@rubiadaibrahim

Saturday, February 11, 2012

Ayat Power 42: Pantang...


“ Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.”
            Pesan dari junujungan besar Rasulullah itu jadi penguatku berdepan dengan perjuangan ini. Perjuangan melahirkan buah hati kami yang pertama, tanda kasih dan tanda cinta kami. Sakitnya makin lama makin mencengkam. Maklum sahajalah contractionnya makin kuat, makin kerap dan makin dekat jeda waktunya. Aku mengatur pernafasan, dengan harapan rasa sakit yang aku rasakan berkurang..
            “ Bilah, atur nafas bila ada contraction ya. Banyakkan selawat dan doa ALLAH permudahkan urusan ni,” ujar Einstein di sampingku.
            Sejak awal aku didorong masuk ke wad kecemasan, Einstein setia menemaniku. Dia sumber kekuatan, sumber penenang  hatiku yang sudah mula tidak keruan ini. Bila rasa sakit datang dan mencengkam, tangannyalah jadi mangsa. Apa boleh buat, sakitnya ALLAH sahajalah yang tahu.
            “ Abang, jangan lupa bagitahu mama, papa, ayah dengan umi Bilah dah sampai masa nak bersalin tau,” pesanku padanya.
            “ ALLAH, abang lupa nak bagitahu. Thanks sayang sebab ingatkan abang,” balas Einstein.
            Aku hanya melempar senyuman. Saat jeda waktu antara contraction ini sahajalah, aku boleh berbicara dengannya. Saat tenang dan boleh bernafas lega. Tidak henti aku berdoa pada ALLAH agar semuanya berjalan lancar, semuanya dipermudahkan.
            Satu tangan Einstien laju menekan telefon bimbitnya, satu lagi setia menggenggam erat tanganku. Dia menelefon cuma sebentar, sekadar menyampaikan pesan yang aku sudah di hopital, sudah mahu tiba waktu dan ketika melahirkan bayi kami. Makin pendek perbualannya bila melihatku mengerang menahan rasa sakit yang makin menjadi-jadi.
            “ ALLAH, sabar ye sayang.”
            Aku hanya menganggukkan kepala. Seketika kemudian, ada doktor yang masuk. Dia meminta izin untuk melakukan pemeriksaan jalan lahir. Tidak ada bantahan dariku. Kalau tadi sudah 2 cm, mungkin sekarang sudah mulai terbuka setengahnya. Maklum sahajalah, mengikut perkiraan dari ilmu yang aku ada, sejam 1 cm pembukaan pada perempuan kali pertama melahirkan. Kalau sudah dua jam, pastinya sudah ada kemajuan di jalan lahir lebih kurang 2 cm.
            “ Pembukaan dah 4 cm. Kita akan pindahkan Nabilah ke wad bersalin biasa. Memang kali pertama bersalin, sakitnya lebih sikitlah. Nanti kalau dah banyak kali, semuanya okey. Kata orang tua, alah bisa tegal biasa,” jelas Dr. Azlinda yang melakukan pemeriksaan.
            Seketika kemudian, aku didorong ke wad bersalin biasa. Makin lama, makin bertambah rasa sakitnya. Jika diikutkan hati, mahu rasanya dibius sahaja. Paling tidak, mengurangi rasa sakit. Tapi, tidak terasalah getir melahirkan yang sebenarnya. Maka, saranan dr. Azlina dan usulan Einstein aku tolak dengan alasan aku mahu pengalaman pertama menjadi ibu kenangan terindah dalam hidupku.
            “ Tak payahlah ambil epidural. Nanti tak thrilllah. Tak bestlah nak cerita dengan anak-anak kita. Kalau sudah macam ni, anak-anak lebih hargai, lebih sayang mamanya ni,” selorohku.
            Einstein hanya tertawa kecil sambil mengusap kepalaku.
            ------------------------------------------------
            Fase aktif persalinan lebih getir, lebih sukar digambar dengan kata-kata. ALLAH sahaja yang tahu sakitnya bagaimana. Sungguh, semua wanita harus merasai detik ini kerana kita akan tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Saat ini jugalah, aku terkenangkan pengorbanan dan jasa mama melahirkanku. Aku muhasabah diri, menghantar rasa insaf dalam diri.
            “ Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosaku,”rintihku dalam hati.
            3 jam penuh debaran itu berlalu. Aku sudah siap untuk meneran. Sudah tiba masanya. Hanya tinggal disuruh, aku harus menarik nafas dan melakukan arahan dr.Azlina dengan cara yang benar. Sungguh, getar dalam hati mengingat kisah-kisah persalinan ketika aku di hospital tempoh hari. Kalau tidak betul caranya, macam-macam boleh jadi. ALLAH, jauhkanlah dari yang tak sepatutnya.
