“ Mak harap sempatlah mak tengok
Ulfa nikah sebelum mak menutup mata.”
Sentap.
Sangat sayu dan syahdu tutur dan rayuan emak kali ini. Ini kali pertama ayat
klise begini mak tuturkan. Selalunya mak hanya buat tidak kesah bila bab jodoh
dibangkitkan. Biasanya mak sangat positif orangnya. Sebelum sempat aku membuka
mulut menjawab soalan cepumas, mak dulu yang memulang paku buah keras.
Kerana
sikap mak yang positif itu jugalah, Ulfa buat tak endah sahaja walaupun kawan
seumurnya dah berderet anak, selang tahu berganti buah tangan melekap 24 jam.
Sudah ada juga kawan sekolah yang anaknya nak masuk darjah satu tahun ini. Ulfa
biasanya tak mahu ambik pusing bab-bab nikah kahwin ni.
Sehinggalah
hari ini, kepulangan setelah dua minggu berkelana di bumi UK atas urusan kerja.
Lain benar nadanya. Dulu ayat sebegini pernah lahir dari mulut abah, sebelum
abah kembali pada buat selamanya.
Rungsing.
“
Takkan tak ada langsung kawan sekerja yang Ulfa berkenan?,” soal wan pula.
Ulfa
ketawa lepas. Mak dan wan memusat pandangan padanya.
“
Kalau Ulfa berkenan sekali pun, dia orang tak nak dengan Ulfa buat apa. Lagi
pun semua dah jadi bapak orang kot. Tak mahulah Ulfa meruntuh masjid mak.
Berdosa besar tu.”
Itu
fakta, bukan auta. Bukan juga kisah dongeng yang Ulfa karang untuk menutup
mulut keluarga. Saban hari, ramai yang bertanya bila tarikhnya. Macam mana nak
ada tarikh kalua Ulfa sendiri pun tak sosok tubuh calon suaminya. Bab nikah
kahwin ni bukannya main tangkap muat sahaja.
“
Kawan yang datang rumah masa Ulfa buat kenduri itu pun dah kahwin ke?,” soal
wan lagi. Jelas riak ingin tahu di wajahnya.
“
Ramai yang datang aritu Wan, mana satulah yang wan berkenan ni?,” tanya Ufa
kembali.
“
Yang rajin menolong sampai ke dapur tu. Yang putih melepak tu.”
“
Ooh, Harris. Dia dah bertunang wan, tak lama lagi nak kahwin juga tu.”
Wan
mengangguk kepalada tanda faham. Muka mak berubah benar, terkesan dengan
jawapan Ulfa barangkali. Kerana calon itu calon pilihan Ulfa tapi bukan restu
emak. Maka sebelum terjadi apa-apa, eloklah Ulfa tidak memulakannya. Kerana
seribu kali cinta pun , tanpa restu bahagia itu bukan milik kita.
-------------------------------
Setiap
insan itu ada kekurangan dan kelebihannya. Begitu juga dengan aturan rezeki
yang ALLAH aturkan untuk setiap hamba-Nya. Setiap orang sudah diatur jalan
hidup hinggalah menutup mata. Ulfa tahu itu, mak tahu itu dan jelasnya semua
orang juga maklum.
“
Kalau bab mengorat-ngorat ni memang saya tak reti mak. Rasa tebalnya muka nak
jadi gedik-gedik.”
Bab
satu ni memang fail. Dan Ulfa sendiri sebenarnya tak berani nak cuba. Takut
betul orang mengata dia. Kalau bab belajar memang dia yang hebat. Di antara
lima adik-beradiknya, dia memang pandai dari kecil. Dan jika diizinkan ALLAH,
tidak lama lagi dia bakal bergelar pakar kanak-kanak pula. Alhamdulillah, itu
rezekinya.
“
Tak nak ke kahwin Ulfa? Best tau alam rumahtangga ni,” lobi Ainan, kawan
baiknya.
“
Gila tak nak. AKu target kahwin dari aku umur 22 tahun kot.”
Ketawa
Ainan meledak. Bukan Ainan tak tahu kisah Ulfa, yang mengundang Ainan serahkan
sepenuhnya bab jodoh di tangan ALLAH swt. Kerana Ainan jugalah, Ulfa kuat dan
terus melangkah tanpa menoleh ke belakang.
“
Ulfa, Harris tu single lagi tu. Entah-entah dia tunggu kau kot. Kau tak nak
mula balik dengan dia?.”
“
Kalau Haris, aku memang dah berkerat rotan dengan dia. Sampai bila-bila pun mak
aku takkan restu,” tegas Ulfa bersuara,
Itu
hakikat yang Ainan dah pun tahu. Harris, anak kacukan India dan Cina. Sangat
kuat berpegang pada agamanya. Dan tak keterlaluan kalau Ulfa katakan, itu cinta
pertamanya. Cinta pertama yang tak pernah terungkap kerana cinta itu terhalang
dek agama yang berbeza.
“
Dah almost 5 years kot. Mungkin hati dia dah terbuka nak memeluk Islam. Mana la
tau, dapat hidayah di bumi Kelantan yang berkah ni,” luah Ainan.
“
Kalau iya pun, aku tak mahu mula semula. Cukuplah sekali aku mencuba Ulfa.
Kalau pun dia masuk Islam, aku dan relakan dia dengan orang lain. Kau pun tahu
teruknya aku bila dia tolak aku dulu kan.”
Ainan
mengenggam erat tangan Ulfa. Sumber kekuatannya saat kakinya sangat lemah.
Mencintai itu tidak salah. Cuba rasa ingin dicintai itu tidak boleh dipaksa.
Dan biarlah hingga akhirnya, Haris tahu tercatat di hati sebagai teman sekerja
sahaja.
Haris
teman sekerja Ulfa, dua tahun lamanya. Pengalaman berkerja di pedalaman Sarawak
Bersama membuatkan mereka rapat. Selalu berbincang hal kerja dan pesakit dari
masa ke semasa. Dan perbincangan itu kadang bersambung hingga ke lewat malam.
Dan mereka senang dengan status persahabatan itu. Sehinggalah akhirnya, mereka
membawa diri ke dunia masing-masing.
Ulfa
ke hospital berpakar di ibu kota. Harris pula ke jabatan negeri. Dua tempat
berbeza yang akhirya menoktahkan kesefahaman itu. Taka da isu yang sesuai untuk
disepakati, apa lagi dibincangkan. Dan semakin hari semakin jauh. Dan Ulfa juga
berjauh hati dengan sikap Harris itu, rasa dipergunakan.
“
Tak payah la bazir masa Ulfa. Kalau orang tak sudi, buat apa kita
terhegeh-hegeh.”
“
Nampak sangat dia berkawan dengan you sebab kepentingan dia ja.”
“
You terlalu baik. You deserved someone better than him.”
Dan
kata-kata itu menutup hati Ulfa terus. Segala kenangan itu dia simpan di
lipatan sejarah. Kerana Harris adalah lelaki pertama yang dia jatuh cinta. Dan
kalau nak tahu, Harris jugalah jadi penutup calon ke-12nya sebelum dia kembali
membuka hatinya untuk calon seterusnya…
------------------------
12 calon yang
datang dan pergi dalam pencarian jodoh yang tidak berkesudahan ini. Kalau kata
Ulfa tidak berusaha, memang wajib dicili-cilikan mulut orang tu. Kalau nak
suruh Ulfa sebut satu persatu, habis jari tangan mengira calon tak jadinya..
Dari
usai ijazah lagi, Ulfa dah mulakan pencarian ini. Dari baitulmuslim, kenalan
kawan sekolahnya mahupun calon-calon pilihan mak abah.
Nama saya
Ulfa, saya single lagi….
Penat nak
berkenalan, penat nak memulakan sesi itu dengan insan yang berbeza. Mungkin itu
ujiannya kerana calon itu silih berganti. Tak sempat lama memikirkan diri
sendiri, calon lain pula memunculkan diri.
“ Sorry Ulfa. Rasanya kita takyah teruskan.
Saya tak mungkin faham cara kerja awak. Saya perlukan isteri yang selalu ada di
rumah. Jadual kerja awak tak menentu, saya tak boleh terima.”
Itu alasan yang
sudah lali di telinganya. Alasan kerjayanya, alasan kesibukannya. Sedangkan
kalau sudah bekeluarga, pandailah dia mengatur masanya. Dan sekali lagi dia
dikecewakan.
“ Awak, saya
tak fikir lagi hala tuju kita ni?,”Itu jawapan itu yang Ulfa terima setelah
lima bulan perkenalan.
Calon yang paling
Ulfa boleh masuk geng. Dari dunia teknologi canggih, hinggalah kisah kampung
mereka. Tapi siapa kita melawan aturan Tuhan? Mungkinkah ada calon ke tiga
belas untuknya? Saat ini, Ulfa sudah pasrah..Kalau tidak ada, sudahlah…SIapa
kita melawan ketentuan Dia.
----------------
Salam alaik semua. Happy 2018, new year and insyallah new me. Baru perasan last year ada 2 entry je. Punyalah teruk perangai saya. Padahal bayar domain boleh tahan, sekali penuh bersawang berlabah-labah blog ni..Niat asal nak buat cerpen, tapi tak habis-habis plak menulis. Maka, jadi cerita pendek la ye. Doakan tahun ini lebih baik. Kisah ni separuh benar, maka hayatilah seadanya. Wassalam.
2 comments:
Assalamualaikum sis..
semoga tahun ni lebih bermakna buat sis.
شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة
شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر
Post a Comment