@rubiadaibrahim

Friday, February 26, 2016

Jodoh

+ Posted on 1.2.2008+
 
Alhamdulillah,syukur atas rezeki kurniaan Illahi.Baru pulang dari makan malam,terfikir sifat tamak yang tadi menghantui diri.Alahai,membazir pula.Tak pasal-pasal masuk group sahabat CIK TAN(bukan niat di hati).Kekenyangan yang teramat membuatkan kami(saya & Aminah)mengambil keputusan berjalan kaki pulang kerumah(jarak dalam 1km)bagi menyeruhkan PJK(perut yang berjalan ke depan).Mempraktikkan PJK sambil menikmati dinginnya angin malam di bumi Jatinangor.Alhamdulillah,syukur.
 
Jodoh,oh jodoh.
Isu yang hot 2,3 menjak ni di kalangan kami.
Macam-macam persoalan dan pertanyaan
 
Bila nak dapat jodoh?
Dan bersedia ke nak dijodohkan?
Siapa jodoh saya?Soalan-soalan familiar berkenaan jodoh.
 
Saya tak terkecuali dalam hal ini.Siapa yang tak gentar memikirkan masa depan?Alahai,kecut perut memikirkannya.Saya bukan perunding perkahwinan dan yang pasti saya tak arif dalam hal ini,cuma sekadar berkongsi sedikit pengetahuan yang dimiliki
 
“Mama,tolonglah”,”Papa,tolonglah”,”Saya mahu kawin”
 
Masih terngiang-ngiang bait-bait lagu yang terpacul dari mulut si cilik .Alahai adik,pampers pun pakai lagi,dan pandai nak kahwin. Saya menggelengkan kepala. Tercuit rasa hati. Lucu. Kenangan suatu ketika dahulu.
 
Pagi tadi,rasa ingin mendengar dan menonton ceramah melintas di hati.Membersihkan titik-titik hitam yang bertampuk di hati.Muhasabah diri,perbaik peribadi.Dah lama sebenarnya rasa rindukan taman-taman syurga menghilang.Astaghfirullah.
 
Melayari http://www.tv3.com.my,mencari-cari rakaman Al-kuliyyah(selalu menonton drama sahaja) di page Catch Up Tv.Hampa dan sedih.Target gagal dikesan.Mungkin harus mengingatkan TV3 demi kemuslihatan umat Islam yang sememangnya suka menonton(termasuklah saya).Alternatif ke-2,layari YOUTUBE.Search:Al-kuliyyah.Enter dan yesssssssss.Jodoh bhg 1-5.Kebetulan kerja-kerja mendownload laju,tak ada masalah disconnect.
 
Jodoh: apa yang nak dirisaukan?
 
Semua telah ditentukan.Namun cara yang kurang kena di kalangan masyarakat kini.Bila difikir-fikir,indah sungguh aturan Islam. Bila sudah ketemu yang diyakini jodoh dari Tuhan,harus bertemu ibubapa,harus diperbincangkan .Samada diterima tau tidak. Kemudian,ditunangkan,saatnya mengenali seseorang dengan lebih dekat. Andai dalam tempoh tersebut,rasa kurang senang berbekas di hati,rundingan dibuat. Bukan seperti adat masyarakat kini yang seakan-akan mengetepikan ibubapa dalam hal ini. Itulah silapnya kita.
FENOMENA ZAMAN SEKARANG:
Setelah puas dan berpuluh-puluh B…AN
(BERKENALAN,BERJALAN-JALAN,BERKENAN,BERCINTAN-CINTAN),barulah BERBINCANG dengan orang tua.Orang tua naik radang,si anak melawan.
 
“Hanya dia pilihan saya,saya tak boleh hidup tanpa dia”(Ayat sinonom dari drama2 Melayu)Akhirnya,timbulllah isu tak dapat restu ibubapa,kahwin lari dan sebagainya.Alahai,ayat cam pakar motivasi.Mengingat diri sendiri yang menulis dan yang lain.Berbalik pada kisah jodoh tadi.Keseronokan BER……..AN membuatkan kita lupa menyerahkan segalanya pada Tuhan Yang Esa.Kita seakan-akan lupa pada janjinya dan hakikat perjodohan dalam hidup.Mungkin kehenseman,kewarakan,kemewahan,keglamouran memikat hati kita.Sehingga kita lupa hakikat mencari keredhaan Illahi dalam sebuah rumah tangga.
 
Ingat pesan Rasulallah saw:
“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara;hartanya,rupanya,keturunannya dan agamanya.Dan beruntunglah orang yang memilih kerana agamanya”.
 
(Act,asas yang sama dalam memilih seorang calon suami)Bila harta dan berkurang,pasangan mula curang.Bila muka dah berkedut,rasa sayang mula menyusut.Bila golongan bangsawan jadi pengemis,bahagia kian terhakis.Tapi beza dengan agama di dalam hati,pasrah dan redha kan terus menemani hari-hari,Redha dalam tautan hati yang telah ditakdirkan.
 
Bila kekusutan melanda lagi,serahkan segalanya pada Allah.
 
Kembali pada kasih sayangNya. Mungkin ada dalam kehidupan kita,si isteri/suami yang baik ditemukan jodoh dengan sebaliknya.Saat itu kita dihati terbolak-balik
 
“Mana janji Allah wanita yang baik untuk lelaki yang baik?
“Siapa kita mempersoalkan hal ini.Seharusnya mencari hikmah atas sesuatu yang berlaku.
“Cakap senanglah,bukan awak yang tanggung”,
 
Kita ditempelak bila soal hikmah dibicarakan. Saat ini kembali pada ayatNya.
“Allah tidak membenankan hambanya atas sesuatu yang tidak mampu dipikul oleh hambanya”
 
Mencari mutiara hikmah di sebalik serpihan kaca-kaca musibah.Saat tak sedar,jari terhiris.Pedih,darah menitis..Bukan mudah. Jangan pernah sesekali putus rasa pengharapan pada Allah
 
Ya Allah,berikan mereka kekuatan.
Ya Allah,bukakanlah pintu hati kami dan kaum kami dengan kebenaran.Dan Engkaulah sebaik-baik Pembuka Jalan”
 

No comments: