@rubiadaibrahim

Monday, May 23, 2016

Kejar Keretapi


Bismillahirrahmaniirahim


Nak kejar keretapi..

Dah setahun lebih saya di Beaufort.
Pendalaman bawah Sabah nan indah😀
Dan kerap kali juga dengar ayat ini:

"Pesakit ni kena masuk dulu.Dia nak kejar keretapi pukul 12 doktor.."

" Saya jalan dari rumah tadi pukul 3 pagi doktor.Ni pun petang baru sampai"

" Saya tak dapat tu buat BSP sebab susah bha mau keluar. Boleh ka saya buat di rumah jiran, dia ada tu mesin gula."

" Kalau dekat bersalin, saya tumpang rumah saudaralah di Beaufort."

Pesakit- pesakit saya memang baik.
Jarang-jarang yang tak datang temujanji.
Walaupun dari Halogilat, sempadan tenom harus naik keretapi dan perlu jalan kaki tetap datang bila disuruh.

 Pernah awal kerja dulu saya pertikaikan bila mereka mahu potong queue.
" Kalau lambat, kesian orang lain lama tunggu.Bagilah orang awal masuk dulu."

Bila difikir sekarang, kurang baik saya ni.
Hinggalah staff tegur saya tentang realiti sebenar..Allahu!

" Mereka ni naik keretapi doktor.Kalau terlepas pukul 12 nanti, petang baru ada. Kalau cuti sekolah, lagilah susah mahu balik."

Saya terpempam.
Kalau petang jam 5, pukul berapa sampai.
Belum lagi hujan petir dan lainnya.
Jujur saya sangat terperanjat bila pesakit ceritakan 12jam perjalanan kliniknya.
Dan selepas tu, saya agak toleransi.
Saya dulu pun pernah susah.
Kalau kita tak rasa kita tak tahu.

Selama setahuni ni, saya niat.
Saya nak tengok sendiri rumah mereka.
Saya nak tahu sendiri laluan mereka.
Dan saya nak naik keretapi lama tu.
Saya rasa susah mereka kalau boleh.
Cuma setahun ni kurang bernasib baik.

Semalam saya balik dari Tenom,
Niat memang nak intai rumah mereka,
Sambil menikmati alam ciptaan Tuhan,
Berbekalkan rm2.75 saya teruskan niat.
Dan saya terkejut, terpempam.

Jalan keretapi itulah jalan utamanya.
Laluan kecil antara sungai dan bukit.
Kalau hujan, bersiapsiagalah kemungkinan tanah runtuh dan banjir.
Saya yang sekali naik, cuak kot bila keretapi tiba-tiba undur ke belakang.
Rupanya tanah runtuh dan batu diatas trail menyekat laluan kami.
Lama jugalah berhenti, memang coverage tak ada langsung.
Nak tenangkan hati, banyakkan selawat.
Intai pemandangan luar yang indah.

Alhamdulillah,
Semalam hampir 3jam perjalanan dan akhirnya sampai.
Dan sungguh, saya kagum dengan kecekalan penduduk pesisir pendalaman.
Yang tangguh dan kuat hati mereka.
Yang tak pernah hilang dari radar kami.
Yang patuh dengan nasihat kesihatan.
Susah bisa tegal biasa!

Moga Allah mudahkan semua urusan.
Dan diberikan kesihatan yang baik selalu.

Bukan senang nak jadi senang,
Bukan payah nak mudahkan susah,
Dan jadi doktor kena ada hati.
Moga hati saya ni baik selalu hendaknya.
Oh ya, hari Isnin ni jom kerja positif ya!

Wallahu'alam.
Moga bermanfaat.


No comments: