@rubiadaibrahim

Tuesday, March 22, 2016

Parut...

Bismillah...
+ Abah, saya rindu sangat-sangat+
 
Parut tu tak cantik tapi....!
 
Ini kisah benar,12 tahun berlalu.
Selama ni simpan sendiri.Hari ni nak berkongsi.Semoga bermanfaat.
Saya anak peneroka.
Saya anak penoreh getah.
Saya budak besar di kampung.
Adik beradik ramai dan kami dari kecil dah ikut mak abah wan aki ke kebun.
Masa kecil dah kutip getah sekerap atau bersihkan cawam getah bila cuti.

 Dah besar sikit abah dengan mak training menoreh dan pelan getah. Awalnya memang hancur batang getah.Sampai takutlah mak abah nak bagi saya toreh getah. Kalau luka nanti lama2 buruklah batang getah dan cepat mati.

Alah bisa tegal biasa.
Lama lama terror juga dan cantik dah menoreh. Cuma terror pun boleh jugak silap juga.Dah nama pun manusia kan. Saya tlong abah menoreh getah masa cuti sekolah sebelum trial SPM 2004. Masa tu entah macammana pisau getah jatuh atas tangan dan luka betul dekat pergelangan...

Terus berhenti dan tahan airmata. Punyalah taknak abah nampak sebab baru je menoreh 4 baris..Kalau saya berhenti kesian dekat abah nak habiskan sorang2 walaupun abah menoreh lagi laju dan cantik torehannya dari saya.

Tapi bisa pisau getah tu memang tak boleh tahan..
Menggelitik rasanya.Pedih sangat.Nak pulak dah kena air masam pokok getah tu.
Alternatif kat kebun masa tu hanyalah pokok hutan. Walaupun dah letak daun kapal terbang dgn air liur tetap juga sakit.

 Sudahnya abah perasan juga dan terus suruh saya berhenti menoreh..Laju start motor dia..Hantar balik rumah dan bertegas nak suruh jahit luka tangan kiri ni..
Saya taknak sebab takut jarum.
Sebenarnya lebih pada taknak jahit sebab dengarnya kalau jahit nanti kena pergi bukak jahit.Masa tu tak lama dah nak balik sekolah untul trial SPM.
Taknak kalau kena pergi klinik exam pun akan kelaut..
Balik sekolah dgn luka masih tak baik.

Ambik exam dengan tangan kiri lurus atas meja.Sesekali sakit bila luka terkena kain baju..Tapi tetap tabahkan hati!Allahu.
Yang paling saya ingat..
Abah tegas nak suruh hantar klinik jahit.
 Puas dia pujuk..

Kata abah:
Nanti berparut tak cantik tangan...Nanti orang nak pun jadi taknak anak abah ada cacat cela...

Saya tetap taknak.
Saya kata kalau orang yang ikhlas dia takkan pandang cacat cela ni.

Kemudian abah balas dengan ayat ni..
Parut luka tu nanti akan jadi bukti pada Allah Ada tolong abah susah payah cari rezeki untuk kita..
Dan parut tu kekal hingga ke hari ini.

Ada kawan bila tengok parut tu betul dekat pergelangan ingatkan saya ada suicidal attempt..Eh saya tak buat kerja2 tu!.Kadang malas nak layan saya sengih jek..Sebab hati ini dah terubat dengan pujukan abah yang dia akan jadi bukti sama bersusah payah dengan dia.
Dan saya percaya,
Ramai antara kita belajar dengan pengalaman.Kesusahan tu jadi cikgu untuk hidup lebih baik..Susah2 dulu insyaallah akan senang kemudian..
ALLAHU.
Hari ni dah lebih 2 bulan abah pergi.
Terima kasih abah sebab ajar saya jadi manusia yang baik hari ni!
Yang kenal erti susah sebelum senang
Yang sentiasa gembirakan hati anaknya.

 Moga Allah balas segala kebaikan abah dengan syurga..(",)
Alfatihah untuk abahku Hj Ibrahim bin Ahmad.Saya terlalu rindu!
ALLAH, sayangilah dia.
 


1 comment:

MaY_LiN said...

jgn putus doa utk abah