@rubiadaibrahim

Tuesday, February 23, 2016

Dulu

+ Originally posted on 11DEc2007+

Pagi Selasa yang masih sepi.Lagu rindu bermukim di jiwa.Intro yang sedikit jiwang ditambah dengan gambar bunga ros yang sememangnya bukan kegemaran saya.Hati berbunga ros hari ni(hehehe).Semalam yang dah berlalu dan terus jadi kenangan.Nak kongsi pengalaman menghadiri majlis silaturrahim & bermaafan batch 06 FK UNPAD semalam.Sebenarnya dah lama tak menghadiri majlis begini.Biarpun hujan dan black out melanda bumi Jatinangor,kami terus meneruskan niat menghadiri majlis tersebut.Masih sempat membawa bekalan berbuka puasa ke Masjid Ibnu Sina memandangkan jamuan makan selepas Isyak.
 
 Silaturrahim,senang diungkap,susah diamalkan.Mungkin mudah,mungkin susah.Erti silaturrahim di hati.Kadangkala kita merasakan persaudaraan kita sudah di tempat yang terbaik,namun dalam tak sedar kita mencemarkan nilai silaturrahim yang suci.Dalam tak sedar, kata dan perbuatan kita mengurangkan nilai dalam kita bersilaturrahim.Sebenarnya bukan falsafah silaturrahim yang ingin saya ungkapkan,tapi erti silaturrahim dalam lipatan kenangan hidup saya.
 
 Zaman sekolah rendah,hanya ruang lingkup enjoy dan seronok yang difikirkan.Belum kenal erti silaturrahim dan kawan-kawan.Hidup dengan kata-kata saya tak nak kawan awak,saya minta maaf,berutus surat di bawah meja.Memang childish yang bila dikenang sangat kelakar.Bila berakhirnya darjah 6,tiada lagi khabar dari kawan-kawan.Tambahan pula saya bersekolah di hulu negeri Pahang,Jerantut.Pulang ke kampung hanya sebulan sekali dan
hobi memerap di rumah membuatkan saya tidak meng”update” khabar dari kawan-kawan.
 
  Zaman sekolah menengah yang lebih matured,erti silaturrahim yang lebih realistik.Entah macammana,batch saya di’cop’ sebagai batch yang nakal,suka memberontak dan suka melanggar peraturan.Aduhai,memang susah jadi batch yang terlebih glamer.Kami pernah dikaunseling malam-malam hari gara-gara seorang kawan yang terlebih up to date(tingkatan 1 & 2).Berkurung ramai-ramai di bilik sakit yang memang sempit.Bila sampai ke sesi ‘Tazkirah’ dalam gelap(lampu ditutup),kami ramai-ramai pun memulakan aktiviti ‘SYAHID BERJEMAAH’.Nasihat dari senior-senior memang menyentuh hati(em,boleh la) tapi suasana malam yang nyaman membuat kami lebih senang melayan mata.
 
  Cop ‘pemberontak’ terus permanent di batch saya.Bila saya dilantik menjadi ketua pelajar(pengawas) akhir tingkatan 3,hidup saya diselubungi misteri(hehehe).Bukan senang mengubah rasa memberontak kepada Sami’na wa Atha’na.Aduh,susah tu.Silaturrahim yang sudah 3 terjalin mula merenggang.Mana boleh kawan dengan KP???Sindiran dari kawan-kawan membuatkan saya panas telinga.Bila menghadapi situasi begini,saya harus bijak mengubah persepsi teman-teman tersayang.Saya cari peluang mengekalkan ADA yang lama.Memang menuntut pengorbanan.
 
  Tingkatan 5 yang lebih misteri.Tahun terakhir saya menjalani kehidupan beruniform sekolah.Alahai,saat perpisahan dengan kawan-kawan yang sudah bersilaturrahim selama 5 tahun.Peritnya hidup bila saya dilantik menjadi Ketua Umum Puteri(ketua pengawas perempuan).Macam-macam karenah yang perlu saya hadapi.Perlu menegakkan peraturan sekolah dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan persahabatan yang sudah lama terjalin.Saya harus menjadi pemimpin berhati rakyat.Saya tekadkan dalam hati;saya harus mengubah dan menghancurkan tembok penghalang antara pemimpin dan student yang lain.Saya cukup tak setuju dengan pendapat senior saya yang mengatakan terlalu baik menyebabkan student akan pijak kepala dan hilang rasa hormat.Maka,saya ubah persepsi kawan-kawan.Bilik KU jadi bilik pengumpulan kawan-kawan yang malas naik ke bilik di tingkat atas.(kebetulan bilik saya di tingkat bawah dan berhampiran dengan toilet).
 
  Alhamdullillah,saya berjaya melalui tahun 2004 dengan jayanya.Bila hampir musim peperiksaan,kami akan mengadakan salam ukhwah.Sama bertangis-tangisan,pohon maaf atas salah dan silap.(sudah jadi turun-temurun).Semua pelajar puteri wajib mengertainya dan berbarislah dalam sof di surau(tahun sebelumnya dibuat di asrama).Memang penat menunggu turn bersalaman dengan orang.Sebenarnya saya bukanlah jenis yang murah airmata.Tapi bila tiba salam ukhwah,mata pun merah la.Alahai,malu pun ada.Tapi disebabkan semua orang dah tak ingat dunia,jadi saya pun join sama.Rindu sungguh pada kenangan.Hati bertambah sebak bila bersalaman dengan kawan baik ,tempat berkongsi kisah suka dan duka selama 5 tahun yang dah berlalu.Betapa silaturrahim yang dah berlalu terus kekal dalam ingatan.
 
  Semalam,keadaan yang sama tapi situasi yang berbeza.Namun kali ini,tidak diiringi air mata,mungkin kerana mahu simpan airmata,mungkin kerana silaturrahim yang terjalin belum menemui erti sebenar.Em,sulit menilai.Sampai saat ini,saya masih terus berfikir;adakah jalinan silaturrahim ini kan kekal selamanya???Wallahu’alam.

No comments: