@rubiadaibrahim

Friday, February 26, 2016

Hijrah

+ Originally posted on 10.01.2008+
 
Pagi yang masih sepi.Cepatnya masa berlalu tanpa disedari.Hari ini,1 Muharam 1429Hijrah.Bermulanya tahun baru dalam kalender Islam.Hijrah,satu perubahan.Berubah dari tapuk lama ke jalan yang lebih baik.Lumrah kehidupan,azam baru mengiringi setiap permulaan yang baru.Cuma yang sering jadi persoalan,adakah tercapai azam yang ditanam dalam hati bila tibanya di pengakhiran?Mungkin ya,mungkin tidak.Yang pasti,ramai yang sering kecundang di perjalanan.
 
Azam baru sempena tahun baru.Entahlah,saya merasakan tahun ini tiada azam yang spesifik di dalam kamus hidup saya.Dugaan yang datang,hanya sedikit membuatkan saya terlupa akan tarikh keramat ini.Batuk dan flu yang menyerang membuatkan saya kurang selesa.Ditambah dengan tempoh cuti yang diperpanjang membuatkan saya kurang peka dengan hal ini.Hal yang amat berbeza dengan zaman persekolahan.Jika dulu,kami ditugaskan menganjurkan Sambutan Maal Hijrah(semuanya diuruskan sendiri) membuatkan kami amat peka hal-hal sedemikian.
 
Sedikit perkongsian pengalaman.Suatu hal yang memang berbeza dengan peristiwa di Malaysia.Maal hijrah di Indonesia memperlihatkan perarakan Muslim di sini iiringi obor-obor tanpa mengira umur.Sebenarnya saya kurang setuju dengan keadaan seperti ini yang membuatkan jalan yang sememangnya sempit sesak dan macet.Bila ditanya pada tukang ojeg,katanya memang sambutannya begitu.Hal ini disebabkan kurangnya penekanan aspek cara hidup Islam dalam pemerintahan biarpun majoriti rakyatnya beragama Islam.Bila difikirkan,betapa bertuahnya saya lahir sebagai rakyat Malaysia.Alhamdulillah.
Hijrah,berubah dari buruk kepada yang baik,baik kepada yang lebih baik.Hakikat penghijrahan menuntut kearah keredhaan Illahi.Sepatutnya menilai dan muhasabah diri,meng’update’ iman setiap hari dan menghiasi peribadi dengan indahnya akhlak.Semoga tahun 1429 Hijrah membawa hidup ini kearah redhaMu Illahi.Amin.

No comments: