Assalamualaikum wbt.
+ Jangan jadi burung bersayap, terbang bebas tak mahu hinggap+
Rasa rindu
itu anugerah ALLAH. Setiap rasa rindu dan sayang pada pasangan ALLAH akan
ganjarkan pahala. Rasa rindu tak pernah sekali pun hilang dalam hati ini hatta
sehari. Makin hari semakin menggebu-gebu dan berbunga lagi adalah. Cukuplah
seminggu ini dia jauh dari mata. Tak sanggup rasanya berjauhan lagi dalam masa
terdekat. Betullah kata pepatah, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Buktinya,
bila kena tinggal begini baru aku tahu betapa pentinya dia dalam hidup aku.
“ Macammana rasa kena tinggal?
Ok tak sayang.”
Dia ketawa sambil menutup mulut.
Faham sangat dengan sikapnya yang satu itu. Aku mencebik bibir.
“ Tak okey langsung. Please,
balik cepat. Rindu sangat-sangat dah ni,” balasku penuh makna.
Senyuman menguntum di bibirnya.
“ Baru hari ni dengar sayang
cakap rindu. Selalunya kata anak-anak rindu abang. Kalau tak pun okay, tak ada
masalah, everything under control.
Rasa macam baru kahwin semalamlah sayang. Kalau macamni, esok abang balik
cepat-cepat ya. Kalau ada sayap, malam ni juga abang balik,” selorohnya lagi.
Aku ketawa kecil. Tak ada satu
pun yang dia katakan salah. Sejak dua menjak ini, lebih tepatnya lagi aku
jarang melafazkan rindu. Biasanya terluah dek perbuatan aku sahaja. Menjelang
lima tahun pernikahan ini, apa salahnya mengembalikan nostalgia silam. Dapat
pahala kot bermanja dengan suami sendiri.
“ Tak payah ada sayaplah abang,
bahaya!”
“ Kenapa pulak,” dia buat muka
comel. Sengaja menguji aku la tu.
“ Kalau ada sayap, nanti terbang
entah kemana. Silap haribulan, sesat jumpa burung lain. Kesian dekat burung
pungguk dekat sini menanti bagai rindukan bulan,” luahku berbahasa pujangga.
Kuat dia ketawa. Sehingga
mengejutkan anak-anak yang sudah terlena. Adoi, kacau daun betul!
“ Alahai sayang, kenapalah
berbunga-bunga bahasa ni. Seriau abang dengar tau. Tak bagi abang jadi burung,
tapi dia nak jadi burung pungguk. Macam-macam perangailah sayang ni.”
Aku pamerkan muka merajuk. Cuma
seketika bila kembar sudah pun membuka mata besar memandangku.
“
Sekali-sekali abang, apa salahnya. I
really miss you, so much,” ucapku lagi penuh makna.
“ Miss you too sayang. Sehari
tak lama sayang. Esok kita jumpa ya,jangan lupa jemput abang tau ”balasnya.
“ Insya-ALLAH. Abang, anak-anak
dah bangun ni. Dah tuntut nak cakap dengan ayah ni.”
Faizal mengangguk. Matanya redup
penuh kasih sayang. Inilah kehidupan berumahtangga, ada penyerinya. Fayyadh dan
Atfiya sama-sama menghadap skrin telefon bimbitku di kanan dan kiri. Aku
berundur memberi laluan kepada keduanya. Bila Faizal memberi salam, serentak keduanya
menjawab dengan riang. Aku berlahan bergerak ke bilik air. Sejak ada sesuatu
ini, memang kerap rasa nak buang air kecil. Sampaikan rasa nak tidur dalam
bilik air pun ada. Cuma sesuatu itu belum tiba masanya untuk aku kongsikan.
Tunggulah sedikit masa lagi.
“ Bunda, ayah nak cakap semula.”
Jeritan Fayyadh dari dalam bilik
membuatkan aku terkocoh-kocoh keluar dari tandas. Mungkin gerakan kakiku yang
lambat membuatkan Atfiya berlari di depan pintu dan memimpinku ke katil.
Aku hanya tersengih sendiri.
Aduhai, anak bertuah. Pandai pula menjadi pemberita khabar bundanya ini. Agaknya
sudah bosan jadi jururawat peribadi aku barangkali. Tidak pun nalurinya penuh
rasa bimbang.
“ Sayang masih demam-demam ke?,”
laju dia bertanya.
“ Nope, tak ada demam pun. Cuma
penat melayan anak-anak je abang,” bantahku.
“ Really? Kembar kata badan
sayang panas, tak selera makan dua tiga hari ni.”
“ Demam rindu ni abang. Kalau
ada ubatnya, baiklah nanti.,” ujarku sambil ketawa.
“ Okay mem. Esok ubat balik jumpa pesakit ya. I miss you all too. Good night sayang,”
“ Good night, we miss you too. Assalamualaikum,' ba;asku syahdu.
Bicara kami terhenti di situ. Sengaja aku pintas sesi soal siasat yang
dah bermula. Aku takut kalau terlebih bercerita. Walaupun mungkin anak-anak
sudah mengadu tentang bundanya. Sedaya upaya aku sembunyikan keadaan diri ini.
Tak mahulah dia bimbang kerana ada kisah lain di sebalik setiap cerita yang
hinggap di telinga. Biarlah aku sendiri menyampaikannya nanti. Kerana kisah
kami ini akan menuntut dia berkorban kasih. Sekali lagi dan hingga saat ini aku
masih tidak tahu kesediaan dia. Moga ada kekuatan yang ALLAH hadirkan nanti
“ Sorry Bunda. Abang beritahu ayah
tadi.”
Perlahan suara anak lelaki itu
menyapa telinga. Ada nada bersalah dalam butir bicaranya.
“ Abang ni suka mengadu. Bunda
kan dah cakap jangan bagitahu ayah,” bebel adiknya.
“ Abang tak mahu cerita pun.
Ayah yang paksa. Kalau tak cerita, tak dapat toys baru nanti.”
Tegas suara si abang. Sudah ada
bait-bait pergaduhan yang akan timbul. Aku menghela nafas panjang. Kalau ada
Faizal, dialah jadi tentera pengaman.
“ Abang, adik tak mahu
gaduh-gaduh. No need say sorry sayang. Bunda dah okay pun sekarang.”
Aku mendepakan kedua tanganku,
menggamit keduanya dalam pelukan. Sekelip mata, keduanya hilang dalam
rangkulanku. Senyap dan saling menatap mataku. Jatuh kasih sayang pada kedua
buah hatiku ini.
“ Bunda, ayah balik esok kita
pergi ambil di KLIA kan?.”
Aku mengangguk perlahan. Itu
janjiku padanya.
“ Insya-ALLAH.”
“ Yeay,” mereka bersorak keriangan.
Aku serahkan urusan esok pada
ALLAH yang merancang segalanya. Kalau esok aku larat, akulah yang menjemputnya.
Kalau tidak, aku tunggu saja kepulangannya bagai pungguk rindukan bulan. Moga
bulan di malam hari ini cepat hilang. Moga hari esok cepat datang kerana ubat
rindu ini hanya dia.
----------------------------------------------------
Sayangkan isteri
tinggal-tinggalkan.
Dan sungguh, bila ditinggalkan
begini rasa sayang makin berganda-ganda.
Sayangkan suami?
“ Sayangkan suami kenalah tunjukkan kita sayang dia. Jaga makan pakai
dia, jadi isteri solehah.”
Nasihat umi aku jadikan sandaran hingga hari ini. Walaupun episod kisah kami
awalnya tidaklah seindah hari ini.
Namun, 5 tahun pertama pernikahan ini sudah kami lalui dengan penuh
kasih sayang. Berkat kesabaran dan rasa cinta dia, aku bertahan melalui dugaan
demi dugaan yang tidak aku dan dia fikirkan. Sesungguhnya ujian itu tanda ALLAH
sayang. Dan kerana kasih sayang Dia jugalah, kami melihat buah hati kami
membesar dengan sihat di depan mata. Kalau diingat-ingat memang drama Melayu
pun kalah dengan perjalanan episode hidup kami.
Dan watak utamanya mestilah aku yang Drama Queen ini, Kalau tak adalah
lelaki penyabar macam Faizal, mungkin karam di lautan dah bahtera rumahtangga.
Kalau nak tahu, aku dulu memang suka ambill tindakan melulu. Mudah sangat
terpengaruh dengan kata orang sampaikan kebahagian diri sendiri jadi sandaran.
Nak sangat jadi heroin, sampai sanggup berkorban kasih.
Aku dahulu pernah meninggalkan Faizal setelah kes kami selesai. Demi
janji kononnya. Padahal janji begitu manalah wajib ditunaikan. Siapa kita nak
melawan takdir. Kalau sudah bukan jodoh, janganlah buat tindakan bodoh. Dan
sungguh, sedikit sebanyak aku tahu perasaan dia ditinggalkan orang tersayang.
Cuma situasinya berbezalah.
Aku lari dulu dia yang sibuk mencari.
Dia pergi sekarang bukannya lari pun.
Aku sahaja drama Queen, dia tetap dia yang sama. Pencinta yang setia.
----------------------------------
Parah separah parahnya rasa hati ini. Bukan mudah meninggalkan orang yang
kita sayang. Nak nak pula rasa cinta dah mula tumbuh di dalam hati. Nanar aku
rasakan bila panggilan telefon yang sentiasa ada saban malam kini hilang dah
sepi tiba-tiba. Sunyi sepi dan tak lagi berseri. Inilah rentetan keputusan
tekad yang aku ambil , meninggalkan si dia dengan memohon seribu kemaafan.
Maaf jika aku banyak menyinggung
rasa hatinya.
Maaf kerana aku tak mampu jadi
isteri yang sempurna.
Maaf kerana meninggalkan dia
tanpa sempat berkongsi bahagia.
Rasa tekad membuatkan aku
meninggalkan dia hanya dengan pesanan suara. Kalau benarlah jodoh kami masih
panjang, seribu tahun pun akan bertemu juga. Dan selebihnya, aku serahkan
semuanya pada suratan takdir. Walaupun nasihat umi panjang lebar, tindakan aku
lebih tak terjangkau dari akal warasku.
“ Kakak tahu kan syurga kakak sekarang di kaki
Faizal.” Kata-kata umi terngiang-ngiang di telinga. Baru saja umi bersyarah panjang
tentang tanggungjawab dan peranan seorang isteri.
“ Kakak tak pernah tengok kaki
Faizal dekat-dekat lagi umi. Jadi tak boleh komen lebih-lebih,” selorohku.
Umi tergelak kuat. Faham sangat
dengan sikap aku yang suka main-main. Walaupun dengan nada bergurau, apa yang
aku katakan ada maksudnya yang tersendiri. Aku sahaja yang faham dan mengerti.
“ Tengok tak tengok lain cerita.
Kakak kena taat dengan dia. Jangan buat apa yang dia tak redha,” tegas umi.
Aku hanya tersengih sahaja. Umi
memang dapat membaca apa yang bermain di fikiran aku.
“ Insya-ALLAH,” aku bersuara
perlahan.
“ Jangan main-main dengan
perkataan Insya-ALLAH tu kakak. Jangan hanya berserah saja pada takdir. Kakak
dengan Faizal kena berusaha cari bahagia tu. Berbincanglah hati ke hati dengan
dia. Sudah-sudahlah seorang ke kanan, seorang ke kiri. Hidup berumahtangga ni
kena berkongsi,” tokok umi lagi.
Panjang umi bersyarah, aku
sekadar tersenyum dan mengangguk. Kata-kata umi memang benar belaka, Cuma tak
mampu aku pertimbangkan satu persatu. Kata orang masuk telinga kanan dan keluar
telinga kiri. Tak mampu aku cerna dan lakukan semuanya buat masa ini.
Tanggungjawab itu terlalu berat untuk aku pikul. Hari ini yang seharusnya jadi
penentuan kisah aku dan dia aku biarkan tak ada penamat.
“ Manusia berpegang pada janji.
Jangan jadi munafik Nur.”
Suara itu, pandangan mata itu
yang membuatkan aku senekad ini. Walaupun bertelagah dengan kata hati, aku
teruskan melangkah dan membawa diri. Jauh dari segalanya yang aku sayang
termasuk dia. Dia yang memang tegar dengan cinta hatinya, walaupun bukan aku
bayangan yang dia tunggu sekian lama itu.
“ Tak sangka Nurlah yang saya
tunggu sekian lama. Rupa-rupanya inilah Syarifah Nor Name yang suka panjat
pokok pakai jubah, bertudung labuh dulu. Patutlah dari hari pertama pindah
berjiran hati saya dah suka.”
Luahan itu bergema di fikiran.
Pandangan matanya yang redup, sentuhannya yang sengaja mempamerkan kemesraan
walaupun aku melarang makin memenuhi senegap bayangan mata. Kalau dulu aku
angkuh benar hati ini tak mudah dicuri, hari ini tewas dengan permainan
perasaan sendiri. Hanya dia lelaki pertama, sudah aku nobatkan sebagai pemenang
tanpa perlu bertanding lagi. Ya ALLAH, sampaikan salam rindu ini padanya.
----------------------------------------
Salam rindu sudah disambut. Tak
lama pun dapat merajuk kerana pandai pula dia memujuk. Baru nak bersembunyi,
dah ada yang beritahu di mana aku menyorok. Nanti sahajalah aku ceritakan bab
pujuk rayu, rindu dendam tu. Drama airmata, kalah drama yang sedang tayang di
TV kalau nak tahu. Hari ini dia pulang, dan aku masih tak mampu beranjak dari
pembaringan.
