Hari
ini dalam sejarah. Sejarah beraya kali pertama dengan gelaran isteri, menantu
dan ibu mengandung. Syukur aku panjatkan pada ALLAH atas sejarah yang tercipta
ini. Dan ada satu sejarah lagi bakal tercipta tidak lama lagi, aku bakal
bergelar seorang ibu pula. Menanti penuh debaran detik terbesar dalam hidupku
itu. Doaku tidak putus, berharap segala urusanku dipermudahkan oleh ALLAH
S.W.T.
“ Lebar senyum isteri abang pagi ni.
Mentang-mentanglah hajat nak makan pulut palas tu dah tercapai,” tegur Einstein
sebelum duduk di sampingku di dapur.
Aku menyeringai ketawa. Ada-ada
sahaja isu yang nak dibangkitkan dan jadi bahan gurauan.
“ Metilah senyum, happy kot. Tak
adalah cucu mama dengan umi ni nanti keluar meleleh air liur tau,” balasku
dalam nada berseloroh.
Einstein tersenyum lebar mendengar
kata-kataku.
“ Ha, isteri abang ni dah cakap
terima kasih belum dekat Kak Long? Manalah tahu makan tak ingat orang yang
susah-susah untuk dia. Ibu mengandunglah katakan.”
Aku mengenyit mata kepadanya. Ibu
jari aku pamerkan padanya.
“ Mestilah dah. Ditanggung beres
semuanya,” balasku.
“ Okeylah kalau gitu. Erm, sayang
nak makan lagi ke? Abang ingat nak bertolak balik Kuantan dah sekejap lagi.
Sampai awal, rilekslah sikit,” ujar Einstein bila melihat aku masih menikmati
makanan yang terhidang di meja.
Aku tergelak kecil dalam rasa malu
yang aku tahan. Alahai, inilah parahnya kalau makan tak ingat dunia. Makan lagi
dan lagi hingga tak sedar diri kena balik kampung sendiri.
“ Sorry abang, lupa lak kena balik
Kuantan. Pulut palas nilah buat Bilah lupa diri. Jom kita siap apa yang patut.
Kesian dekat abang nak drive balik.”
Meja aku kemaskan. Tapi laju juga
tangan Einstein menangkap tanganku. Diarahkan supaya aku mencuci tangan sahaja.
Dia sendiri yang mengemas meja dan membawa pinggang kotor ke sinki. Alahai,
rajinnya Encik Umar kita.
“ Bilah duduk je, tunggu abang
settle cuci pinggan ni. Barang-barang semua abang dah masukkan dalam kereta.
Tinggal Bilah dan abang je masuk kereta dan kita balik terus,” selorohnya.
Aku mengetap bibir. Malu betul
rasanya. Jam di tangan aku kerling perlahan. Dekat setengah jam lebih aku
melayan menungan di dapur. Kalau Einstein tak datang dan menegurku, agaknya dah
ke bulan bintang agaknya. Hehe.
“ Jom sayang.” Einstein menghulurkan
tangan membantuku bangun. Maklum sahajalah dalam waktu getir begini, susah
benar aku nak bergerak. Harus dibantu bangun dan duduk. Kalau dah dapat duduk,
susah nak bangun dan begitulah sebaliknya. No ligat-ligat, kalau terlebih ligat
tergeliatlah badan jawabnya. Apa boleh buat, sudah adat ibu mengandung.
Nasib..nasib!
--------------------------------------------------
“ Selamat hari raya umi, ayah. Kami
balik Kuantan dulu ya. Duit raya takde ke?.”
Kata-kata Einstein di sambut gelak
tawa ahli keluarga di ruang tamu. Einstein hanya buat muka bersahaja. Aku sudah
menyiku badannya, tak tahu malu betul.
“ Angah ni teruk betullah..Nak jadi
papa budak pun still perangai macam budak-budak lagi. Melampau betul,” tempelak
Aisyah.
Einstein hanya tergelak kecil.
“ Angah gurau jelah. Tak ada duit
raya pun takpelah. Yang penting, raya pertama dapat raya dekat sini, raya
dengan semua. Itu dah cukup kot,” balas Einstein.
Aku sekadar mengangguk tanda
setuju.Kami bersalaman dengan umi dan ayah. Kemudian disusuli dengan keluarga
Along dan Aisyah. Kak Long sempat berkongsi petua nak mudah bersalin denganku.
“ Kak Long dulu amalkan minum air
selusuh sebelum masuk dewan bersalin. Alhamdulillah, mudah nak bersalin.”
“ Air selusuh tu dapat dari mana Kak
Long? Ada jual dekat mana-mana pasaraya ke?,” soal Einstein penuh minat.
Ketawa Kak Long pecah. Aku dan
Einstein saling berpandangan sesama sendiri.
“ Tak ada jual dekar pasaraya. Emak
Kak Long yang carikan dari bidan kampung. Kata mak, itu petua turun temurun
dari dulu. Kak Long ikut je kata dia. Kak Long lupa nak minta tolong mak
mintakkan air selusuh tu untuk Bilah, minta maaf ya,” jelas Kak Long.
Aku hanya melemparkan senyuman.
Jujur, ada rasa kecewa yang terbit dalam hati. Namun aku pujuk sendiri. Kalau
tak minum air tu pun, Insya-ALLAH dipermudahkan.
“ Jangan risaulah Bilah. Kalau pun
tak dapat air selusuh, Insya-ALLAH mudah nak bersalin nanti. Maklumlah ligat
semacam je walaupun dah sembilan bulan. Kami semua doakan Bilah,” sampuk umi.
Senyuman aku ukir makin lebar.
Einstein merakamkan ucapan terima kasih kepada semua. Dia memimpinku ke kereta. Pintu kereta dibuka dan aku masuk.
Ku lihat senyuman Aisyah terukir lebar. Adalah tu idea nakal nak mengusik
Angahnya tu.
“ Huyo, layanan ala puteri raja.
Tabik springlah pada Encik Raja Kapoor kita ni.”
Suasana gamat dengan ketawa. Einstein
mengenyitkan mata. Sebelum dia masuk kereta, sempat dia mengenakan Aisyah.
“ Ecah, selamat hari raya. Tahun ni
Angah tak dapat bagi duit raya sebab dah nak jadi papa budak. Erm, nanti kalau
Kak Ngah dah bersalin jangan lupa kasi duit raya dekat anak saudara tau. Kalau
tak, Angah tuntut nanti.”
Aisyah mencebik bibir. Dia sudah
siap membalas buah keras tapi dihalangi umi.
“ Sudahlah tu. Cepat bertolak. Kesian dekat mama dan papa Bilah
tertunggu-tunggu korang balik. Sampaikan salam kami pada semua di Kuantan ya.
Assalamualaikum.”
Aku membalas perlahan. Einstein
masuk ke kereta. Kereta dipandu perlahan dan bergerak menuju destinasi raya
berikutnya. Kuantan, bumi kelahiranku. Bumi yang akan jadi bumi kelahiran si
kecil juga bila tiba masanya. Bila ya?.....
---------------------------
Girang benar wajah Wan melihat aku
dan Einstein pulang ke kampung. Kali pertama melihat aku dalam keadaan berbadan
dua mengundang muka terkejut Wan. Manakan tidak, selepas menikah boleh dihitung
dengan jari sahaja kami pulang ke sini. Awal mengandung penuh tragedi dulu, aku
hanya mengurung diri di rumah sahaja. Bila jumpa sekarang, Cuma tinggal masa
nak meletup sahaja.
“ Terkejut ye mak tengok Along mengandung?,”
soal mama kepada Wan.
Wan mengangguk kepala. Wan memang
pendiam orangnya. Tambahan pula di usianya yang sudah lanjut sekarang, boleh
dihitung dengan jari sahajalah berapa patah kata sehari yang keluar dari
mulutnya. Kalau kita tak mulakan berborak, senyum sahajalah Wan kesayangku itu.
“ Tak sangka Along dah nak jadi mak
orang,”balas Wan perlahan.
Aku menyeringai ketawa. Einstein
hanya memerhatikan kami.
“ Ni cicit nenek yang ke berapa ye?,”
soalku kepada Wan, memulakan perbualan dengannya.
“ Tak terkira Along. Dah banyak
sangat dah,” balas Wan lambat-lambat.
“ Isk, mana boleh macam tu. Wan
kenalah kira. Along nak test Wan ingat ke tidak cucu-cucu Wan yang dah kahwin,
cicit Wan yang banyak tu,” selorohku.
Wan terdiam. Sejenak dia menghitung
jari-jemarinya. Memang dari dulu, itulah hobiku. Menyuruh mak mengingat
peristiwa demi peristiwa penting dalam hidupnya. Sebagai ingatan dan mencegah
dari lupa. Kalau dibiarkan sahaja, makin pelupalah Wan jawabnya.
“ Ha, dah dapat kira belum Wan?,”
soalku penuh minat.
Wan menggeleng. Nampak gayanya harus
dibantulah mengingat cucu dan cicit-cicitnya. Sebagai ingatan kepada diri
sendiri juga. Serampang dua mata kata orang.
“ Anak Pak Long ada dua orang yang
kahwin. Along Rasyid ada dua anak, Angah Liza ada satu anak...Mak Ngah Nab
pulak ada dua cucu, Pak De Akil belum ada cucu dan mak baru nak ada
cucu..Berapa Wan?.”
Wan menunjukkan tujuh jarinya
padaku. Bila aku katakan salah, Wan protes. Katanya dia hitung semua nombor yang
ada dan semua perkataan cucu yang aku sebut. Alahai, comel betul. Tak mahu
mengecilkan hatinya, aku iyakan sahaja kiraannya. Kak Ira sepupuku dan aku
sedang sarat mengandung kira cicit Wan juga kan. Betullah apa yang Wan katakan
walaupun sedikit kurang benar kiraan tersebut.
-----------------------------------------------------
Pulang dari rumah Wan di Pekan,
Einstein mengajak aku makan angin di Teluk Cempedak. Katanya mahu mengingat
nostalgia lama. Entah apa yang nak dijadikan nostalgia pun aku tak tahulah.
“ Bila duduk dekat tepi pantai ni,
mesti teringat zaman awal-awal kita menikah dulu. Tak sangka cempedak jadi
nangka, jodoh kita akhirnya bersatu juga,” ucap Einstein berbisik.
Aku tergelak kecil mendengar dia
berpantun dua kerat. Memang aku tak sangka dia adalah jodohku. Dia lelaki luar
biasa dan sempurna di mata semua perempuan memilih seorang wanita biasa yaitu
aku. Dan sungguh, rasa syukur tak pernah surut dari hati sejak hari pertama aku
bergelar isterinya.
“ Bilah pun tak sangka abang. Tapi
inilah takdir terindah dalam hidup Bilah. Alhamdulillah, ALLAH pertemukan Bilah
dengan suami sebaik abang, bakal ayah kepada anak kita. Terima kasih abang
sebab dah bahagiakan Bilah,” balasku penuh syahdu.
Einstein menghentikan langkahnya.
Dia menatap wajahku. Kemudian dia merangkul badanku dari belakang. Satu
tangannya mengusap perutku yang berisi tanda cinta kami.
“ Terima kasih juga dekat sayang
sebab susah payah mengandungkan baby kita. Insya-ALLAH, abang janji abang akan
jadi suami dan papa terbaik selamanya.”
Aku memejamkan mata, menikmati
indahnya saat indah ini bersama-sama. Pandangan kami halakan pada lautan
membiru yang terbentang luas di pandangan mata. Burung-burung berterbangan di
kala senja menyanyi riang, seakan turut sama merasakan rasa bahagia ini.
----------------------------------------------------
Hari kedua Aidilfitri, aku masih
ligat ke sana kemari. Maklum sahajalah, belum ada tanda-tanda mahu melahirkan.
Orang beraya, aku beraya. Orang datang ke rumah, aku pun turut melayan tetamu.
Sepulangnya mereka dari rumah, giliran aku pula beraya di rumah sendiri.
Macam-macam perangai mak buyung seorang nih!
“ Kalaulah Along duk beraya di rumah
macam ni, esok habislah semua kuih raya mama. Orang datang esok-esok, mama
hidang air sirap dengan cucur jelah jawabnya.”
Emak memberi amaran padaku, aku
tidak endahkan kata-katanya. Tambahan pula, papa berada di pihakku, menyokong
aku makan lagi dan lagi.
“ Biarlah dia nak makan mama. Nanti
dah berpantang, lain ceritanya. Semua tak boleh makan. Sementara dia pantang
nampak, dia nak makan ni biarlah.”
Makin berserilah hari raya dengan
tema beraya di rumah sendiri jawabnya. Sebelah petangnya, aku dan Einstein beraya
di rumah saudara maraku pula.Tak kira kuih raya hinggalah hidangan berat,
semuanya jadi santapan. Tak tolak tepi dah. Maklum sahajalah emak dan ayah
saudaraku semuanya sama spesis dengan papa, menggalakkan ibu mengandung makan
sepuasnya sebelum bersalin. Aku apa lagi, pucuk dicita ulam pegagalah.Hehe.
Dari sebuah rumah ke sebuah rumah,
kami berhari raya. Satu hal yang membuatkan aku terharu bila hampir semua yang
aku temui mendoakan aku bersalin dengan mudah, selamat dan dilancarkan segala
urusan dari rumahtangga hinggalah ke alam kerjaya.
“ Baby, semua orang dah tak sabar
nak jumpa baby tau. Keluar baik-baik ye, jangan buat mama susah bila nak
bersalin nanti. Babykan anak soleh, dengar cakap mama dan papa.”
Itu yang Einstein ucapkan bila kami
dalam perjalanan pulang ke rumah. Aku mengusap lembut perutku. Besar harapanku
proses kelahirannya nanti dipermudahkan. Dalam debar dan penantian itu, aku
harapkan semuanya berjalan lancar. Kalau boleh biarlah tidak sakit seperti
cerita mama ketika dia mahu melahirkan aku dulu. Cuma, harapan
itu.............................
“ Abang.....Bilah,” hanya dua patah
kata yang keluar dari mulutku. Einstien memandangku dengan raut kaget. Dia
melarikan kereta laju menuju hospital. ALLAH, sakitnya!
-----------------------------------------------
Salam alaik, moga semuanya sihat walafiat.
Maaf lama takde n3, saya hidup dalam dunia sejarah sebulan kebelakangan ni. Kerja bertimbun-timbun dan tak sempat nak menarik nafas lega pun. Baru settle Ilmu Kesehatan Masyarakat yang super duper busy. Alhamdulillah, tinggal satu department lagi before lulus jadi doctor. Insya-ALLAH. Untuk novel AAP, satu n3 lagi dan lepas tu saya update cite lain ye..Maaf kalau ayat bingung lagi membingungkan. Selamat membaca semua..Nak tau kisah sejarah saya, boleh baca di blog satu lagi ya. Wassalam.
3 comments:
bahagia nya c bilah ni..
lame xdengar cite geng2 rock bilah tu..
sejak nak jd bakal ibu ni..
da nak deliver ke..?
seram nya
Bilah dh sampai masa nak bersalin ke?
nak lagi...
Assalammualaikum...
kalau boleh..saya harap dapat baca something different..misalnya umar yg deliver baby tu ke..nampak biasa..tp cam best je...klu boleh la...:)
-Qhiwa-
Post a Comment