@rubiadaibrahim

Sunday, June 19, 2016

Hari Abah.


Bismillah..


Hari abah,
Bukan sehari dalam setahun,
Bukan seminggu dalam sebulan
Bukan sesaat dalam sedekad,
Bukan sekelip dalam sedetik,



Kerana dia adalah abah,
Dari anak pertama hingga terakhirnya,
Dari gerakan pertama hingga detik kelahiran,
Dari tangisan kecil hingga suara menggoncang dunia,
Dari tak punya apa-apa hingga kita Berjaya,


Dan dia seorang abah,
Dari rambut hitam hingga memutih,
Dari kuat hingga akhirnya lemah,
Dari gagah perkasa hingga derik akhirnya,
Dan dia tetap seorang abah.



Abah yang penyayang dalam diamnya,
Abah yang prihatin dalam marahnya,
Abahnya penyabar dalam bengisnya,

Kerana anak-anak dia tetap berjalan,
Tetap berkorban dalam tuntutan amanah,
Hingga baju sendiri pun tak berganti,
Sehingga urat tenggalam timbul sendiri,
Kerana dia seorang abah.



Dia yang mengucapkan azan dan iqamah.
Dia setiap hari pertama kita menjengah dunia,

Dia yang menngucup penuh sayang,
Setiap kali berkelana jauh nan panjang

Dia yang memberi nasihat dan buah fikir,
Setiap kali bingung antara baik buruk.


Dia yang sentiasa ada,
Dalam hati dan jiwa ini,
Moga ALLAH rahmatimu abah,
Kerana dia seorang abah.


Ya ALLAH, ampunilah dia, rahmatilah dia, kasihanilah dia dan berikan jannah buatnya.

Nota di kaki: 5 Bulan sudah, rindu sokmo.



2 comments:

MaY_LiN said...

����

Siti Khatijah Diana Mohd Hatta said...

Salam kenal. Jemput singgah di blog saya. :)

ctkhatijahdiana.blogspot.my