            “ Umar, dah ready nak sambut baby. Dah sampai masa ni. Pembukaan dah 10 cm ni,” ujar dr. Azlina di sampingku.
            Einstein mencium dahiku. Sempat dia berbisik kata semangat di telingaku. Seketika kemudian, dia sudah memakai pakaian yang seharusnya. Dia siap bersarung tangan, memakai uniform yang tersedia. Dan aku, tinggal mengikut arahannya.
            “ Bilah atur pernafasan. Bila ada contraction, teran ya.”
            Tidak putus doa aku ucapkan. Bila Einstein memberi arahan, aku meneran sekuat tenagaku.
            “ Sayang, kepala baby dah keluar. Teran sikit lagi.”
            Aku meneran untuk kali kedua. ALLAH, sungguh detik ini amat berharga dalam kamus hidupku.
            “ Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH.”
            Einstein melafaz rasa syukur. Suara tangisan bayi kami menampan telinga. Detik itu sangat indah, sangat manis dalam pandangan mataku. Einstein sendiri yang memotong tali pusatnya sebelum meletakkan bayi di dadaku. Air mataku gugur tatkala si kecil berada dalam dakapanku.
            “ Ya ALLAH, aku bersyukur atas nikmat yang tidak terhingga ini.”
            Senyuman manis Einstein membuatkan airmataku makin laju. Dan saat itu juga aku teringatkan pesan Rasulallah tentang kelebihan menjadi ibu.
            “ Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosanya seperti keadaan ibunya melahirkannya,”.
            ALLAH, terima kasih atas kebahagiaan ini.
            --------------------------------------------------
            “ Terima kasih sayang. Abang bahagia sangat.”
            Dia berbisik lembut di telingaku. Dahiku dikucup lembut, tanda sayang, tanda kasih dan tanda terima kasihnya padaku. Aku hanya mengangguk lemah.
            “ Baby kita mana?,” soalku padanya.
            “ Ada dekat perinatology lagi. Abang dah azankan dia. Sangatlah bulat, macam mamanya. Sekejap lagi, nurse hantarkan dekat sini,” jelasnya.
            Aku mengangguk lemah. Sejak tadi, hanya Einstein yang menemaniku. Mama dan papa pulang sebentar mengambil barang keperluanku. Maklum sahajalah, kami ke hospital tadi hanya sehelai sepinggang sahaja. Dalam mood rayalah katakan. Mujurlah menjelang waktu melahirkan, mama datang membawa pakaian emergency. Kata mama, dia hanya tarik apa yang patut. Mujurlah ada barang kelengkapan bayi dan dua helai kain batik buatku. Kalau tidak, bersalin dengan berbaju rayalah jawabnya.
            “ Abang.”
            Einstein menoleh.
            “ Kenapa sayang,” Einstein bersuara cemas.
            “ Thanks for everything. You complete me,” balasku ringkas.
            Bibirnya mengukir senyuman. Di fikiranku terlintas idea nakal mahu mengenakannya. Alahai, sempat lagi nak bergurau kan?
            “ Untung Bilah nikah dengan bakal doctor. And the best part is future doctor tu tak menangis pun tengok Bilah sakit tadi. Insya-ALLAH, you will be great doctor soon.”
            Dia mengekek ketawa.
            “ Mestilah tak menangis. Hilanglah macho abang. Nanti tak pasal-pasal Uwais Al-Qarni kita jadi cengeng sebab papanya jadi raja airmata.”
            Aku mencebik bibir. Dia menjelingku manja. Seketika kemudian, telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. Dia berpesan agar aku berehat sementara dia menerima pangilan tersebut. Aku hanya mengangguk lemah dan dia berlalu menjauh dariku.
            ------------------------------------------------
            “ Mak dengan abah yang call tadi. Niat awalnya nak tanya khabar Bilah, sekali dah bersalin pulak.”
            Aku menggigit bibir. Alahai, susahnya hidup diburu rasa bersalah ni.
            “ Abang kata apa dekat dia orang?,” soalku ingin tahu.
            “ Abang bagitahu Bilah dah bersalin. Awalnya dia terkilan. Bila dah tahu dapat cucu, terus lupa nak marah. Katanya mereka akan datang sini secepatnya. Kalau tak ada aral melintang, semua nenek dan atuk Uwais akan berkumpul di sini malam ni,” kata Einstein girang.
            Lega hatiku dengan penjelasannya. Malam ini kami akan berkongsi gembira dan kebahagiaan dengan yang lain. Dan besar harapanku, apa yang aku rasakan ini kekal berpanjangan selamanya.
            “ Umi dengan ayah dalam perjalanan. Sejam lagi sampailah. Kita tengok komen dia orang nanti. Mesti dia kata Uwais tu macam muka abang masa kecil-kecil dulu. Tengok ajelah nanti.”
            Einstein girang. Aku membiarkan dia tenggelam dalam perasaannya.
            “ Sama sangat ke dengan abang? Habis tu baby ambil part mamanya yang mana?,” soalku penuh minat.
            Einstein buat muka nakal sebelum membalas pertanyaanku.
            “ Dia ikut mama punya jari gemok je sayang.”
            Aku mencapai tangannya. Belum sempat aku menghadiahkan cubitan, dia sudah menggenggam tanganku erat. Dihadiahkan kucupan penuh kasih.
            “ Gemok pun abang sayang tau.” Selorohnya.
            Kami saling berpandangan tanpa kata. Seketika kemudian, pintu dibuka dari luar. Bayi kami dibawa masuk oleh nurse. Laju Einstein melangkah, mengambil bayi kami. Alahai, tak sabar betullah papa budak ni!
            “ Assalamualaikum, mama,” ujarnya sambil menghulurkan bayi kami kepadaku.
            Mataku tertancap pada wajah sekecil. Aku hadiahkan ciuman di wajahnya. Lama dan penuh syahdu. Setelah 9 bulan di dalam kandungan, hari ini dia menjenguk dunia. Lama aku renungi wajah kecil itu. Sah, memang sama. Alahai, memang anak papa rupanya!
            ---------------------------------------
            Ralit aku memerhatikan Uwais yang menyusu di pangkuanku. Rambutnya yang hitam dan lebat aku usap perlahan. Kasihku tumpah pada seraut wajah comel itu. Matanya sepet, kulitnya putih kemerahan sama seperti papanya. Kalau diperhatikan, si kecil mirip betul dengan papanya. Memang anak Umar Al-Farouq, muka fotostat lagi!
            “ Semua dia ambil part abang, kat tangan je sama dengan mama dia,” ujarku bila semua orang memberi komentar tentang bayi kami.
            Mama dan umi menyeringai ketawa.
            “ Tak usah kecil hatilah Along. Besar nanti mesti lain muka dia. Baby ni berubah-ubah muka, “ pujuk mama.
            “ Berubah-ubah jugak badan dia. Cepat je dia besar. Sedar tak sedar, dah berjalan nanti,” sampuk umi pula.
            Aku ketawa bahagia. Uwais memang cepat naik badannya. Maklum sahajalah, kuat benar menyusu. Anak lelakilah katakan. Sehari lebih dari 5 kali dia menyusu. Penat jugalah aku dengan rutin terbaruku ini. Kadang si kecil terbangun pagi dan tidak mahu tidur lagi. Puaslah aku memujuknya supaya tidur. Mujurlah Einstein rajin bangun malam melayan si kecil. Dialah yang mendodoikan Uwais jika si kecil meragam di malam hari.
            “ Uwais kuat berjaga malam nak temankan papa dan mama oncall ye sayang. Pandai, bertuah Uwais ni,”.
            Itu kata keramat yang Einstein lontarkan. Maklum sahajalah, menjelang usia kehamilanku enam bulan, Einstein di Bedah. Saban waktu, dia oncall dan pulang lewat malam. Dan biasanya aku tidak boleh tidur selagi dia belum balik. Tak sangka, perangai berjaga kami itu berjangkit pada si kecil pula.
            “ Kalau dulu orang kata baby yang suka berjaga malam, anak cikgu. Tapi kalau suka berjaga pagi, anak doktorlah ya,” seloroh papa bila tahu kondisi cucunya.
            Aku dan Einstein hanya menyeringai ketawa. Anak doktor ke anak siapa, yang penting di kecil ni memang kuat berjaga. Nasiblah mama dan papanya melayan karenah si comel.
            Satu hal yang membuatkan aku tersentuh adalah layanan Einstein pada kami. Dia jugalah yang menyalin lampin dan memandikan bayi setiap hari. Dan dia tidak pernah lupa memperdengar bacaan Al-Quran pada si kecil. Kalau sudah tidak larat, dia memutarkan bacaan Syeikh Saad Said Al-Ghamidi sambil melayani si kecil.
            Perhatian dan kasih sayangnya padaku masih sama seperti dahulu. Mungkin berlebihan dan makin hari makin sayang. Maklum sahajalah di saat berpantang begini, aku tidaklah sekuat sebelumnya. Maka, dialah yang mengambil alih tugasku.
            Kata mama, baju bayi harus dibasuh dengan tangan. Semuanya harus bersih dan kering setiap hari. Jadi, dialah yang melaksanakan tugas itu. Tak ada keluhan yang lahir. Bila aku melahirkan rasa kasihan, dia hanya tersenyum sahaja. Dia menegaskan kepadaku, itu balasan atas pengorbananku.
            “ Bilah dah banyak berkorban untuk abang. Ini tanggungjawab abang, ini tanda terima kasih abang. Bukan apa, ini untuk belajar untuk masa depan juga. Kalau tidak belajar sekarang, bila lagi. “.
            Senyuman aku terukir dengan ketegasannya. Sungguh, bertuah aku jadi isterinya. Dan jujur, dunia baru ini memang indah. Ada si comel penyeri rumahtangga kami dan ada suami yang cukup memahamiku. Cuma, aku kurang suka dengan bab berpantang larang yang mama dan umi aturkan padaku. Hidup tidak selalunya indah bila
            “ Untuk masa pantang ni, Along kena lupakanlah makan macam-macam dulu. Kena ikut petua orang dulu-dulu. Bukan apa, nak jaga kecantikan dan supaya awet muda.” Pujuk mama bila aku tidak henti protes pada aturannnya.
            “ Betul tu. Kalau makin cantik, abang pun makin sayang tau,” sampuk Einstein pula.
            Aku menurut juga dalam rasa protes di hati. Untuk memastikan aku mengikuti pantang larang mama, Einsteinlah jadi pemantau setiap. Dan dia ikut serta berpantang. Walaupun lauk ikan bilis yang dikhaskan untukku tidak sesedap mana, Einstein turut makan bersamaku. Alahai, setianya encik suamiku ini!
            “ Untuk sekarang, Bilah sabar jelah pantang ye. Nanti dah habis pantang, makanlah semua yang best dan pantang ada depan mata,” seloroh Einstein sambil memujukku.      
            Aku hanya tersengih sahaja mendengar pujukannya. Memang niatku begitu. Habis pantang nanti, semua pantang larang aku mahu langgar. Biarlah waktu itu aku nikmati dengan bebas dan bahagia. Dan dengan sabar aku menghitung hari demi hari yang tersisa. Masih lama, masih harus tetap bertahan hingga saat ini. Apa boleh buat jang, sabar jelah.
            “ Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan menghadapi masa-masa pantang yang amat menguji kesabaranku ini,” luahku saban hari.
            Memang derita, memang tidaklah seindah bahasa melalui fase ini. Namun melihat si kecil yang lena di sampingku, semangat itu datang. Aku akan lalui sisa waktu yang tersisa ini dengan kekuatan dan kesabaran. Menghitung hari detik demi detik. Alamak, lama lagi ke nak habis pantang ni?..
------------------------------------------
Salam alaik. Cerita ni masih menggantung, tergantung dan digantung. Insya-ALLAH, belum habis lagi. Maaf sangat-sangat tidak sempat menulis. Busy-busy day datang lagi. Selamat membaca buat semua. Apa-apa pun, moga terhibur. Kalau salah silap dan tidak menyenangkan seribu kemaafan. Maklum dah lama tak menulis & kepala berselirat dengan macam-macam benda..Huhu. Oh ya, bila sebut pasal pantang memang semua perempuan nak kurus, nak hilangkan lemak2 degil di badan. Sebut pasal tu, saya pun ada problem yang sama. Saya belum nikah, mengandung dan berpantang. Cuma memandangkan calories i gain constantly & so much, kenalah menghilangkan segera kalori berlebihan tu... Mengapa dan bagaimana, jemputlah baca di blog satu lagi ye. Komen anda amat dialukan. Terima kasih...(",)

5 comments:

MaY_LiN said...

alhamdulillah..
semua nya selamat..
isk isk isk..
anak papa ghupe nye..

sue said...

alhamdulillah....
dah dapat baby.... nama baby pun sedap ia dengar....
semoga semangkin tabah...

tisha balqish said...

berpantang mmg tak best....kalo leh nak bersalin je tapi tak nak pantang..huhuhuh boleh ke?? heheheh

ain79 said...

akhirnya da lahir pn baby nye..muke ikt ayh dye tp tah2 nti prgai ikt mama dye nkal ckit la..hehehehehe

Mak Wardah said...

Hepinya dah ada baby, silent reader.