@rubiadaibrahim

Thursday, May 19, 2016

Manis..(",)


Bismillahirrahmanirrahim

Encik, boleh kurangkan sweet tak?
Dah terlebih manis gula darah isteri!

Gambar nasi kerabu hiasan semata.
Kurang sesuai untuk ibu mengandung yang manis bergula..(",)
---------------------------
Petang tadi baru nak punchcard,
Terkocoh2 JM oncall panggil saya....
Minta saya review result BSP patient.
Predinner BSP yang dibuat jam 5 petang.

Masuk bilik prosedur,
Pesakit muda ditemani suaminya.
Yang inilah saya nampak naik motor tadi.
Berpegangan tangan masuk klinik.
View begini jarang ada okay!

Ok ni sedikit detailsnya..
Anak pertama dan kandungan agak besar.
Datang monitor blood sugar profile(BSP).
Isteri ada Gestational Diabetes Melitus@Kencing Manis mengandung dari usia kandungan 20 minggu.
Faktor risiko hamil kembar..👥
Bacaan tengahari tinggi sikit.
Bacaan petang ni tinggi banyak.
Senang kata BSP lebih dari 4-6.
Dalam erti kata lain tak dikontrol baik.
Poorly controlled BSP...

Saya pandang isterinya,
Muka dah risau.Suami lebih lagi.
Maka bermulalah sesi kaunseling expres.
Biasa kes macam ni perlu masuk hospital untuk stabilkan bacaan gula dan jika perlu mulakan pemberian insulin jika masih tak terkawal..

" Mahu risau apa?Aku kan ada temani kamu! Masuk lama sampai seminggu ke doktor?."
Kuang2, doktor sengih sorang2.

 Encik ni beromantika pulak depan saya.
Pujuk memujuk sebab mestilah nak yang terbaik untuk dua nyawa dikandung.

" Gula tinggi sebab 2 yang makan tu doktor.Kalau bahagi dua, masih okay tu."

Encik, kalau dah tinggi tetap tinggi ya.
Kalau berdua buat jadi tinggi maknanya tidak bagus untuk baby.
 Apa2 cerita pun esok masuk hospital ya.

Puan dan encik angguk faham.
Moga selamat semua hendaknya.
Manis2 pun gula kena control diet okay.
And this story make my day...(",)

Nota di kaki:
1/ GDM @ Kencing Manis ketika mengandung bila ujian MOGTT puasa >/= 5.6 atau >/= 7.8 2jam selepas makan.

 2/ BSP atau kawalan gula yang baik adalah 4 hingga 6
3/ BSP dilakukan sebulan sekali jika kawalan baik dan 2 minggu sekali jika tidak terkawal/kurang terkawal.

 4/ BSP kurang terkawal perlu pemantauan lanjut dan jika perlu diberikan insulin

 5/ Rawatan untuk GDM adalah kawalan diet yang sihat.
Jika tidak terkawal juga barulah diberikan insulin

 6/ Suami yang manis hendaklah bekerjasama supaya gula darah tidak terlalu manis hingga menjejaskan kandungan dan kesihatan.
 
Moga bermanfaat.
Wassalam..

No comments: