@rubiadaibrahim

Wednesday, June 8, 2016

Alhamdulillah


Bismillah


Alhamdulillah,
Segala puji bagi ALLAH yang masih memanjangkan usia kita semua. Alhamdulillah, bertemu lagi dengan Ramadan, bulan diturunkan Al-Quran. Bulan dimana adanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan bulan dijanjikan pahala berganda setiap amalan kita.
( Ayat ni ayat biasa saya guna masa jadi editor majalah In-Soft di Bandung dulu..layankan aje)


Alhamdulillah,
Hari ini masuk 3 Ramadan. Saya pun dengan rasminya berumur 30tahun 8 hari kalau diikutkan bulan Islam. Dah masuk 3 series ni kenalah berubah, kena jadi lebih baik dan insyaallah hamba-NYA yang beriman. Rasanya dah lama sangat mempersiakan masa dan nikmat usia yang ALLAH bagi. Jadi, dengan datangnya Ramadan kali ini, memang berazam dan berusaha jadi yang lebih baik.  Insya-ALLAH.


Alhamdulillah, tahun ini rasmi tahun ke-2 saya berpuasa di Sabah dan bertugas sebagai Medical Officer@Pegawai Perubatan. Banyak perbezaaannya berbanding tahun sebelumnya. Yang paling jelas, lebih banyak masa lapang dan boleh beribadah dengan tenang. Maklumlah, masuk kerja pukul 8, pukul 5 dah balik. Kalau zaman housemanship@HO dulu, jarang sangat jumpa dengan matahari.

Tahun pertama jadi HO, sebulan puasa di posting Jabatan Perubatan@ Medical. Memang busy tak ingat. Boleh dikira dengan jari sahaja berapa kali saya sempat solat sunat tawarikh. Kebanyakan masa di hospital. Sesekali bila wad dah tenang, larilah sekejap ke surau hospital.


Tahun ke-2, Ramadan di wad Ortopedik. Masa ni memang sihat dan walafiat, banyak masa terluang berbanding di Medical. Gumbira betul sebab hari-hari pun boleh ambil turn pergi Bazar Ramadan. Nak solat terawih pun lebih senang dan tenang. Rekod 2 tahun lepas, raya tak beraya sangat pun. Oh, cerita raya nanti-nanti baru story okay!


Alhamdulillah, tahun lepas saya di Sabah. Pertama kali jauh sikit dari keluarga sejak balik dari perantauan..Suasanana puasa yang sangat berbeza,. Tenang lebih lagi sebab lebih banyak masa terluang. Mostly saya puasa di sini, seminggu sebelum raya baru balik ke rumah. Tahun lepas, memang rajin sangat saya telefon abah bagitahu saya berpuasa awal. Tak lupa jugak inform yang saya dah berbuka awal. Lain-lain cerita, yang tak best pun nak cerita kat semua.


Kalau diingat-ingatlah, tahun sebelum ni memang sedih sebab tak banyak sangat ibadah saya. Banyaknya lebih kepada merawat pesakit sehari-hari. Dan saya pujuk hati, kerja saya itu pun ibadah juga. Insyaallah, ALLAH berikan ganjaran setiap keikhlasan dan bantuan yang saya hulurkan.

Tahun ini, insyaallah lebih masa yang ada. Saya ikiut flexi hour masuk pukul 7.30 pagi dan balik lebih awal jam 4petang. Azam tahun ni tak mahu pergi bazar, Alhamdulillah masih kuat semangat sampai hari ke-3 ini. Azam ibadah banyak, secara umumnya mahu lebih baik dari semalam-semalam.

Insyaallah, nak terawih setiap hari. Tak mahu lompang-lompang


Nak khatam Quran lebih dari sekali. Nak cuba habiskan 2juzuk sehari.
Nak jadi orang bermanfaat. Saya cuba postkan doa2 dari Al-Quran di FB.
Nak hafaz semua surah-surah yang dulu saya ingat. ALLAHu, teruknya pelupa sekarang.
Nak banyakkan buat kebajikan..Nak jadi orang yang sweet, kurang marah-marah
Nak menulis lebih kerap, cerpen dan novel yang membina.
Takmahu lagha-lagha sangat!Cukuplah melara tahun-tahun lepas.

Jom la kita azam dan usaha sama-sama.

Moga tahun ini tak jadi golongan yang rugi.
Insya-ALLAH!

Moga bermanfaat.
Wallahu'alam


1 comment:

MaY_LiN said...

selamat berpuasa doc ada
hepi belated besday
semoga ramadhan tahun ni lebih baik dr tahun lepas