Aku cuba bangun walaupun susah untuk mengerah kudrat yang ada. Suasana di rumah sunyi sepi saat ini. Si kembar kesayangan sudah pun Farah jemput jam 9 tadi. Puas jugalah memujuk Fayyadh yang tidak mahu meninggalkan aku seorang diri. Katanya, dia sudah berjanji dengan ayah untuk menjaga bunda.
“ Kalau jadi apa-apa dengan bunda macammana?,” rayunya penuh sayu.
“ Insyaallah tak ada apa yang
jadi. ALLAH kan ada jaga bunda. Abang pergi sekejap je pun. Lepas ambil ayah,
abang balik kan,” pujukku sambil memeluknya.
Si adik hanya tersengih-sengih
dengan abangnya yang terlebih manja. Berbanding dengan Atfiya, memang Fayyadh
suka dimanjakan. Kadang-kadang terlebih mengalahkan anak perempuan aku pula.
Atfiya lebih berdikari. Kalau orang mengajak berjalan, mudah sangat mak ayahnya
dilupakan. Nak pula dengan Auntie Farah, lagilah lupa daratan. Alahai anak!
Selepas keduanya meninggalkan
aku, aku kembali tertidur. Penat sungguh rasanya selepas menunaikan solat
dhuha. Entah bila aku terlelap pun aku tak sedar. Sedar-sedar aku masih dalam
telekung dan terbaring atas sejadah. Bunyi telefon bertalu-talu pun tak mampu
menggangu tidurku. Telekung di kepala aku tanggalkan. Aku lipat rapi dan letak
di hujung katil. Kalau ikutkan badan yang penat, memang berjam lagilah aku
tidur. Telefon aku capai, 10 missed call! Wah, memang hangat di pasaran hari
ni! Lain tak bukan Encik Faizal Adli yang membuat panggilan tak bersambut.
Aku buka whatsaap dan nama
pertama mestilah dia. Berpuluh-puluh belum dibaca. Kesiannya dia. Aku jeling
jam di dinding, baru jam 1130. Maknanya baru setengah jam dia sampai. Kecohnya
bukan main. Nombornya aku dail dan tak lama sudah bersambut.
“ Sayang okay?,” laju dia
bertanya tanpa sempat memberi salam.
“ Assalamualaikum, alhamdulillah
okay.”
Dia menjawab salam sambil ketawa
perlahan. Suka sangat buat kepoh, inilah jadinya.
“ Sayang dah sampai KLIA
ke?..Abang tengah tunggu bag ni. Lama keluar sebab bawa besi buruk dari Paris.”
Aku tergelak kecil. Amboi
semangat betul beli Eiffel Tower nak dipasang di rumah. Mengarut betul.
“ Sampai dalam mimpi je
mampunya. Tak jadi ambil abang tau. Kenalah balik sendiri.”
“ Hah, mana boleh macam ni! Kan
semalam dah janji.”
Nada suaranya dah berubah,
merajuklah tu. Sebiji macam Fayyadh kalau aku malas melayan.
“ Janji dicapati abang. Tak
larat nak ke KLIA, Farah yang tolong jemput. Don’t worry, mini us is waiting for you there. Baru nak buat suprise
dah tak berjaya. Minta maaf ya abang,” jelasku manja.
“ Something not right isn’t? Are you hiding something from me dear?,”
tekanya. Nadanya mula tegas.
“ Tak adalah, abang. Tak larat
dah tua-tua nak main sorok-sorok. Something
big awaiting. Kena balik dulu, baru boleh bagitau. Surprise kan?,” pujukku
lagi.
“ I can’t wait. Manjanya suara sayang, ni lagi
tak sabar nak balik ni. I love you .”
Romantis benar suaranya, macam
zaman bercinta pula. Ops, silap. Macam baru lepas kahwin saja rasanya. Perasaan
sayang makin menggebu-gebu. Rasa rindu tak usah cakaplah, sentiasa rindu.
“ We love you too. Cepat balik
ya. Sayang nak mandi dulu. Nak wangi-wangi cantik untuk abang.”
“ Wah specialnya…Tunggu abang
ya. Assalamualaikum.”
Aku masih tersenyum walaupun
suaranya sudah tak kedengaran. Parah, sakit mabuk ni. Yang rasa saja tahu.
---------------------------------------------------
Aku menunggu Faizal sampai
dengan debaran. Meja makan sudah aku persiapkan sempena kepulangnya. Memang
parah mabuk di awal kandungan ini. Berbeza benar ketika mengandungkan di
kembar. Walaupun baru mencecah usia 8 minggu, peritnya aku sahaja yang
menanggung. Kalau dulu aku masih aktif bekerja seperti biasa dan tak perasan
pun aku mengandung. Yang aku tahu ketika itu, selera makan aku berganda-ganda
dan badan naik macam dipam-pam. Rupa-rupanya ada dua orang yang makan sekali.
Kali ini, selera makan macam
biasa. Tidak juga makin banyak, tak pun makin sikit. Cuma badan memang perlukan
rehat sentiasa. Melayan anak yang makin lasak, kerja di butik yang tak berat
pun penatnya berganda-ganda. Harapnya tidaklah sampai ke 9 bulan. Harapnya
biarlah bersusah-susah di awal, bersenang-senang di kemudian hari. Tidak
mahulah aku mengulang episod gerimis selepas panas itu sekali lagi. Cukuplah
sekali.
“ Ya ALLAH, permudahkanlah
urusan kami,” seruku di dalam hati.
Yang ditunggu akhirnya tiba.
Kereta Farah sudah pun masuk ke perkarangan rumah. Dari jauh aku perhatikan
Faizal meriba anak daranya. Lebar senyumannya bila melihat aku menantinya di
muka pintu..Kata orang hilang penat bila melihat orang tersayang. Sebaik sahaja
kereta berhenti, laju pintu belakang kereta dibuka. Fayyadh berlari ke arahku
dan memelukku erat..Ini dah kenapa?
“ Ayah kan hot! Biasalah jadi rebutan,” jelas Faizal bila aku memandangnya.
Aku mencebik bibir. Tak
habis-habis dengan perangai perasan dia. Mujurlah tak menurun ke anak-anak.
“ Haip, bibir tu nak kena ni. Tak
baik suami balik jauh-jauh buat muncung sedepa,” tambahnya lagi.
Perlahan bibir aku menguntum
senyuman. Fayyadh masih memeluk kakiku. Aku peluk badannya sambil memujuk
perlahan. Atfiya sudah pun berlari masuk ke rumah dengan sebekas beg kertas
yang pastinya upah dari ayah yang lama meninggalkannya. Faizal menghampiriku.
Aku menghulurkan tangan, bersalaman dan mencium tangannya. Dia balas dengan
genggaman erat satu lagi tangan mengusap kepala Fayyadh. Kebiasannya, sudah
dapat ciuman di dahi. Kalau tidaklah ada Farah dan si abang yang merajuk,
mungkin dia akan memelukku lama.
“ Orang merajuk rugi tau. Adik dah
buka mainan dia pun. Abang tak mahu tengok ke apa abang dapat ni.”
Faizal memancing reaksi Fayyadh
sambil menghulurkan beg kertas bersaiz sederhana besar. Laju tangan si kecil
menyambarnya. Tak lama kemudian, senyuman sudah terukir di bibirnya. Fayyadh berlari ke dalam rumah, menyertai
Atfiya di ruang tamu. Seketika, riuh rendah suara mereka kedengaran. Farah
menghulurkan bagasi kepad Faizal dan beriringan kami masuk ke dalam rumah.
“ Wah, sedapnya bau! Ini yang buat
rasa tak nak pergi jauh-jauh lagi ni,” kata Faizal sambil melangkah ke meja
makan. Segenap ruang dapur sudahpun dipenuhi aroma masakan campak-campak aku
yang tak seberapa. Walaupun tidaklah setaraf restoran tapi bolehlah untuk
mengisi perut. Faizal saja yang berlebihan memujiku.
“Wah, meriahnya. Ada nasi ayam
berempah, kek gula melaka. Amboi kak, boleh buka restoran makan segera ni.
Mujur tak ada lilin je. Kalau tidak jadi candle light lunch dah.” gurau Farah
pula.
“ Semua makanan campak-campak je.
Akak marinate dari semalam pun. Mujurlah Farah tolong ambil abang tadi. Kalau
tidak, orang Paris la kena tolong masak,” balasku sambil mengarahkan Faizal
duduk.
“ No problem kak! Kalau macam ni upah dia, setiap hari pun Farah
sanggup tolong tau,”
Farah mengambil tempat
bertentangan dengan kerusi aku. Anak-anak masih sibuk dengan mainan
masing-masing. Niat mahu memanggil mereka makan terbantut bila Faizal memaut
tanganku supaya duduk.
“ Kembar dah makan tadi. Auntie Farah
belanja makan ayam KFC tadi,” jelasnya.
“ Patutlah main tak ingat bunda
dah. Perut kenyang hati senang rupanya?,” selorohku.
“ Farah tak kenyang lagi kak.
Perut ni kan cop DBKL.”
Serentak kami ketawa. Farah masih
dengan perangai gila-gilanya walaupun sudah bergelar tunangan orang. Tak lama
lagi nak jadi isteri orang pun masih begini. Paku dulang paku serpih. Mengata
orang, aku pun apa kurangnya. Kalau jumpa geng keluarlah segala suara ketawa hilai
Pontianak. CUma dengan Faizal aku jadi ayu, seayu, ayunya. Kan dah janji nak
jadi isteri mithali lagi solehah..Hehehe.
Faizal membacakan doa makan.
Seketika suasana hening sebelum kami menjamu selera. Setelah sekian lama
berjauhan, saat-saat begini memang aku nantikan. Dengar doa makan pun syahdu menangkap jantung
hati, inikan pula kalau usai solat berjemaah nanti. Terlalu rindu untuk
bercerita dan berkongsi suka duka dengan dia.
“ Sayang tenung abang lama-lama ni
kenyang ke?.”
Teguran Faizal mematikan
lamunanku. Dari tadi sesuap nasi pun belum masuk ke mulut rupanya. Ralit aku
memerhatikan dengan berselera menikmati air tangan isterinya. Aku tersengih
malu. Farah dari tadi hanya menyuap nasi tanpa memandang kiri kanan..Bila
ditegur begitu, Farah memenangkan aku.
“ Kenyang la abang. Kan Kak Nur tu
demam rindu. Dah ada ubat depan mata, makan pun dia tak kisah kot.”
Faizal ketawa senang. Laju
tangannya mahu menyuap aku pula. Dengan mulutnya ternanga sekali. Aku turutkan
saja. Bukan selalu bermanja-manja.
“ Lupa pula abang kan penawar hati
jiwa Nur,” selorohnya.
Kami
berbalas pandangan dan tersenyum. Pandangan mata yang redup dan mempesonakan.
Bukan pandangan mata 5 tahun lalu yang penuh rasa geram dan benci selepas
insiden aku melawan dia di JKR. Kalau diimbas balik, memang Faizal jauh berubah.
Dia kan pencinta yang setia.
Faizal
bercerita tentang perjalanannya ke Paris kali ini, buat kali pertamanya
berjauhan dengan kami. Semua urusannya lancar cuma hatinya saja tidak kuat.
Mana nak kuat, kalau buah hati jauh dari mata. Alahai, pandai betul bermain
kata. Jangan main kata dan mata dengan perempuan lain sudahlah.
Ucapan
terima kasih dari mulutnya aku terima bila dia habis round ke-2. Anak-anak
datang menyertai kami dan hanya mahukan kek sahaja. Memang kek gula melaka
kegemaran kami sekeluarga, ditempah khas dari The Caravan Café tidak jauh dari
rumah kami. Sedap hingga menilat jari ya..Farah yang kononnya tak minat pun
bertambah dari secubit kepada sepotong bila aku pelawa dia makan. Tak lama kemudian, Farah meminta diri untuk
pulang.
“
Mem besar tanyakan Farah, bila nak masuk butik. Hilang la tu kaki tangan kita tak
ada,” ujarnya sambil berlalu ke kereta. AKu dan Faizal hanya tergelak. Kalau
nak tahu, aku adalah tangan mummy dan kakinya adalah Farah. Kalau tidak ada
kami, hidup sunyi tak berpenyeri tahu!
“
Kirim salam mummy. Minta maaf hari ini ponteng lagi. Bulan ni gaji separuh
bulan pun tak apa. Insyaallah, esok Kak Nur masuk kerja ya,” balasku sambil
berpamitan.
Kereta
Farah menderu meninggalkan rumah. Faizal masih memandangku tidak berkelip.
“
Kenapa abang?,” soalku sambil memaut tangannya.
“
Ada apa-apa yang Farah tahu abang tak tahu ke?,” bisiknya.
“
Kata surprise. Tunggu dan lihat sajalah nanti.”
Aku menghadiahkan senyuman sebelum
berbisik di telinganya. Genggaman di tangan kian erat.
---------------------------------------------------------
Aku memberanikan diri untuk
bercerita. Bercerita dari hati ke hati walaupun hakikatnya bukan mudah. Sebagai
seorang penghidap penyakit jantung sejak lahir (kongenital) , berita kehamilan
ini ibarat bom jatuh ke riba. Dengan sejarah lama yang membuatkan airmata
lelaki Faizal jatuh, sudah tentulah aku harus bersedia dengan reaksinya. Samada
dia gembira atau tidak, biarlah masa yang menentukan. Kes kehamilan anak kembar
dulu adalah kes berisiko tinggi. Awalnya memang kehamilan aku tempoh dengan
indah sehinggalah usia kandungan aku 7 bulan, berbagai komplikasi mulai timbul.
Dan seribu kesyukuran bila kedua bayiku selamat dilahirkan di usia 36 minggu.
Sekali lagi, kami harus melalui fasa yang mendebarkan ini.
“ Abang sayang Nur kan,” soalku
membuka bicara usai kami solat Zuhur berjemaah. Faizal dan aku masih di atas
tikar sejadah. Dia memandangku penuh kasih.
“ Always, sejak 10 tahun lalu
sayang. Nur tahu kan hati abang,” balasnya.
Aku menguntum senyuman manis.
“ Terima kasih. Nur tak tahu nak
mula dari mana sebab kasih sayang abanglah Nur bertabah 9 bulan mengandungkan
kembar dulu. Abang suami terbaik dunia akhirat.”
Tangan aku Faizal capai.
“ Terima kasih sayang sebab bagi
peluang abang jadi ayah. Walaupun degil tak mahu dengar cakap abang 5 tahun
lepas, Nur tetap perempuan yang paling abang sayang tau.”
Dia ketawa kecil. Seketika memori
lalu menjelma. Bila aku disahkan hamil anak kembar dan status salah satu bayi
dalam kandungan kemungkinan menghidap sakit jantung, aku berdegil untuk
meneruskan kandungan. Padahal ketika itu, baru masuk 5 bulan dan diharuskan
menghentikan kandungan jika berbahaya kepada ibu. Aku tetap dengan keputusan
aku untuk melihat keduanya lahir ke dunia. Dan kedegilan aku itulah menjadi
kebahagian kami selama ini.
“ Abang tetap sayang Nur kan kalau
Nur nak mengandung lagi?.”
Akhirnya apa yan terbuku aku
luahkan juga.
“ Dua dah cukup sayang, Kita dah
ada sepasang pun. Walaupun dah 5 tahun, abang masih trauma lagi.”
Aku ketawa kecil. Aku jatuhkan
pandangan pada anak matanya sebelum menyambung bicara.
“ Kalau Nur dah mengandung, abang
kena buang juga rasa trauma tu tau,” kataku penuh makna. Faizal diam tak berkutik. Lama die
merenung mataku, antara rasa tidak percaya dah kasihkan isteri.
“ Nur,” serunya perlahan.
Aku mengangguk perlahan. Kotak
kecil yang aku letak di birai katil aku capai. Ujian kehamilan itu aku suakan
padanya. Jelas dua garis di pandangan mata. Bukan satu kali aku lakukan ujian.
Berkali-kali hinggalah terakhir kali pagi tadi. Faizal masih diam, pandangannya
susah aku mengerti maksudnya.
“ Nur demam selama ni sebab ni
ke?,” soalnya perlahan-lahan.
“ Iya abang. Dah nak masuk 8
minggu. Parah sikit sebab kali ni ada demam rindu sekali.”
Faizal mengenggam erat tanganku.
Kepalanya sudah mendekati kepalaku. Dapat aku rasakan kucupan di ubun.
“Ya ALLAH, terima kasih!.”
Dalam rasa gugup itu, aku rasakan
getar dalam suaranya. .Bila dia berterima kasih, aku masih bingung. Sudah
bersediakah dia..Lama aku terpana sehinggalah desah nafasnya kedengaran berat
sekali…Alahai!
“ Nur, maksudnya kita nak ada baby
lagi kan?ALLAH, abang rasa nak demam tiba-tiba ni.”
-------------------------------
Salam dan selamat membaca. Sejak jadi doctor, menulis ayat tak berapa power. Maafkan saya.. Nanti kita kongsikan sudut ilmu pasal mengandung ya..Doakan.
2 comments:
Akak sentiasa rindu nak baca hasil tulisan awak.
mesti serba salah faizal
hope sume baik2 aja
smbg lg ye doc
��
Post a Comment