“ Olo comelnya apek kecil ni. Memang anak papa ni.”
Komen itu saban hari
menyapa telingaku setiap kali ada kunjungan dari saudara-mara mahupun kenalan
kami di rumah mama. Aku yang sudah lali dengan pujian itu akhirnya hanya
tersengih sahaja. Einstein hanya mendampingiku sudah tentulah tersenyum tidak
henti. Bangga benar dia dengan pujian tersebut.
“ Iya, Uwais anak papa.
Tapi Uwais paling lama dengan mama tau,” selorohku bangga bila Einstein mula
menebarkan senyuman.
Einstein hanya tergelak
kecil dengan kata-kataku. Nampak sangat aku jealous dengan dia agaknya. Alahai,
mengada-ngada betul ibu muda macam aku ni ye..
“ Abang tahu sayang.”
Ringkas dia menanggapi kata-kataku.
Aku yang awalnya mahu
merajuk segera terpujuk. Mana tak terpujuk melihat mukanya yang sentiasa tenang
dan tingkahnya yang amat sabar dengan karenahku yang baru seminggu berpantang
ini. Semuanya serba tidak kena di mataku. Namun, Encik Umar tidak pernah merungut
dengan karenahku. Belum pernah sekali pun juga dia mengatakan penat biarpun
hidupnya agak tidak terurus sejak kehadiran si kecil ini.
“ Abang rehatlah dulu.
Dari pagi tadi, berjaga layan Uwais. Kalau baby terbangun, mama dengan Angah
boleh tolong sayang,”saranku melihat Einstein masih setia menemaniku berurut
tradisional.
Einstein masih tidak
berganjak dari sampingku. Dia masih ragu mahu meninggalkan aku atau tidak. Akhirnya,
aku mengisyaratkan Mak Lang menyuruh Einstein berehat dahulu.
“ Pergilah rehat Umar.
Tengok muka awak ni, Mak Lang yang mengantuk. Kalau dah mengantuk ni, ubatnya
rehat. Bukannnya bertahan mata macam burung hantu,” ujar Mak Lang.
Dengan berat hati,
Einstein berlalu pergi. Sempat dia berpesan padaku, membangunkannya jika
mahukan sesuatu. Aku hanya menganggukkan kepala tanda patuh. Biarlah dia lena
dibuai mimpi setelah beberapa hari ini tidurnya hanya sepicing sahaja.
------------------------------------------------------
Belum sempat aku menyuruh
Angah mengambil Uwais yang menangis, Einstein sudah mendukungnya ke arahku.
Angah mencebik bibirnya kepadaku. Aku hanya ketawa melihat reaksinya.
“ Along, papa mithali dah
siap bertugaslah. Terpaksalah Cik Ngah berehat je,” seloroh Angah kepada kami.
Ketawa kami lepas.
Einstein mendodoikan Uwais sementara aku membetulkan pakaianku.Maklum
sahajalah, baru lepas berurut dan mandi orang berpantang. Einstein terlebih
dahulu melangkah ke sofa ruang tamu. Memang itulah tempatku dan Uwais beradu di
waktu siang. Kalau malam,barulah naik ke bilik kami di tingkat atas.
“ Abang rasa baby dah
laparlah sayang. Nak minta upahlah ni,” kata Einstein kepadaku.
Aku menyambut Uwais dan
diletakkan di pangkuanku. Einstein mengusap perlahan rambut Uwais yang lebat,
satu tangannya lagi kejap di bahuku.
“ Tak lama lagi, hilanglah
rambut lebat dia. Jadi apek botaklah Uwais ya,” ujar Einstein lagi, berbicara
pada bayi kami.
Aku hanya tersenyum pada
Einstein. Genap usia Uwais 7 hari, kami sekeluarga akan mengadakan majlis
aqiqah padanya. Hari itu juga, kami akan mencucur rambutnya. Lepas ni, tak
adalah lagi, hero korea handsome di rumah seperti kata adikku. Yang ada nanti,
hanyalah si kecil ada hero cerita Shaolin sahaja.
“ Papa apek tak mahu botak
jugak ke? Kalau abang botak,barulah sehati sejiwa dengan baby tau. Senang orang
nak cam mana papa baby nanti,” kataku sambil ketawa kecil.
Tak dapat aku bayangkan
Einstein botak. Sepanjang pernikahan kami, tak pernah sekali pun dia tidak
berambut. Seingat aku, hampir botak pernahlah sekali. Itu pun sudah mengundang
tawaku yang tidak henti. Kalau botak macam Uwais, seminggu agaknya aku tidak
henti ketawa.
“ Hah, abang kena botak
jugak ke sayang?,” soalnya terkejut.
Aku angkat kening, seakan
mencabarnya.
“ Kalau abang sanggup, apa
salahnya. Nanti kalau orang tanya dekat hospital, pandailah abang jawab. Kata
aja abang nazar botak kalau dapat baby boy,” selorohku.
Einstein tidak menjawab.
Diam terdiam seakan memikirkan sesuatu. Melihatnya begitu,tidak sampai hati
pula mengenakannya.
“ Kalau Uwais botak,
comellah. Kalau abang botak, seminggulah sayang dok kerja gelak je.”
Bulat matanya memandangku.
Dia tersenyum nakal padaku. Belum sempat aku bertanya, dia sudah menyatakan
tekadnya.
“ Petang ni abang pergi
botakkan kepala. Barulah sehati sejiwa macamtu.
Bapa botak,anak botak tau,” ucapnya tegas.
Giliran aku tergaman tidak
terkata. Alahai!
------------------------------------------
Einstein mengotakan
janjinya. Petang pulang dari bandar, tidak ada sehelai rambut pun di kepalanya.
Aku yang sudah tahu tekadnya berlagak tenang. Sedangkan yang lain, tidak
berkelip mata memandangnya tidak percaya. Sabar ajelah ya!
“ Mama ingat apek jual
sayur mana datang tadi. Mujurlah kenal lagi menantu sendiri. Kalau tidak, tak
dapatlah masuk rumah.”
Papa mengekek ketawa.
Adik-adikku sejak dari awal lagi sudah bersiap dengan kamera mahu merakam
gambar Einstein berwajah baru. Sudah tak terpendam lagi gelak tawa mereka. Itu
baru ahli keluargaku. Kalau dilihat teman-temanku, tak tahulah apa reaksinya.
“ Serious, Einstein
berwajah baru lepas jadi papa ni? Jangan kata dia berubah jadi muka sudahlah.
Tak sanggup aku tengok muka dia jadi Apek jual sayur tau,” seloroh Dania bila
aku memaklumkan tentang kenduri aqiqah yang akan berlangsung Sabtu ini.
“ Tak adalah macam tu.
Kalau nak tahu macam mana rupa dia, datanglah Sabtu ni. Kalau tak, pengsanlah
kau jumpa dia kat hospital nanti,” tegas aku memberi amaran.
Dania akhirnya setuju
untuk datang ke rumahku bersama Nani. Kedatangan mereka pastinya akan lebih
menggamatkan suasana.Maklum sahajalah, sejak Uwais lahir aku belum pernah
bertemu muka dengan mereka. Uwais sendiri pun belum pernah bertemu dengan teman
rock and roll ku itu. Melihat wajah Uwais pun hanya di facebook semata-mata.
Mujurlah ada jaringan sosial dan teknologi. Kalau tidak, macam artis pula
lagakku. Menyorokkan muka bayi dari tatapan umum. Chewah,memang tak ada kerja.
------------------------------------------------
Hari Sabtu yang ditunggu
tiba. Kedua belah keluarga berkumpul meraikan si kecil. Seakan faham mahu
diraikan,Uwais bangun awal hari ini. Lebih tepat kalau aku katakan, dia berjaga
di awal pagi. Penat jugalah, aku mendodoinya supaya tidur. Uwais tak tidur, aku
pula yang menyambung lena.
“ Tak sabar nak jadi rupa
papa ye sayang.”
Einsteinlah yang paling
semangat hari ini. Manakan tidak,hari ni temanya papa botak, anak pun botak.
Alahai sayang, bila lah nak jadi rupa mama ni?
“ Iyalah tu. Lepas
ni,abang habis cuti. Fully jadi anak mama seorang tau,”gurauku.
Einstein hanya ketawa kecil.
Seketika kemudian, dia mendukung Uwais dan membawanya ke kamar mandi. Semangat
benar memandikan anak dan mempersiapkan si kecil. Aku hanya melihat sahaja
sambil ketawa kecil.
Bila mama dan umi menjenguk
di muka pintu, senyuman Einstein kian lebar. Sudah sampai masanya, jadi apek
Shaolin.
“ Saya tak reti sangat nak
cukur kepala ni mama.Saya tolong pegang ajelah ya.”
Umi tergelak melihat
reaksi Einstein, mama hanya menggelengkan kepala.
“ Sebaiknya papanya
sendiri yang cukurkan. Tapi kalau tak yakin, biarlah kami dulu yang buat. Kalau
dah reti, Umar yang selesaikan,” jelas umi.
Einstein mengangguk tanda
setuju. Mama membawa masuk sebiji kelapa muda yang sudah ditebuk atasnya ke
dalam bilik. Umi pula membawa dulang berisi alat cukur ke dalam bilik. Maklum
sahajalah, sesi membotakkan kepala Uwais kecil-kecilan sahaja di bilik. Untuk
kenduri kesyukuran dan acara tahniq nanti, barulah Uwais akan diperkenalkan di
khalayak ramai.
“
Bismillahirrahmanirrahim.”
Umi memulakan sesi
mencukur Uwais. Mereka berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, membaca
surah Al-Insyirah dan doa penerang hati lalu ditiupkan ke ubun-ubun sekecil.
Tidak lama kemudian, Einstein melanjutkan kerja tersebut. Biarpun awalnya masih
ragu-ragu, Einstein menyelesaikan kerjanya dengan cermat. Dan hasilnya, Uwais
sudah botak licin kepalanya.
“ Assalamualaikum,mama”
ucap Einstein sambil menyerahkan Uwais kepadaku.
Lama aku merenung Uwais
yang makin kelihatan montel dan comel. Bila aku mencium pipi si kecil, Einstein
menunjukkan pipinya.
“ Mama, kami ni paket
berdua ya. Kalau cium Uwais, papanya kena juga. Kami kan kembar seiras,”
ucapnya.
Aku menyeringai ketawa.
Bila aku mengucup pipinya lembut, Einstein tersenyum senang.
-------------------------------------------------------------
Sudah aku duga reaksi
Dania dan Nani. Terbahak-bahak ketawa keduanya melihat Einstein dengan wajah
barunya. Makin menjadi-jadi bila Einstein mempamerkan Uwais di sampingnya.
Memang kembar seiras, paket dua dalam satu.
“ Aku ingatkan apalah
suprise sangat. Rupanya cik abang kau botak. Sebiji macam rupa Uwais. Mujurlah
dia simpan janggut tu, kalau tidak orang confius mana anak, mana ayahnya tau.”
Kata-kata Dania mengundang
ketawa. Over betullah mak cik rock n roll Uwais ni.
“ Nabil, kiranya lepas ni
kau sambung cutilah ye. Best gila kot cuti panjang,” komen Nani bila mengetahui
hanya Einstein yang akan pulang ke kampus besok.
“ Best cuti, tak best
berpisah dengan suami,” balasku ringkas.
Dania dan Nani menjelingku
tajam. Siapa suruh tak nikah cepat kan?
“ Mengada-ngada punya Puan
Nabil. Mentang-mentanglah dia je yang ada suami.”.
Aku mengangkat kening
bangga.
“ Biarlah dia bangga.Lepas
ni dia bangga juga sebab habis study lambat dari kita. Kesian Puan Nabilah
kita,” ejek Dania pula.
Senyumanku mata. Itulah
kenyataan terberat yang harus aku hadapi. Aku akan selesai pengajian lebih
lambat dari orang lain. Lebih tepat, aku katakan kalau aku harus berkelana
seorang diri nanti. Di kala semua temanku sudah bergelar doktor, aku masih di
universiti meniti hari. Kalaulah aku tidak mengambil cuti bersalin, dapatlah
aku grad sama. Ini...
“ Isk, tak baik cakap
gitu. Sepatutnya kita kasi semangat dekat Nabil. Bukannya buat dia lagi down.
Kau ni macam tak kenal je dengan Puan Buku Bergerak kita ni. Kalau sebut pasal
study, semua benda dia lupa. Tak tahulah lepas ada baby ni kot-kot berubah,”
sampuk Nani.
Aku tersenyum kembali.
Memang selepas ada bayi,tumpuanku lebih pada Uwais sahaja. Baru 7 hari pun,
sudah tidak senang meninggalkan dia walaupun hanya sebentar. Inikan pula kalau
harus kembali masuk ke hospital nanti.
Tak tahulah macammana nak menanggung rindu pada si kecil..Tak fokus kerjalah
aku menghitung jam balik ke rumah nanti.
“ Kalau ikutkan hati, aku
malas dah nak balik sana tau.Biar duduk rumah ja, jaga baby. Tapi sayanglah
pulak, tinggal sikit lagi nak habis study kan,” jelasku.
“ Takpe Nabil. Nanti kalau
kau busy masuk hospital, kita orang ada nak jaga baby. Bayaran dia senang
je,tolong doakan kita orang cepat dapat jodoh dan dapat baby comel macam Uwais
ni,” seloroh mereka lagi.
Aku tersenyum senang. Kecil
tapak tangan mereka menghulur bantuan, baby dan semua kelengkapannya aku
hantarkan. Apa-apa pun, kenalah tanya Encik Einstein dulu. Kalau melihat
pengalaman seminggu ni, agaknya Einstein sendiri yang akan jaga anaknya. Untuk
perancangan lanjut,kita tunggu dan lihat ajelah ya.
------------------------------------------------------------
Einstein akan kembali ke
Selangor esok. Tinggallah aku dan Uwais di Kuantan sehingga habis pantang.
Mengingat besok, Einstein semalaman tidak dapat tidur lena. Mungkin risau
meninggalkan kami,mungkin juga tidak sanggup menanggung rindu pada si kecil.
“ Sayang kena hantar
gambar baby setiap hari tau. Kalau tak ada, takut tak boleh buat kerja nanti,”
tegas Einstein menyampaikan hasratnya.
Aku isteri mithalinya ni
apa lagi, setuju tanpa banyak soal sahajalah.
“ Setiap hari, abang call pagi
dan malam tau. Jangan tak angkat tahu.”
Jelas ada rasa bimbang
dari setiap bait katanya.
“ Abang jangan risau.
Insya-ALLAH,kami okey dekat sini. Abang take care dekat sana tau. Bilah risau
betul dengan abang. Takut terlajak bangun dekat sana. Maklumlah tidur tak
berteman,” pujukku dalam nada bergurau.
Einstein tersengih sahaja.
Ralit dia memerhatikan Uwais yang lena. Mungkin kerana penat hari ini dikerumi,
malamnya dia tak banyak ragam. Usai menyusu, langsung tidur sampai sekarang.
“ Abang belum kemas baju
kan?,” soalku melihat dia masih berbaring di katil.
Dia menggeleng kepala.
Melihat aku mahu bangun, dia menahannya. Laju dia mengeluarkan beg di dalam
almari dan mengisi baju-bajunya. Sempat juga dia mencapai baju si kecil dan
dimasukkan ke dalam beg pakaiannya. Belum sempat aku bertanya, dia sudah menjelaskan
kepadaku.
“ Buat ubat rindu pada
baby.”
Aku menguntum senyuman.
Pesanan umi siang tadi ternyata melekat kemas di benak Einstein. Nampak gayanya
esok pagi Einstein akan meninggalkan baju yang dipakainya hari ini untuk kami.
Buat pengubat rindu. Kalau anaknya rindu, boleh tahan lagi. Kalau mamanya yang
rindu, berendam airmatalah aku...
“ YA ALLAH, berikan kami
kekuatan.”
Mengenang 5 hari mendatang
tanpanya, pastinya rindu akan menggebu-gebu. Tidak ada lagi peneman tidur,
penjaga bayi yang setia dan pendamping paling sabar yang aku jumpa. Dan entah
kenapa, sebak mengenang dia suami terbaik, hadiah terindah di pernikahan ini.
Perlahan aku menghampirinya. Tubuhnya aku peluk dari belakang. Einstein
berpaling. Melihat aku, dia membalas pelukanku.
“ Walaupun abang tak ada
dekat sini, ALLAH ada jaga sayang dan Uwais.. Walaupun Bilah dan baby jauh di
mata, Insya-ALLAH selamanya dekat di hati abang.”
Tutur katanya lembut,
cukup membuatkan hatiku terharu. Dalamnya sayangku padanya saban hari.
“ ALLAH, suburkan kasih
sayang ini hari demi hari. ALLAH, jaga dia dan hatinya agar sayang kepada kami
selamanya.”
-----------------------------------
Salam alaik. Lama benar saya menyawangkan blog, Alhamdulillah hari ni terupdate juga. Insya-ALLAH, 2 n3 lagi selesai. Untuk novel lain terutama CCB, Insya-ALLAH saya usahakan keluar di pasaran sebelum saya jadi doktor dan balik Malaysia..Doakan ye..Oh ya, saya dah habis final exam last week..Esok, Isnin saya dapat result. Mudah-mudahan diberik kejayaan dan dipermudahkan urusan saya. Erm, bila cerita pasal nak jadi doktor, semuanya berawal dengan SPM dan insya-ALLAH, selesai nanti saya leh ambil SPM sekali lagi..Nak tahu, leh baca di update blog satu lagi..Apa-apa pun, selamat membaca..Moga terhibur ya..(",)
2 comments:
wa..
memang papa mithali la ni..
sunyi la bilah nnti
salam kak ada..
erm..ble yer cte cinta cap buruh nk berada di pasaran? ataupun crita 2 sememangny da berada di psrn? huhuhu..nk tau pe kesinambungan ksh faizal nie..huhuhu..
Post a Comment