Syed Ihsan Fayyadh dan Syarifah Iman Atfiya adalah
anugerah paling bernilai dalam perkongsian hidup kami. Kelahiran mereka 5 tahun
lalu mengubah rentak rumahtangga Syed Faizal Adli dan Nurhuda Diyana. Dari
episod mendung bergerimis menjadi episod
indah berpelangi. Sastera habis ayat aku kan? Kau orang layankan aja peel ibu
mengandung yang cuba-cuba nak berjiwa karat sikit ni. Dulu-dulu aku tak macam
ni. Rock
and roll tu aku dah simpan elok-elok sejak menjadi bunda. Sesekali rindu
nak jadi gila-gila macam dulu. Serious!!
Kalau kau orang nak tahu, banyak
sangat kisah duka setahun awal perkahwinan kami. Macam-macam dugaan dan cubaan
menimpa kami. Kalau tidaklah kerana jodoh masih kuat, entah-entah tak ada dah
cerita kami hari ini.
Kami?
Bestkan
perkataan itu. Iya, ini kisah kami. Maafkan aku sebab lama sangat sepi tanpa
berita. Sedar tak sedar 5 tahun dan beranak dua. Insyaa-ALLAH, tak lama lagi
nak bertambah jadi tiga. Banyak sangat berita nak dikongsikan dengan kau orang
semua. Insya-ALLAH aku akan cuba buka lembaran kisah kami satu persatu. Oh ya,
anggaplah kisah kami ini kisah orang biasa saja! Bacalah kisah kami ibarat
membaca diari seorang perempuan yang punya hati untuk mencintai. Mencintai
keluarga kerana ALLAH, aku memang sah sayang sangat pada semuanya. Kalau
ditakdirkan Tuhan, aku nak hidup selamanya gembira bersama mereka.
Bersama meniti senja menanti fajar
nan indah.
Bersama meniti usia senja dengan
rasa cinta yang tak bertepi.
Bersama berganding tangan menuju
cinta dan redha ILLAHI.
Maaf sekali lagi. Dua tiga menjak
ni bahasa aku memang berbunga-bunga. Mungkin penangan rindu yang sarat di dada
kot. Tengok, jiwang karat lagi. Pembawakan budak ni memang pelik kan?
Macam-macam benda luarbiasa jadi biasa. Pelik bin ajaib perangai mak budak.
Jadi, kalau cerita ni terlebih unsur sasteranya silalah tegur aku.
Okey semuanya senyum dulu sebab
aku dah nak mula cerita ni.
Cerita hari ini temanya cerita
kami.
Bismillah, moga cerita ini ada
manfaatnya ya.
Aku masih ingat saat aku membawa
diri jauh dari Faizal dengan tema korban kasih 6 tahun dulu. Aku yang berkorban
demi kasihkan dia kononnya. Semuanya kerana janji aku pada Syarifah Ain
Batrisya, tunang tak jadi Faizal ketika itu. Sekali teringat, memang drama
betul aku dulu-dulu.
“ Saya akan pulangkan Faizal
sebaik sahaja kes kami selesai.”
Itu janji aku pada Syarifah Ain
Batrisya di awal perkahwinan kami. Janji itu aku buat kerana rasa bersalah pada
dia, seharusnya dia tak lalui fasa memalukan itu bersama aku. Seharusnya dia
bahagia dengan Ain tanpa aku jadi batu penghalang. Belum lagi geram dengan
Faizal yang endah tak endah dengan isteri koboi dia ni. Nama sahaja suami
isteri, namun seorang ke kanan dan seorang bawa haluan ke kiri.
Seharus dan sepatutnya mereka
mengikat janji kasih berdua. Tinggal beberapa minggu sebelum mereka diraikan
dalam majlis penuh meriah, maklumlah keluarga berada dan ternama. Namun tulisan
dan takdir Tuhan mengatasi segalanya. Telah
tertulis, bukan Ain jadi suri hidupnya. Aku jadi pengganti dan diberikan mahar
sebagai isteri. Dalam terkejut dengan perangai Faizal yang tak tetap pendirian,
pandai-pandai betul aku memateri janji. Janji korban kasih yang tanpa sedar
mengorbankan hati aku sendiri. Sadiskan?
Dan janji harus dikotai. Walaupun
rasa sayang mulai mendalam, aku buang
dari sudut hati paling dalam. Kami berjuang hampir setahun lamanya di kandang
persaksian, membuktikan kami tidak bersalah dengan pertuduhan yang tak kami
lakukan. Walaupun sorang ke kanan dan seorang ke kiri, dia tetap pandai mencuri
hati ini. Ada sahaja momen yang membuatkan aku nanar dalam rindu. Ada sahaja
saat yang meruntun hati kecilku. Dan yang pasti, dia tetap berusaha memastikan
aku kekal sebagai isterinya. Kerana kata dia, penantian selama 10 tahun akhinya
terbalas dengan lafaz akad nan suci. Sedangkan aku?
Aku sudah redha saat kami sah jadi
suami isteri. Walaupun awalnya tidak rela, namun aku terima semuanya sebagai
suratan takdiri. Kunfayakun. Kalau kata ALLAH jadi, maka jadilah. Cuma aku meletakkan syarat dalam ras redha
itu. Aku tak mahu pandangan serong masyarakat hinggap di muka aku. Kes-kes
khalwat ini bukan kes mudah, nikah free dengan calon tangkap muat ya. Tak juga
macam drama selalu di TV. Sesungguhnya, tak wajib pun kahwin sebab nak tutup
malu. Ada saluran undang-undang untuk membuktikan kau tak bersalah. Cuma
pandangan dan mentaliti masyarakat sahaja yang membuatkan orang jadi pasrah
dalam terpaksa. Bukan macam skrip drama ya. Bila kau kena tangkap basah, mak ayah
paksa kahwin nak tutup malu dan selesai macam tu aje.
Kes khalwat akan dibawa ke
mahkamah, dibacakan pertuduhan dan dihukum jika disabitkan kesalahan. Kalau tak
salah, boleh membela diri dan ada rentatan perbicaraan kes. Kisah kami melalui
fasa turun naik mahkamah hampir setahun lamanya. Bab turun naik mahkamah ni
nantilah aku ceritakan. Banyak sangat flight of ideas gara-gara lama tak
bercerita kan? Minta maaf sekali lagi. Jom berbalik pada kisah korban kasih.
-------------------------------------------------
Tiga bulan selepas kami sah
menjadi suami isteri, aku bertemu dengan Ain Batrisya di rumah mertuaku buat
pertama kalinya . Ain adalah kawan baik Farah, dan sah-sah menantu pilihan
keluarga Faizal. Bila aku yang dipilih Faizal, Auntie Cah dan Uncle Fauzan
(panggilan sebelum jadi menantu) terpaksalah menerima aku seadanya. Tambahan
pula, aku memang pandai memasak dan rajin. Sesekali masuk bakul angkat sendiri
boleh ya?Haha. Pertemuan kami sebenarnya tanpa sengaja dan mungkin juga
disengajakan. Maklumlah, Farah awalnya memang tak sukakan aku. Impian dia nak
berkakak iparkan Ain hancur dek kemunculan aku, Syarifah No Name.
“ So how marriage life? Are you happy now?,” soal Ain sinis ketika
itu.
Muka dia tak usah cakaplah, memang
tajam menjerlung pandangan matanya. Farah sengaja mempertemukan aku dengan Ain,
ibarat bertemu buku dengan ruas. Auntie Cah pula mahukan aku dan Ain berbaik
seperti sedia kali. Walaupun sebenarnya aku dan Ain tak pernah bermusuh pun
sebelum ini, aku turutkan sahaja permintaan dia. Lagi pun, tak elok berbahagia
di atas penderitaan orang lain. Soalnya, aku bahagia ke?
“ Ain, I’m sorry. Saya tak tahu
boleh jadi macam ni,” lirih aku membalas pertanyaan dia.
“ Really? Orang yang rasa bersalah
tak akan tikam perempuan lainlah.”
Ain mendengus geram. Agaknya aku
ni kecil sahaja di matanya. Kalau tidak, takkanlah berkali-kali dia mengetap
bibir dan mengejek setiap butir bicara aku.
“ Saya tahu saya salah. Faizal
yang tekad Ain. Permintaan keluarga juga, saya tak mampu nak lawan. Cukuplah
sekali saya malukan mereka,” balasku cuba berdiplomasi.
Aku pun bingung dengan perasan
sendiri. Memang awalnya, aku bertegas tak mahukan dia. Aku menentang hebat
cadangan kedua keluarga, ketiga sebenarnya menyatukan aku. Aku mahu berjuang
habis-habisan sehingga tersingkap kebenaran. Cuma, ilham dan jawapan
istikharahku tidak begitu. Jawapan itu tak terucap saat ini.
“ Then, you nikah dengan dia sebab
tak mahu malukan keluarga? Nope. You
terima dia tu maksudnya you memang ada hati dengan dia juga kan? Bukan sebab
keluarga semata-mata. Cukup berlakon Nur.”
Ain membuat kesimpulan sendiri
akhirnya setelah lama aku berdiam tanpa jawapan. Iya, memang jawapan aku tak
selari dengan hakikat. Kalau hanya nak kembalikan nama baik keluarga, kena kena
menikah? Bukankah dengan redha bermaksud secara tak langsung mengakui
kesalahan. Oh Tuhan, berlikunya hidup ini!
“ Do you love him?,” tegas Ain bertanya.
Aku hanya berdiam diri. Dalam hati
dah lama mengiyakan. Di mulut memang tak terucap. Beraninya aku nak mengaku
terang-terangan. Memang menempah mautlah kalau aku katakan ya.
“ If you not love him, then let
him go. Saya akan tunggu dia walaupun lama. Saya sayangkan dia sangat-sangat
Nur. Saya tahu dia sahajalah boleh terima saya seadanya, boleh bimbing saya,”
rayu Ain.
Aku terpempam. Ini bukan kali
pertama Ain merayu padaku. Kali pertama dulu ketika aku baru berkenalan dengan
keluarga mertuaku. Dan berkali-kali juga melalui kiriman pesanan di telefonku.
Dan sekian kalinya, dia menagih rasa simpati dariku.
“ Nur perempuan dan saya pun
perempuan. Nur mesti fahamkan perasaan bila orang yang kita sayang hilang
tiba-tiba. Saya merayu pad Nur, tolong saya.”
Lirih suaranya sambil menggenggam
erat tanganku. Melayang sekejap hati dengan luahan dia. Ain yang cantik, Ain
dari keturunan baik-baik, merendahkan diri merayu kerana cintanya.
“ Saya janji dengan Ain saya akan pulangkan
Faizal bila kes kami selesai. Ain boleh pegang janji saya.”
Entah kenapa suara itu yang
terlontar. Janji yang sangat tekad, janji yang aku ucap tanpa memikirkan impak
yang akan mendatang. Biarlah aku yang berkorban kasih. Faizal pun belum kenal
benar siapa aku. Mungkin rasa cinta 10 tahunnya akan merudum bila kenal siapa
aku yang sebenar. Selagi kami masih boleh hidup dalam dunia sendiri, aku harus
membataskan kemesraan, aku harus membuat tembok pemisah supaya tak terpupuk
rasa sayang. Supaya tak terjeruk perasaan bila saat perpisahan itu datang.
Dan sungguh, hatiku walang bila
serentak dengan itu Ain memelukku erat.
“ Terima kasih Nur. Moga Nur jumpa
orang yang lebih baik nanti.”
Dalam tergamam, aku biarkan sahaja
dia menangis. Walaupun sedih, biarlah aku rawatnya sendiri.
------------------------------------------
Mahkamah rendah syariah jadi
saksi. Kami berjuang habis-habisan, dan akhirnya kami dinyatakan tidak
bersalah. Tidak cukup saksi dan memang jelas kami di sana atas urusan kerja
semata-mata.
“ Walaupun demikian, hendaklah
kamu menjauhi zina dan jalan ke arahnya. Jagalah ikhtilat dan perhubungan
manusia. Jauhi perkara yang menimbulkan fitnah dan syak wasangka. Jika suka dan
cinta, dekatlah dengan hubungan yang lalal dan bernikahlah. Moga ALLAH
memaafkan segala kesalahan dan kekhilafan kita.”
Hakim menutup sidang perbicaaran
dengan nasihat penuh mendalam. Lama aku berteleku dan bermunajat dalam diamku,
mengucap syukur pada nikmat kemenangan ini. Bila aku mengangkat muka, Faizal
tersenyum lebar padaku. Itulah senyuman yang menguatkan kaki melangkah ke sini
setiap kali perbicaraan. Dan hari ini, mungkin kali terakhir senyuman itu jadi
milikku.
“ Dah menang pun masih nak nangis
ke?,” dia bertanya dengan nada bersahaja.
Mesra betul suaranya. Aku cuba
mengukir senyuman paling manis buatnya.
“
Menangis dalam gembira tak salahkan?,” balasku perlahan.
Sebak
di dada ALLAH sahaja yang tahu. Kalau hari ini kemenangan, bermaknan hari ini
jugalah hari perpisahan. Semalam Ain menghubungiku, mengingatkan aku pada janji
yang hampir aku lupa. 9 bulan bukanlah masa yang singkat ya saudara-saudari
sekalian. Walaupun kami tak duduk sebumbung, Faizal tetap mencari masa
menemuiku. Walaupun kami tak penah bersama, suami tetap suami. Sebagai isteri,
jatuh rasa sayang hanyalah pada dia.
“ Tak salah menangis Nur. Cuma kalau boleh saya nak tengok
Nur senyum lebar-lebar. Saya rindu sangat pada Nur yang happy good lucky tau,” pinta Faizal penuh harap.
Aku mengukir senyuman penuh makna. Senyumlah lebar-lebar Nur, supaya nanti jadi
teman hari sepi tanpa aku. Moga senyuman ini jadi kekuatan untuk dia mengarungi
hari mendatang.
“ Macamni barulah Syarifah No Name saya. Senyum sokmo,
positif selalu. Barulah rasa dunia abang punya,” guraunya sambil menangkap
tangan kananku.
Aku menjengilkan mata dengan reaksi spontannya. Walaupun kami
sudah menikah, jarang kami pamerkan aski terlebih mesra di khalayak umum. Kami
masih membataskan perhubungan kerana itulah janji kami diawal perkahwinan.
Hanya selepas semuanya selesai, kami akan berbincang semula hal suami isteri.
“ Alhamdulillah, kes mahkamah
kita dah selesai. Kes kita suami isteri ni tak selesai lagi Nur. Insya-ALLAH, saya
nak hidup dengan Nur seratus tahun kalau iziinkan Tuhan. Moga Allah memberkati
perkahwinan kita selama-lamanya!”.
Ucapan itu
penuh harap. Wajahnya terpancar raut gembira. Aku diburu resah, bimbang andai
jodoh kami hanya setakat di mahkamah syariah sahaja. Bimbang andai perjuangan
kami untuk membuktikan kebenaran akhirnya meleraikan ikatan pernikahan ini.
Sungguh, hatiku berlagu pilu!
Dia mengatur langkah sambil mengganding tanganku. Mengajak aku berjalan
seiringan, bertemu saudara mara yang sedang menanti. Dari jauh aku perhatikan
umi dan mummy saling berpelukan. Entah apa ertinya pun aku tak tahu. Yang
pasti, mereka mahu kami membina rumahtangga sakinah mawaddah warahmah. Cuma,
mampukah aku?
“ Kakak, tahniah sebab degil dengan keputusan kakak. Umi harap lepas ni
kakak tak degil lagi ya,” bisik umi saat memelukku. AKu termangu seketika.
Maksudnya?
“ Dah jadi isteri orang, kena selalu taat pada suami. Apa juga jua kata
Faizal, jangan buat keras kepala. Lepas ni, syurga kakak dibawah telapak kaki
suami tau.”
Tegas benar umi menyampaikan maksud. Dalam terpaku, aku hanya
menganggukkan suara. Kami sepakat hanya akan bersama selepas kes selesai. Dan
aku, ingin benar hasrat itu terlaksana. Namun tuntutan akal, mahu aku melakukan
sebaliknya.
Aku bermain dengan fikiran sendiri. Saat mummy memelukku, aku masih
diawang-awangan. Memang berita gembira ini harus diraikan. Pandangan Farah
disebelah mummy menghantar maksud cukup dalam. Sebagai kawan baik kepad Ain,
aku faham maksudnya. Bila dia menggenggam erat tanganku, hatiku makin terguris.
“ Tahniah dan takziah Nur. Jangan lupa, manusia berpegang pada janji ya.”.
ALLAH, tolong aku mencari jawapan yang tepat.
Dalam diam, aku sudah tekad. Biarlah masa menentukan segalanya.
Kau orang rasa tak apa yang aku rasa ni. Kalau rasa, boleh tolong bagi
nasihat membina tak? Sebab sekarang ni, aku tak mampu berfikir dengan jelas. Yang aku nampak hanyalah potret Ain dan Faizal tersenyum mesra. Dan aku, hanya melukut di tepi gantang. Sampai masanya aku kembali ke gagang seorang.. ALLAHU, kuatkan aku.
----------------------------------
Salam alaik,selamat membaca. Berharap sangat boleh terima tulisan BBB yang caramarba ni. Alahai, pening kepala baca tulisan sendiri. Moganya anda tak pening macam saya. Nak tulis simple saja tapi keluar plak ayat bunga-bunga bahasa. Harapnya boleh layankan saja saya ya. .Doakan moga ada kekuatan untuk menulis cerita lagi. Insya-ALLAH. Selamat berpuasa, moga Ramadan kali ini lebih bermakna. Insyaa-ALLAH.
4 comments:
SALAM DH ADER VERSI CETAK KE? ACTUALLY NI FIRST NOVEL SAYA FOLLOW....
wslm.belum lagi..will inform once available.insyaallah
semoga d beri kelapangan tuk smbg cite pejal n huda ye
Salam.... Bila nak keluar buku nie... lama dah tunggu.. x sabar nak baca...
Post a Comment