@rubiadaibrahim

Saturday, June 4, 2016

Anak saya...

Anak saya semua pandai..
Mak senyum lebar.
Ini mak yg overconfident.

Ada juga yang sengih-sengih saja.
Lama tunggu jawapan tak kunjung tiba.
Confius semacam bila ditanya semula.

Mama,anak dah pandai apa?
Anak saya semua pandai sudah!

Adoidoi,mama tu umum sangat jawapannya.
Boleh bagi details tak?,pinta saya lagi.

Mama geleng kepala.
Saya sengih saja.


 Hujungnya mama tagih soalan lain.

 Memang inilah gelagat mama bila disoal saat temujanji M-Chart permata hati mereka.
Biasanya saya galakkan ibu2 ini bercerita sendiri tanpa guide dari saya.
Kalau dah stuck sangat,barulah dibantu.


Mama,anak pandai memanjat.
Angguk..Itu memang dia kerja dia tu.

Anak pandai menconteng?
Memang hebat sangat. Habis dinding semua dia lukis.Penat saya mahu bersihkan.

Sayang,mana mata?
Si kecil kelip-kelip mata.comel juga kenyit-kenyit mata dengan doktor...
Pandai makan sendiri.
Ini hobi baby. Tapi berhabislah baju dia tumpah makanan.

Tahniah mama,
Anak lulus ujian.
Boleh balik sudah.
Nanti jumpa lagi umur 3 tahun.

Emak sengih lebar.
Kalau bab bagi balik,memang happy betul.

Kalau tak sesuai perkembangan,
Emak tarik muka bimbang. Mendung dah.
 Boleh balik tapi dengan temujanji dan surat rujukan..

Inilah rutin temujanji anak


MChart dibuat usia 18bln dan 3 tahun.
Tak perlu panjang2 cerita, cukuplah empat aspek yang dinilai sahaja

 Kalau lulus, maknanya baguslah.
Kalau ada kelambatan, perlu dirujuk segera untuk penilai dan intervensi.


Anak nampak lambat,
Kena risau dah beritahu petugas kesihatan.
Jangan biarkan sampai lambat dan menyesal.
Masa depan anak-anak di tangan orangtua.

Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tiada gunanya.


p/s: baru balik bercutri dari mabul.
Tanned sampai patient tengok pun terkejut. Nasiblah badan.
Insyaallah akan cuba balik menulis cerpen/novel yang membina.
Doakan ye.

Moga bermanfaat.
Wallahu'alam

1 comment:

MaY_LiN said...

semoga d beri kelapangan ye doc