf kalau ayat bingung lagi membingungkan. Selamat membaca semua..Nak tau kisah sejarah saya, boleh baca di blog satu lagi ya. Wassalam.

3 comments:

MaY_LiN said...

bahagia nya c bilah ni..
lame xdengar cite geng2 rock bilah tu..
sejak nak jd bakal ibu ni..
da nak deliver ke..?
seram nya

Anor said...

Bilah dh sampai masa nak bersalin ke?
nak lagi...

Anonymous said...

Assalammualaikum...
kalau boleh..saya harap dapat baca something different..misalnya umar yg deliver baby tu ke..nampak biasa..tp cam best je...klu boleh la...:)
-Qhiwa-