@rubiadaibrahim

Wednesday, May 18, 2016

Dulu V/s Sekarang

Dulu,
Datang sesuka hati..
Nombor giliran panjang mengeluh..
Komen sana sini kata servis lambat.
Masuk nak dapat rawat muka masam....
Sepatah ditanya seribu patah jawabnya.
Nak cepat tahu sakit..
Nak laju je dapat ubat..
Nak balik kerja/rumah cepat2..
Kalau perlu bagilah cuti rehat..
Kalau tak puas hati kutuk2..
Kalau geram marah2..

Sekarang,
Datang kena tepat masa..
Semput kejar giliran panjang tak hilang2.
Servis dah pecut pakai enjin turbo
Nak lari ke tandas pun tak sempat
Orang komen laju minta maaf
Kadang tak sempat orang komen pun
Tak terawal say sorry.
Sengih kena ada sentiasa
Pening satu soalan seribu jawapan
Sakitnya yang mana satu ni?
Ubatnya bukan satu dua nak bagi.
Cuti rehat hanya untuk yang sakit
Yang sihat silalah kerja semula..

Dulu sepatah haram tak tahu,
Sekarang semua bab sakit kena tahu

Dulu sokmo nak komen,
 Sekarang jaga2 diri sendiri dikomen.

Dulu sikit2 nak viral,
Sekarang salah sikit glamour diviral..

Dulu muka masam mencuka tak apa,
Sekarang masam kena cop telan cuka..

Dulu tak faham boleh tanya,
Sekarang tak faham you ni doktor apa?

Dulu saya pesakit,
Sekarang saya rawat orang sakit..

Kalau tak kena tak tahu,
Kalau tak jadi tak mengerti,
Kalau tak simpati cubalah empati..

 Sebab doktor pun manusia.

Nota di kaki: layankan jelah saya punya luahan perasaan ni ya. Adios.
2 bulan berswang blog..Adeyh!

Wallahualam.

No comments: