@rubiadaibrahim

Thursday, February 11, 2016

Raja Singa

Bismillah
 
+ Kempen kahwin, original post on 24/11/2007+
 
  01.30WIB=02.30pagi waktu Malaysia.
Mata masih tak mengantuk dan memang tak nak melayan mata.Masih banyak kerja yang patut diselesaikan.Case review dan kawan-kawan yang patut diserahkan pada group tutorial saya.
 
STI(Sexual Transmitted Infection), satu penyakit yang amat “glamour” di kalangan masyarakat,memaksa saya merajinkan diri membuka buku yang bertimbun-timbun dan tebal-tebal belaka.STI(Sexual Transmitted Infection)!
 
Bila difikir-fikir,agak ngeri dan geli.Melihat gambar pun boleh hilang selera makan
.Apatah lagi berdepan dengan situasi sebenar nanti.Seketika minda saya terjana mengingat hikmah kenapa Allah swt mengharamkan penzinaan di kalangan umat manusia.
 
Firman Allah swt yang bermaksud:
”Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu merupakan perbuatan yang keji dan tindakan yang buruk.”
( Al- Isra: 32)
 
Sebagaimana yang telah jelas kepada kita,perbuatan zina ini amatlah keji
.Berbagai-bagai penyakit yang muncul akibat perbuatan keji ini,dimana berbagai makhluk halus(virus,bacteria,protozoa & kawan-kawan) yang terlibat dan menyebabkan kerosakan jasmani,mahupun rohani.
 
Ditambah lagi dengan tambahan ramuan godaan CIK TAN yang sememangnya bertujuan menyesatkan umat manusia.Sesungguhnya Islam telah mengatur cara hidup yang terbaik bagi umatnya.Allah haramkan penzinaan,tapi digantikan dengan nikmatnya perkahwinan.
 
Cinta!!
Siapa kata salah bercinta??
Memang fitrah manusia,rasa ingin dicinta dan mencinta.
Rasa cinta haruslah disalurkan ke jalan dan insan yang berhak agar tidak bertambah anak Adam yang lemas dalam lembah hawa nafsu.
 
Mungkin kata kita:”Aku iman kuat,takkan lentur iman dek godaan nafsu”.
Tapi harus diingat,masih ada CIK TAN dan sekutunya yang tidak pernah lupa menggoda,menggoda dan terus menggoda iman kita.Hari ini mungkin kita tak terkalah dek hawa nafsu dan godaan-godaan,namun hari mendatang siapakan tahu??
 
  Berbalik pada STI tadi,saya teringat discussion semalam.
 
Raja Singa,gelaran Syphilis di Indonesia.
Aduhai,nama!.Memang tak sesuai kata saya.Sikit punya glamer,tapi indah nama dari rupa.
Keadaan Pesakit dan infected organ sangatlah menjijikkkan(sepatutnya tiada istilah ini bagi seorang medical student…hehehe).
 
Bila difikir kembali,memang ada benarnya perumpaan tersebut.Raja Singa,dari cerita dongeng kanak-kanak digambarkan sebagai binatang yang paling berkuasa tapi bila dah sampai ajal si Raja ini,siapa yang takut? Begitulah juga nasib si penghidap Syphilis,masa sihat aku yang punya.Bila sudah terkedang sakit,semua dah tak peduli lagi.
 
Ya Allah,berikan kami kekuatan iman agar kami tidak terdorong akan godaan nafsu dan hasutan musuhMu. Jauhkanlah kami dari dosa melanggar perintahmu.Amin
 
P/S:
1/ Kes di Malaysia pun banyak juga. Nak mengata tapi tak terkata dek tuntutan kerja. Sedih, malu dan pilu melihat kondisi masyarakat hari ni. Dah jauh tersasar, kembalilah ke pangkal jalan. ALLAH kan Maha Pengampun.
 
Wallahu'alam
 

No comments: