@rubiadaibrahim

Tuesday, March 22, 2016

Jom Kahwin

+ Originally posted on 2.7.2016+
 

Amboi,cantiknya kad.Ko nak kahwin dah ke?”tanya teman saya.
 
“Isk,mane ade.Aku nak letak dalam blog la,tgh menulis pasal jodoh.”balas saya.Sekadar menambah seri entry JODOH2.Berseri ke??Ok la kot.
 
Entry semalam yang belum habis dibicarakan.Ditemani lagu Amar;Epilog Persahabatan dan tiupan angin sepoi-sepoi dari luar rumah.Tenang,aromaterapi dari haruman bunga Harum Sundal Malam membangkit semangat menulis di petang hari.Melayari berita-berita tanah air tercinta dan melakukan sedikit penambahan maklumat.Tahniah pada Ning Baizura dan Omar Syariff atas perkahwinan baru-baru ini.Moga kekal hingga ke akhir hayat.
 
Mentaliti masyarakat yang sebegini harus diubah:
”Kalau artis,mesti tak tahan lama punya.2,3 tahun lagi bercerailah tu!!’ .
 
Seharusnya,menjadi tanggungjawab seorang muslim pada muslim yang lain mendoakan kebaikan dan kesejahteraan saudara seagama yang lain.Sikap masyarakat yang melantik diri sendiri menjadi JURI AWAM TAK BERTAULIAH memang patut diubah.
 
Jodoh datang,ditentukan oleh Allah swt setiap hambaNYA berpasang-pasangan dalam membina sebuah baitulmuslim membuktikan kekuasaan Allah swt dalam mengatur kehidupan hamba-hambaNYA.Firman Allah swt:
 
‘Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. ‘ (ar-Ruum:21)
 
Baitul muslim terbina berlandaskan syariat yang telah ditetapkan.Bermula kehidupan berumah tangga,masing-masing mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan.Hari-hari yang kian berseri dengan kehadiran cahaya mata.Em,mungkin lebih kepada alam sebelum perkahwinan dalam perkongsian kali ini.Saya belum berkahwin dan yang pasti belum terniat untuk berkahwin.(CONFIRM,YAKIN & PASTI)
 
Sebelum terbinanya baitul muslim,ciri-ciri pasangan idaman disenaraikan.
 
WANITA 1:Calon suami mestilah beriman,tak tinggal solat,tinggi,good looking…………………………………………….
 
LELAKI 1:Calon isteri mestilah cantik,menghormati orang tua,berambut panjang………………………………………….
 
Berbagai-bagai ciri disenaraikan.Andai calon tak berkelayakan dan tak menepati ciri-ciri idaman,SELAMAT TINGGAL ROMEO…SELAMAT TINGGAL JUWITA.Maka,kecewalah si dia.Ketika ini,macam-macam perkara buruk dan tak masuk akal dilakukan kerana kecewanya ditolak.Saat itu,lupa sudah akan janji dan ketetapan Illahi memberikan yang terbaik pada hamba-hambaNYA.
 
Bertemu dengan yang lain.Jiwa terubat,janji terpateri.2 keluarga mengambil kata sepakat untuk pasangan dinikahkan.Tarikh :20 Disember 2012(cari tarikh yang cun katanye.Kedua pihak:OK)
 
Mas Kahwin:Senaskah al-Quran(cari keberkatan.Kedua pihak;OK)
 
Hantaran :201220.12(same tgh tarikh,bukan niat ape-ape.Kedua pihak:OK)
Semua ok,majlis pernikahan pun tiba.Pakaian berbelas-belas pasang(jenuh nak menunggu waktu makan),hantaran berpuluh-puluh.Penat mak andam melayan karenah raja sehari(mujur jadi raja sehari je),tapi takpe poket akan terisi.Memang glamour habis,maka termuatlah berita perkahwinan dalam semua tabloid dan berita.Teriktiraflah sebagai Wedding Of The Year.(tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah mati)
Itulah gambaran terikatan jodoh zaman kini.Alaf baru,trend baru kata orang.Silap kita sendiri,mana kesederhanaan yang dianjurkan Islam dalam membina sebuah baitulmuslim?Tak tergambar tujuan mencapai keberkatan dan keredhaan Illahi.Bila badai melanda institusi kekeluargaan,jalan penyelesaian tak tercapaian.Hal ini kerna terikatannya dengan adat yang kadangkala bertentangan dengan Islam.Sesetengah ahli masyarakat menganggap adat itulah menentukan yang menentukan kelangsungan sebuah perkahwinan sehingga timbulnya isu “BOMBASTIK” dalam pelaksanaan sebuah pertemuan jodoh.
Yang dituntut dalam Islam dalam membina sebuah rumahtangga hanyalah Mas Kahwin,bukannya hantaran yang berjumlah ribuan ringgit.Walimatulurus(Kenduri) adalah sebagai pengisytiharan ikatan suami isteri dan mengelakkan fitnah dan dalam suasana penuh sederhanaan.Bukan berlebih-lebihan sebagaimana keadaan yang berlaku kini.Buat kaum hawa di luar sana,jadilah seperti Ummu Sulaim yang mahukan Kalimah Syahadah dari Abu Talhah sebagai mas kahwinnya.Semoga kita semua beroleh rahmat dari Illahi.AMIN

No comments: