@rubiadaibrahim

Saturday, January 20, 2018

Tiga Belas 13

“ Mak harap sempatlah mak tengok Ulfa nikah sebelum mak menutup mata.”
                Sentap. Sangat sayu dan syahdu tutur dan rayuan emak kali ini. Ini kali pertama ayat klise begini mak tuturkan. Selalunya mak hanya buat tidak kesah bila bab jodoh dibangkitkan. Biasanya mak sangat positif orangnya. Sebelum sempat aku membuka mulut menjawab soalan cepumas, mak dulu yang memulang paku buah keras.

                Kerana sikap mak yang positif itu jugalah, Ulfa buat tak endah sahaja walaupun kawan seumurnya dah berderet anak, selang tahu berganti buah tangan melekap 24 jam. Sudah ada juga kawan sekolah yang anaknya nak masuk darjah satu tahun ini. Ulfa biasanya tak mahu ambik pusing bab-bab nikah kahwin ni.
                Sehinggalah hari ini, kepulangan setelah dua minggu berkelana di bumi UK atas urusan kerja. Lain benar nadanya. Dulu ayat sebegini pernah lahir dari mulut abah, sebelum abah kembali pada buat selamanya.
                Rungsing.
                “ Takkan tak ada langsung kawan sekerja yang Ulfa berkenan?,” soal wan pula.
                Ulfa ketawa lepas. Mak dan wan memusat pandangan padanya.
                “ Kalau Ulfa berkenan sekali pun, dia orang tak nak dengan Ulfa buat apa. Lagi pun semua dah jadi bapak orang kot. Tak mahulah Ulfa meruntuh masjid mak. Berdosa besar tu.”
                Itu fakta, bukan auta. Bukan juga kisah dongeng yang Ulfa karang untuk menutup mulut keluarga. Saban hari, ramai yang bertanya bila tarikhnya. Macam mana nak ada tarikh kalua Ulfa sendiri pun tak sosok tubuh calon suaminya. Bab nikah kahwin ni bukannya main tangkap muat sahaja.
                “ Kawan yang datang rumah masa Ulfa buat kenduri itu pun dah kahwin ke?,” soal wan lagi. Jelas riak ingin tahu di wajahnya.
                “ Ramai yang datang aritu Wan, mana satulah yang wan berkenan ni?,” tanya Ufa kembali.
                “ Yang rajin menolong sampai ke dapur tu. Yang putih melepak tu.”
                “ Ooh, Harris. Dia dah bertunang wan, tak lama lagi nak kahwin juga tu.”
                Wan mengangguk kepalada tanda faham. Muka mak berubah benar, terkesan dengan jawapan Ulfa barangkali. Kerana calon itu calon pilihan Ulfa tapi bukan restu emak. Maka sebelum terjadi apa-apa, eloklah Ulfa tidak memulakannya. Kerana seribu kali cinta pun , tanpa restu bahagia itu bukan milik kita.
-------------------------------
                Setiap insan itu ada kekurangan dan kelebihannya. Begitu juga dengan aturan rezeki yang ALLAH aturkan untuk setiap hamba-Nya. Setiap orang sudah diatur jalan hidup hinggalah menutup mata. Ulfa tahu itu, mak tahu itu dan jelasnya semua orang juga maklum.
                “ Kalau bab mengorat-ngorat ni memang saya tak reti mak. Rasa tebalnya muka nak jadi gedik-gedik.”
                Bab satu ni memang fail. Dan Ulfa sendiri sebenarnya tak berani nak cuba. Takut betul orang mengata dia. Kalau bab belajar memang dia yang hebat. Di antara lima adik-beradiknya, dia memang pandai dari kecil. Dan jika diizinkan ALLAH, tidak lama lagi dia bakal bergelar pakar kanak-kanak pula. Alhamdulillah, itu rezekinya.
                “ Tak nak ke kahwin Ulfa? Best tau alam rumahtangga ni,” lobi Ainan, kawan baiknya.
                “ Gila tak nak. AKu target kahwin dari aku umur 22 tahun kot.”
                Ketawa Ainan meledak. Bukan Ainan tak tahu kisah Ulfa, yang mengundang Ainan serahkan sepenuhnya bab jodoh di tangan ALLAH swt. Kerana Ainan jugalah, Ulfa kuat dan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang.
                “ Ulfa, Harris tu single lagi tu. Entah-entah dia tunggu kau kot. Kau tak nak mula balik dengan dia?.”
                “ Kalau Haris, aku memang dah berkerat rotan dengan dia. Sampai bila-bila pun mak aku takkan restu,” tegas Ulfa bersuara,
                Itu hakikat yang Ainan dah pun tahu. Harris, anak kacukan India dan Cina. Sangat kuat berpegang pada agamanya. Dan tak keterlaluan kalau Ulfa katakan, itu cinta pertamanya. Cinta pertama yang tak pernah terungkap kerana cinta itu terhalang dek agama yang berbeza.
                “ Dah almost 5 years kot. Mungkin hati dia dah terbuka nak memeluk Islam. Mana la tau, dapat hidayah di bumi Kelantan yang berkah ni,” luah Ainan.
                “ Kalau iya pun, aku tak mahu mula semula. Cukuplah sekali aku mencuba Ulfa. Kalau pun dia masuk Islam, aku dan relakan dia dengan orang lain. Kau pun tahu teruknya aku bila dia tolak aku dulu kan.”
                Ainan mengenggam erat tangan Ulfa. Sumber kekuatannya saat kakinya sangat lemah. Mencintai itu tidak salah. Cuba rasa ingin dicintai itu tidak boleh dipaksa. Dan biarlah hingga akhirnya, Haris tahu tercatat di hati sebagai teman sekerja sahaja.
                Haris teman sekerja Ulfa, dua tahun lamanya. Pengalaman berkerja di pedalaman Sarawak Bersama membuatkan mereka rapat. Selalu berbincang hal kerja dan pesakit dari masa ke semasa. Dan perbincangan itu kadang bersambung hingga ke lewat malam. Dan mereka senang dengan status persahabatan itu. Sehinggalah akhirnya, mereka membawa diri ke dunia masing-masing.
                Ulfa ke hospital berpakar di ibu kota. Harris pula ke jabatan negeri. Dua tempat berbeza yang akhirya menoktahkan kesefahaman itu. Taka da isu yang sesuai untuk disepakati, apa lagi dibincangkan. Dan semakin hari semakin jauh. Dan Ulfa juga berjauh hati dengan sikap Harris itu, rasa dipergunakan.
                “ Tak payah la bazir masa Ulfa. Kalau orang tak sudi, buat apa kita terhegeh-hegeh.”
                “ Nampak sangat dia berkawan dengan you sebab kepentingan dia ja.”
                “ You terlalu baik. You deserved someone better than him.”
                Dan kata-kata itu menutup hati Ulfa terus. Segala kenangan itu dia simpan di lipatan sejarah. Kerana Harris adalah lelaki pertama yang dia jatuh cinta. Dan kalau nak tahu, Harris jugalah jadi penutup calon ke-12nya sebelum dia kembali membuka hatinya untuk calon seterusnya…
                ------------------------
12 calon yang datang dan pergi dalam pencarian jodoh yang tidak berkesudahan ini. Kalau kata Ulfa tidak berusaha, memang wajib dicili-cilikan mulut orang tu. Kalau nak suruh Ulfa sebut satu persatu, habis jari tangan mengira calon tak jadinya..
                Dari usai ijazah lagi, Ulfa dah mulakan pencarian ini. Dari baitulmuslim, kenalan kawan sekolahnya mahupun calon-calon pilihan mak abah.
Nama saya Ulfa, saya single lagi….
Penat nak berkenalan, penat nak memulakan sesi itu dengan insan yang berbeza. Mungkin itu ujiannya kerana calon itu silih berganti. Tak sempat lama memikirkan diri sendiri, calon lain pula memunculkan diri.
 “ Sorry Ulfa. Rasanya kita takyah teruskan. Saya tak mungkin faham cara kerja awak. Saya perlukan isteri yang selalu ada di rumah. Jadual kerja awak tak menentu, saya tak boleh terima.”
Itu alasan yang sudah lali di telinganya. Alasan kerjayanya, alasan kesibukannya. Sedangkan kalau sudah bekeluarga, pandailah dia mengatur masanya. Dan sekali lagi dia dikecewakan.
“ Awak, saya tak fikir lagi hala tuju kita ni?,”Itu jawapan itu yang Ulfa terima setelah lima bulan perkenalan.

Calon yang paling Ulfa boleh masuk geng. Dari dunia teknologi canggih, hinggalah kisah kampung mereka. Tapi siapa kita melawan aturan Tuhan? Mungkinkah ada calon ke tiga belas untuknya? Saat ini, Ulfa sudah pasrah..Kalau tidak ada, sudahlah…SIapa kita melawan ketentuan Dia.
----------------
Salam alaik semua. Happy 2018, new year and insyallah new me. Baru perasan last year ada 2 entry je. Punyalah teruk perangai saya. Padahal bayar domain boleh tahan, sekali penuh bersawang berlabah-labah blog ni..Niat asal nak buat cerpen, tapi tak habis-habis plak menulis. Maka, jadi cerita pendek la ye. Doakan tahun ini lebih baik. Kisah ni separuh benar, maka hayatilah seadanya. Wassalam.

2 comments:

MaY_LiN said...

Assalamualaikum sis..
semoga tahun ni lebih bermakna buat sis.

شركة المثالية said...



شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر