Penat aku melayan Amsyar yang makin
petah berkata-kata. Selagi dia tak puas hati dengan jawapan aku, selagi itulah
riuh rendah dia bertanya. Memang anak usia 3 tahun sepertinya rasa ingin
tahunya membuak-buak. Dan ibu bapalah harus pandai memberi informasi yang baik
dan berguna untuknya. Kena menjadi manusia paling sabar juga.
“ Mama, mana papa?.”
“ Papa kerja sayang.”
“ Kerja apa.”
“ Kerja doktorlah sayang.”
“ Doktor apa?.”
“ Doktor dekat hospitallah sayang.”
“ Hospital apa?.”
“ Hospital KL sayang.”
“ KL apa?.”
“ KL apa-apa ajelah.”
“ Apa-apa apa?.”
“ Apa-apa ajelah. Along banyak tanya
mama ni sebab rindu papa ya?.”
“ Rindu.” Ringkas Amsyar menjawab dan
bersungguh-sungguh dia menggangguk.
Aku melepas nafas panjang. Lega akhirnya
siri persoalan Amsyar terhenti. Kemudian, aku tersenyum kelat mendengar luahan
anak sekecil itu. Selepas seminggu aku cuti bersalin, Adam kembali bekerja.
Hanya hujung minggu sahajalah kami bersua. Pastinya Amsyar rindu pada papanya
kerana sepanjang seminggu awal beradik baru, tak sehari pun dia berenggang
dengan papanya.
“ Along nak jumpa papa ya?,” soalku
lagi.
“ Nak...Yeay, jumpa papa,” Amsyar sudah
menjerit girang.
Aku hanya tersengih sahaja dengan
gelagatnya. Dia sudah berlari ke arah mak di dapur. Heboh bercerita pada mak
tentang papanya. Tersentuh benar hatiku dengan keletahnya.
“ Alah kesiannya cucu Wan ni. Adam jadi
ke balik hari ni Ida?,” soal mak sambil mendukung Amsyar.
“ Entahlah mak. Katanya tengok pada
keadaan dulu. Kalau dia tak penat dan off duty awal, tak lama lagi sampailah,”
balasku.
“ Kalau gitulah ayatnya, menanggung
rindu lagilah Amsyar ni. Kesian mak tengok dia, sepanjang hari sebut nama
papanya,” balas emak penuh makna.
Aku tersenyum sumbing. Sejak seminggu
yang lalu, saban hari Amsyar bertanyakan papanya. Penat jugalah aku dan emak
melayannya. Mujurlah abah juga rajin melayan cucunya. Petang-petang, Amsyar
jadi membonceng setia motor abah. Bila dah penat berjalan, malam mudahlah
tidur. Jadi, selamatlah aku dari soalan cepumas Amsyar.
“ Sekejap lagi Adam telefon, Ida
confirmkan balik dengan dia ye mak,” ujarku, cuba menenangkan suasana.
Rania merengek. Aku meribanya sebelum
menyusukannya. Tidak lama kemudian, Rania tidur kembali. Ralit Amsyar
memerhatikan adiknya.
“ Along sayang adik baby tak?,” soalku
padanya.
“ Sayang,” dia membalas ringkas sebelum
mencium pipi Rania bertalu-talu.
Aku mengarahkan Amsyar baring di sebelah
Rania. Dia berkeras tidak mahu. Bila aku bertanya kenapa, laju dia membalas.
“ Kalau tidur macammana nak jumpa papa.”
Aku tersengih mendengar jawapannya.
Tidak lama kemudian, telefon bimbitku berbunyi. Nama Adam tertera di skrin
telefon. Aku menghulurkan kepada Amsyar, dia menggeleng laju.
“ Tak mahu tu. Along nak papa,” balasnya lagi.
Lambat-lambat telefon aku lekapkan di
telinga.
Ya ALLAH, berat betul rasa rindu anakku
pada papanya ini.
------------------------------------------
Khabar dari Adam mengejutkan aku.
Manakan tidak, khabarnya kurang baik.
“ Abang demam? Larat tak nak drive balik
Pahang ni?.”
“ Laratkan jugaklah sayang. Kalau tak
larat, makin demam rindulah abang.”
Aku mengekek ketawa. Anaknya tak
henti-henti teringatkan papanya, papanya dulu yang sakit menanggung rindu.
Alahai.
“ Kalau tak larat, tak yahlah balik
arini. Makan ubat dulu. Kalau dah kurang demam, baru balik sini. Kami semua
okay aje ni. Abang jangan risaulah,” balasku tenang.
“ Rin, abang manalah suka makan ubat ni.
Rehat sekejap dah hilanglah demam ni.”
‘ Isyh, abang ni! Nama je doktor, makan
ubat culas. Pandai nasihatkan patient makan ubat, diri sendiri tak terjaga.
Nasib badanlah abang.”
Adam ketawa di talian.
“ Kalau dah jumpa Rin dengan anak-anak
baiklah demam ni,” ujarnya penuh makna.
Aku tersengih sahaja. Sempat aku berkongsi cerita Amsyar
dengannya..
“ Ya ALLAH, kesiannya anak papa. Patutlah
hati abang ni tak tenang je dua tiga hari ni. Ramai yang rindu rupanya.
Kenapalah sayang tak beritahu. Kalau tak bolehlah abang cabut lari dari
hospital.”
“ Yelah nak lari, merangkak pun tak
boleh kot. Takpelah abang, rehat dulu okay. We wait for you here. Drive carefully. Love you
always,” ujarku mengakhiri perbualan.
“ Okey puan doktor. Love you all 2 to 10. Peluk cium abang untuk anak-anak ya.
-------------------------------------------------
Aku menanti kepulangan Adam dengan penuh
rasa sabar. Sudah hampir jam 11 malam, bayang keretanya belum juga kelihatan.
Sungguh, dah tak larat menunggu. Nampak gayanya esoklah Adam baru balik ke
Pahang.
“ Macammana Ida? Ada khabar dari Adam?.”
Emak bertanya sambil menepuk Amsyar.
Sejak tadi, emak memang setia menemani kami anak-beranak. Emak memujuk Amsyar
kerana si anak terunaku mengamuk.
“ Tak ada umi. Tengah tidurlah tu. Adam
ni jarang sakit. Kalau dah sakit, memang parahlah. Berhari-hari tak larat nak
bangun,” jelasku.
Emak membuang pandang ke arah Amsyar dan
Rania. Jelas tumpah rasa kesian pada cucunya. Aku juga merasakan hal yang sama.
“ Teruk juga ya. Tambah sakit rindu pada
anak-anak, makin menjadi-jadilah demamnya. Risau mak kalau Amsyar pula
berjangkit demam rindu. Pening kita nak melayan.”
Aku mengangguk tanda setuju. Belum demam
pun dah pening kepala kami. Sejak tahu papanya menelefon, Amsyar memang
berkeras tak mahu tidur. Katanya dia nak tunggu papanya balik. Puas memaksanya
tidur. Menangis nyaring sampai Rania pun berjangkit Puas jugalah aku dan emak
memujuk koir anak-anak doktor ni.
“ Itulah mak. Harap-harap esok abang
baliklah. Kalaulah emak tak ada tadi, agaknya dengan Ida sekali menangis mak.
Anak baru dua dah macam ni. Kalau ramai
nanti, jadi ratu airmatalah Ida,” selorohku.
Emak hanya ketawa kuat. Mujurlah ada
emak yang sabar menjagaku saat berpantang begini. Kalau tak ada,fuh tak
tercapai dek akalku rasanya. Syukur, Alhamdulillah.
------------------------------------
Adam bukan sahaja demam rindu tapi demam
denggi jugak. Sahlah tak dapat balik ke Pahang keesokan harinya. Mahu tak mahu,
si ibu bersalin pun memulakan sesi jelajah Kuala Lumpur dengan anak-anak.
Dengan itu, hanya tiga minggu sahajalah aku berpantang di Pahang. Selebihnya,
berpantang ala orang bandar di Kuala Lumpur.
Amsyarlah orang yang paling gembira.
Maklumlah papanya seminggu sakit duduk di rumah sahaja. Makin menjadi-jadilah
dia bermanja. Si Adam pun senyum lebar sampai ke telingalah bila jadi pesakit
di rumah gara-gara tak nak dirawat di hospital.
Sabar ajelah dengan suamiku Encik Doktor
Adam ni. Mak kami pula jadi jururawat peribadi paling best di dunia.
Orang kena istirahat total di atas katil, semua kehendaknya dilayan. Memang
cepatlah Adam sihat.
“ Wah, 2 hari dah naik trombosit abang.
Nampak gayanya kena denggi ni pun sebab kurang orang sayang dekat sini. Nyamuk
kesian, dia kisslah abang.”
Aku menjengil mata. Sesuka hati gembira
berkasih sayang dengan nyamuk.
“ Tak ada maknanya abang. Sayang bagi
penyakit buat apa,” tempelakku.
Adam hanya mengekek ketawa.
“ Sembuh cepat ni sebab lebih pada demam
rindu. Lepas ni, apa pun kisahnya, abang tak nak dah berpisah dengan sayang dan
anak-anak. Tak sanggup demam rindu macam ni. Parah tau. Tak larat nak buat apa-apa
sebab asik terbayang-bayang di mata je.”
“ Mestilah, kami kan penawar paling best
dekat dunia,” gurauku sambil mengacah Rania. Amsyar di riba Adam ketawa kecil
sahaja.
Seminggu Adam cuti sakit, seminggu itu
memang membahagiakan kami semua. Senang cerita, memang tak bolehlah berpisah
dengan dia lepas ni. Baru sekejap dah jadi macam tu. Oh, nampak gayanya
berpantang, berpuasa dan mungkin beraya di KL lah aku tahun ni. Oho, raya oh
raya.
---------------------------------------------
Instinct aku memang tepat melainkan
tepat belaka. Aku menghabiskan pantang di KL, berpuasa di KL dan sekarang harus
beraya juga di KL. Padahal memang aku nak raya sakan tahun ni. Siapa sangka
harus berkorban buat kesekian kalinya. Kami dituntut mengorbankan kemeriahan
Aidilfitri. Inilah dugaan hidup bergelar doktor dan berpasangan dengan doktor. Mujurlah
awal puasa kami sempat pulang ke Pahang. Kalau tidak, aduh tak bestnya.
“ Rin, abang macam confirm je tak dapat
cuti raya tahun ni. Macammana ye sayang?.”
Kata-kata Adam yang tenang mengocak
ketenangan malam 10 hari terakhir Ramadan ini. Bulat mataku memandangnya. Raut
wajahnya serious, dia tak main-main dan bergurau denganku. Dugaan sudah datang!
“ Kenapa tak dapat pulak? Bukannya dr.
Asyraf dah luluskan cuti raya abang ke?,” soalku tidak senang.
Dari awal Ramadan lagi Adam sudah
memberitahuku rencana raya kami tahun ini. Sebelum puasa juga dia sudah memohon
cuti dari ketua jabatan. Memang semangat kami nak beraya tahun ni. Maklumlah
dah dua tahun hambar raya dengan kesibukan bekerja. Memandangkan aku masih
dalam cuti bersalin, maka panjanglah sedikit langkah kami tahun ni. Kalau
keduanya masih harus bekerja, mahu tak
mahu kena redhalah beraya di hospital.
“ Abang pun tak tahu nak cakap apa.
Memang dah lulus cuma MO senior kena standby on site jugak. Kalau raya pun,
kena get ready je kalau ada oncall. Musim-musim raya ni banyak accident, kena
masuk kerja macam biasalah nampak gayanya.Terpaksa raya dekat Emergency Room
lagilah abang tahun ni,” balasnya tenang.
Aku diam tidak berkutik. Dahulu ketika
masih bergelar HO, memang kami pernah beraya bersama di pagi raya. Tapi
petangnya dah dapat cuti. Kalau terpaksa standby bak kata Adam, mahu tidak mahu
terbatallah kisah raya sakan kami.
Aku menghela nafas berat. Alahai, nasib
badan!
“ Rin okey tak ni?,” Adam kembali
bertanya bila aku masih tidak memberi respon.
“ Okey tak okey kena okeylah juga,”
balasku penuh makna.
“ Ouch, that hurt! Sepatutnya abang yang
cakap ayat tu,” balasnya sambil memegang dada. Kononny tertikam dek tajam lidah
aku.
“ This situation hurt both of us. Macam tak
adil je abang kena standby. Bukannya tak ada MO senior lain dekat HKL ni. Ramai
kot orang KL dengan Selangor. Kenapalah abang orang Pahang juga yang kena?,”
aku meluahkan rasa tak puas hatiku.
“ Apa boleh buat sayang? Abang hanyalah
menurut perintah. Kalau abang yang beri perintah, abang perintah semua orang cuti
lama-lama tau,” balasnya bergurau.
Aku mencebik bibir. Tak habis-habis
dengan bergurau dia.
“ Kesian dekat anak-anak raya sini, tak
dapat balik kampung,” luahku lagi.
Pandanganku beralih pada Muhammad Raqwan
Amsyar dan Nurul Rania Aqilah yang sedang dibuai mimpi. Syahdu rasanya
mengenang nasib dua orang anak doktor ni. Walaupun masih kecil, pasti memberi
kesan kepada keduanya. Tak ada cerita raya menarik yang aku dapat kisahkan bila
mereka besar nanti.
“ Kesian dekat anak-anak? Amsyar dengan
Rania tak faham pun erti raya lagi sayang. Raya tak raya, sama je kot,”
balasnya tenang.
Aku merenungnya tajam. Adam ketawa
mengekek dengan reaksiku.
“ Rin ni, kesian dekat mama ke dekat
anak-anak ni?,” Adam bertanya penuh makna.
“ Kesian dekat kita semualah abang.
Sedih tahu tak dapat kenalkan Rania dekat family kita. Nanti Amsyar pun mulalah
tanya tentang atuk, nenek, aki dengan wan dia. Sekarang ni pun dah pandai suruh
telefon kampung setiap minggu. Dah pandai rindu-rinduan anak teruna kita ni tau.”
Adam terdiam. Dia memandang ke arah
anak-anak di tengah katil.
“ Rin baliklah, raya dekat kampung
dengan anak-anak. Abang okey je kat sini.”
Adam membalas lambat-lambat. Aku
berpaling memandangnya.
“ Okey tak okey, Nak tak nak, Rin kena
standby jugalah dekat sini. Kesian dekat abang raya seorang diri. Nanti Rania
dengan Amsyar rindu papa dia, penat Rin nak melayan.”
Adam tergelak kecil.
“ Alah, bab anak rindu papa tu Rin boleh
settlelah. Lainlah kalau mamanya yang rindu. Itu memang abanglah ubatnya,”
balas Adam selamba.
Laju tanganku mencubit lengannya. Laju
juga disambar Adam.
“ Dah anak dua pun nak jadi mama ketam
lagi ke sayang? Cukuplah jadi mama orang je. Sakit tau kena cubit macam tu.”
Aku ketawa kecil. Tak sangka hampir
empat tahun pernikahan kami, Adam masih Adam yang sama. Masih pandai bergurau
dan mengambil hatiku. Seribu kali syukur kerana Adam jadi pendampingku.
“ Abang tak ingat ke peristiwa masa Rin
pantang dulu? Nak sejarah lama tu berulang semula ke?,” soalku penuh makna.
Laju Adam menggeleng.
“ Hah, tahu pun tak takut. Nanti baru
tahu siapa tak tertanggung rindu.”
Adam tersenyum kelat.
“ Kalau balik, semua orang balik. Kalau
kena stay, semua orang stay. Apa entah ayat orang tu masa demam rindu dulu. Rin
lupalah,” selorohku.
“ Lepas ni, apa pun kisahnya, abang tak
nak dah berpisah dengan sayang dan anak-anak. Tak sanggup demam rindu macam
ni,” balas Adam sambil ketawa kecil.
“ End of discussion, kita semua tak
balik Pahang tahun ni. Kita raya bandar ok.”
Aku bertegas. Adam mengangkat bahu.
Segala keputusan terletak di tanganku.
Dan keputusannya berat nak dipikul. Inilah nasib. Berkorban apa sahaja. Masa
atau pun cuti raya. Inilah ikrar doktor. Sejati dan setia, demi tugas mulia.
---------------------------------
Raya kami tahun ini di rantau orang.
Walaupun tidaklah jauh di seberang laut seperti waktu belajar, bahang di
perantauan tu tetap terasa. Tambahan pula, Adam memang sentiasa sibuk bekerja.
Jadi, memang syahu dan pilulah kami anak beranak.
“ Rin nak masak apa hari raya
pertama nanti.”
“ Masak air ajelah abang.”
Adam memandangku dengan raut tak
percaya.
“ Biar betul? Kawan-kawan kita nak
datang beraya pagi tu tau,” dia bertanya lagi.
“ Betullah abang dah kena tipu
dengan Rin. Abang, abang, Rin taklah kejam macam tu sekali. Abang takkanlah tak
kenal isteri abang yang super duper rajin memasak ni. Tak kiralah di mana
berada, dapur tetap kena berasap hari raya.”
Senyuman Adam terukir mendengar
bicaraku.
“ Abang teringin nak makan soto. Nak
yang sama rasa macam Rin masak raya puasa dekat Indonesia dulu boleh tak? Soto
sesuka hati gembira kata Rin.”
Permintaan Adam membuatkan aku
tergelak kecil. Memang di awal perkenalan kami di bumi seberang, aku pernah
menjamu dia dan kawan-kawan makan soto. Tak sangkanya setelah bertahun-tahun,
dia masih ingat peristiwa itu. Siap dengan lenggok dan cara aku bercakap lagi.
Wah, bangganya aku.
“ Ingat lagi abang kisah soto tu
ye,” ujarku.
“ Mestilah ingat. Kerana soto ayam, Rin
dah jadi isteri tersayang pun.”
Aku tersenyum meleret. Memang Adam
pernah memaklumkan kenapa dia boleh jatuh hati denganku di awal pernikahan
kami. Salah satu sebabnya aku boleh dan pandai memasak. Dari awal pertemuan,
dia memang dah jatuh hati pada setiap air tangan aku. Cuma egonya tinggi dan sombong
tak mahu mengaku. Mujurlah jodoh mengikat kami. Kalau tidak, jadi tetamu beraya
di rumah aku ajelah setiap tahun. Ini bila dah jodoh, setiap harilah makan
makanan kasih sayang Chef Nurin Rusyaida.
“ Iyalah tu. Erm, soto yang dulu tu
memang soto sesuka hati gembira. Resepi pun ikut instinct je. Insya-ALLAH,
nanti Rin masakkan. Cuma abang kenalah tolong juga. Tak cukup tangan kalau Rin masak seorang diri.”
“ Okey. Yang bab tolong tu Rin jangan
risau, bisa diatur bu.”
“ Ya udah kalau gitu. Ditunggu ya bantuannya,”
balasku dalam loghat Indonesia juga.
Kami sama-sama mengekek ketawa.
Alahai, rindunya pada kenangan.
----------------------------------------------
Persiapan raya kami tahun ini memang
ala kadar. Sekadar cekup dua pasang baju raya setiap seorang sahaja. Kalaulah
diikutkan hati, memang kurang rajin nak beraya di sini. Cuma kalau dah
terpaksa, terpaksa jugalah merajinkan diri. Yang paling aku syukuri sudah
tentulah dapat beraya bersama dengan Adam dan kedua anak kami.
Adam pula menunaikan janjinya untuk
membantuku. Kebetulan sehari sebelum raya, Adam pulang lebih awal ke rumah.
Ringan tangannya menyiapkan bahan memasak soto. Jadi malamnya, aku tinggal
ketuk-ketuk periuk belanga ajelah.
Usai solat Magrib, Adam kembali ke
hospital untuk bertugas. Tinggallah aku seorang diri berkelana di rumah.
Memasak soto cinta, seperti yang di panggil Adam dan melayan karenah anak-anak.
Selesai memasak, aku mempersiapkan rumah dan
pakaian untuk hari raya pula.
Leka benar aku mengemas sehingga tak
sedar dah pukul 12 tengahmalam. Amsyar dan Rania dah lama tidur. Paling aku tak
sangka, Adam pula ke rumah di malam raya syahdu itu. Di tangannya ada dua
batang buluh lemang yang masih panas. Terpana aku dibuatnya.
“ Amboi hebat betul HKL ni. Malam
raya ada orang bakar lemang dekat ER.”
Gurauanku mengundang ketawa Adam.
“ Ini bukan lemang ER lah sayang.
Lemang ni dr. Asyraf yang bagi. Hadiah hari raya dekat semua yang tak balik
raya,” jelasnya.
“ Oh, gitu. Baiknya hati dia. Kalau
dia bagi abang cuti, lagi berganda-ganda baik tau.”
“ Baik tak baik cuba Rin ingat balik
significant kisah lemang dengan raya kita?.”
Adam memandangku penuh kasih sayang.
Aku cuba mengingat kisah raya kami. Rasanya sepanjang nikah, baru sekarang
malam raya kami ada lemang.
“ Betul tak ingat? Alahai, sejak
bila jadi kurang ingatan ni,” tempelaknya.
“ Serious lupa. Cuba abang ingatkan
yang mana.”
“ Dekat Kuala Pilah, ada orang tu
telefon minta lemang tengah malam. Mujurlah ada Encik Adam yang handsome ni,”
balasnya penuh makna.
Aku tergelak kecil. Oh, peristiwa
tu. Memang dah lama sangat dan aku pun lupa-lupa ingat aja. Itu raya paling
emosi dan airmata kot.
“ Thanks abang sebab ingatkan.
Thanks juga for lemang that year and this year.”
Adam membalas senyumanku. Kemudian,
dia mencari pisau di sinki dan membelah lemang. Kemudian, menjamah lemang
sedikit. Tak laratlah nak makan banyak sangat di tengah malam ni. Risau juga
kalau lemaknya lemang naik ke mata, susahlah nak bangun pagi esok.
“ Selamat hari raya sayang. Thanks
juga sebab percaya abang tak dapat cuti this year. Sebenarnya, abang dapat cuti
raya. Cuma sengaja nak mengenang memori lalu. Nak rasa semula momen raya macam
dulu. Malam raya hantar lemang dekat sayang. Pagi raya solat sama-sama dekat
hospital, then straight balik Pahang.”
Panjang lebar dia menjelaskan kisah
sebenarnya. Aku menampar lengannya.
“ Abang ni jahat betul. Saja je buat
Rin tak keruan. Kita jadi balik Pahanglah esok ye?.”
Adam mengangguk. Dia tersenyum
nakal.
“ Iya, kita balik kampung. Raya
sana. Great news, abang dapat cuti 5 hari. Bolehlah Rin raya puas-puas. Taklah
rindu-rinduan anak teruna kita. Taklah Rin sedih tak dapat kenalkan anak dara
kita dekat saudara mara,” balasnya.
Aku mengulum senyuman.
“ Kalau kita jadi balik, soto
setimbun dekat rumah ni nak buat apa? Takkan bawak bekal balik kampung kot,”
soalku.
“ Yang tu Rin jangan risau. Bisa
diatur bu. Abang kan ada nak makan semua,”
Aku menjengilkan mata. Biar betul
dia nak habiskan seperiuk besar soto ayam ni seorang diri. Suami aku ni manusia
ke naga?
“ Dah, tak payah buat mata macam tu.
Rin kemas-kemas baju. Soto ni abang settlekan. Jom balik kampung.”
Aku masih tidak berganjak dari
kerusiku. Bulat matanya memandangku.
“ Kenapa buat muka macam tu lagi?
Rin memang tak nak balik kampung ye. Kalau tak nak, abang telefon dr. Asyraflah
beritahu abang tak jadi cuti,” gertaknya.
Laju aku menyambar telefon di
tangannya. Adam mengekek ketawa. Langkah aku atur ke bilik dengan senyuman
lebar. Yeay, akhirnya dapat juga beraya sesuka hati gembira.
---------------------------------------
Kenangan itu berulang kembali. Pagi
raya, kami solat bersama di hospital. Sempat kami beraya bersama di ER dengan
yang lain sebelum pulang ke Pahang. Bezanya kali ini, kami tidak hanya berdua
sedondon. Ada dua insan kecil bersama kami. Gamat jugalah edisi raya di ER
tahun ini.
Amsyar memang tak reti duduk diam. Adam terpaksalah
jadi pak guard yang setia. Mengejar Amsyar ke sana sini. Aku hanya memerhatikan
gelagat mereka. Bagaimana pun sambutan raya, rasa gembira lahir bila bersama
dengan mereka. Inilah indahnya lebaran.
Kami bertolak pulang ke Pahang jam
10 pagi. Jalan lengang tak ada orang dan perjalanan kami lancar menuju ke
destinasi. Sepanjang jalan, kami berbual dan mengimbau kenangan-kenangan lama
di bumi perantau dulu.
“ Ingat tak dekat Indonesia dulu
kalau malam raya ada orang ketuk beduk keliling kawasan perumahan kita. Kan
sini kalau ada mesti best.”
“ Abanglah mulakan dulu. Keliling
hospital, bawak beduk. Nanti adalah yang ikut.”
“ Tak mahulah. Nanti orang ingat abang
tak berapa sihat pulak.
Aku mengekek ketawa.
“ Erm, apa lagi ye yang best raya sana.”
“ Part takbir. Orang takbir raya
sepanjang malam. Memang syahdulah.”
“ Betul-betul. Mesti Rin selalu jadi
airmata kan bila dengar time raya sana.”
“
Ratu tak ratu kena raya jugaklah.. Mujurlah orang tak perasan mata sembab sebab
menangis. Kalau tak malu betul.”
“ Takpe. Kalau orang perasan pun, dia
tak akan tegur. Dapat makan best, mana pandang dah orang yang masakkan.” Aku
menjelingnya manja.
“ Tak pandang ye? Yang duduk
teringat-ingat walaupun dah lebih sepuluh tahun tu apa? Isyh, saja je kan test
hati Rin,” rintihku.
“ Mestilah. Thanks sayang sebab sanggup
susah senang, raya ala perantauan dengan abang tahun ni. Maaf zahir batin ya,”
bisiknya lembut. Pandanganku beralih padanya. Aku menutur kata serupa.
Tak kira dimana dan bagaimana kisah
raya kami, hati ini pasti rasa bahagia. Janji, setiap kali kami bersama. Aku
memandang Adam, kemudian beralih kepada Amsyar dan Rania. Walaupun cuma
berempat, cuma rasa gembira tak kenal tempat. Walaupun pagi ini beraya di jalan
raya, indahnya aidilfitri hanya bila bersama.
Biarpun kami beraya edisi perantau
sekali lagi, cerianya raya terasa di seluruh hati. Salam Adilifitri dari Adam,
Ida, Amsyar dan Rania. Sungguh, lebaran tahun ini lebih berseri dengan adanya
insan tersayang di sini. Alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH atas hadirnya insan-insan paling
istimewa dalam hidupku ini.
------------------------------------------
Salam semua. Ini kisah janji raya Adam & Ida dari novel Janji. Serious, tak sangka dah tiga tahun novel habis. Sebagai pengubat rindu, terimalah kisah saya dia orang ni. Oh ya, saya dah letakkan link kisah2 lama dia orang kat cerpen ni. You are invited to read it again & you comment is almost welcome. Dari saya, Selamat Hari Raya buat semua. Maaf zahir batin. Kalau nak tahu kisah raya saya, baca kisah tu kat blog satu lagi. Sesungguhnya saya beraya dengan rasa ralat tahun ni. Huhuhu. Apa-apapun, selamat membaca & semoga raya tahun ni bermakna. (",)
2 comments:
alahai pasangan doktor ni
comel je c kecik tu..
selamat hari raya aidilfitri ada
besttt...
comel dengan sepasang anak ya...
Post a Comment