Sudah
sebulan lebih aku menghitung hari ini. Hari bebas ibu bersalin yang membuatkan
aku tersenyum lebar sampai ke telinga. Manakan tidak, selepas ini tak ada lagi
bertungku, berurut, minum air kunyit dan seangkatan dengannya. Dengan
berakhirnya tempoh pantang, maka bermulalah episod pantang nampak makanan,
semuanya masuk mulut dalam hidupku.
“ Dari tadi mama tengok Along tak
henti-henti makan. Tak takut gemuk ke?,” seloroh mama bila melihatku yang
mengunyah kerepek ubi sambil menonton TV di ruang tamu.
Aku menggeleng laju. Tak kisah gemuk
atau tidak, yang penting tak terliur tengok makanan dan perut terisi dengan
semua makanan larangan masa berpantang.
“ Isk, tak kisah-kisah pun kena
fikirkan Umar juga. Kalau agak berisi sikit, sakitlah mata dia pandang Along
nanti,” tambah mama lagi.
Mataku bulat memandang mama, menagih
penjelasan.
“ Tak ada, mama ingatkan aja. Jadi
isteri ni wajib memuaskan hati suami. Kena sentiasa cantik dan menarik di
pandangan mata dia. Jadi, pandai-pandailah Along jaga body lepas bersalin ni.
Kena tackle hati suami supaya sentiasa sayang kita,” balas mama penuh makna.
Aku menyeringai ketawa. Mama
memandangku dengan raut muka aneh.
“ Kalau bab tu mama jangan risau.
Along boleh kontrol dengan susukan Uwais. Uwais kuat menyusu, memang kuruslah
Bilah. Nanti dia dah melasak, Bilah layan dia. Insya-ALLAH, maintain cantik,
menarik macam dulu-dulu.”
Mama mencebik bibir. Malas mahu
bertekak dengan aku yang banyak alasan barangkali.
“ Oh ya, Along dah start packing
barang nak balik Selangor belum? Kena start dari sekarang, nanti taklah
kecoh-kecoh,” mama mengalih topik perbualan.
Mukaku yang tadinya ceria berubah
mendung. Itulah topik yang mahu aku hindari sejak sekian lama. Susahnya nak
berpisah dengan mama dan papa. Susahnya mahu kembali ke rutin berkelana di
rumahtangga sendiri. Namun aku sedar. Tanggungjawab aku kini bukan lagi di
sini. Tapi tanggungjawab yang aku galas sebagai seorang isteri dan ibu saat ini
memerlukan aku berkorban rasa tenang dan lapang yang sudah aku rasakan selama
40 hari ini. Dalam kata ringkas, hidup mesti diteruskan.
“ Along kemas sikit-sikit je mama.
Tunggu abang balik dululah. Nanti baru kemas sama-sama,” dalihku.
Mama tergelak kecil melihat reaksiku
yang masih bertangguh. Dia menghampiriku yang mendodoikan Uwais dalam buaian.
“ Isk, takkanlah nak tunggu Umar
balik baru mengemas. Kesian dekat dia. Penat balik, isteri dia masih tak ready
lagi. Along, ceriakan hati dia. Walaupun berat nak berpisah dengan kami,
fikirkan masa depan Along. Sekarang ni, masa depan Along di sana. Sebagai
isteri solehah pada Umar, ibu mithali untuk Uwais. Insya-ALLAH, ALLAH
permudahkan semuanya,” pujuk mama sambil menepuk bahuku. Aku hanya mengiayakan
di dalam hati.
-------------------------------------------------------
Sehari sebelum Einstein kembali ke
Kuantan menjemput kami, semua barang sudah siap aku kemas. Mamalah yang paling
gembira melihatku. Dia melayan dan mengagah Uwais ketika aku sibuk melipat baju
untuk dibawa pulang.
“ Cucu Wan nak balik Selangor dah
ye? Jangan nakal-nakal. Siang mama dengan papa masuk belajar dekat hospital
Uwais baik-baik ye. Nanti malam, mama balik Uwais minta upah susu dari mama
ye.”
Uwais hanya diam dan bulat matanya
memandang mama. Aku pula yang terkesan dengan pesanan mama pada cucunya. Bukan
apa. Risau kalau Uwais okey, aku yang KO menunggu masa habis kerja di hospital.
Siapa tahu penangan kasih ibu membawa ke syurga ni. Dibuatnya aku tak sanggup
menanggung rindu macam mana?
“ Berkerut-kerut dahi mama Uwais tu
dok fikir apalah ye? Uwais okeylah mama,” seloroh mama lagi.
Aku cuba mengukir senyuman. Mama
merenungku.
“ Kalau tak sanggup berpisah, Along
berhenti belajarlah. Duduk rumah, jaga Uwais.”
Mataku bulat mencerlung memandang
mama. Biar betul mama aku ni?
“ Amboi, berseri-seri muka! Tak
usahlah gitu. Along habiskan belajar. Dah habis belajar nanti, bolehlah rehat
puas-puas dengan Uwais. Kalau rasa tak sanggup menanggung rindu, bawaklah baju
Uwais buat bekal pergi hospital,” saran mama.
“ Okey, Along ikut petua mama tu.
Mama doakan Along kuat ya. Risau betul nak berpisah dengan Uwais ni. Walaupun
sekejap, ALLAH aje yang tahu hati ni,” balasku.
“ Awal-awal memang gitulah.
Insya-ALLAH, lama-lama nanti dah okey.”
Aku cuba bertenang. Sebaris doa aku
panjatkan pada YANG ESA.
“ Ya ALLAH, hidayah dan permudahkan
urusan kami.”
---------------------------------------------------------------------
Merah mata mama melepaskan kami
pulang. Berat benar hatinya melepaskan kami. Papa, lelaki yang jarang menangis
pun menitiskan airmata berpisah dengan cucunya. Aku apa lagi, jadi ratu
airmatalah.
“ Dah puas menangis sayang,” soal
Einstein sebaik sahaja rasa sedihku reda.
Aku mengangguk perlahan. Einstein
tersenyum lebar.
“ Merah-merah muka. Makin cantik
abang tengok bila Bilah menangis gitu. Dah lama tak tengok sayang macam ni
tau,” tambahnya lagi.
“ Cantik apanya kalau mata merah
gini. Pandailah orang tu nak pujuk kita,” balasku.
Dia tergelak kuat. Aku
mengisyaratkan dia memperlahankan tawanya. Bimbang si kecil terbangun. Einstein
menekup mulutnya.
“ Kita singgah Gombak dulu sebelum
balik Cheras. Abang nak kenalkan Bilah dengan pengasuh tak bergaji Uwais.
Limited edition tu,” ucapnya penuh makna.
Aku memujuknya supaya bercerita
lebih lanjut. Dia menggeleng dengan senyuman bermain di bibir.
“ Mana boleh cerita, hilanglah
suprise.”
Aku akhirnya mengalah. Memikirkan
perjalanan ke Gombak yang masih jauh, aku cuba tahan rasa kantuk di mata.
Kasihan Einstein memandu sendiri tanpa teman.
“ Kalau mengantuk, sayang tidur
ajelah. Nanti dah sampai, abang kejut.”
Dia memberi pengertian. Seakan
maklum, kondisiku yang baru kali pertama berjalan jauh selepas melahirkan.
Susah tentulah penat dan boring! Akhirnya aku dibuai mimpi sambil memangku
Uwais yang lena di ribaanku.
-----------------------------------------------------
Riuh rendah rumah mertuaku menyambut
ketibaan kami. Maklumlah ahli keluarga sebelah Einstein belum berkesempatan
bertemu dengan Uwais lagi. Nampak gayanya, Uwais jadi tetamu kehormatlah hari
ini.
“ Bilah rehatlah di atas. Biar
Aisyah yang jaga Uwais. Kalau dia lapar nak upah susu, nanti kami hantar,” ujar
adik iparku.
Dari tadi, Uwais dipangkunya. Naik
risau pula aku dengan layanan istimewa darinya. Maklumlah di rumah mama, kami
sudah mula kurang memanjakan Uwais. Bila dimanja begitu, risau kalau Uwais buat
perangai sepeninggalan kami ke hospital. Peninglah kepala pengasuh nak melayannya
kalau terlebih manja nanti.
“ Jangan risaulah sayang. Hari ni je
dia manja lebih sikit, esok-esok okeylah tu.”
Einstein tenang menghadapi kondisi
itu. Berbeza dengan aku yang resah gelisah tak menentu. Memang semua ibu muda
macam aku ke?
“ Bilah tak tahulah abang. Risau dan
tak sanggup kalau Uwais jauh dari mata.”
Aku akhirnya membuka apa yang
terbuku di dadaku sejak habis tempoh berpantang kelmarin. Einstein mengekek
ketawa mendengar suaraku yang cemas.
“ Bila serious ni abang. Tak
main-main,” luahku lagi sambil menghadiahkan jelingan tajam kepadanya.
“ Biasalah tu sayang. Sebulan lebih
nikan Bilah tak pernah berpisah dengan dia, mestilah risau kalau jadi apa-apa
pada dia. Sayang jangan risaulah baby sitter yang akan jaga Uwais ni is the
best in the world. She will take care of Uwais when we not around.”
Einstein cuba memujuk dan memberi
pengertian kepadaku. Aku cuba mengukir senyuman. Dan ada soalan yang timbul di
benakku saat ini. Siapa gerangan baby sitter yang akan menjadi Uwais
berkuatkuasa besok?
“ Aisyah dengan Dina akan jadi baby
sitter Uwais. Okey tak sayang?.”
Bulat mataku memandangnya. Patutlah
Aisyah bersungguh benar mahu mengenali Uwais tadi. Rupa-rupanya dia yang akan
menemani Uwais di rumah bermula esok. Kalau Dina pula apa kisahnya?
“ Dina tengah cuti. Dia yang apply
kerja baby sitter tu dekat abang. Since dia dengan Aisyah dah lulus kursus jaga
baby, abang setujulah ambil dia. Bukan senang nak cari baby sitter tu tau,”
balasnya berseloroh.
Ketawaku pecah. Entah iya entah
tidak apa yang Einstein katakan.
“ Yelah tu. Bilah kurang percaya
sikit dengan cerita abang ni. Entah-entah abang yang offer jawatan tu dekat
abang tak?,”soalku curiga.
Einstein tergelak kecil sambil
mengangguk kepala. Ha, tengok. Power mana pun ayat suamiku ini tak mungkin
dapat kelentong aku!
---------------------------------------------------
Berat hatiku mahu melangkah keluar
dari rumah. Semua persiapan untuk Uwais sudah aku persiapkan. Semua petua dan
tips penting penjagaan bayi yang baru sebulan jagung aku amalkan sudah aku
turunkan pada Aisyah. Sampaikan Aisyah sudah tak sanggup melihat aku tak keruan
pagi ini.
“ Kak Ngah, pergilah kerja. Aisyah
jaga Uwais baik-baik. Nanti Aisyah update news Uwais setiap jam. Jangan risau,”
pujuk Aisyah lagi.
Aku cuba melemparkan senyuman. Jelas
senyuman aku tidak ikhlas seperti hatiku.
“ Aisyah, jangan lupa sms every
hours kat Kak Ngah tau,” sampuk Einstein pula.
Aisyah mengekek ketawa sambil
menunjukkan ibu jarinya. Aku melihat Einstein tersenyum lebar dari ekor mataku.
“ Sayang, kita kena gerak sekarang.
Kalau tidak, lambat kita masuk hari ni. Lagi lama sayang dekat rumah, makin tak
sangguplah nak masuk hospital.”
Einstein sudah bersiap di muka
pintu. Beg kepunyaanku sudah dijinjitnya.
“ Abang, sekejap ya. Bilah nak peluk
cium Uwais dulu,” pesanku sambil berlalu ke ruang tamu tempat Uwais tidur.
Uwais pulas dalam tidurnya. Aku
menatap wajah comel itu sambil mengusap kepalanya. Sempat aku berpesan pada
Uwais melalui bisikan di telinganya.
“ Sayang mama duduk rumah elok-elok
ya. Nanti tengahari mama balik upah susu.”
Aku mencium pipinya yang gebu. Lama
dan kejap dakapanku padanya. Bila Einstein memanggil namaku, laju aku
menghampirinya. Aku cuba menahan airmata dari gugur.
“ Sayang, jangan sedih-sedih. ALLAH
ada jaga Uwais untuk kita,” bisiknya sambil melingkarkan tangan ke bahuku.
Aku mendongak melihat raut wajahnya.
Dia mengukir senyuman. Kekuatan hadir. Apa-apa pun, ini sebagian rencah
kehidupan yang kami harus tempuh.
“ Ya ALLAH, kuatkan kami.”
------------------------------------------------------
Hari ini adalah hari paling tak
keruan dalam hidupku. Semua yang aku lakukan jadi serba tak kena. Ada sahaja
salah dan silap setiap tindakan aku. Naik geram juga dengan diri sendiri.
Mungkin pengaruh cuti bersalin membuatkan aku jadi begini.
“ Nabil, bawa bertenang. Tarik nafas
panjang, lepas. Kau banyak sangat fikir ni sampai jadi tak fokus. Teringatkan
baby ke?,” soal Dania kepadaku sebaik sahaja kuliah selesai.
Aku menganggukkan kepala. Biarpun
baru dua jam berpisah, fikiran melayang pada si kecil. Belum lagi hati yang tak
keruan menanti sms kedua dari adik iparku. Dah lima jam kedua Uwais di bawah
penjagaannya, belum ada khabar yang aku terima.
“ Uwais okey tu. Kau janganlah layan
sangat perasaan tu. Siapa jaga Uwais sekarang ni? Jadi ke nak hantar dekat
nursery depan hospital ni,” tambah Dania lagi.
“ Aisyah jaga sekarang ni. Minggu
depan, Dina join sekali. Einstein yang atur semua tu. Dia kata lebih baik
dijaga dek saudara sendiri dari orang lain. Kau tahulah dia tu, bukannya senang
nak percayakan orang. Lagi pun Uwais kecil lagi. Risau kalau berjangkit sakit
apa-apa dengan baby lain dekat nursery,” jelasku panjang lebar.
Dania sekadar menganggukkan kepala
dengan ceritaku.
“ Aku setuju dengan Einstein. Lagi
pun kalau dijaga dek orang kita kenal, yakin sikit. Kalau dah adik dengan
sepupu dia, tak payah pening bab nak bayar itu ini. Boleh spend duit tu untuk
lain. Kira dah save bajet juga,” komennya.
Aku sekadar tersenyum sumbing.
Memang ada benarnya kata-kata Dani. Sedang kami berjalan seiringan ke Wad,
telefonku berbunyi menandakan ada sms yang masuk. Laju tanganku mencapai
telefon bimbit di poket kotku.
Kak
Ngah, Uwais jaga sekejap tadi. Dodoi dan bagi susu sikit dah tidur semula.
Uwais pesan kata mama keje elok-elok ya. Nanti dah habis kerja, cium dan peluk
Uwais puas2.
Sms
dari Aisyah membuatkan aku mengukir senyuman. Aku tunjukkan sms tersebut kepada
Dania. Dania tersenyum lebar, turut merasakan kebahagiaanku.
“ Okeylah kalau dah macam ni. Jom
masuk ward, cari case. Kalau sibuk macam ni, tak adalah orang tu mabuk kepayang
rindukan anaknya. Insya-ALLAH, cepat je sampai waktu rehat. Boleh balik rumah,
upah susu dekat Uwais sekejap,” tegas Dania.
Senyumanku terukir. Seiring kami
melangkah, menyelesaikan kerja yang menanti kami.
---------------------------------------------------------
Tepat jam 12 tengahari, aku sudah
bersiap mahu meninggalkan wad. Dania mahu mengikuti aku pulang. Katanya, dia
juga rindukan Uwais. Maklum sahajalah, sudah lama tak berpuas muka dengan
Einstein junior.
Ketika kami tiba di rumah, kasut
Einstein sudah ada di luar pintu. Aku dan Dania saling berpandangan. Pelik bin
benar, aneh bin ajaib!
“ Kak Ngah, ada orang lebih tak
keruan nak jumpa anak dia. Setiap setengah jam sms tanya update Uwais.”
Aisyah membuka cerita sebaik sahaja
aku masuk ke dalam rumah. Jelas di pandangan mata, Einstein sudah terlena di
samping Uwais. Aku menapak perlahan menghampiri mereka. Kelakar juga rasanya
melihat gaya tidur keduanya. Sama, serupa, sebiji, sejibon. Senang cerita, ke
mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
“ Abang,” aku mengejutkan Einstein
perlahan.
Dia tidak bergerak sedikit pun. Lena
benar dia. Aku akhirnya beralih pada Uwais. Aku usap rambutnya perlahan. Tangan
Einstein yang memeluk Uwais,aku alihkan ke sisi. Tak sangka pula tindakan aku
membangunkannya. Dia bingkas bangun melihat aku.
“ Sayang dah lama balik ke? Sorry,
tak tunggu Bilah tadi.”
“Abang kan lebih tak tertanggung
rindu pada anak kita,” balasku penuh makna.
Dia tersenyum sumbing. Uwais
bergerak perlahan, aku menepuk pungggungnya perlahan. Memang niat aku mahu
membangunkannya. Maklum sahajalah aku sudah bengkak susu. Kalau Uwais tak
menyusu, kena pamlah sekejap lagi.
“ Assalamualaikum sayang,” sapa
Einstein pada Uwais sebaik sahaja si kecil membuka mata.
Uwais memerhatikan sekeliling. Aku
memangkunya untuk menyusukannya. Aku mahukan ikatan kasih sayang kami makin
erat dengan cara ini.
Einstein duduk di sampingku. Bila Uwais
menyusu, dia mengusap kepala si kecil sambil membacakan selawat dan surah
lazim. Bahagia benar rasanya hati ini. Walaupun masa kami bersama agak terhad,
momen begini harus dimanfaatkan sebaiknya.
“ Bilah kena balik hospital lagi ke
petang ni,” soalnya bila aku tergesa-gesa meninggalkan ruang tamu setelah
selesai Uwais menyusu.
“ Iya. Abang?.”
Dia menggeleng.
“ Tak. Abang tak ada kerja dah.
Kerja jaga anak dan jadi pungguk tunggu isteri balik kerja je,” guraunya.
Aku tergelak kecil. Aku jeling jam
di dinding. Tinggal 15 minit untuk solat dan kembali ke hospital. Berat benar
hatiku ini. Sekali lagi dan pastinya akan terus terjadi untuk hari-hari ke depannya.
Dan pada ALLAH aku pohon seribu kekuatan agar kerapuhan hati ini tidak
berderai.
-------------------------------------------------------------
Menjalani kehidupan sebagai ibu di
saat masih belajar bukan hal yang mudah. Ada sahaja mehnah dan dugaannya.
Dugaan tugas yang masih menimbun, dugaan fikiran yang bercelaru dan berkecamuk
sudah jadi ulam dan makananku. Syukur pada ALLAH, DIA hadiahkan teman hidup
yang menguatkan setiap langkahku. Dia menguat semangat di kala aku tak bermaya,
dia memberi kekuatan saat aku dan berdaya dan dia adalah pendamping setia
sepanjang masa.
Kalau Uwais terkena serangan berjaga
malam sampai ke pagi, dialah yang melayan karenah di kecil. Aku dibangunkan
kalau Uwais mahu menyusu sahaja. Sungguh, aku amat bertuah kerana ditakdirkan
bersamanya.
“Bilah beruntung sangat dengan
takdir kita. Bilah sangat bersyukur jadi isteri abang. Thanks for everything
abang.”
Aku akhirnya meluahkan rasa hati itu padanya di hari ulangtahun pernikahan kami. Maklum sahajalah aku tidak menyiapkan khusus untuknya sempenan hari istimewa ini. Hanya membungkus Uwais dalam bedung berhias reben di pagi tersebut. Sayangnya, rancangan itu gagal bila Uwais mogok dan tunjuk perasaan. Mahu tak mahu, terpaksalah aku beralih pada plan B.
Melalui satu kad ucapan ringkas, aku
lakarkan rasa hati genap setahun usia pernikahan ini. Saat usia Uwais dua bulan
lebih, aku berbahasa ayat power dari biasa untuknya. Maklumlah, dunia ayat
power versi gila-gila dewasa sudah aku tinggalkan sejak mengenalinya. Tapi
untuk hari istimewa ini, tidak mengapalah mengulang nostalgia lama.
“ Encik Einstein tersayang, terima
kasih sebab jadi kepala untuk pimpin Puan Nabil kepala otai ni, jadi tangan
untuk yang terkial-kial buat kerja ni, jadi kaki untuk sayang teguh berdiri,
jadi jantung untuk tenangkan dada yang nak pecah bom ni dan jadi hati untuk
luahan rasa hati yang kadang-kadang sengal ni. You complete me!.”
Aku perhatikan Einstein tersenyum
sampai telinga membaca nukilanku. Sah, ayatku masih power seperti dulu. Kalau
tidak, tak mungkinlah dia membalas begini!
“ Puan Nabilah, thanks for ayat
power. You make me power, sepower, powernya in what ever i do!”.
Itu
kata-katanya, kata orang macammana?
Power tak ayat kami? (“,)Hehe!
Power atau tak power, yang penting saat ini hati berbunga bahagia dan rumahtangga kami aman sejahtera. Moga ALLAH jaga kami dalam rahmat dan kasih sayang-NYA sentiasa. Amin!
---------------------------------------------
Salam alaik. Novel Ayat Power menamatkan kisah sampai si sini. Insya-ALLAH, lepas ni saya sambung dengan mini novel AKAK kalau tak ada aral melintang. Sorry lama tak update blog, saya kurang ada idea dan sibuk sikit. Moga novel ni ada kisah dan pengajaran buat semua. Insya-ALLAH.(",)
8 comments:
alahai..da habis ke..
suka ngan bilah ngan umar ni..
sis..CBB bile nak keluar..?
terjumpa info ni, pasal berpantang selepas bersalin … sharing is caring :) - Cara Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang
Hmmm... dh tamat dh cite ni rupanya.
tak sabar pula nk tunggu cite yg
baru. tk diatas cite ni best.tak ada
SE lagi ke?
habis dah..mcm x percaya pula...;)..
ahkirnya....bez sgt umar n nabilahni...xsangka dh abis
finally..best hehe..
Berakhir dengan bahagia... bestttt.... banyak pengajaran...TQ penulis....
ala hbis dah ka? cedih
terbaik, best sngat.
Post a Comment