@rubiadaibrahim

Tuesday, February 23, 2016

Dua Dunia

Lelaki v/s perempuan.
 
Posted on 15.12.2007
 
Dua dunia yang berbeza.
Saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk berbicara panjang tentang hal ini.Namun kejutan dah sedikit krisis yang menimpa warga Anggerik Anggun sedikit sebanyak memberi inspirasi(ayat tak leh tahan) untuk saya berbicara hal dua dunia berbeza ini.Sebenarnya hal ini jika dibahas memang tak cukup sehari dua.Setiapa hari,pasti timbul rasa tidak puas hati kedua golongan unik ciptaan Tuhan ini.Inilah asam garam dan rempah ratus kehidupan.Dan yang penting,saya bukan seorang kaunselor,sekadar berkongsi pendapat dengan yang lain.
 
 Lelaki & egonya,perempuan &emosinya,keduanya punya aset yang berbeza.
Egonya lelaki dalam mengambil keputusan sering membuat emosi perempuan tercabar.Dan emosinya perempuan dalam mempersoal tindak-tanduk lelaki sering menggugat egonya seorang lelaki.Itulah timbal-balik permasalahan yang melanda dua dunia berbeza ini.Alasan lelaki mengetepikan pendapat perempuan dalam mengambil keputusan besar adalah kerana perempuan emosinal,leceh dan sering mempersoalkan hal yanga remeh-temeh.
 
 Namun bagi seorang perempuan,hal remeh-temeh itulah yang akan menjadi permasalah besar pada hari muka jika tidak dibangkitkan.Persoalan senduk,mangkuk dan kawan-kawan itulah yang akan mengganggu kelancaran majlis jika lelaki hanya memikirkan grandnya sebuah majlis.
 
Kesimpulannya,pendapat kedua-dua pihak harus didengar dan diambil kira dalam sesuatu keputusan.Biarpun pendapat sudah didengar,keputusan yang diambil harus dalam susana musyawarah.Bukan secara sms dimana ayat boleh diatur untuk menyedapkan keadaan.
 
  Dalam musyawarah,jika mahu marah,hamburkan saja.Jika tidak setuju,katakan saja.Tak perlu mengata di belakang dan tak perlu bermasam muka di kemudian hari.Dan berakhirnya musyawarah,berakhirlah segala protes dan tidak setuju.Em,rasanya tidak perlu memanjangkan bicara.Masih banyak topik yang menumpuk dan menanti giliran dibaca.
Wallahu’alam.

No comments: