@rubiadaibrahim

Tuesday, February 23, 2016

Demam

Demam exam!
 
+ Originally posted on 8Dec2007+
 
Exam RPS yang hanya tinggal 9 hari tapi rasa malas baca buku yang kian menghantui.Secara logik akal,penyakit tak sedar nak exam ni memang parah.Jika dihitung-hitung,memang tak cukup masa untuk study.Apatah lagi,bahan rujukan yang tebal-tebal belaka.Soalan past year yang belum saya jeling,CSG yang hanya suku tercover.Aduh,parah bangat.Keadaan biasa yang melanda bila musim exam dah tiba.Rumah akan sunyi sepi bila semua orang bertapa di gua ciptaan sendiri.Waktu makan yang meriah,kemudian rumah akan sunyi sepi semula.Fenomena demam exam yang menyerang lagi.
 
Exam,penilaian sejauh mana kemampuan dan adaptasi dengan pelajaran.Saya pernah mempersoalkan kewujudan exam suatu ketika dahulu.Tak silap,sebelum percubaan spm.Pintas kawan saya,kalau tak exam,macammana nak tau prestasi kita.Memang itulah hakikat keberadaan exam.Study smart,be prepared;pesanan biasa sebelum menjelangnya exam.Bukan niat di hati ingkar dengan pesanan si guru dan dosen,namun ke”busy”an dan penyakit kurang daya tahan dengan serangan virus malas membuatkan progam study “last minute” (SLM)terpaksa dijalankan dengan jayanya.
 
Sakit kepala,seiring sejalan dengan program “SLM” gara-gara tidak cukup tidur,waktu makan yang tidak menentu dan terconcentrate menghadap buku.Teringat peristiwa zaman muda-muda dulu menjelang percubaan SPM.Silibus semua matapelajaran yang dihabiskan sebelum menjelang percubaan dengan bertambahnya kelas tambahan.Memang tak menang otak memproses topik2 yang agak berat.Paling tak dilupakan saat menjelangnya trial fizik.Secara jujur,saya tidak berminat dengan matapelajaran fizik,rumus-rumus yang complicated ditambah pengiraan yang berjela-jela.Silap satu step,silap semua jawapan dan akhirnya markah kosong lah jadi milik kita.
 
Mengenang trial Fizik,saya dan kawan meng”kamikaze”kan diri malam sebelum exam.Sebenarnya silibus fizik habis seminggu sebelum trial tapi pelajaran-pelajaran lain yang turut menuntut perhatian membuatkan kami terpaksa mengambil skim SLM sekali lagi.Tekanan kian bertambah kerana saya memang lemah dalam pelajaran fizik(overall markah C,hanya sekali dapat A) .Maka,kami dengan penuh keazaman berjaga malam tersebut.Sedar tak sedar bila azan Subuh berkumandang.Masih banyak yang belum terbaca,maka kami melangkah ke dewan dengan tawakal yang tiada henti.Memang parah sebenarnya.Soalannya memang susah,kepala yang sakit dan kantuk yang menyerang membuatkan saya menjawab seadanya sahaja.Bila berakhir exam,saat membalas dendam pun tiba.Moralnya,jangan ambik skim SLM lagi!!
 
Perasaan serik mengambil skim ini sentiasa ada,namun apakah daya ,i have to take this skim one more time(many time actually).Moga saya sempat menghabiskan proses mengintai CSG dan menghafal past year question(Habit bila dah tak sempat membuat past year question).
 
AMIN

No comments: