Berakit-rakit
ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.
Pantun dua kerat itu jadi motivasiku
berpantang. Dengan perangai sengalku yang tak pernah hilang, aku tukar pepatah
tersebut dalam bahasa rockku sendiri. Berpantang-pantang dahulu, makan sepuasnya kemudian.
“ Baguslah kalau Along fikir macam
tu. Senang hati mama dengar. Tak payah susah-susah nak paksa Along bertungku, bersalai
dan berurut lepas ni,”ujar mama.
Aku mencebik bibir. Bila mama
berkata begitu, bermakna aku harus menurut sahaja apa jua katanya. Tidak boleh
mengeluh dan merungut lagi selepas ini.
“
Along hanyalah menurut perintah mama.”
Mama ketawa mengekek mendengar
ayatku yang pasrah. Belum sempat aku khabarkan pada Einstein, mama terlebih
dahulu memaklumkan kepada menantunya itu.
“ Baguslah sayang dah dengar dan
taat ni. Senang hati mama. Jadi anak dan ibu solehah tu. Insya-ALLAH, bahagia
sampai bila-bila,” komen Einstein pula.
Aku mencebik bibir. Senanglah hati
Einstein bila aku tidak banyak soal begini. Kalau dia ada, dialah yang puas
memujukku. Bila Einstein tak ada, tak boleh merajuklah sebab tak akan ada orang
nak memujuk.
“ Abang sihat tak ni? Tak demam
rindu ke?,” soalku pada Einstein bila soal pantangku tidak dibahas lagi.
Einstein tidak langsung memberi
jawapan tetapi dia bertanya hal yang sama padaku.
“ Orang sana tu rindu abang tak?.”
“ Kalau tak rindu tak mungkinlah
Bilah yang call abang dulu,” balasku penuh makna.
“ Iyalah...Sorry sayang, abang busy
sikit tadi. Lambat call tak bermakna abang tak rindu tau. Setiap setengah jam
abang tengok gambar sayang dengan Uwais. Lebih angau dari zaman bercinta ni,”
selorohnya.
Aku mengekek ketawa. Senang hatiku
mendengar kata-katanya. Maklum sahajalah, hatiku ini sudah diburu rasa rindu.
Padahal baru sehari aku tidak menatap mukanya.
“ Uwais tengah buat apa tu sayang,”
soalnya ingin tahu.
“ Tengah dapat upah susu sebab hari
ni baik sangat. Tak merengek pun walaupun papanya tak ada. Dia tahu kot papa
balik belajar,” balasku sambil ketawa kecil.
Einstein turut menyeringai
ketawa.
“ Mestilah baik, dia kan anak papa.”
Aku mengukir senyuman. Kalau semua
yang baik semuanya ikut papa, kalau yang kureng sikit semuanya ikut mama.
Maklumlah papanya lebih soleh dari mamanya yang sengal.
“ Abang kerja hari ni macammana?
Okey tak?.”
“ Okey. Sejak kepala tak berambut
ni, otak jadi lebih geliga dan lebih mudah kerja. Tak payah nak fikir pasal
minyak dan fesyen rambut time nak pergi kerja tau,” guraunya.
Aku ketawa lagi. Kalau beginilah
hari-hari kami, bahagialah hidup aku. Senyum dan bergelak tawa setiap hari
tanpa memikirkan masalah adapun.
“ Orang dekat hospital tak terkejut
ke tengok abang botak?,” soalku lagi.
“ Maunya tak terkejut...Abang kan
dah lama berambut. Bila botak ni, semua orang tegur abang. Naik penat jugalah
mulut nak menjawabnya.”
Ketawaku pecah lagi. Alahai,
macam-macam cerita cik abangku ini.
“ Abang, Uwais dah tidur ni. Bilah
pun terpaksalah temankan dia tidur. Abang jangan sedih tidur seorang malam ni
ya. Malam nanti Bilah dengan Uwais masuk mimpi abang.”
“ Okey, selamat malam sayang. Kirim
peluk cium untuk Uwais ya. Untuk mamanya, abang kirim cium dekat pipi kanan dan
kiri yang masih tembam tu.”
Aku memegang pipi. Alahai, tak
pasal-pasal pipi aku yang tembam jadi penutup sembang malam kami. Sabar ajelah.
Dengan adanya pesanan dari Einstein tadi, maka aku isytiharkan aku akan
bersungguh-sungguh pantang supaya kekal cantik seperti ada dara dulu.
------------------------------------------------------------
Hari-hari tanpa Einstein di sisi aku
lalui dengan sabar. Nak pula si kecil dah mula menunjukkan tanda merindui
papanya. Kalau dulu seminggu awal usianya, papanyalah yang mendodoikannya.
Sekarang bila papanya tak ada, merengek memanjang. Sampai bingung jugalah aku
memikirkan cara memujukku. Akhirnya, papa yang take over kerja mendodoikan
cucu. Mujurlah menjadi dipujuk dengan tepukan tangan kasar papa. Kalau
tidak....
“ Papanya tak ada, papalah kena
tolong. Kalau Uwais meragam tiap malam, habislah impian nak jadi ceria muda
remaja mamanya,” ujar papa berceloteh.
Aku hanya ketawa sahaja. Papaku
dengan papa Uwais sama je, tak habis-habis membangkitkan isu sensitif. Sabar
ajelah aku melayan keduanya. Walaupun Einstein tidak ada si sisi, aku cuba
hadirkan juga aura Einstein di sini. Setiap malam, rakaman suara Einstein
mengalunkan ayat suci Al-Quran aku mainkan. Seakan merasakan adanya papa, Uwais
sudah tak banyak ragam. Senang hatiku.
Hari ini Einstein pulang, dapatlah
aku berehat sebentar. Yang paling penting, kami dapat melepas rindu. Cuma aku
rasakan aneh bila Einstein tidak pulang menaiki bas sebaliknya pulang dengan
keluarganya. Bila aku tanyakan kenapa, ringkas jawapannya.
“ Semua orang rindu dekat Uwaislah
tu.”
Aku hanya tersenyum sahaja. Kalau
semua orang rindukan Uwais, aku pula setiap hari mabuk kepayang rindukan
papanya..Rindu, serindu, rindunya ni.
------------------------------------------------
Einstein tiba di rumah sudah hampir
senja. Melihat aku dan Uwais, langsung lupa diri. Barangnya diletakkan di muka
pintu tak berangkat dan langsung menyapa kami. Menatap mukanya, bunga rindu
yang menguntum mula berguguran. Chewah!
“ Assalamualaikum sayang,” sapanya
sebaik sahaja duduk di sebelahku.
Aku menjawab perlahan. Uwais di
pangkuanku langsung dicium dan diagah mesra. Melihat dua lelaki dalam hidupku
ini, mulalah rasa bahagia menggebu-gebu. Sampai lupa pada mak dan ayah mertua
yang turut bertandang. Lupa juga pada tetamu istimewa yang Einstein khabarkan
padaku siang tadi.
“ Bilah apa khabar? Rindunya mak
pada Bilah.”
Teguran Mak cik Rahmah membuatkan aku
diburu rasa gembira. Syukur pada ALLAH kerana hari ini insan yang sudah aku
anggap sebagai ibubapa ini akhirnya datang menemui cucunya. Maklum sahajalah,
minggu kelmarin ketika majlis aqiqah Uwais mereka ada urusan. Baru hari ini
dapat bersua muka dan berkumpul bersama.
“ Sihat.. Mak dengan ayah pula
macammana?,” soalku kembali.
Pak Cik Razlan mengukir senyuman.
Bila Einstein menghulurkan Uwais padanya, dia menyambut si kecil. Mak Cik
Rahmah merapatkan diri dekat dengannya. Tidak sabar mahu bermain dengan cucu
agaknya.
“ Assalamualaikum cucu Tok Pa. Dah
seminggu lebih baru dapat jumpa kami ya.”
Mak Cik Rahmah mencium pipi Uwais
lama. Berkaca-kaca matanya. Mungkin teringatkan Diana yang sudah pergi. Kalau
Diana menikah dan punya anak, tidaklah sesunyi begini masa tua mereka. Maklum
sahajalah, boleh bermain dengan cucu sendiri.
“ Nanti balik hospital, mak dengan
ayah bolehlah datang main dengan Uwais kalau free. Uwais pun suka dengan Tok Pa
dengan Tok Ma,” komen Einstein tenang.
Keduanya mengukir senyuman. Senyuman
penuh makna tentunya. Pastinya pelawaan Einstein mengundang rasa senang dan
gembira di hati mereka. Tidak mengapalah, kalau kami sudah dianggap seperti
anak sendiri, Uwais sudah ada satu lagi atuk dan nenek.
“ Ya ALLAH, baiknya cucu Tok Pa ni.
Sayang Tok Pa sikit,” Pak Cik Razlan mengagah Uwais. Uwais hanya mengeliat
sahaja.
Aku dan Einstein saling
berpandangan. Kemudian mengukir senyuman. Melihat kami berkumpul bersama hari
ini, bahagia sungguh rasanya.. Inilah nikmat yang kami kecapi setelah peristiwa
hitam dulu aku lupakan dan kata maaf sudah terungkap. Terima kasih YA ALLAH.
--------------------------------------------------------
Awalnya Pak Cik Razlan dan Mak Cik
Rahmah mahu menginap di hotel. Namun, hasrat mereka dihalang oleh mama dan
papa.
“ Tak payah duduk di hotellah. Bilik
di rumah di banyak kosong. Anak-anak semuanya di universiti dan asrama. Tinggal
kami dengan Nabilah je,” tegas papa.
Mereka akhirnya menerima pelawaan
papa. Lagi pun Pak cik Razlan suka benar melayan di Uwais. Tidak lepas matanya
menatapa Uwais dari tiba tadi. Sayangnya tumpah pada seraut wajah comel buah
hati kami.
“ Untunglah Uwais ramai yang sayang.
Kat sini, happylah dia ramai nak melayan. Nanti kita balik Selangor, penatlah
kita sayang. Dibuatnya meragam nak didodoi selalu, ada orang tak masuk hospital
nanti,” seloroh Einstein sebelum kami tidur.
Ketawaku pecah. Lawak rasanya bila
dia berkata-kata begitu.
“ Abang cakap benda betullah. Dah
terlebih manja dekat sini, balik nanti mesti nak dipeluk dan diulit selalu.
Pening kita,” luahnya bersungguh-sungguh.
Aku diam sejenak, berfikir benar
tidaknya fikiran Einstein.
“ Insya-ALLAH, kita boleh uruskan.
Kalau kita bersama, Insya-ALLAH, kita boleh hadapi semua ni. Bilah lagi takut
Bilah yang tak sanggup tinggalkan dia tau.”
Bulat Einstein memandangku, menagih
penjelasan.
“ Abang tahulah untuk sebulan ni
Bilah dengan Uwais je. Nanti dah masuk hospital, mesti berat hati nak
tinggalkan. Tak dapat Bilah bayangkan nak berpisah dengan dia walaupun sekejap,”
balasku.
Einstein pula tergelak mendengar
kata-kataku.
“ Bilah serious ni.Gelakkan kita
pulak,” kataku geram.
“ Kelakarlah. Hari tu abang call
kata tak larat menanggung rindu, Bilah ketawakan abang. Nanti jadi dekat diri
sendiri, baru tahu.”
Aku tersengih malu. Kalau Einstein
berat hati, aku lebih lagi. Maklum sahajalah, selama 9 bulan 10 hari Uwais
bersama denganku. Sebulan berpantang juga kami tak pernah berenggang. Moga
ALLAH hadirkan kekuatan untukku menghadapi hari-hariku nanti.
“ Oh ya, abang dah survey breast
pump dengan umi tadi. Tapi tak jadi beli sebab emak dengan ayah dah beli,
hadiahkan untuk sayang. Made in London tau. Jauh dan branded tu,” beritahunya
sambil ketawa.
Aku mengukir senyuman. Einstein
kemudian melangkah ke begnya. Dia mengeluarkan beg kertas yang diterima dari
Mak cik Rahmah dan Pak Cik Razlan kepadaku. Aku membukanya perlahan. Nak tahu
juga macammana rupa brest pump over the sea ni!
“ Sayang nak try sekarang ke?,”
soalnya penuh minat.
Aku menggeleng laju.
“ Tak mahulah. Nanti dekat umur
Uwais sebulan, baru cuba. Kalau sekarang dah mula bagi minum dalam botol susu,
dia tak mahu dah menyusu dengan sayang. Susah hatilah sayang sebab tak ada
child mom bonding lagi,” jelasku.
Dia hanya tersenyum lebar. Kemudian,
dia mengalihkan breast pump ke meja samping katil. Aku hanya memerhatikan
tingkahnya dengan senyuman. Dia berbaring di sampingku sambil merangkulku erat.
Lupa seketika pada si kecil yang sedang tidur nyenyak. Rindu yang terpendam
mula terlerai. Tapi tidak lama. Uwais mula merengek memberi amaran.
“ Uwais, jealous dengan papa ye? Tak
baik tau buat papa macam ni,” tegur Einstein.
Aku mengekek ketawa. Uwais aku tepuk
perlahan.
“ Siapa yang jealous dengan siapa
ni? Abang yang jealous dengan Uwais ke Uwais yang jealous dengan abang?,”soalku
penuh makna.
Einstein menggaru kepalanya yang tak
berambut. Kemudian mencium dahi Uwais. Jawapannya yang ringkas membuatkan aku
ketawa.
“ Sama-sama jealous. Maklumlah
mamakan queen of our heart.”
Wah, bagusnya pujian. Kembang aku
dibuatnya!
---------------------------------------------------
Memang sudah niatku mahu memberikan
susu ibu ekslusif kepada Uwais. Jadinya, sepanjang usianya 6 bulan dia hanya
minum susuku sahaja. Sekarang aku sudah memulakan pemberian susu dengan
menggunakan botol kepada Uwais. Maklum sahajalah, tinggal seminggu lagi aku
akan habis berpantang. Bermakna seminggu jugalah lagi, maklum kami berkepit 24
jam bersama. Selepas ini, keluh kesahlah aku teringatkan si kecil.
“ Insya-ALLAH, semuanya okey. Uwais
akan faham punya. Bilah cakaplah elok-elok dengan dia. Diaakan anak yang baik,”
pujuk Einstein bila aku meluahkan rasa hatiku.
Aku memanggung kepala. Memanglah
senang bercakap. Hati yang tak tenang ni ALLAH sahaja yang tahu. Tinggal
sekejap pun aku dah tak keruan. Inikan pula 8 jam tak jumpa.
“ Uwais okey tak minum botol?,”Einstein
mengalih topik perbualan.
“ Kalau okey, Bilah taklah risau.
Dia tak mahu abang. Lain agaknya yang original dengan yang palsu,” balasku
penuh makna.
Einstein ketawa. Aku tersenyum
bangga.
“ Pandai betul anak papa ni. Sayang
jangan risaulah. Nanti dah terbiasa, okeylah dia,” pujuk Einstein lagi.
Dari tadi, tenang benar Encik
suamiku ini. Aku pula yang risau dengan sikap tenangnya.
“ Abang ni semuanya okey. Risau
Bilah,” luahku.
“ Betullah, kalau fikir semuanya
masalah, jadi masalahlah. Kalau kita fikir positif, Insya-ALLAH semuanya okey.
Kita akan dapat solusi dan ALLAH mudahkan urusan kita. Yang penting sekarang
ni, abang ada untuk Bilah dengan Uwais. Kita sama-samalah hadapi susah senang
rumahtangga kita,” ujarnya yakin.
Dia menggengam erat tanganku.
Kekuatan hadir. Dengan adanya dia di sisi, moga kekuatan akan sentiasa hadir di
hati. Dengan adanya dia, aku akan tabah dan yakin melayari hidup kami. Sungguh,
ADAM ini adalah anugerah terindah dalam hidupku.
-----------------------------------------------
Kata Einstein, dia sudah dapatkan
nursery untuk Uwais. Tinggal aku bersedia sahaja melepaskan Uwais di bawah
jagaan orang lain. Maklum sahajalah, rasa bimbang tak pernah berhenti
bertandang di hati. Risau kalau orang yang menjaga Uwais tak sama seperti
keluarga sendiri. Nak pula ada cerita kurang sedap tentang nursery. Makin tak
relalah aku mahu berpisah dengan Uwais.
“ Abang dah tengok tempat tu. Memang
okey. Lagi pun yang jaga tu mak cik-mak cik. Bukannya budak-budak muda.
Insya-ALLAH, Uwais okey dekat sana.”
Bila Einstein berkata begitu, aku
cuba menanam keyakinan dalam diri.
“ Tempat tu pun dekat dengan
hospital. Senang Bilah nak pergi susukan Uwais waktu rehat. Bilah jangan susah
hati. Kita tak tengok Uwais 8 jam tu, ALLAH ada jaga dia. Itu yang abang katakan
pada diri abang sebulan lebih Bilah berpantang ni,” ujarnya panjang lebar.
Kata-kata Einstein melahirkan rasa
tenang. Walaupun masih ada rasa bimbang, aku cuba pujuk hati. ALLAH ada untuk
kami.
“ Okey abang. Apa-apa pun, life must
go on.”
Lebar senyuman Einstein mendengar
kata-kataku.
“ Betul.Macam ni barulah isteri
abang,” balasnya.
Aku pujuk diri sendiri. Masih
panjang perjalanan rumahtangga kami. Dan ini salah satu pengorbananku dalam
fase kehidupan ini. Biarpun aku sudah bergelar ibu, aku masih seorang pelajar
yang belum selesai berjuang. Dengan adanya Uwais, akan jadi penguat semangat untuk aku dan Einstein menghadapi susah senang bersama. Bukan senang nak senang rupanya!
------------------------------------------
Salam alaik. Lama tak berupdate blog. Saya busy dengan exam sebelumnya dan lemau hbis exam. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH, saya dah lulus final exam. Secara unoffical dah jadi dr. Insya-ALLAH lepas ni, saya akan kerja di hospital2 Jawa Barat selama 6 bulan. Untuk jadi dr ni, mestilah banyak susah dari senang yang harus ditempuh. Bukan Senang nak Senang..Boleh baca kisah saya di blog satu lagi ya. Apa-apa pun, Ayat Power yang tak berapa Power ni tinggal satu 1 n3 lagi. Moga anda terhibur. Selamat membaca smeua. Happy selalu ya..(",)
4 comments:
wah..
bagusnya pa & ma ni..
apek kecik da pandai memilih ya..
hihihi
sis..tahniah ya..
buat bila balik malaya??
Thanks May Lin..
Saya balik Malaysia for good bulan 11..balik sekejap raya nanti..Insya-ALLAH
eh wah bukan main lagi masing-masing
rindu-rinduan... nk lagi...
best.. sngat, smbng la lgi haha
Post a Comment