@rubiadaibrahim

Friday, February 12, 2016

Ukhwah

+ Posted on 071215, saya rajin sangat dulu+
 
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah….
Setelah sekian lama tidak mengukir sedikit pengalaman.Bukan kerna sudah hilang rasa mahu menulis,berkongsi pengalaman mahupun terus mengukir kenangan.Saya yang terus dilanda kesuntukan masa melayari internet,ditambah voucher internet limited(hanya 150 jam) yang tersisa 2 saat ketika berakhirnya bulan November lalu membuatkan saya melupakan erti Syifa Hati seketika.


 Seminggu berlalu,seminggu jugalah pengalaman dan kenangan menjadi guru yang paling bererti.Sebenarnya,sudah lama saya melarikan diri dari kesibukan.Bila kesibukan melanda diri,memori lama terus menghimpit dan mendesak fikiran saya.Perasaan rindu akan rakan & sahabat seperjuangan terus bertamu di dada.Kenangan itu terus sebati di lubuk hati.
 
Kesibukan menuntut seribu pengorbanan.Kurang tidur,kurang makan,kurang upaya itulah symptoms bila kesibukan datang lagi.Namun dalam kesibukan saya menguruskan sesuatu,saya bertemu sesuatu yang saya cari setelah sekian lama.Alhamdulillah,syukur padamu Tuhan.Sesuatu yang amat bermakna,sesuatu yang membuatkan saya terus tegar berdiri dalam perjuangan hari ini,sesuatu yang mengingatkan saya pada yang dah berlalu.
 
Saat ini,saya masih menunggu teman yang dah lama tak kunjung tiba dalam diari saya(rindu sgt),berkongsi cerita dan bergelak ketawa.Ya Allah,betapa indah ukhwah itu.Sudah lama sebenarnya saya tinggalkan erti ukhwah itu dan sudah sekian lama jugalah saya mencari erti ukhwah itu di bumi asing ini.Saat hati ditambat rasa takut akan sesuatu,Kau hadirkan ia kembali.
 
Terima kasih,Ya Allah.
Bercerita tentang ukhwah.Ukhwah bukan semudah ungkapan kata,bukan semudah mengukir kata manis pujangga.Namun ukhwah lahir dari hati yang tulus.Teringat satu kisah,bila rasa berukhwah sudah menyatu di hati,beribu batu pun kan tetap diingati.Terus merindui kenangan lalu.
 
Dengar derap tapak kaki,belum melihat dia,hati sudah tau siapakan gerangan si dia.Ya Allah,indahnya ukhwah itu.Rasa sayang akan kenangan itu,rasa ingin terus memutar waktu agar manisnya & haruman ukhwah terus terpatri di hati.Belum membuka mulut meluah bicara,hasrat hati sudah terungkap melalui tatapan mata.
 
Sungguh,saya rindu akan ukhwah itu.
Bila dua diri mencintai Illahi,bergabunglah jiwa,bersatulah hati
Dua jiwa satu cinta,Dua jasad satu matlamat
Bila cinta kerana Allah,berpisahnya pasti tak resahBila rindu pada yang Satu,bertemu pasti tak jemu.
Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah

No comments: