@rubiadaibrahim

Thursday, February 11, 2016

Jom pindah

Bismillah
+ Gambar kenangan 2nd year medical student,Jatinangor 2007+
-----------------------
Sempena nak mengumpulkan cerita lama jadi cerita baru, berblog menjadi satu blog ni insyaallah akan dimulakan pada hari ini. Cerita ini saya masukkan dari blog pertama saya, rubiadaibrahim.wordpress.com, ditulis pada 23/11/2007. Selamat membaca, semoga bermanfaat.
 
Hari ini,Jumaat.Penghulu segala hari. Alhamdulillah masih diberi kesempatan menikmati hidup ini.Kebetulan saya bercuti hari ini.Semalam adalah hari yang amat memenatkan.Kelas full dari jam 7-4 ptg.Duduk di tutorial saja 7 jam.Memang capek(letih).Tutorial tamat jam 12.24,tapi jam 12.30 lab activity sudah bermula.Memang terkejar-kejar.Waktu zuhur masuk jam 11.45,harus mencuri(wajib sebenarnya)waktu lab activity untuk menunaikan solat.
 
Alhamdulillah,tutorial saya kali ini semuanya muslim,termasuklah dokternya.Jadi tidak menjadi masalah dalam menunaikan kewajipan agama.Mujurlah doktor lambat masuk,jadi bolehlah menarik nafas lega 5-1o minit.Lab activity di lab computer,satu pengalaman yang berbeza.Jika sebelum ini,di lab anatomy dan kawan-kawannya yang agak suram dan panas ,semalam di lab komputer yang ber’air-cond’ dan berteknologi(nama pun dah makmal komputer).Sempatlah sekejap “mengintai” tiket AIRASIA bulan Disember.Tapi bila kelas dah bermula,mengantuk pun datang.Ditambah pula dengan suasana yang nyaman semacam,memang susah nak beri tumpuan.
 
Bila discussion yang memaksa kami menambah masa berada di tutorial,rasa mengantuk pun makin menjadi-jadi.Tambahan pula perut menyanyi-nyanyi minta diisi.Alhamdulillah,discussion habis awal,sekitar jam 2.30 ptg.Harus mengambil buletin bulanan,In-Soft Edisi Khas Palestin yang ditinggalkan teman di kaunter satpam(pak guard).Terima kasih pada Faris & Syahrul yang sudah membahagikannya mengikut bilangan setiap batch.
 
Rasa terkejut bertambah geram jadi satu bila In-Soft yang di”stepler” tak mengikut persetujuan antara saya dan Bapak fotocopy.Alahai,dah 3 keluaran dihantar ke kedai yang sama,xkan tak boleh faham lagi kehendak pihak kami.In-Soft yang sepatutnya sewarna setiap naskah jadi berwarna-warni.Sepanjang perjalanan dalam angkot(van yang menjadi pengangkutan awam utama) saya termenung.Memang banyak kesilapan dalam proses menyiapkan In-Soft bulan ni.Keluarnya udah telat,berwarna-warni lagi.Aduh,memang gawat.
 
Pulang ke rumah,saya suarakan rasa hati saya pada teman serumah.Katanya:”Ok ape,warna-warni sikit bulan ni!”.Terpujuk sikit rasa hati,kalau diikutkan hati saya,nak je saya hantar semula semua fotokopian tu.Hujan mencurah-curah membasahi bumi Jatinangor petang semalam.Rasa takut juga bila angin kuat menampar-nampar tingkap bilik saya.Bila petir sabung-menyabung, tingkap saya tutup,langsir saya tarik.Bergelaplah saya hingga malam bila “ALPINA BLACK OUT” lagi.
 
Em,saya sempat bermain badminton petang semalam bila hujan dah sidang(ayat nenek masa saya kecil-kecil dulu),sekurang-kurang ada juga aktiviti menyihatkan badan dan yang pasti jadual riadah saya minggu ni dah terisi.Tapi sayang sedikit, main badminton bertukar jadi baling selipar bila shuttercock tersangkut atas pokok.Lebih rasa sayang,bila sebelah selipar melayang ke atas atap rumah semasa “PROGRAM SELAMATKAN SHUTTER”semalam.Alahai,terpaksalah bersendal sepanjang masa lepas ini.Hehehe.
 
Bergelap hingga jam 8 ditemani cahaya lilin.Teringat detik-detik black out di rumah(Malaysia),adik yang memangnya penakut akan mengekori saya kemana sahaja dan saat inilah yang ditunggu-tunggu mengenakan si adik yang memang nakal.Rindu pada keluarga yang jauh di mata.Rasa penat dan mengantuk bersatu tanpa dipinta,namun harus menyelesaikan kerja-kerja terakhir penerbitan In-Sot terlebih dahulu:melipat buletin berwarna-warni.Lena datang tanpa dipinta.
 
Ya Allah,berikan aku kekuatan.Amin
 
Nota di kaki:
1/ Saya sangat amat rindu pada Bandung. Doakan ada kesempatan ke sana tahun ini.
2/ Genap 27 hari abah meninggalkan kami. Al-Fatihah untuk abah!

No comments: