@rubiadaibrahim

Friday, February 12, 2016

Bayar Hutang

+ Originally post on 26/11/2007+
Kalau fikir-fikir dulu rajin betul menulis blog..Ohoi
 
Ahad,hari cuti sedunia;hari merehatkan fikiran,badan dan yang paling penting, hari mengganti hutang-piutang tidur yang belum langsai.Mungkin kerana malam sabtu saya tidur hanya 3 jam,jadi dendam tidak cukup tidur harus dibalas(sudah terbals sebenarnya) dengan penuh komitmen dan kesungguhan.Walaupun semalam saya pulang dari kelas jam 12,waktu petang terisi dengan kerja-kerja meng”update” movie yang dipinjam dari housemate(TQ Minah).
 
Teringat memori-memori lama bersama teman se”TAHAP” dan se”KMPH”(terutama my best fren,AKMA).Memang diakui dan telah diakui minat saya untuk berjalan-jalan sudah menurun.Saya lebih senang menghabiskan waktu cuti di rumah biarpun rasa rindu pada sahabat lama mengasak di fikiran.Sudahlah pulang ke tanah air jarang,bila pulang tidak dikhabarkan.Teringat pada Cikgu Noraini yang sudah sekian lama tidak ketemu,kali terakhir ketika mengambil sijil SPM.Cuma sms yang jadi penghubung walaupun kadangkala sms dari Cikgu tidak saya balas kerana habis kredit.Pulang ke Malaysia Aidilfitri lalu cuma 2 minggu dan kesibukan membuat persiapanAidilfitri memaksa saya melupakan hasrat bertemu dengan Cikgu.
 
Em,berbalik pada kisah terkini!Usai menonton,saya harus menunaikan janji.Memasak untuk makan malam kerana sudah 2 hari saya hanya jadi tukang makan dan tukang rasa.Pakej komplit,dari memasak nasi,3 lauk(sudah jadi kebiasaan),menggoreng cucur dan menghidangkan makanan.Selesai kerja-kerja mengemas dapur,saya terus menonong ke bilik saya di tingkat atas.
 
Memang sudah jadi kebiasaan,saya tidak akan makan makanan yang saya masak melainkan selepas sejam.(Kata emak,sudah kenyang menghidu bau makanan).Niat cuma satu,mahu merebahkan badan kerana denyutan dan sakit kepala mula menyerang.Makin dicuba melelapkan mata,makin bertambah sakit kepala.Akhirnya saya bangkit,mengedit gambar-gambar kenangan untuk dimuatkan di Gallery.(SEPINGGAN PENGALAMAN BERULAM KENANGAN)
 
Jam 9,perut mula berbunyi minta diisi(seingat saya,cuma makan kuih yang dibeli di kantin untuk mengalas perut).Makan sambil ngobrol di depan TV(ISU:Mencari Cinta).Dari satu ke satu cerita.Kantuk masih belum datang biarpun perut sudah terisi dan tak menyanyi lagi.Tiada istilah buka buku semalam.Bergelap sambil melayari interenet atas dasar memudahkan mata terlelap.Bila dah lena,memang dunia saya yang punya.
 
Sedar tak sedar, 12 jam saya gunakan untuk melunaskan dendam tidur saya.Memang berbaloi(terlampau berbaloi sebenarnya)Walaupun dapat sms,semua saya tak layan.Betul-betul tersedar bila ada panggilan masuk sekitar jam 11.30 pagi bertanyakan soalan past year yang belum saya hantar.
 
Saya memulakan hari lewat dari kebiasaan.Kata orang-orang tua,rezeki lambat masuk.Bila difikir-fikir memang ada benar pepatah “dilangkah burung murai,rezeki payah nak dapat”.Saya fikir,cucur dan sardin roll malam tadi masih bersisa di dapur.Bila turun,yang tinggal hanyalah impian.Alhamdulillah,bihun goreng sudah di atas dapur.Kerja meng’oter’ diserahkan pada saya.Teringat mimpi malam tadi(sebenarnya saya tak pasti),jamuan makan di perkuburan.Kata housemate,peringatan supaya saya bertaubat.Ada benarnya,tahap iman sudah lewat paras berjaga-jaga mungkin.
 
Hutang tidur sudah terbalas.Hutang study masih banyak yang belum terbayar.Hutang dan janji saya ketika alam Ruh terutamanya masih banyak yang saya lupa-lupakan.Sungguh berat sebenarnya menjadi seorang penghutang.Mohon kekuatan dari-Mu Tuhan.Nota Case 3(self-study) masih terhutang biarpun sudah masuk kes 11 sekarang.Tak terkejar sebenarnya.Ditambah angin malas yang datang dan susah pergi.Angin rajin yang turut kunjung tapi tidak sekuat penangan angin malas.Bila mengingat exam yang cuma tinggal 21 hari,harus terus menangkap hembusan angin rajin agar tidak terus pergi.
 
Alahai,susahnya menjadi penghutang berjaya!

No comments: