@rubiadaibrahim

Tuesday, February 23, 2016

Seram

+ Posted on 18.12.2007+


Masih ada 2jam.47 minit sebelum menghadapi exam BHP.Exam RPS yang agak menyeramkan telah berlalu dengan tikaman dan tembakan berpeluru tawakal semalam.Bukan tak baca,soalan pun tak susah mana tetapi memori yang bercampur aduk di kepala membuatkan saya terpana ketika menjawab soalan.200 MCQ berkenaan reproductive system membuatkan saya agak terkejar-kejar mengabiskan soalan.Ditambah dengan soalan yang panjang berjela-jela.Alahai,penat juga tangan menghitamkan jawapan.Biarpun sudah sejam berlalu,saya masih terkial-kial menjawab soalan ke-35.Kecut perut juga,bimbang tak sempat menghabiskan soalan.

Alhamdulillah,10 minit sebelum berakhir,saya berjaya melengkapkan lembar jawapan dengan jawapan yang tak pasti betul atau tidak.Keluar dari dewan peperiksaan,seperti biasa,keinsafan akan melanda.Kekesalan tak study awal,fenomena biasa sebenarnya bila exam berakhir.Bermula sem baru,azam dan semangat baru yang berkobar-kobar tapi pasti tercalar sedikit demi sedikit bila perasaan ‘nak enjoy’ dan ‘biar dulu’ datang tiba-tiba.Em,bilalah nak berubah betul-betul???Ada,insaflah kamu!!!!!!!!!!!!!!!

Saya sebenarnya bukan nak berkongsi pengalaman menembak jawapan ketika exam.Tapi sesuatu yang melanda jiwa kami,perasaan seram dan takut bila menginjak dewasa.Tahukan berkaitan apa?Menjadi dewasa memerlukan pengorbanan dari semua aspek kehidupan.Zaman remaja yang enjoy,zaman kanak-kanak yang merengek-rengek dan zaman bayi comel yang terus jadi kenangan.Alahai,saya dah nak masuk alam dewasa rupanya.Dah tak cute,hehehe.Dah hilang no 1 di deapan umur.Alahai,sedihnya perasaan.

Memang ikutkan perasaan,nak kekal jadi kanak-kanak riang yang tak perlu fikirkan komplikatednya dunia.Tapi apa-apa pun,hidup mesti diteruskan.Mahu terus jadi remaja,jiwa pemberontak yang mungkin sudah berkurang seiring meningkatnya umur. Melangkah ke alam dewasa,tanggungjawab yang berat sudah menanti.Suatu hari pasti berkeluarga,melahirkan permata hati,membesarkan penghibur hati dan melalui hari-hari yang tidak pernah dihikirkan sebelum ini.Alahai,seramnya rasa.

Paling seram bila berbicara soal menjadi seorang ibu.Perasaan seram bertambah-tambah bila belajar reproductive system sejak dua menjak ni.Mujur sahaja saya tidak pernah lagi melihat orang bersalin di depan mata.Belajar teori pun dah rasa nak pengsan.Susahnya nak bersalin.Jika preterm pregnancy,si ibu harus diberi tocolytic agent bagi mengelakkan kelahiran pra-matang.Jika si ibu sudah ditahan 24jam tapi belum menunjukkan tanda mahu melahirkan,tindakan segera harus dilakukan,labor induction/augmentation.

Memang sukar menjadi seorang ibu.Kerana itu,Rasulallah berpesan agar menyayangi ibu 3x melebihi ayah.Teringat pada mak,tabahnya mak melahir dan membesarkan kami 10 beradik.Bertambah rasa terharu yang bermukim di dada,mak melahirkan saya yang breech presentation di rumah.Breech presentation,jika secara vaginal delivery memang agak sulit.Mak,betapa sulitnya saat mak melahirkan saya.Terima kasih atas segala pengorbanan mak.

Seram,menjadi seorang dewasa dengan rasa seram yang kian bertambah.Harus mengharungi dengan penuh ketabahan.Merindui detik-detik yang dah berlalu,moga ianya kekal dalam lipatan kenangan.Tuhan,berikan saya kekuatan dalam menghadapi hari mendatang.Amin.

No comments: