Bismillah.
Saya mulakan coretan hari ni
dengan nama Dia yang Maha Tahu. Maha Berhak atas setiap sesuatu. Ini memang
luahan penuh perasaaan dan perasan. Tak kisahlah apa anda semua nak kata. Saya
sebenarnya dah lama sangat tak menulis. Cukup dua tahun. Mungkin jugak
lebih..Tak hitung masa kononnnya.
Sesungguhnya saya tak tahu mana
nak mula dari mana. Tak tahu juga mahu mulakan bagaimana. Jadi mungkin tulisan
dan karya saya hari ini agak cacamarba. Namun inilah hakikat kehidupan.
Bukannya seindah lakaran kisah-kisah cintan cintun yang saya hasilkan
sebelumnya. Rasanya dah sampai masa kita berdiri dan berpaksi pada kisah nyata.
Kisah yang betul-betul terjadi dan bukan dongen atau angan-angan semata-mata.
Sudah 10.1.2016, dah sepuluh hari
masuk ke tahun baru. Sepuluh hari jugalah saya mencari focus kehidupan saya.
Tipu kalau saya kata gembira masuk tahun baru. Bohong amat sangat kalau saya
kata saya okay masih hidup sendirian berhad di kala umur tak lama dah nak
mencapai pangkal 3. Dikala orang lain dah menyarung cincin tuning, rasmi sudah
jadi isteri orang dan ada anak-anak, saya masih menunggu dan menanti hingga ke
hari ini. Tambahan pula sepupu sepapat yang jauh lebih muda dah pun naik
pangkat dan takhta raja sehari, memang rasa tekanan lagilah terasa.
“ Bila nak kahwin? Umur awak tu
bukannya muda lagi!!”.
Satu das kena tembak tepat dekat
hati. Sudut hati paling dalam. Bagi ayat sastera sikit, memang hancur hati
menanti belah okay! Mak cik saya tahu umur saya ni makin bertambah, bukannya
makin berkurang hari demi hari. Belum sempat membalas, kena pula tembak dengan peluru berpandu.
“ Itulah memilih sangat. Sampai sekarang tak
laku-laku.”
“ Jual mahal sangat,siapa berani
dekat!.”
“ Lama-lama dah tak laku,
esok-esok jadi anak dara tualah.”
Pedih. Pedas. Kena berdas-das.
Malas nak cari gaduh dengan makcik makcik kesayangan. Nanti kalau menjawab dikatanya
kita ni macam-macam pulak. Kalau balas sepatah, berbakul-bakul pula ayat
sindiran yang datang. Sudahnya diam, cubalah senyum manis-manis. Ubah topik
kepada hal-hal yang lebih membina akal fikiran. Walaupun hujung ceritanya tak
lari juga topik dari kita yang masih single tak berpunya nih. Cuba bersangka
baik, orang tanya sebab sayang!
Sayang ke tak sayang ke belakang
cerita. Kalau sayang pun, tak payahlah susah-susah tanya setiap kali balik kampung.
Setiap kali balik kenduri dah tak larat nak memberi skema jawapan yang sama.
Penat betul nak memaniskan muka walaupun hakikatnya tak suka. Kalau tak balik
kampung, nanti dicop tak sedar diuntung. Kalau tak menjenguk muka, nanti
dikatakan sombong. Semua jadi serba tak kena. Alahai!
Sebagai orang yang dah matang dan
berusia (30 dah berusia okay), saya faham dan maklum kekhuwatiran semua yang di
sekitar saya. Saya tahu semua pun sayang saya. Terima kasih semua sebab
sayangkan saya. Namun jauh di sudut hati saya rasakan perlunya mereka faham
situasi kami, wanita-wanita single available di ambang 30-an ni. Chewah, ayat
ni memang skema sekali! Ops, harap jangan muntah. Jangan juga terasa kalau ada
yang terkena batang hidung sendiri.
Pertamanya nak minta ampun dah
maaf pada semua yang tersayang. Mungkin Bahasa saya ni tak berkias, tak
berbunga rampai dan semanis gula. Tetapi wanita ambang 30-an pun suaranya
berhak juga didengar dan diambil kira. Jadi dengarlah suara-suara hati kami ni.
Janganlah menghukum kami semberono.
Perihal jodoh..
Banyak sangat mitos dan tanggapan
pasal jodoh ni.
Lambat jodoh sebab memilih.
Tak laku sebab jual mahal.
Siapa suruh belajar tinggi, sampai
sekarang tak kahwin lagi.
Itu antara telahan orang kita.
Sesungguhnya, ayat-ayat itu amat pedas ya. Kadang lupa yang kita ni tak berhak
pun nak berlebih-lebih. Kerana yang mengaturnya lebih Tahu. Dialah yang
menciptakan kita, yang menetakkan siapa jua jodoh kita dari Luh Mahfuz lagi.
Orang kita memang mudah lupa dan memang perlu diingatkan selalu.
Mungkin sudah lupa yang kita di hanya
yang diciptakan. DIA yang menciptakan dan menetapkan sesuatu. Jodoh itu lambat
kerana belum tiba masanya. Kita meratap merayu bagaimana pun, kalau belum DIA
hantar kepada kita, belum jugalah kita terima. Yang kita perlu sedar dan tahu,
kita ni kerdil dan lemah. Jadi pohonlah pada DIA supaya memberikan jodoh yang
baik. Jodoh yang kekal bersama menujur syurga ALLAH.
Lambat jodoh sampai kerana
memilih. Maaf ya makcik-makcik (sebab yang ramai dan suka gossip ni wanita),
memang jodoh tu kita harapkan yang baik. Kita cari ni orang nak hidup bersama,
kalau boleh sama-sama susah senang. Mestilah nak yang baik. Takkanlah main
tangkap muat sahaja, asalkan ada pasangan hidup. Semua pun ada pilihan dan
kriteria masing-masing. Siapa nak bersuamikan penyanyak, pencuri , perompak dan
seangkatan dengannya.
Semua nakkan yang baik- baik.
Bangga mak abah kalau dapat menantu ustaz pilihan, doctor yang baik mahupun
seorang pendidik. Tidaklah kerjaya je kena bagus. Aspek lain pun sama. Dari
segi agamanya, paras rupa dan adalah berharta. Kalau pun masih tak berharta,
cukuplah seorang pemimpin yang tak kenal putus berusaha. Orang inilah yang diharapkan.
Cukup kalau saya kata nak kahwin, memang kena memilih. Sebab orang itulah akan
jadi teman, penghibur, suami dan bapa pada anak-anak kami nantinya. ..(“,)
------------------------------------------
p/s: random thought..nanti-nanti kita sambung lagi.
nak sambung novel tapi stuck. jadi tulis luahan perasaaan jeklah.
insyaallah nak buat cerpen yang membina,
siapkan novel yang dah jadi pekasam.
tapi nak yang membina dan boleh jadi panduan.
Doakan..
lots of love, Sabah Malaysia.
4 comments:
urmmmm
cam biasa la
ade je yg xpuas hati
xpe..life must go on
thn ni pun kte da 34��
Hmm.
Nasib kita serupa.
Tambah2 adik nk khwin dulu.
Jenuh senyum & sabar menjawab soalan & sindiran2.
YaAllah cepatkn la jodohnya dan beri lah jodoh yg baik kpd nya..amiinnnnn
Nasib kita sama..jenuh nk tepis soalan gtu..nk je jwb soklan pedas tu dgn soklan "makcik2 tau ke bila ajal dtg?
Post a Comment