Usai solat Subuh, lemah benar
rasa badan. Ini bukan lagi demam rindu. Ini demam disebabkan penyakit lain.
“ Bunda, bangun. Kita kan nak
pergi KLIA hari ni?,” lembut suara kecil berbisik.
Aku cuba membuka mata namun
berat benar rasanya. Yang di sebelah lagi cuba menarik tanganku.
“ Abang, ambil telefon Bunda. Kita
telefon CikRah ya.” Aku memberi arahan.
Laju dia mencari telefon. Sudah
pun didailnya nombor ibu saudaranya. Didekatkan di telingaku
“ Akak, okay tak ni?,” laju
Farah bertanya tanpa sempat aku memberi salam.
“ Semalam okay sikit. Hari ni
demam balik Farah.”
“ Ya ALLAH, ye ke! Itulah Farah
ajak duduk rumah mummy tak mahu. Kesian akak nak uruskan semua sendiri..”
Itulah sikap Farah, membebel
saja kerjanya. Aku menahan telinga. Sekejap lagi, senyaplah tu.
“ So macammana? Nak Farah hantar
akak pergi klinik ke?,” soalnya laju.
“ Tak apa Farah. Tengahari nanti
baiklah ni.Kalau tak baik malam nantilah akak pergi dengan abang Ejai. Dia
balik hari ni. Insya-ALLAH petang nanti sampai KLIA. Nak minta tolong jemput
dia boleh ke?,” pintaku.
Fayyadh dan Atfiya sudah hilang
dari pandangan mata. Entah kemana aku pun tidak tahu. Kesian pula anak-anak
bila bundanya begini. Sudahlah hari cuti, nak bergerak kemana pun tak lepas.
“ No problem kak. Sekejap lagi
Farah datang rumah dulu ya sebelum pergi butik. Nanti Farah bawa abang dengan
adik sekali. Akak bolehlah rehat sementara abang belum balik ni. Nanti dia dah
balik, lagilah penat akak nak melayan budak besar,” ujarnya sambil ketawa.
Aku turut ketawa
walaupun rasa bimbang mula bermaharajalela. Makin tiba saat dia pulang, makin
bertambah debaran di hati. Rahsia yang aku simpan sendiri ini harus dilerai
jua.
“ Farah terus je pergi KLIA tau. Jangan bagitahu Farah jemput dia ya. Kira
surprise lah,” aku memberi syarat.
Farah
mengiyakan sahaja permintaanku. Walaupun Farah seakan tahu aku sedang menyimpan
sesuatu, dia tidak bertanya lanjut. Dia biarkan aku memaklumklan sendiri
walaupun aku tak jumpa intro ayat yang betulnya. Dan bila kedua kembarku
menghampiri dengan Panadol, air putih dan tuala basah aku hilang kata-kata. Ya
ALLAH, terima kasih kerana memberi aku kesempatan menikmati rasa bahagia ini.
Izinkan aku menikmatinya sekali lagi.
---------------------
Selamat menyambut bulan Disember, dah lama sangat tak menulis. Dah nak habis pun tahun 2016. Saya ingat sangat-sangat dulu saya menulis novel ni balik dari kuliah dan tertunggu-tunggu komen pembaca semua. Komen anda semualah yang membuatkan saya semangat nak sambung cerita. Dan maaf juga berjanji tak dapat ditunaikan. Moga sebelum tahun ni habis saya dapat mengubat kerinduan semua pada watak novel CCB yang dulu. Mungkin saya akan tulis dan rangkum semuanya dalam novel baru ni. Doakan semoga semuanya tercapai sesuai rencana. Salam sayang buat semua.
---------------------
Selamat menyambut bulan Disember, dah lama sangat tak menulis. Dah nak habis pun tahun 2016. Saya ingat sangat-sangat dulu saya menulis novel ni balik dari kuliah dan tertunggu-tunggu komen pembaca semua. Komen anda semualah yang membuatkan saya semangat nak sambung cerita. Dan maaf juga berjanji tak dapat ditunaikan. Moga sebelum tahun ni habis saya dapat mengubat kerinduan semua pada watak novel CCB yang dulu. Mungkin saya akan tulis dan rangkum semuanya dalam novel baru ni. Doakan semoga semuanya tercapai sesuai rencana. Salam sayang buat semua.
2 comments:
nnt sambung ye doc
xsabar nk tau kisah seterusnya
sekarang ni huda tergolek2 la jatuh cinta nye
pandai faizal pujuk
Tolong sambung cete nie ye.... X sabar nak baca kisah seterunya... thanks q
Post a Comment