@rubiadaibrahim

Tuesday, November 29, 2016

Move On..

Assalamualaikum wbt..

Lama sangat-sangat tak menulis blog. Dah makin banyak labah-labah bersarang dekat sini sebab tuannya lupa dia ada lawan sesawang ni. Maafkan saya wahai sesiapa yang dating membaca. Banyak urusan Negara yang perlu diselesaikan dalam tempoh waktu yang lalu...

+Terbanglah di langit yang luas+


Gambar di atas antara gambar trip New Zealand tak lama dahulu. Tahun ini dah jadi burung tak bersayap kalau nak tahu. Banyak kali hamper setiap bulan turun naik kapal terbang. Paling legend sekali kononnya bila terbang ke benua Antartika itulah. Dah hampir sebulan dari tarikh pergi tapi susah beno nak move on. Setiap hari gatal je tangan nak post gambar dan berkongsi cerita.Makanya bertabahlah kalau dekat instagram bersepah gambar throwback holiday..

Antara catatan bergambar cuti-cuti New Zealand 28-8/11/2016.
Bolehlah cuti mata beramai-ramai ya.


+ Day 1 Lake Taekapo +

Inilah geng travel saya kali ni. Dari kanan cepat posing..Hehe!
Izaini: teman seflight paling lama setakat ini. Jauh kami terbang dari Kota Kinabalu ke Christchurch
Aimi: guide original dari New Zealand, PHD student di Lincorn University
Ferra: adik paling muda remaja, Eqien:budak paling suka hujan
Saya : peminat warna warni, tudung pun dah pelangi.


+Kami dan lupine+


Lupine masih malu-malu nak keluar. Inilah antara lupine yang paling besar kami jumpa, makanya excited kemain nak bergambar. Untuk pengetahuan, masa kami pergi penghujung musim bunga, Namun demikian, lupine adalah bunga musim panas. Kalau pergi pertengahan November Insyaallah banyaklah kesempatan berjumpa lupine. Kalau tidak, jadilah minah pengejar bunga macam kami.Auch!

+ Lupine pujaanm ramai+

Close up lupine. Masa ini tak banyak lagi kalernya. Bertabahlah menghadap apa yang ada.


+ Off to Mont cook+

Dalam perjalanan dari Tekapo ke Mont Cook. Berhenti tepi jalan dan snap gambar.
Jalan memang lengang dah sepi..Sesuka hatilah buat macam jalanraya kita yang punya. Dimana pun berada semua pun ada gunung ganang bersalji di atasnya. Jadi marilah ke New Zealand. Kempen ni tak berbayar ya.

+ Tramping Mont Cook+


Aktiviti pagi keesokannya harinya, nanti kita cerita details entry akan datang. Kegiatan berjalan sekeliling gunung ni dipanggil tramping. Kenapa tak panggil hiking? Maybe sebab banyak jalan landau jek kot. Yang sebenarnya saya pun tak tahu.Hehehe...

+ Jambatan demi jambatan+


Ada 3 jambatan gantung perlu lalu untuk sampai ke hujung. Jalan perlahan--lahan,, lama-lama sampai jugaklah. Sejam setengah pergi dan samalah balik. Kalau memang suka berlari bolehlah sampai lebih cepat. Naik basikal tak boleh la ye.

+ Kamera alert activated+


Semua pun gila bergambar. Pantang Nampak kamera, semua senyum lebar. Masih di pertengahan perjalanan. View sangat cantik, dimana pun bergambar hati gumbira.


+ End of journey+


Mont cook, destinasi paling hujung dah. Ada tasik di hujung ni, kami dipaksa pandang matahari. Demi efek gambar cantik, layankan jek la photographer tu..

+ Savannah+

Gambar on the way balik dah. Sampai je campervan penat tak hingat. Then journey continue..
Untill next entry, Insyaallah.


Doakan saya rajin menulis
Saya pindah ke tempat baru untuk sementara waktu, insyaAllah ada masa dan kesempatan.
Yang berharap novel diterbitkan, saya minta maaf. Nampak gayanya jiwa menulis cerita karangan tu makin lama makin mati. Sedang berusaha menghidupkan kembali.

Salam sayang buat semua.
Assalamualaikum


1 comment:

MaY_LiN said...

bestnye dapat bercuti
adaaaa..moga ade mood nk smbg novel tu eh..nak tau gk ending nye